Anda di halaman 1dari 3

KEHENDAK-KEHENDAK KESELAMATAN DALAM PEMASANGAN

Secara menyeluruh, keselamatan pemasangan elektrik adalah seperti


berikut:-
1) Pekerja yang menjalankan kerja-kerja elektrik mestilah orang yang
berkelayakan dan alat yang digunakan mestilah dalam keadaan baik dan
yang diakui sahaja.
2) Ujian mestilah dijalankan sebelum dan sesudah tambahan pemasangan baru
atau baikpulih dibuat oleh orang yang dipertanggungjawabkan
3) Pengalir yang digunakan hendaklah sesuai saiznya dan penebatannya supaya
tahan dengan voltan, arus dan suhu sekitaran.
4) Fius dan pemutus litar mestlah sesuai kadar arusnya.
5) Pembumian di kawasan itu hendaklah berkesan.
6) Dilindungi dari kekaratan, jika perlu. Tidak ada tambahan litar kecuali
mendapat kebenaran.

PERATURAN KESELAMATAN
1 Segala kecederaan atau kemalangan, kejadian nyaris dan penyakit
mestilah dilaporkan kepada pihak pengurusan dengan segera.
2 Jangan sesekali menolak sebarang bantuan pertolongan cemas biarpun bagi
kecederaan ringan.
3 Jangan bergurau senda semasa bekerja.
4 Merokok hanya dibenarkan di dalam bilik salinan, pejabat, kantin dan
kawasan-kawasan yang dibenarkan.
5 Kasut keselamatan yang dibekalkan mestilah dipakai sepanjang masa
bekerja.
6 Pakaian seragam mestilah dipakai sepanjang masa bekerja.
7 Pelindung mata mestilah dipakai setiap masa di kawasan yang di tentukan.
8 Alat pelindung pendengaran mesti dipakai di kawasan yang diwajibkan.
9 Topi keselamatan mesti dipakai di kawasan yang ditentukan.
10 Jangan gunakan udara tekanan tinggi untuk membersih pakaian anda dan
jangan menghalakan ke mana-mana bahagian tuduh anda atau pekerja lain.
11 Semua tangga yang tidak dilengkapi dengan tapak getah di kakinya atau
tangga yang rosak jangan digunakan.
12 Tidak sesiapapun dibenarkan menjalankan sebarang pekerjaan semasa
berada di atas palet yang dinaikkan dengan forklif.
13 Berdiri atau bekerja di atas anak tangga paling atas adalah merbahaya dan
dilarang sama sekali. Jangan gunakan tangga dalam keadaan yang kurang
selamat.
14 Perancah hendaklah diikat dengan kuat dan kemas: pelantar dan pancak
digunakan apabila perlu.
15 Tali pinggang keselamatan, tali penyelamat dan abah-abah hendaklah
digunakan dengan betul jika sekiranya tangga tidak boleh digunakan.
16 Pekerja dilarang menggunakan kotak atau palet bersusun dan tong sebagai
tangga atau perancah.
17 Berjalan di atas paip dan dulang talian kabel sebagai jalan pintas adalah mer
bahaya dan dilarang sama sekali.
18 Pekerja dilarang menggunakan kotak atau palet bersusun dan tong sebagai
tangga atau perancah.
19 Jangan menumpang jentera angkat -susun (forklif).
20 Semua kenderaan yang masuk dan bergerak di sekitar kawasan kilang tidak
boleh melebihi had laju yang ditetapkan.
21 Jentera angkat-susun hendaklah dipandu dengan cermat iaitu dengan
mengambil kira keselamatan rakan sekerja dan mesin.
22 Adalah menjadi tanggungjawab setiap pekerja untuk menentukan segala alat
perlindungan diri sentiasa dalam keadaan baik, selamat dan bersih.
23 Matikan semua suis bekalan kuasa mesin apabila hendak pulang dan mesin
itu tidak digunakan lagi.
24 Ketika mengendalikan bahan kimia, pastikan anda memakai alat
perlindungan diri, seperti googel kimia, apron, but getah dan sarung tangan
dan lain-lain. Gunakan alat pernafasan jika perlu.
25 Meludah dan membuah sampah di dalam kawasan kilang adalah di larang
sama sekali

Anda mungkin juga menyukai