Peraturan Penjagaan Buku SPBT
Peraturan Penjagaan Buku SPBT
PENGGUNAAN
1. Menggunakan buku teks secara sepenuhnya dalam
proses Pengajaran dan Pembelajaran di bilik darjah
2. Buku teks digunakan sebagai rujukan dalam
menyiapkan kerja rumah.
3. Murid tidak boleh melipat pada mana-mana helaian
buku teks, sebaliknya digalakkan menggunakan
penanda buku.
4.Buku teks dijadikan teman ( instrument/alat) belajar
sepanjang masa.
PEMULANGAN
1. Murid mesti mematuhi jadual pemulangan buku teks
yang telah dikeluarkan oleh pihak sekolah.
2. Murid diminta memastikan semua buku teks yang
hendak dipulangkan mencukupi mengikut judul dalam
keadaan baik dan sempurna.
3. Murid hendaklah menandatangani Borang SPBT/G
semasa pemulangan buku teks.
PENGGANTIAN
1. Jika berlaku kehilangan buku teks, maka murid
diwajibkan menggantikan dengan buku teks
berdasarkan judul dan jumlah bilangan buku yang
hilang.
2. Ibu bapa/penjaga murid boleh menghubungi Guru
Penyelaras SPBT atau Guru Kelas bagi membincangkan
cara pengantian buku teks yang hilang.
PERTUKARAN
1. Murid yang bertukar sekolah di dalam negeri hendaklah
membawa bersama buku teks dan buku aktiviti tang
telah dibekalkan semasa disekolah lama ke sekolah
baru.
2. Murid yang bertukar ke luar negeri hendaklah membawa
bersama buku teks yang diterima di sekolah lama ke
sekolah baru. Jika terdapat keadaan di mana buku-buku
teks dan buku aktiviti yang diterima di sekolah asal
tetapi tidak digunakan di sekolah baru, maka murid
hendaklah memulangkan buku teks tersebut ke sekolah
asal yang akan diuruskan oleh pihak sekolah baru.
3. Murid yang mendapat buku teks secara rayuaan (Bukan
Warganegara) dikehendaki memulangkan semua buku
teks yang diterima disekolah asal dan boleh membuat
rayuan di sekolah yang baru.
PENYIMPANAN
1. Semua buku teks hendklah dibawa pulang ke rumah
pada setiap masa dan murid tidak dibenarkan
meninggalkan buku teks di merata tempat di sekolah
kecuali dengan arahan guru.
2. Murid hendaklah meletakkan buku teks di dalam beg
sekolah dengan cara yang betul iaitu kedudukan
menegak.
3. Semasa di rumah semua buku teks hendaklah disimpan
di tempat yang sesuai, selamat dan mudah dikendalikan.