Anda di halaman 1dari 3

Sebab wujud golongan gelandangan

1) Kewujudan golongan gelandangan adalah berpunca daripada masalah kemiskinan. Mereka yang tidak

mempunyai kelulusan tidak berupaya menjawat pekerjaan yang baik, keadaan ini menyebabkan mereka terus

berada di bawah paras kemiskinan. Kos sara hidup yang tinggi, kadar sewa rumah yang melampau

menyebabkan mereka ini untuk tinggal di lorong-lorong,di bawah jambatan, atas jejantas sebagai tempat

perlindungan mereka. Keadaan ini boleh mendedahkan mereka kepada pelbagai risiko sosial yang akan

memburukkan lagi keadaan.

2) Kesukaran mendapat pekerjaan yang sesuai juga mendorong kewujudan golongan gelandangan di bandar

besar seperti Kuala Lumpur. Mereka yang datang dari kawasan desa yang cuba mengadu nasib di bandar telah

menjerumuskan mereka kepada golongan gelandangan . Gaji bulanan yang sedikit menyebabkan mereka tidak

mampu untuk mencari tempat kediaman yang agak selesa . Sebagai langkah jangka pendek, mereka memilih

tinggal di lorong-lorong atau jejantas sebagai tempat berteduh.

3)
FAKTOR MASALAH KELUARGA

Keluarga yang berfungsi untuk mencapai suatu masyarakat sejahtera turut menjadi
faktor kepada isu gelandangan atau masyarakat miskin kota. Buktinya, kebanyakan
mereka ini terdiri daripada mangsa keganasan rumah tangga. Keganasan rumah tangga
yang dimaksudkan ialah suatu tindakan ganas yang menyebabkan kecederaan,
penderaan seksual, meletakkan mangsa dalam keadaan ketakutan dan kerosakan harta
benda sehingga membawa kemudaratan yang teruk seperti kesan-kesan calar, luka,
lebam dan patah tulang. Mangsa keganasan rumahtangga ini sebenarnya berlaku
kepada sesiapa sahaja yang bergelar isteri atau suami mahupun anak-anak. Dalam hal
ini, kedudukan kewangan yang tidak kukuh menjadi punca kapada faktor ini kerana
menyebabkan suami tertekan dan seterusnya melepaskan perasaan marah atau tidak
puas hati dengan memukul isteri atau anak. Malah ada juga dalam kalangan mereka ini
yang menjadi mangsa rogol oleh ayah kandung mereka sendiri atau anak di bawah
umur yang dibiarkan tanpa penjagaan orang dewasa. Kesannya, mereka mengambil
keputusan untuk melarikan diri dari rumah tersebut dan keadaan ini menyebabkan
mereka terpaksa tinggal di kawasan awam yang seterusnya menyebabkan mereka
tergolong dalam kalangan masyarakat miskin kota. Selain itu, kajian mendapati ramai
dalam golongan mereka ini terdiri daripada orang tua yang berumur 60 tahun ke
atas. Dalam hal ini, mereka menjadi gelandangan kerana ditinggalkan oleh keluarga
atau anak-anak mereka sendiri atas faktor tidak mampu menampung keperluan atau
perbelanjaan keluarga mereka. Ada juga antara mereka yang bekerja semasa mereka
muda tetapi dieksploitasi oleh majikan dan mereka tidak mendapat pembayaran pencen
yang sepatutnya. Bertitik tolak daripada hal ini, kegagalan untuk membendung polemik
ini berupaya untuk membawa kemusnahan institusi keluarga dan seterusnya
meningkatkan lagi jumlah masyarakat miskin kota yang kemudiannya memberi kesan
kepada Negara.

Anda mungkin juga menyukai