Anda di halaman 1dari 2

TOOL KIT 1: Sesi Perkongsian Guru

(Teacher Sharing Sessions)

Sesi Perkongsian Guru


Nama Ahli Kumpulan:
1. Muharini binti Rozab
2. Norhasyimah binti Mohd Noor
3. Zainon binti Awang
4. Mohamad Jamil bin Yahya@Ja’afar
5. Saidi bin Abdullah

Tempat/Tarikh/Masa:
Bilik Mesyuarat As-Sakeena / 23 Mei 2022 / 10.00 pagi

Fokus: Nyatakan fokus perkongsian yang dijalankan

Perkongsian difokuskan kepada pembinaan Rancangan Pelajaran Harian (RPH) bagi mata pelajaran
Bahasa Inggeris dari Tahun 1 hingga 6 khusus untuk Pendekatan Bertema yang akan dilaksanakan
dua kali setahun iaitu pada bulan Jun dan September. Pelaksanaan PdPC ini adalah secara
berpusatkan murid. Perkara yang dibincangkan adalah penetapan tema, subtema, strategi yang akan
digunapakai, mata pelajaran yang perlu dihubung kait dan tajuk pembelajaran berdasarkan buku
teks. Setiap ahli berkongsi tentang tajuk pembelajaran yang akan digunakan bagi tujuan pembinaan
RPH Pendekatan Bertema agar selari dengan kehendak tema dan bersesuaian dengan tajuk serta
tahun yang diajar masing-masing.

Interpretasi: Apakah aspek yang paling penting/menarik/relevan yang dibincangkan?


Adakah perkongsian ini boleh memberi impak kepada pembelajaran murid? Bagaimana?

Hasil perkongsian antara guru, kaedah Pendekatan Bertema ini menjadikan PdPC menjadi lebih
menarik dengan gabungan mata pelajaran tertentu. RPH ini dijalankan secara santai dengan elemen
didik hibur dan unsur kecindan yang mampu menarik minat murid untuk lebih fokus kepada PdPC.
Strategi ini telah meningkatkan minat murid dan memupuk semangat koperatif sesama mereka.
Murid juga lebih mudah memahami isi kandungan pembelajaran & lebih mudah mengingati apa
yang dipelajari melalui penglibatan secara langsung dalam sesi PdPC dan seterusnya dapat
menggalakkan mereka berfikir di luar kotak apabila sesuatu aktiviti dijalankan dengan kaedah soal
jawab. Murid berupaya menghubung kait dan mengamalkan apa yang dipelajari dengan apa yang
ada di persekitaran mereka.

Hasil: Apa yang saya pelajari? Bagaimanakah perbincangan ini boleh memberi kesan kepada
profesionalisme saya?

Saya belajar tentang bagaimana menjadikan RPH itu lebih menarik dengan berpusatkan kepada
murid. Setelah sesi perkongsian antara guru dilakukan, perbincangan pembinaan RPH ini
meningkatkan pengetahuan serta kemahiran saya untuk lebih bersedia serta PdPC saya menepati ciri-
ciri Pembelajaran Abad Ke-21 dan tercapai objektifnya.
TOOL KIT 1: Sesi Perkongsian Guru
(Teacher Sharing Sessions)

Laporan Bergambar

~ Semasa sesi perkongsian guru ~

Semasa PdPC: Murid, sebagai pereka fesyen mereka cipta pakaian yang bersesuaian dengan jantina.

Anda mungkin juga menyukai