Anda di halaman 1dari 16

MTE 3111 MENGAJAR GEOMETRI, PENGUKURAN DAN PENGENDALIAN

DATA

TAJUK 1 BENTUK 2 DIMENSI DAN 3 DIMENSI

 SINOPSIS

Tajuk ini meliputi pembelajaran bentuk dua dimensi dan tiga dimensi. Aspek
tatabahasa, ciri-ciri dan sifat merupakan komponen penting dalam pembelajaran
geometri. Bentuk-bentuk dua dimensi dan tiga dimensi yang akan dipelajari
meliputi segitiga, sisiempat, poligon, bulatan, prisma dan polihedra. Klasifikasi
bentuk dua dimensi dan tiga dimensi akan memberi gambaran yang berfokus
dalam pembelajaran dan pengajaran.

 HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir kursus ini, pelajar boleh:

o Menggunakan tatabahasa mudah geometri


o Mengenal ciri-ciri dan sifat segitiga, sisiempat, poligon, bulatan,
prisma dan polihedra
o Mengklasifikasi pelbagai bentuk dua dimensi dan tiga dimensi

 KERANGKA TAJUK-TAJUK

BENTUK 2 DIMENSI
DAN 3 DIMENSI

TATABAHASA CIRI CIRI KLASIFIKASI

1
MTE 3111 MENGAJAR GEOMETRI, PENGUKURAN DAN PENGENDALIAN
DATA

BAHAN BACAAN

1.1 DEFINISI

Satu poligon adalah rajah tertutup yang dibentuk oleh 3 atau lebih titik yang
disambung dengan garis lurus. Satu bucu poligon ialah titik dimana dua sisi
bertemu. Poligon boleh diklasifikasi sebagai sekata dan bukan sekata. Satu
poligon sekata mempunyai semua sisi yang sama dan semua sudut yang sama
saiz. Poligon tidak sekata mempunyai sekurang-kurangnya satu sisi yang tidak
sama panjang.

Anda mungkin mengajar segitiga, segiempat dan bulatan dan pelajar harus
memahami tatabahasa berkaitan untuk membayangkan bentuk-bentuk ini. Dari
segi tatabahasa, anda akan memberitahu pelajar bahawa segiempat mempunyai
4 sisi yang sama. Akan tetapi tatabahasa ini harus dihayati oleh para pelajar.
Bulatan merupakan satu garis yang membentuk satu lengkung tertutup; setiap titik
adalah berjarak tetap dari titik pusat bulatan.

1.2 CIRI CIRI

Jadual 1 : Ciri-ciri segitiga dan segiempat

Prisma Segitiga Prisma segiempat

Bentuk 3 sisi 4 sisi


2D 3 sudut 4 sudut
3 penjuru 4 penjuru

2
MTE 3111 MENGAJAR GEOMETRI, PENGUKURAN DAN PENGENDALIAN
DATA

Satu cara untuk mengkaji ciri-ciri bentuk 2-D ialah melalui jaringan
geometri. Model 3-D boleh dibentuk dari jaringan 2-D . Contoh jaringan geometri
termasuk kuib, kuboid, kon, silinder, prisma, tetrahedron dan sfera.

Guru boleh membimbing para pelajar menyiasat ciri-ciri kuboid dengan


menggunakan kotak pensil. Minta pelajar memutar dan lukis bentuk kuboid itu dari
orientasi yang berlainan seperti dari atas, tepi dan depan.

Atas

sisi

depan

Rajah 1

Lukis permukaan atas dan bawah kuboid itu

Rajah 2

Potong rajah permukaan atas dan permukaan bawah dan bandingkan

Atas Bawah Permukaan yang sama


Rajah 3
Lukis permukaan tepi dari kiri dan dari kanan

3
MTE 3111 MENGAJAR GEOMETRI, PENGUKURAN DAN PENGENDALIAN
DATA

Potong rajah permukaan tepi dari kiri dan permukaan dari kanan dan bandingkan

Sisi kiri Sisi kanan Permukaan yang sama


Rajah 5

Lukis permukaan depan dan permukaan belakang

Rajah 6

Potong rajah permukaan depan dan permukaan belakang dan bandingkan

Depan Belakang Permukaan yang sama

Rajah 7
Membuat perbandingan

Atas Bawah
Kiri Kanan

Depan Belakang
Belakang

Rajah 8

Cantumkan kesemua untuk mendapat jaringan kuboid

4
MTE 3111 MENGAJAR GEOMETRI, PENGUKURAN DAN PENGENDALIAN
DATA

Jaringan kuboid

Rajah 9
Seterusnya cuba perhatikan jaringan 2-D untuk kuib dan buatkan model kuib dari
jaringan kuib sebagai latihan.

Jaringan kuib

Rajah 10

Bolehkah anda mengesan jaringan 2-D yang manakah adalah serupa? Kenapa?

Jadual 2 : ciri-ciri poligon

Bentuk Bil sisi Bentuk Bil sisi


Segitiga sama 3 heptagon 7
Segiempat sama 4 oktagon 8
pentagon 5 nonagon 9
heksagon 6 dekagon 10

Ciri-ciri Bulatan

5
MTE 3111 MENGAJAR GEOMETRI, PENGUKURAN DAN PENGENDALIAN
DATA

Pusat bulatan – Satu titik dalam bulatan. Semua titik dalam bulatan adalah sama
jarak dari pusat bulatan

Jejari – jarak dari pusat bulatan ke mana-mana titik di bulatan itu. Jejari ialah ½
diameter

Diameter – Jarak menyeberangi bulatan dan melalui pusat bulatan. Diameter ialah
2 kali jejari

Ukurlilit – jarak mengelilingi bulatan

Tangen – satu garis yang menyentuh bulatan pada satu titik sahaja

1.3 KLASIFIKASI

Satu contoh klasifikasi bentuk 2-D boleh dilihat dalam jadual berikut:
Jadual 3 : Klasifikasi bentuk

Prisma
Jenis Silinder segitiga Prisma segiempat Prisma poligon

Bentuk
2-D

Bentuk
3-D

Mengklasifikasi bentuk 2 dimensi melibatkan proses membina, meneroka


dan menemui ciri-ciri bentuk. Pelajar harus dibimbing untuk mengenal bentuk
mengikut ciri-ciri yang sama dan yang tidak sama. Menyatakan dan
mengklasifikasikan bentuk mengambil masa dan ciri-ciri yang lebih kompleks
mungkin ditemui dengan edaran masa. Tatabahasa bentuk 2 dimensi juga
melibatkan istilah istilah yang mungkin ditemui oleh pelajar sendiri semasa
6
MTE 3111 MENGAJAR GEOMETRI, PENGUKURAN DAN PENGENDALIAN
DATA

meneroka ciri-ciri dan mengklasifikasikan bentuk 2 dimensi. Sisiempat dan


segitiga merupakan bentuk 2-D yang mudah bagi mengkaji dan mengklasifikasi.
Cuba anda mengklasifikasikan bentuk 2-D berikut:
Segiempat Lelayang Rombus
Trapezium Segiempat tepat Segiempat selari

Segitiga Segiempat sama

Pentagon Heksagon

Heptagon Oktagon

Nonagon Dekagon

Dodekagon

7
MTE 3111 MENGAJAR GEOMETRI, PENGUKURAN DAN PENGENDALIAN
DATA

1.4 TATABAHASA

Geometri merupakan pembelajaran ciri-ciri dan perhubungan antara bentuk 2


dimensi dan 3 dimensi . Pepejal merupakan ruang yang dipenuhi oleh bentuk
geometri. Bucu ialah titik dimana dua sisi suatu poligon bertemu.

1.5 CIRI CIRI

Polihedra mempunyai permukaan yang rata. Satu kategori pepejal yang


merupakan bentuk 3 dimensi ialah prisma. Prisma ialah pepejal yang ’sama secara
keseluruhan’. Contoh prisma ialah silinder, bungkusan Tobelerone, kotak kasut
dan pensil. Jika kesemua pepejal ini dipotong secara selari dengan tapak mereka,
maka hasilnya ialah sama bentuk dengan permukaan tapaknya.

Euler telah menemui satu pola bagi polihedra. Beliau telah mengkaji perhubungan
di antara permukaan, bucu dan sisi bagi polihedra.
Pepejal Permukaan Bucu Sisi
Kuib 6 8 12
Tetrahedron 4 4 6
Piramid 5 5 8
Ciri-ciri Polihedra:

Satu polihedron ialah satu pepejal dengan permukaan yang rata. Setiap
permukaan rata merupakan poligon. Jadi, polihedron tidak boleh mempunyai
permukaan yang melengkung.

8
MTE 3111 MENGAJAR GEOMETRI, PENGUKURAN DAN PENGENDALIAN
DATA

Contoh Polyhedra:

Prisma Segitiga
Kuib Dodecahedron

Pepejal Platonik

Prisma

Piramid

Semasa mengira bilangan permukaan, bucu dan sisi bagi pelbagai polihedra,
satu penemuan yang menarik boleh diperolehi :

Bilangan permukaan + bilangan bucu - bilangan sisi = 2

Perhubungan ini boleh di wakili dalam satu persamaan seperti berikut:

Formula Polihedra : F + V - E = 2

9
MTE 3111 MENGAJAR GEOMETRI, PENGUKURAN DAN PENGENDALIAN
DATA

REHAT

Contoh penggunaan formula ini:


Kuib ini mempunyai : Prisma ini mempunyai:

 6 Permukaan  5
 8 Bucu Permukaan
 12 Sisi  6 Bucu
 9 Sisi
F + V - E = 6+8-
12 = 2 F+V–E=5+6–9=2

Ciri Oktahedron
Oktahedron mempunyai 8 permukaan. Setiap permukaan mempunyai 3 sisi dan
merupakan segitiga sisisama dan mempunyai 12 sisi dan 6 bucu. Disetiap bucu,
4 sisi akan bertemu. Diberi nama oktahedron kerana ia mempunyai 8 (octa)
permukaan (seperti octopus yang mempunyai 8
tentacles).
Sekiranya ada lebih daripada satu oktahedron, nama
oktahedra digunakan. Oktahedron biasanya merujuk
kepada ‘oktahedron sekata” (pepejal yang sama saiz
dan bentuk). Tetapi ini bukan semestinya selalu benar.
Dalam pepejal ini, bukan semua permukaan adalah sama.

Rehat
a) Cuba perhatikan rajah di sebelah.
Adakah rajah di sebelah ini sebuah prisma heksagon?

10
MTE 3111 MENGAJAR GEOMETRI, PENGUKURAN DAN PENGENDALIAN
DATA

b) Lihat contoh dadu bersisi 8 di sebelah . Ia adalah


sebuah oktahedron yang mempunyai 8 sisi.
Mempunyai peluang yang sama untuk diletakkan
diletakkan diatas permukaan yang rata !! Tambahan,
dadu yang adil boleh dibuat dari kesemua pepejal
Platonik.
1.6 KLASIFIKASI

Kuib dan kuboid adalah prisma manakala kon dan piramid bukan prisma. Setiap
pasangan permukaan bertentangan sebuah kuboid merupakan permukaan yang
sama. Sebagai contoh, bungkusan Tobleron merupakan prisma segitiga oleh
kerana pasangan segitiga adalah permukaan sama.

Polihedra merupakan kumpulan pepejal yang mempunyai semua permukaan yang


rata. Kuib dan piramid merupakan polihedra manakala silinder dan sfera bukan
polihedra. Satu cara untuk menyiasat polihedra ialah dengan menggunakan
jaringan geometri.

Semua piramid dan prisma adalah polihedra. Akan tetapi, terdapat hanya 5
polihedra yang sekata. Pepejal Platonik ini dinamakan oleh ahli Falsafah
matematik , Plato (430-349 S.M.) dan setiap pepejal Platonik dinamakan
berdasarkan bilangan poligon sekata yang membentuk permukaan mereka :

Nama Pepejal Platonik Bilangan permukaan


Tetrahedron 4
Kuib 6
Oktahedron 8
Dodecahedron 12
Icosahedron 20

11
MTE 3111 MENGAJAR GEOMETRI, PENGUKURAN DAN PENGENDALIAN
DATA

Perbincangan

Pepejal merupakan bentuk 3 dimensi dan terdapat banyak di alam sekeliling kita
seperti kuib, kuboid, silinder, kon, piramid, sfera, prisma dan hemisfera. Satu kuib
mempunyai 6 permukaan rata di mana kesemua enam permukaan ini berbentuk
segiempat yang mempunyai saiz yang sama. Kuboid pula, merupakan pepejal
yang mempunyai 6 permukaan rata tetapi permukaan nya merupakan segiempat
atau segiempat tepat. Satu silinder merupakan pepejal yang mempunyai dua
permukaan rata dan satu permukaan lengkung dengan sisi tegak. Satu kon
merupakan pepejal yang mempunyai satu permukaan rata sebagai tapak dan satu
permukaan lengkung dengan sisi yang bercondong. Satu prisma merupakan
pepejal yang mempunyai dua tapak yang selari yang bersaiz dan berbentuk sama.
Permukaan yang lain merupakan segiempat selari (biasanya segiempat atau
segiempat selari). Sekiranya sisi prisma adalah bersudut tepat kepada tapak,
maka prisma itu dipanggil prisma tegak.

Satu piramid merupakan pepejal dimana tapaknya ialah poligon manakala


permukaan lain ialah segitiga dengan bucu yang sama. Satu sfera merupakan set
titik-titik dalam ruang yang sama jarak dari satu titik tetap. Titik tetap ini dinamakan
pusat. Jarak tetap dari pusat ini dinamakan jejari. Cantuman sfera dengan ruang
dalaman dinamakan sfera pepejal. Hemisfera pula merupakan separuh dari sfera.

12
MTE 3111 MENGAJAR GEOMETRI, PENGUKURAN DAN PENGENDALIAN
DATA

Senarai Semakan

Lukis rajah dan catatkan ciri-ciri bentuk berikut dalam satu jadual:

(a) kuib
(b) kuboid
(c) silinder
(d) kon
(e) prisma
(f) prisma tegak
(g) piramid
(h) sfera
(i) hemisfera

Bahan rujukan

Askew, M. (2005). Teaching Primary Mathematics – A guide for newly qualified


and student teachers. London: Hodder Arnold

Musser, G.L & Burger, W.F. (2001). Mathematics for elementary teachers : A
contemporary approach. 5th ed. New York: John Wiley and Sons

LATIHAN

Soalan 1: Namakan beberapa objek yang berbentuk bulatan

1. ___________________________________________
2. ___________________________________________

13
MTE 3111 MENGAJAR GEOMETRI, PENGUKURAN DAN PENGENDALIAN
DATA

3. ___________________________________________

Soalan 2 : Lukis gambar objek yang berbentuk bulatan

Soalan 3 :

1. Kenapa butang berbentuk bulat?


2. Kenapa buku latihan berbentuk sisiempat?
3. Kenapa kebanyakan jubin lantai berbentuk sisiempat?
4. Kenapa piring nasi berbentuk bulatan

Soalan 4: Tunjuk SISI ku

Objektif: Membuat bentuk dengan sebilangan number sisi yang kongruen.

Resos pembelajaran: geoboard 10 X 10

1. Buat satu rajah 4 sisi dimana 2 sisi ada sama panjang


2. Buat satu rajah dengan 12 sisi dimana semua sisinya adalah sama panjang
3. Buat satu rajah dengan 3 sisi dimana semua sisinya adalah sama panjang
4. Buat satu rajah dengan 8 sisi dimana 4 sisi sama panjang dan 4 sisi yang
lain juga sama panjang tetapi berbeza dengan kumpulan yang lain itu
5. Buat satu rajah dengan 5 sisi dengan 4 sisinya sama panjang
6. Buat satu rajah 4 sisi dengan 2 pasangan sisi yang sama panjang dan ia
bukan segiempat selari
7. Buat satu rajah dengan 3 sisi dimana 2 sisi adalah sama panjang
8. Buat satu rajah dengan 7 sisi dimana semua sisi tidak sama panjang
Soalan 5: Aktiviti – Banglo

14
MTE 3111 MENGAJAR GEOMETRI, PENGUKURAN DAN PENGENDALIAN
DATA

Bina satu koleksi banglo, yang dibuat daripada lima kuib


Berapa carakah anda boleh menyisih koleksi ini ?

Soalan 6 : Isikan grid berikut:


Pasangan sisi sama

Pasangan sisi selari

Cuba anda bina bentuk 2 dimensi yang bersisi empat untuk mengisi setiap sel
dalam grid di atas.

Ada sel sel tertentu yang tidak boleh di isi. Bolehkah anda menerangkan kenapa
sebegitu?

Sila namakan bentuk-bentuk ini.

Soalan 7 : Latihan melayari Internet:


www.mathsisfun.com/geometry/prisms.html

www.math.com/school/subject3/lessons/S3U4L2GL.html

math.wikia.com/wiki/Prism_(geometry)

mathworld.wolfram.com/Prism.html

www.worldofteaching.com/mathspowerpoints.html

www.basic-mathematics.com/solid-figures.html

15
MTE 3111 MENGAJAR GEOMETRI, PENGUKURAN DAN PENGENDALIAN
DATA

www.nwmissouri.edu/dept/PRISM/handouts/powerpoint.ppt

Layari laman sesawang seperti diatas. Anda juga boleh melayari url yang lain
untuk maklumat tambahan. Buat satu ulasan 4-5 muka surat tentang penggunaan
teknologi maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran bentuk 2-D dan 3-D.

16

Anda mungkin juga menyukai