Anda di halaman 1dari 7

SEKOLAH KEBANGSAAN OLAK LEMPIT

BANTING, SELANGOR

KERTAS KERJA PROJEK

(spell- it- right( ‫تهجئة صحيحة‬

TARIKH

9 MAC 2018

TEMPAT

SK OLAK LEMPIT

ANJURAN

GURU PELATIH IPG KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM BANGI


TAJUK PROGRAM

(spell- it- right competition( ‫مسابقة تهجئة صحيحة‬


1.0 PENGENALAN

Budaya penggunaan bahasa Arab dalam komunikasi antara murid semasa berada di
dalam kawasan sekolah masih berada di tahap yang kurang memberangsangkan.
Justeru, projek “Spell It Right” dianjurkan untuk memberi peluang kepada murid-
murid untuk menggunakan dan mengaplikasikan perkataan bahasa arab yang
mereka pelajari di dalam kelas. Projek ini juga dapat mencungkil bakat dan
kebolehan murid untuk menggunakan perkataan bahasa arab seterusnya
meningkatkan lagi pengetahuan murid. Oleh itu, saya telah merancang untuk
menganjurkan projek ‫“ تهجئ الصحيحة‬Spell It Right” sebagai langkah untuk
meningkatkan motivasi menggunakan bahasa arab sebagai bahasa komunikasi
dalam kalangan murid.

2.0 RASIONAL

‫( تهخئة الصحيحة‬spell-it-right) ini dapat memberi peluang kepada murid-murid untuk


terlibat dengan aktiviti bahasa arab yang menyeronokkan di samping memupuk
budaya kerjasama dan semangat berpasukan dalam kalangan murid SK Olak
Lempit.

3.0 OBJEKTIF

Murid-murid akan dapat:

3.1 Mengukuhkan sikap positif dalam pembelajaran Bahasa Arab.


3.2 Dapat meningkatkan penguasaan bacaan Bahasa Arab dari segi sebutan.
3.3 Dapat meningkatkan pengetahuan dari segi kosa kata Bahasa Arab.
4.0 SASARAN
- Murid tahun 2 Elit

5.0 KOMPONEN PROGRAM DAN TENTATIF


Rujuk lampiran 1

6.0 ANGGARAN PERBELAJAAN


Rujuk lampiran 2

7.0 JAWATANKUASA INDUK DAN PELAKSANA


Rujuk lampiran 3

9.0 PENUTUP

Program ini pastinya akan membuka peluang kepada murid untuk membuka minda,
dan memupuk budaya membaca bahan bacaan Bahasa Arab dengan kreatif, efektif
dan seronok. Tambahan pula, projek ini dapat membantu meningkatkan prestasi
dalam matapelajaran Bahasa Arab di sekolah. Diharapkan penglibatan murid dapat
meningkatkan keyakinan mereka untuk memilih atau memperbanyakkan bahan
bacaan Bahasa Arab dalam kehidupan seharian dan secara tidak langsung
mempersiapkan mereka untuk menjadi murid yang serba boleh.
Disediakan oleh,

………………………………………….
(MOHAMAD FAUZAN AZWAN BIN MOHD ALWI)
Pengerusi
Program Spell It Right
SK Olak Lempit

Disemak oleh,

………………………………………….
(PN.NURSAADAH BINTI BASUNI)
Guru Bahasa Arab
SK Olak Lempit
LAMPIRAN 1

TENTATIF

SPELL IT RIGHT ‫تهجية الصحيحة‬

MASA AKTIVITI

8.10 pagi -Pelajar berkumpul di kelas ( Tahun 2 Elit )

8.20 pagi Penerangan mengenai pertandingan Spell It Right


- murid diberikan masa untuk mengulangkaji

8.35 pagi Pertandingan Spell It Right bermula

9.15 pagi-9.30 Pengiraan markah


Penyampaian hadiah
Bersurai
LAMPIRAN 2

ANGGARAN BELANJAWAN

BIL PERKARA KUANTITI HARGA SEUNIT JUMLAH

1 Hadiah Pemenang

Tempat pertama RM 12

Tempat kedua

Tempat ketiga

JUMLAH PERBELANJAAN RM 12.00

LAMPIRAN 3
JAWATANKUASA PENGELOLA SPELL IT RIGHT ‫الصحيحة‬ ‫تهجية‬
SK OLAK LEMPIT

PENGERUSI : Mohamad Fauzan Azwan Bin Mohd Alwi


MENTOR : Pn. Nursaadah Binti Basuni
JK PERALATAN : Mohd Irfan Bin Khidif

Anda mungkin juga menyukai