Anda di halaman 1dari 12

PREVINA A/P RAJENDRAN

PGD 150030

PXGM 6101
PENGURUSAN PENDIDIKAN:
TEORI DAN KONSEP
TUGASAN 2
PENULISAN ARTIKEL BERASASKAN MODEL
PENGURUSAN PENDIDIKAN
(PENGURUSAN STRES DAN PRESTASI KERJA DALAM
KALANGAN GURU SEKOLAH MENENGAH)

NAMA : MAGESVARI A/P RAMASAMY

NO.MATRIK : PGD 150006

FAKULTI PENDIDIKAN

JABATAN PENGURUSAN, PERANCANGAN DAN DASAR PENDIDIKAN

UNIVERSITI MALAYA, KUALA LUMPUR


PREVINA A/P RAJENDRAN
PGD 150030

Tajuk: Pengurusan Guru Besar dalam Kokurikulum dan Penglibatan


Guru

Pemilihan tajuk dan justifikasi

Pengurusan Guru Besar dalam kokurikulum dan penglibatan guru


dalam kokurikulum amat berkait rapat. Pengurusan guru besar dalam
kokurikulum dan penglibatan guru memainkan peranan penting dalam
menentukan kecemerlangan sesebuah sekolah dalam bidang kokurikulum.
Kebanyakan kajian sebelum ini tertumpu kepada hubungan antara
pengurusan guru besar dalam kokurikulum dan kepuasan para guru. Kajian
ini akan dapat memberi gambaran tentang pengaruh pengurusan guru
besar dalam kokurikulum terhadap penglibatan guru dalam kokurikulum di
sekolah rendah dengan berpandukan penggunaan model-model
pengurusan pendidikan.

Abstrak

Artikel ini membincangkan penggunaan model pengurusan


pendidikan dalam pengurusan kokurikulum oleh guru besar dan
penglibatan para guru sekolah rendah. Kajian bertujuan untuk
mengenalpasti kesesuaian model pengurusan pendidikan dalam
pengurusan kokurikulum dan meningkatkan penglibatan para guru.
Pengurusan yang menggunakan model pengurusan pendidikan akan dapat
membantu guru-guru dalam meningkatkan prestasi kerja mereka. Ini juga
membantu sekolah dalam mencapai matlamat dan target kejayaan yang
ditetapkan sama ada untuk jangka panjang ataupun jangka masa pendek.
Model rasional (dalam model formal), model kolegial dan model politik telah
PREVINA A/P RAJENDRAN
PGD 150030

dipilih oleh pengkaji disebabkan ciri-cirinya yang lebih sesuai untuk


pengurusan stres dalam kalangan guru-guru sekolah menengah.

Pengenalan

Dalam hasrat mencapai visi dan misi, Sistem pendidikan negara


menetapkan dua objektif utama dalam pengajaran dan pembelajaan murid
di mana yang pertama bertujuan untuk menyediakan pelajar untuk
mempelajari kemahiran-kemahiran tertentu dalam menghadapi cabaran-
cabaran globalisasi dan yang kedua pula memupuk nilai-nilai positif dalam
diri setiap orang pelajar untuk menjadikan rakyat yang penuh
bertanggungjawab kepada negara. Dalam mencapai hasrat tersebut, guru
pula perlu menyesuaikan diri dengan segala perubahan dan pembaharuan
yang dilaksanakan oleh kerajaan.

Perubahan-perubahan sebegini boleh menyebabkan guru terpaksa


terdedah kepada tanggungjawab yang lebih kompleks. Kini, profesion
perguruan adalah bidang kerjaya yang menghadapi stres kerja yang tinggi
(Mokthar,1998). Menurutnya, profesion yang disandang oleh guru semakin
menjadi satu bebanan kepada mereka dari aspek fisiologi dan psikologi.

Menurut Fontana (1989), tekanan merupakan satu permintaan ke


atas daya upaya penyesuaian minda dan juga badan. Jika daya upaya
seseorang itu dapat mengatasi permintaan, maka tekanan adalah sesuatu
yang baik dan juga membawa kepada kesan-kesan positif. Sebaliknya,
apabila seseorang itu tidak berdaya upaya untuk menangani permintaan,
maka tekanan yang wujud akan mendatangkan kesan-kesan yang negatif.
PREVINA A/P RAJENDRAN
PGD 150030

Stres yang dialami oleh guru-guru perlu diketahui agar strategi yang
bersesuaian dapat dirangka untuk mencegah stres. Pengurusan stres
dapat mengelakkan penurunan prestasi guru-guru dan memperlihatkan
khidmat cemerlang yang dapat memanfaat semua pihak (Raja Maria,
2011)

Pernyataan masalah

Pengurusan stres merupakan perkara penting kepada guru-guru di


mana mereka perlu mengendalikan pelbagai permintaan dalam profesion
mereka. Guru-guru yang dapat mengurus stres didapati kurang burn out
berbanding dengan mereka yang tidak mampu menghadapi stres
(Betoret,2006). Terdapat bukti yang menunjukkan bahawa pengurusan
stres yang berkesan boleh menyumbang kepada penguasaan pengajaran
yang akan membawa kepada keseronokan kerja (Parker & Martin, 2009).

Pengurusan stres yang baik dapat mempengaruhi prestasi kerja


guru-guru. Prestasi kerja seseorang ditunjukkan keseriusan dalam
menyelesaikan tugas-tugas yang dibebankan kepadanya berdasarkan atas
kecekapan, pengalaman, kesungguhan serta waktu (Hasibuan, 2011).
Tahap stres yang terlalu tinggi akan mengganggu sistem mental dan fizikal
individu tersebut. Akibatnya, prestasi kerja akan terjejas (Azlin, Zainudin
dan Rohana,2007). Menurut Kyriacou (2001), stres kerja boleh
menurunkan prestasi kerja, ketidakhadiran kerja yang kerap, bersara awal,
kerap mengabaikan tanggungjawab, kurang fleksibel atau terlalu tegas.

Namun, terdapat satu kekurangan dalam kajian-kajian sebelum ini di


mana pengkaji kurang menguji perkembangan pengurusan stres oleh
seseorang guru sepanjang dalam tempoh perkhidmatannya.Terdapat juga
PREVINA A/P RAJENDRAN
PGD 150030

cadangan yang dikemukakan dalam kajian sebelum ini di mana kajian


perlu dijalankan tentang pengurusan stres yang dapat meningkatkan
kemajuan dalam kerjaya seseorang guru (Kyriacou, 2001).

Oleh sebab itu, kajian ini dilakukan untuk melihat hubungan antara
pengurusan stres dan prestasi kerja dalam kalangan guru-guru sekolah
menengah, daerah Seremban. Guru-guru juga dapat mengurus tekanan
kerja dengan baik dengan menggunakan model-model pengurusan
pendidikan dan seterusnya meningkatkan prestasi kerja masing-masing.

Justifikasi penggunaan model pengurusan

Pengkaji mencadangkan model rasional (dalam model formal), model


kolegial dan model politik sesuai digunakan untuk menguruskan stres di
kalangan guru-guru di sekolah menengah.

Model rasional boleh digunakan dalam pengurusan stres di kalangan


guru-guru kerana proses pembuatan keputusan melalui beberapa langkah
penting seperti persepsi terhadap masalah, menganalisis masalah,
formulasi penyelesaian alternatif, pemilihan penyelesaian yang terbaik,
perlaksanaan kaedah penyelesaian tersebut dan akhir sekali pemantauan
dan penilaian terhadap penyelesaian itu.

Model kolegial pula sesuai digunakan dalam pengurusan stres guru-


guru kerana proses pembuatan keputusan adalah berdasarkan prinsip
demokratik iaitu daripada persetujuan ahli organisasi. Perkataan kolegial
itu sendiri menggambarkan koloborasi sesama guru-guru lain (Brundrett,
1998). Terdapat tiga ciri kolegial yang sesuai dalam mengurus stres guru-
PREVINA A/P RAJENDRAN
PGD 150030

guru iaitu hak untuk terlibat bersama dalam proses pembuatan keputusan,
mementingkan aspek saiz kumpulan dan keputusan dibuat secara
consensus.

Model politik juga boleh digunakan dalam aspek pengurusan stres


kerana apabila berlaku konflik yang tidak dapat dielakkan, maka pemimpin
boleh menggunakan kuasa sepenuhnya untuk membuat keputusan dan
juga bagi mengelakkan konflik berterusan.

Dengan mengamalkan model-model pengurusan yang dicadangkan


di atas, maka stres di kalangan guru-guru dapat diuruskan dengan baik
dan ini secara tidak langsung akan mempengaruhi prestasi kerja
seseorang guru.

Huraian penggunaan model pengurusan

1. Model rasional (Model formal)

Dengan menggunakan model rasional, maka stres dalam kalangan


guru-guru dapat diuruskan dengan baik. Menurut Davies dan Coates
(2005), perancangan rasional memudahkan pembuat keputusan
mempertimbangkan alternatif dan dapat memilih tindakan yang
memaksimumkan pencapaian objektif yang ditetapkan. Dalam proses
membuat keputusan, pengurusan haruslah mengenal pasti masalah dan
memilih jalan penyelesaian untuk mengurus stres, menganalisis masalah
stres dengan mengutip data tentang masalah tersebut, mengenal pasti
langkah penyelesaian bagi menguruskan stres dan pemilihan kaedah
penyelesaian yang terbaik untuk mencapai objektif organisasi. Seterusnya,
PREVINA A/P RAJENDRAN
PGD 150030

pengurusan perlu mengimplementasikan jalan penyelesaian yang dipilih


untuk mengurus stres dan pemantauan dan penilaian amat diperlukan
untuk meneliti keberkesanan strategi pengurusan stres yang dipilih itu.
Apabila guru-guru dapat menguruskan stres dengan berkesan, mereka
dapat meningkatkan prestasi kerja dalam melaksanakan proses
pembelajaran dan pengajaran mereka.

2. Model kolegial (Hak untuk terlibat bersama dalam proses pembuatan


keputusan)

Model kolegial juga sesuai digunakan untuk pengurusan stres dalam


kalangan guru-guru. Salah satu ciri model kolegial ialah guru-guru yang
digelar professional mempunyai hak untuk terlibat bersama dalam proses
pembuatan keputusan. Segala keputusan yang dibuat perlulah
disampaikan kepada semua guru untuk pengimplimentasian yang lebih
berkesan. Menurut Brown (1999), kolegial ialah suatu cara untuk
memanfaatkan guru-guru daripada sokongan dan kepakaran rakan-rakan
sekerja. Sokongan sosial ini merupakan salah satu cara untuk
menguruskan stres di kalangan guru-guru. Dengan ini, guru-guru yang
mengalami stres dapat membincangkan masalah mereka dengan rakan
sekerja manakala rakan sekerja yang lain pula dapat berkongsi idea untuk
menguruskan stres dengan lebih efektif. Dengan menggunakan idea-idea
ini, seseorang guru dapat meningkatkan prestasi kerjanya dengan
melaksanakan pelbagai program yang membantu sekolah tersebut
mencapai matlamat yang ditetapkan.
PREVINA A/P RAJENDRAN
PGD 150030

3. Model kolegial (Mementingkan aspek saiz kumpulan)

Ciri model kolegial yang seterusnya ialah model ini mementingkan


aspek saiz kumpulan yang membuat keputusan. Jika saiz kumpulan kecil,
maka ahli-ahli kumpulan dapat mendengar dengan lebih teliti tentang
pengurusan stres yang dibincangkan. Apabila mengamalkan ciri ini di
sekolah-sekolah yang besar, perjumpaan sesama rakan-rakan sekerja
membolehkan penukaran pendapat dan pandangan tentang cara
pengurusan stres. Cara ini merupakan sokongan sosial yang dapat
membantu guru-guru menguruskan stres yang dialami oleh mereka. Model
kolegial menguruskan masalah yang menyebabkan stres dengan
perwakilan formal antara bahagian pembuatan keputusan yang lain.
Misalnya, jika rakan sekerja yang tidak puas hati terhadap guru yang
mewakili sesuatu panitia, maka mereka berhak untuk memilih orang lain
untuk mewakili panitia tersebut. Ini merupakan aspek demokratik terhadap
perwakilan formal. Brundett (1998) menyatakan bahawa kolegialiti boleh
didefinisikan secara meluas bahawa ia amalan koloborasi guru-guru
dengan guru yang lain. Amalan koloborasi ini akan mempengaruhi prestasi
kerja seseorang guru.

4. Model kolegial (Keputusan dibuat secara konsensus)

Dalam model kolegial, keputusan dibuat secara consensus


berbanding dengan kewujudan konflik. Terdapat kepercayaan bahawa
nilai-nilai dan objektif yang dikongsikan bersama adalah sesuai untuk
menguruskan stres dalam kalangan guru melalui perjanjian. Terdapat
kemungkinan di mana wujudnya pendapat yang berbeza tetapi mereka
PREVINA A/P RAJENDRAN
PGD 150030

boleh menyelesaikan masalah itu dengan hujah-hujah yang sesuai.


Wiliams, 1989 menyatakan bahawa ahli-ahli yang mengamalkan nilai-nilai
moral, menjalankan kuasa berdasarkan kepada kehadiran kebenaran di
pihak mereka yang tertakluk kepada bidang kuasa mereka. Contohnya,
apabila guru stres disebabkan tidak dapat menghabiskan sukatan pada
masa yang ditetapkan, maka ahli-ahli akan membincangkan isu ini dan
mencari suatu penyelesaian di mana guru-guru boleh mengadakan kelas
tambahan untuk menghabiskan sukatan tersebut. Hal ini disebut cara
pengurusan stres berfokuskan masalah. Apabila guru-guru yang stres
dapat menguruskannya dengan peluang yang diberikan, maka tidak
menjadi masalah kepada prestasi kerja mereka.

5. Model politik

Model politik juga sesuai digunakan dalam pengurusan stres dalam


kalangan guru-guru. Dalam proses membuat keputusan, kadangkala ada
kemungkinan sesetengah pendapat tidak dipersetujui oleh semua guru dan
wujud konflik di situ sesama ahli organisasi. Menurut Deal (2005), dari
perspektif politik, konflik adalah salah satu ciri biasa dalam sesebuah
organisasi. Dalam situasi sebegini, pemimpin boleh menggunakan kuasa
sepenuhnya untuk mengambil tindakan yang lebih sesuai dengan
mengabaikan pendapat ahli-ahli lain dalam organisasi. Contohnya, dalam
pengurusan stres ada pihak yang tidak setuju dengan beban kerja yang
banyak terhadap seorang guru. Pihak yang lain pula tidak mahu berkongsi
beban kerja yang diberikan kepada guru tersebut. Dalam keadaan ini,
pemimpin akan menggunakan kuasa sepenuhnya untuk mengagih-agihkan
PREVINA A/P RAJENDRAN
PGD 150030

beban kerja guru tersebut kepada guru-guru lain. Hal ini akan membantu
seseorang guru melaksanakan tugasnya dengan seronok dan guru ini
boleh diharapkan untuk memberikan prestasi kerja yang berkualiti kepada
sekolah.

Rumusan

Model rasional (dalam model formal), model kolegial dan model


politik dipilih dan boleh digunakan untuk menguruskan stres dalam
kalangan guru-guru sekolah menengah. Antara 3 ciri model kolegial yang
digunakan ialah hak untuk terlibat bersama dalam proses pembuatan
keputusan, mementingkan aspek saiz kumpulan dan keputusan dibuat
secara consensus. Model rasional digunakan dalam pengurusan stres
guru-guru kerana proses pembuatan keputusan melalui beberapa langkah
penting seperti persepsi terhadap masalah, menganalisis masalah,
formulasi penyelesaian alternatif, pemilihan penyelesaian yang terbaik,
perlaksanaan kaedah penyelesaian tersebut dan akhir sekali pemantauan
dan penilaian terhadap penyelesaian itu. Model kolegial juga sesuai
digunakan dalam pengurusan stres guru-guru kerana proses pembuatan
keputusan adalah berdasarkan prinsip demokratik iaitu daripada
persetujuan ahli organisasi. Model politik pula boleh digunakan dalam
aspek pengurusan stres kerana apabila berlaku konflik yang tidak dapat
dielakkan, maka pemimpin boleh menggunakan kuasa sepenuhnya untuk
membuat keputusan dan juga bagi mengelakkan konflik berterusan.
PREVINA A/P RAJENDRAN
PGD 150030

Rujukan

Azlina Zainudin. (2007). Pengurusan Stres Dalam Kalangan Guru Besar.


Jurnal Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia, Jilid 12 Oktober
2007 hal. 77-82.

Betoret, F.D. (2006). Stressors, self-efficacy, coping resources, and


burnout among secondary school teachers in Spain. Educational
Psychology, 26, 519-539.

Brown, M. Boyle, B. Boyle, T. (1999). Commonalities between perception


and practice in models of school decision-making in secondary
schools. School leadership and management. 19(3): 319-30.

Brundrett, M. (1998). What lies behind collegiality, legitimation or control?


Educational management and administration. 26(3): 305-16.

Davies, B. and Coates, G. (2005). Competing conceptions and values in


school strategy: Rational planning and beyond. Educational
Management, Administration and Leadership. 33(1): 109-24.

Deal, T.E. (2005). Poetical and political leadership in B.Davies (ed.). The
Essentials of school leadership, London: Paul Chapman Publishing.

Fontana D. (1989). Adapted from Managing Stress. The British


Psychological Society and Routledge Ltd.

Kyriacou, C. (2001). Teacher stress: Directions for future research.


Educational Review, 53, 27-35
PREVINA A/P RAJENDRAN
PGD 150030

Maheran Malek Ahmad Johari. (2005). Stres dan Kepuasan Kerja Di


Kalangan Guru di Sekolah Menengah Daerah Tangkak, Johor. Tesis
Sarjana. Universiti Teknologi Malaysia.

Mokhtar Ahmad (1998). Tekanan Kerja Di Kalangan Guru Sekolah


Menengah: Satu Kajian Di Daerah Kulim Bandar Baharu, Kedah
Darul Aman. Tesis Sarjana Sains. Bintulu. : Universiti Malaysia
Sarawak.

Parker, P.D., & Martin, A.J. (2009). Coping and buoyancy in the workplace:
Understanding their effects on teachers’ work-related well-being and
engagement. Teaching and Teacher Education, 25, 68-75.

Raja Maria Diana. (2011). Faktor-Faktor Yang Mendorong Tekanan Kerja


(Stres) Di Kalangan Guru-Guru Sekolah Menengah Di Daerah Pasir
Puteh. Tesis Sarjana. Open Universiti Malaysia.

S.P. Hasibuan. (2011). Manajemen Sumber Daya Manusia. Jakarta: Bumi


Aksara.

Wiliams, K. (1989). The case for democratic management in schools. Irish


educational studies. 8(2): 73-86.

Anda mungkin juga menyukai