Anda di halaman 1dari 25

Modul teknologi maklumat

dan komunikasi

Modul KEMAHIRAN ASas


TMK

2017
Kata-kata aluan
Ketua pengarah pelajaran malaysia

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,


Salam Sejahtera, Salam 1Malaysia dan Salam Sehati Sejiwa.

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Semakan 2017 akan dilaksanakan secara berperingkat-
peringkat bermula di Tahun 1 pada 2017. Salah satu fokus utama dalam kurikulum ini adalah Modul
Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK).

Modul TMK adalah berfokuskan kepada Kemahiran Pemikiran Komputasional (KPK) sejajar dengan
perubahan trend global. Modul TMK akan disepadukan dalam mata pelajaran di sekolah rendah secara
berperingkat bermula dengan Tahun 1. Melalui KPK murid dilatih berfikir secara logik dan sistematik
dalam menyelesaikan masalah dengan menggunakan prinsip asas sains komputer melalui kemahiran
yang terdapat dalam perisian pemproses kata, persembahan, hamparan elektronik, penyuntingan
audio, penyuntingan video, penyuntingan grafik, pengaturcaraan dan algoritma.

Pelaksanaan Modul TMK dalam KSSR (Semakan 2017) adalah bertujuan bagi memastikan murid
berupaya mengaplikasi kemahiran, mengukuhkan pengetahuan dan menghayati nilai serta etika
dalam penggunaan TMK agar dapat melahirkan murid yang boleh mencipta dan berinovasi.

Saya bagi pihak Kementerian Pendidikan Malaysia merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada
semua pihak terlibat terutamanya kepada Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) dalam
penyediaan Modul TMK ini. Saya berharap usaha murni ini dapat memenuhi visi pendidikan dan
aspirasi murid untuk keperluan negara pada masa hadapan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DR KHAIR BIN MOHAMAD YUSOF


PENGENALAN
Modul Kemahiran Asas TMK ialah modul yang mengandungi kemahiran asas TMK yang perlu dikuasai oleh
murid untuk melaksanakan Modul Aplikasi. Bagi murid yang masih belum menguasai kemahiran TMK, murid
akan menggunakan Modul Kemahiran Asas yang bertepatan dengan kemahiran dalam Modul Aplikasi yang
digunakan oleh guru pada hari tersebut. Guru hendaklah membimbing murid dengan menggunakan Modul
Kemahiran Asas yang disediakan.

Modul Kemahiran Asas yang akan dilaksanakan oleh murid Tahun 1 mulai 2017 adalah seperti berikut:

i) Modul Perisian Microsoft PowerPoint


ii) Modul Perisian Microsoft Word
iii) Modul Perisian Microsoft Paint
iv) Modul Sound Recorder
v) Modul Pelayar Web

Modul Kemahiran Asas yang disediakan dilaksanakan dalam peruntukan waktu mata pelajaran sedia ada. PdP
boleh dilaksanakan di makmal komputer atau dalam bilik darjah mengikut kesesuaian kemahiran asas yang
hendak diajar. Guru perlu merujuk Buku Panduan Pelaksanaan Modul TMK yang memperincikan kaedah
pengintegrasian TMK dalam pengajaran dan pembelajaran. Buku tersebut boleh dimuat turun di laman
sesawang http://bpk.moe.gov.my/.
Isi Kandungan
Perkara Muka Surat
Komputer Pertama Saya 1
Microsoft Paint 22
Microsoft PowerPoint 69
Microsoft Word 203
Pelayar Web 270
Sound Recorder 295
Perincian
modul Kemahiran asas

KOMPUTER PERTAMA SAYA

MICROSOFT PAINT

1. Modul Kemahiran Asas Microsoft Paint.

2. Modul Perisian Microsoft Paint 1:


Menghasilkan Bentuk.

3. Modul Perisian Microsoft Paint 2:


Menghasilkan Lukisan dengan Gabungan Bentuk.

4. Modul Perisian Microsoft Paint 3:


Melukis Menggunakan Fungsi “Pencil”.

Komputer Pertama Saya 1


microsoft powerpoint

1. Modul Kemahiran Asas PowerPoint.

2. Modul Perisian Microsoft PowerPoint 1:


Teks dalam Perisian Microsoft PowerPoint.

3. Modul Perisian Microsoft PowerPoint 2:


Bentuk dalam Perisian Microsoft PowerPoint.

4. Modul Perisian Microsoft PowerPoint 3:


Jadual dalam Perisian Microsoft PowerPoint.

5. Modul Perisian Microsoft PowerPoint 4:


Imej dalam Perisian Microsoft PowerPoint.

6. Modul Perisian Microsoft PowerPoint 5:


Audio dalam Perisian Microsoft PowerPoint.

Komputer Pertama Saya 2


microsoft WORD

1. Modul Kemahiran Asas Microsoft Word.

2. Modul Perisian Microsoft Word 1:


Teks dalam Perisian Microsoft Word.

3. Modul Perisian Microsoft Word 2:


Jadual dalam Perisian Microsoft Word.

4. Modul Perisian Microsoft Word 3:


Imej dalam Perisian Microsoft Word.

SOUND RECORDER
1. Perisian Sound Recorder

PELayar WeB
1. Pelayar Web

Komputer Pertama Saya 3


MODUL TEKNOLOGI MAKLUMAT
DAN KOMUNIKASI (TMK)
MODUL KEMAHIRAN ASAS TMK

VOLUME BASS POWER

2017
Komputer Pertama Saya 4
AKTIVITI 1:
MENGENALI BAHAGIAN KOMPUTER

Hai, nama saya Daniel! Saya akan membantu


anda mengenali perkakasan komputer seperti
rajah 1.
Mari kita menerokanya bersama Lily.

Rajah 1

Adakah anda mempunyai sebuah


set komputer di rumah?
Gambar di atas adalah contoh
sebuah set komputer.
Komputer Pertama Saya 5
AKTIVITI 1:
MENGENALI BAHAGIAN KOMPUTER

Berikut adalah gambar


perkakasan komputer.

Pemacu
DVD-ROM

Port Bas
Unit
Bersiri Semesta
sistem
(Port USB)

Komputer Pertama Saya 6


AKTIVITI 1:
MENGENALI BAHAGIAN KOMPUTER

Papan kekunci

Mon
itor

POWER
BASS
VOLUME

s uara
Pembesar

Tet
ikus

Komputer Pertama Saya 7


AKTIVITI 1:
MENGENALI BAHAGIAN KOMPUTER

Terdapat pelbagai jenis mikrofon


dan fon telinga pada komputer.

Mikrofon

Set fon telinga


bersama mikrofon

ga
Fon telin Fon
telinga

Mikrofo
n

Komputer Pertama Saya 8


AKTIVITI 1:
MENGENALI BAHAGIAN KOMPUTER

Adakah anda pernah


melihat sebuah monitor?

Ini sebuah
monitor.

Melalui monitor, anda boleh melihat


gambar dan membaca teks.

Komputer Pertama Saya 9


AKTIVITI 1:
MENGENALI BAHAGIAN KOMPUTER

Kenapa kita
memerlukan tetikus?

Tetikus digunakan untuk


mengawal penuding (pointer)
( ) di skrin komputer.

Komputer Pertama Saya 10


AKTIVITI 1:
MENGENALI BAHAGIAN KOMPUTER

Adakah anda pernah


melihat papan kekunci?

Ini papan kekunci.

Papan kekunci digunakan untuk


menaip abjad, nombor dan simbol.
Ini contoh simbol-simbolnya:
! @ # $ % ^ & * ( )

Komputer Pertama Saya 11


AKTIVITI 2:
MENGHIDUPKAN KOMPUTER DENGAN
CARA YANG BETUL

Sekarang, saya akan mengajar


anda bagaimana menghidupkan
komputer dengan cara yang betul.

Langkah 1: Tekan butang pada unit sistem


seperti rajah 2.

Langkah 1

Nota:

Kedudukan
butang adalah
berlainan mengikut sistem
unit masing-masing.

Rajah 2

Komputer Pertama Saya 12


AKTIVITI 2:
MENGHIDUPKAN KOMPUTER DENGAN
CARA YANG BETUL

Langkah 2: Tekan butang pada monitor seperti


rajah 3.

Langkah 2

Monitor

Rajah 3

Satu paparan seperti rajah 4 di bawah akan muncul.

Sekarang, komputer
anda bersedia untuk
digunakan.

Monitor

Rajah 4
Komputer Pertama Saya 13
AKTIVITI 3:
MENGGUNAKAN TETIKUS
(KLIK DAN KLIK DUA KALI)

Seterusnya, biar saya


terangkan kepada anda
tentang tetikus.

Butang kiri Butang kanan

Ini ialah tetikus.


Tetikus mempunyai dua butang.
Mari kita cuba klik dan terokai tetikus.

Lihat pada tetikus anda.


Tetikus mempunyai pelbagai rekaan.

Komputer Pertama Saya 14


AKTIVITI 3:
MENGGUNAKAN TETIKUS
(KLIK DAN KLIK DUA KALI)

Saya akan tunjukkan pada


anda cara memegang
tetikus dengan betul.

Langkah 1: Lihat rajah 5 di bawah, pegang dan gerakkan tetikus.

Nota:

Pegang tetikus, kemudian cuba


gerakkan dan kawal penunding.
Apabila anda gerakkan tetikus,
penuding ( ) akan turut
bergerak di skrin komputer.

Rajah 5

Komputer Pertama Saya 15


AKTIVITI 3:
MENGGUNAKAN TETIKUS
(KLIK DAN KLIK DUA KALI)

Langkah 2: Cuba klik tetikus seperti rajah 6 dan 7.

Klik sekali

Klik dan lepaskan


butang kiri

Rajah 6

Klik dua kali

Klik dua kali dengan


cepat dan lepaskan
butang kiri.

Rajah 7

Komputer Pertama Saya 16


AKTIVITI 4:
LATIHAN MENGGUNAKAN TETIKUS

Mari berlatih klik dan klik dua kali


dengan menggunakan tetikus.
Nyatakan apa yang berlaku.
Lihat rajah 8.

Klik Klik semula

Gerakkan Klik dua kali ikon


penuding arah My Computer
ke butang pada desktop
dan klik.

Rajah 8
Komputer Pertama Saya 17
AKTIVITI 5:
MENUTUP KOMPUTER DENGAN
CARA YANG BETUL

Pembelajaran sudah hampir


tamat. Saya akan tunjukkan
bagaimana menutup komputer
dengan cara yang betul.

Langkah 1: Klik dengan menggunakan tetikus.


Sila lihat rajah 9.

Langkah 2: Pilih Shut Down seperti rajah 9.

Langkah 1 Langkah 2

Klik Klik Shut Down

Rajah 9
Komputer Pertama Saya 18
AKTIVITI 5:
MENUTUP KOMPUTER DENGAN
CARA YANG BETUL

Langkah 3: Tunggu sehingga paparan di skrin monitor


menjadi gelap. Kemudian, tekan butang
seperti rajah 10.

Langkah 3

Monitor

Rajah 10

Komputer Pertama Saya 19


AKTIVITI 6:
KENAL PASTI KEDUDUKAN KEKUNCI ABJAD,
KEKUNCI NOMBOR DAN KEKUNCI ARAH

Ayuh, ikut saya


meneroka papan kekunci.

a) Kenal pasti kekunci


pada papan kekunci.

Esc (Escape) Kekunci nombor


Backspace

Prt Scr Scroll Pause


F1 F2 F3 F4 F5 F6 F7 F8 F9 F10 F11 F12 Lock Break
Esc

_ + Backspace Insert Home Page Num / -


~ ! @ # $ % ^ & * ( ) Up Lock *
` 1 2 3 4 5 6 7 8 9 0 - =
Tab Q W E R T Y U I O P { } | Delete End Page 7 8 9 +
Down
[ ] \
Caps A S D F G H J K L : " Enter 4 5 6
Lock
; '
Shift Z X C V B N M < > ? Shift 1 2 3 Enter

, . /
.
Crtl Alt Alt Ctrl 0
Ins Del

Kekunci abjad
Kekunci arah
Palang penjarak

Enter

Komputer Pertama Saya 20


AKTIVITI 6:
KENAL PASTI KEDUDUKAN KEKUNCI ABJAD,
KEKUNCI NOMBOR DAN KEKUNCI ARAH

b) Kemahiran menaip pada kekunci abjad.


i) Mula menaip dengan meletakkan lapan jari
anda pada abjad A S D F dan J K L ;

F1 F2 F3 F4 F5 F6 F7 F8 F9 F10 F11 F12


Esc

_ + Backspace
~ ! @ # $ % ^ & * ( )
` 1 2 3 4 5 6 7 8 9 0 - =
Tab Q W E R T Y U I O P { } |
[ ] \
Caps A S D F G H J K L : " Enter
Lock
; '
Shift Z X C V B N M < > ? Shift

, . /
Crtl Alt Alt Ctrl

ii) Gunakan jari yang betul pada setiap kekunci.


Cuba jangan melihat pada papan kekunci
ketika menaip.

Komputer Pertama Saya 21

Anda mungkin juga menyukai