Anda di halaman 1dari 4

PK01 – Pengurusan Panitia

PK01/3

1. Nama Program : Program LET (Learning English Together)

2. Tarikh : Sepanjang tahun

3. Hari / Masa : Setiap hari khamis (12.10 – 1.10 tengahari)

4. Tempat : Bilik Peperiksaan Sekolah

5. Objektif :

I) Meningkatkan kemahiran mengajar dikalangan guru melalui


perbincangan teknik-teknik pengajaran yang betul dan sesuai.
II ) Meningkatkan ilmu pengetahuan dikalangan guru terutamya mengenai
Matapelajaran Bahasa Inggeris
III ) Perkongsian maklumat dikalangan guru mengenai perkembangan
matapelajaran Bahasa Inggeris.

6. Sasaran : Semua guru matapelajaran Bahasa Inggeris SKPJ4

7. Butiran aktiviti :

Program ini merupakan program mingguan yang dijalankan oleh Panatia


Bahasa Inggeris bagi membantu guru-guru memperkembangan kemahiran
dan ilmu pengetahuan mereka dalam meningkatkan lagi mutu serta
keberkesanan pengajaran matapelajaran Bahasa Inggeris di kalangan guru
yang bertanggungjawab mengajar matapelajaran ini. Selain daripada itu,
program ini juga memainkan peranan sebagai medan perkongsian maklumat
dikalangan guru matapelajaran ini tentang sebarang perkembangan yang
berlaku dalam dunia pendidikan terutamanya matapelajaran Bahasa Inggeris
seperti penyebaran maklumat mengenai KSSR yang masih baru lagi
dilaksanakan

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor


19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00
PK01 – Pengurusan Panitia

8. Penilaian Program :

8.1 Kekuatan Program :

I) Program ini berupaya membantu meningkatkan keberkesanan teknik


pengajaran para guru terutamnya para guru baru. Ini kerana melalui
program ini, banyak perkongsian pengalaman dan teknik pengajaran
yang berkesan dapat dikongsikan oleh guru-guru yang lebih
berpengalaman dan ini secara langsung dapat membantu guru-guru
baru yang sememangnya masih kurang berpengalaman.

II ) Program ini juga dapat membantu para guru dalam meningkatkan lagi
ilmu pengetahuan mereka didalam matapelajaran Bahasa Inggeris ini
kerana dalam program ini perkongsian dan perbincangan ilmu adalah
sangat digalakan dan yang secara tidak langsung dapat meningkatkan
keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas
kelak

III ) Selain daripada itu, program ini juga boleh dijadikan medan
perbincangan guru-guru sekiranya mereka menghadapi sebarang
masalah terutamanya masalah dalam proses pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas. Dengan adanya program ini sebarang
masalah yang dihadapi dapat dibincangkan dikalangan para guru
sekaligus dan mengadakan sumbang saran bagi mencari jalan
penyelesaian yang terbaik.

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor


19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00
PK01 – Pengurusan Panitia

8.2 Kelemahan Program :

I) Bagi melaksanakan program ini, pihak pentadbiran sekolah terpaksa


menyelaraskan jadual waktu mengajar guru-guru terutamanya guru
matapelajaran Bahasa Inggeris agar kesemua guru matapelajaran
dapat menjalankan program ni bersama-sama selaras dengan surat
pekeliling yang dikeluarkan. Hal ini sedikit sebanyak telah
memeningkan pihak pentadbiran sekolah kerana terpaksa
menyelaraskan jadual waktu mengajar guru-guru terbabit kerana hal ini
bukanlah perkara yang mudah.

8.3 Cadangan Penambahbaikan :

-TIADA

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor


19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00
PK01 – Pengurusan Panitia

9. Dokumentasi Bergambar :

Disediakan : Disemak : Disahkan :

……………………… ……………………. …………………..


MUHAJIR B. NOHING VASUGEE A/P KANDASSAMY

Hak Cipta Terpelihara © Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor


19 Mac 2012 - Keluaran 03 | Pindaan 00

Anda mungkin juga menyukai