Anda di halaman 1dari 2

KERTAS KERJA GERAKAN PENGHARGAAN “TERIMA KASIH CIKGU”

SEMPENA PERAYAAN HARI GURU


PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2018

1.0 PENGENALAN

Hari Guru disambut pada tarikh 16 Mei saban tahun bagi mengenang jasa dan pengorbanan guru-guru di
Malaysia dalam mendidik anak bangsa. Dengan pengorbanan yang tidak berbelah bagi, maka lahirlah warga negara
yang berjaya dalam hidup dan seterusnya mampu membangunkan negara Malaysia yang berjaya. Ini bertepatan
dengan tema Hari Guru pada tahun ini iaitu ‘Guru Pemacu Transformasi Pendidikan”. Kerjaya suci dan murni
seorang guru sememangnya tiada tandingan dan tidak dapat dijual beli dengan apa jua sekali pun. Di dalam agama
Islam sendiri seorang guru itu adalah berada di kedudukan yang tinggi dan utama selepas kedua ibu bapa.
Bagi meraikan dan membalas jasa guru-guru yang tercinta, Badan Disiplin dan Pengawas dibantu oleh Unit
Bimbingan dan Kaunseling serta Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) turut tidak ketinggalan untuk mengadakan
sambutan Hari Guru peringkat sekolah.

2.0 MATLAMAT

Matlamat utama Sambutan Hari Guru peringkat sekolah 2018 adalah untuk meraikan dan membalas jasa
guru-guru SMKSP di samping dapat mengeratkan hubungan silaturahim di antara guru-guru dan pelajar-pelajar.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Meraikan guru-guru SMKSP sempena sambutan Hari Guru pada 16 Mei 2018
3.2 Mengenang dan membalas jasa guru-guru yang mencurahkan bakti mendidik pelajar-pelajar
SMKSP
3.3 Memupuk perasaan perpaduan ikhtisas dan muhibah di antara guru.
3.4 Mengeratkan dan merapatkan hubungan silaturrahin antara guru dan pelajar SMKSP
3.5 Mewujudkan sikap kerjasama antara guru dengan pelajar

4.0 TEMA

‘GURU PEMACU, TRANSFORMASI PENDIDIKAN’

5.0 TARIKH / HARI / MASA / TEMPAT

Tarikh :- 16 MEI 2018


Hari :- RABU
Masa :- 7.30 pg
Tempat :- Dewan Bitara
6.0 ANJURAN

Badan Disiplin & Pengawas, Pelajar-Pelajar dengan kerjasama Unit Bimbingan dan Kaunseling serta
Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).

7.0 JAWATANKUASA PELAKSANA

Yang Dipertua PIBG : En Mohd Yazid bin Hassan


Pengerusi 1 : Tn Hj Ahmad Saifuddin bin Abd Aziz (Pengetua)
Naib Pengerusi 1 : En Mohd Nadzri bin Ismail (PK Pentadbiran)
Naib Pengerusi 2 : Pn Sharifah bt Isa (PK HEM)
Naib Pengerusi 3 : Pn Hashroh bt Mehad (PK Kokurikulum)
Naib Pengerusi 3 : Pn Tuan Pah Norhafiza bt Shariff Abd Aziz
Setiausaha 1 : Pn Noor A’syikhin bt Osman
Bendahari : Pn Nurnatasha Adilla bt Ghazalli
Penyelaras Program : Pn Che Pauziah bt Che Mat (Ketua Guru Pengawas)

Jawatankuasa Kerja : Semua Guru-guru Kanan Bidang


: Semua Guru Disiplin dan Pengawas Sekolah
: Penyelia Tingkatan dan Guru-guru Tingkatan

8.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

 Banner Terima Kasih Cikgu dari PIBG 1 keping x RM70.00 RM 70.00


 Streamer Ucapan Pelajar 2 keping x RM30.00 RM 60.00
 Banner kata-kata hikmah untuk guru 5 keping x RM30.00 RM150.00
 Hadiah tokoh pelajar 2 unit x RM20.00 RM 40.00

JUMLAH BESAR RM320.00

10.0 PENUTUP

Semoga program Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah 2018 SMKSP ini dapat mencapai objektif
terutama bagi meraikan guru-guru yang telah banyak berjasa kepada warga SMKSP. Diharapkan program ini dapat
dijalankan dengan sifat silaturrahim yang erat dan kerjasama yang padu dari semua ibu bapa, komuniti dan pihak
swasta. Justeru, sempena Perayaan Hari Guru pada tahun ini, pihak Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG), ibu bapa,
komuniti dan pihak swastaadalah digalakkan menyampaikan hasrat gerakan “Terima Kasih Cikgu” kepada warga
pendidik yang tidak jemu-jemu mendidik anak bangsa.

Disediakan oleh,

……………………………………………
(PN NOOR A’SYIKHIN BINTI OSMAN)
Setiausaha Program

Anda mungkin juga menyukai