Anda di halaman 1dari 11

NO.

DOKUMEN : GARIS PANDUAN PENDAFTARAN PINDAAN :


JKKP DP PENYELIA KESELAMATAN TAPAK BINA
127/379/2/4-40 01/2013

KANDUNGAN

Muka Surat

1.0 Pengenalan 2

2.0 Tujuan 3

3.0 Takrif 3

4.0 Pendaftaran penyelia keselamatan tapak bina 4

4.1 Kelayakan pendaftaran 4

4.2 Dokumen permohonan 4

4.3 Permohonan pendaftaran 5

4.4 Perakuan pendaftaran 6

4.5 Tempoh pendaftaran 6

4.6 Pembatalan pendaftaran 6

4.7 Pembaharuan pendaftaran 7

Borang A – Pendaftaran penyelia keselamatan tapak bina 8

Borang B – Pemeriksaan perubatan 9

Muka surat 1 / 11
NO. DOKUMEN : GARIS PANDUAN PENDAFTARAN PINDAAN :
JKKP DP PENYELIA KESELAMATAN TAPAK BINA
127/379/2/4-40 01/2013

1.0 PENGENALAN

Di bawah Peraturan 25(1), Peraturan-Peraturan Kilang Dan Jentera (Kendalian


Bangunan Dan Kerja-Kerja Binaan Kejuruteraan)(Keselamatan) 1986 [BOWEC],
kontraktor utama hendaklah melantik penyelia keselamatan tapak bina bagi
menjalankan penyeliaan keselamatan keatas aktiviti pembinaan yang dijalankan di
tapak bina. Antara tugas penyelia keselamatan tapak bina adalah -

a) memeriksa dan memperbaiki mana-mana keadaan tidak selamat di tapak


bina;

b) membetulkan mana-mana amalan tidak selamat;

c) memeriksa kerja-kerja sub-kontraktor untuk memastikan bahawa Akta


dan Peraturan-Peraturan yang dibuat di bawahnya dipatuhi; dan

d) berhubung terus dengan penyelia keselamatan kontraktor berkenaan


dengan keselamatan bekerja yang dijalankan oleh sub-kontraktor.

Di bawah Peraturan 25(2) Peraturan BOWEC telah menetapkan bahawa penyelia


keselamatan tapak bina hendaklah seorang yang kompeten untuk melaksanakan
tugas-tugas yang ditetapkan dalam subperaturan (3) dan (4), dan mempunyai
kelayakan yang diluluskan oleh Ketua Pemeriksa dan berpengalaman sekurang-
kurangnya selama dua tahun sebagai formen tapak bina. Ketua Pemeriksa ialah
Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan.

Sehubungan dengan itu, bagi menetapkan kompetensi penyelia keselamatan tapak


bina, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) telah memutuskan
bahawa penyelia keselamatan tapak bina hendaklah seseorang yang telah berjaya
menamatkan kursus penyelia keselamatan tapak bina yang dijalankan oleh pusat
pengajar yang berdaftar dengan JKKP, dan telah lulus peperiksaan yang dijalankan

Muka surat 2 / 11
NO. DOKUMEN : GARIS PANDUAN PENDAFTARAN PINDAAN :
JKKP DP PENYELIA KESELAMATAN TAPAK BINA
127/379/2/4-40 01/2013
oleh Institut Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) atau institusi
yang diiktiraf oleh JKKP, dan berdaftar dengan JKKP.

2.0 TUJUAN

Garis panduan ini bertujuan untuk memberi penerangan mengenai prosedur dan
syarat pendaftaran dengan JKKP sebagai penyelia keselamatan tapak bina.

3.0 TAKRIF

Penyelia keselamatan tapak bina

Penyelia keselamatan tapak bina adalah penyelia keselamatan tapak bina yang
berdaftar dengan JKKP.

Pusat pengajar

Syarikat atau organisasi yang mengendalikan kursus kompetensi untuk penyelia


keselamatan tapak bina yang berdaftar dengan JKKP.

Tapak bina

Tapak bina adalah kendalian bangunan dan/atau kerja-kerja binaan kejuruteraan.

Muka surat 3 / 11
NO. DOKUMEN : GARIS PANDUAN PENDAFTARAN PINDAAN :
JKKP DP PENYELIA KESELAMATAN TAPAK BINA
127/379/2/4-40 01/2013

4.0 PENDAFTARAN PENYELIA KESELAMATAN TAPAK BINA

4.1 Kelayakan pendaftaran

Seseorang yang ingin mendaftar sebagai penyelia keselamatan tapak bina


hendaklah -

a) warganegara Malaysia yang mempunyai sekurang-kurangnya diploma dalam


bidang kejuruteraan atau arkitek atau bidang berkaitan pembinaan, dan telah
menghadiri kursus penyelia keselamatan tapak bina di pusat pengajar yang
berdaftar dengan JKKP, dan telah lulus peperiksaan penyelia keselamatan
tapak bina yang dikendalikan oleh NIOSH atau institusi yang diiktiraf oleh
JKKP; atau

b) warganegara Malaysia yang mempunyai sekurang-kurangnya dua tahun


pengalaman sebagai penyelia tapak bina atau formen tapak bina, dan telah
menghadiri kursus penyelia keselamatan tapak bina di pusat pengajar yang
berdaftar dengan JKKP, dan telah lulus peperiksaan penyelia keselamatan
tapak bina yang dikendalikan oleh NIOSH atau institusi yang diiktiraf oleh
JKKP;

c) warganegara Malaysia yang telah mempunyai sekurang-kurangnya sepuluh


tahun pengalaman sebagai penyelia tapak bina atau formen tapak bina; dan
telah lulus peperiksaan penyelia keselamatan tapak bina yang dikendalikan
oleh NIOSH atau institusi yang diiktiraf oleh JKKP;

d) seseorang yang telah lulus peperiksaan pegawai keselamatan dan kesihatan


(SHO), dan mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya dua belas (12)
bulan dalam bidang pembinaan; atau menghadiri bagi modul 6 (occupational
safety) bagi kursus SSS; atau menghadiri kursus penyelia tapak bina (site
supervisor) yang dijalankan oleh CIDB;

Muka surat 4 / 11
NO. DOKUMEN : GARIS PANDUAN PENDAFTARAN PINDAAN :
JKKP DP PENYELIA KESELAMATAN TAPAK BINA
127/379/2/4-40 01/2013
e) seseorang yang mempunyai sekurang-kurangnnya diploma keselamatan
dan kesihatan pekerjaan atau yang setaraf dengannya dari mana-mana
badan professional atau institusi yang diluluskan oleh Jabatan, dan
mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya enam (6) bulan dalam bidang
pembinaan; atau menghadiri bagi modul 6 (construction safety) bagi kursus
SSS.

f) warganegara Malaysia yang mempunyai kelayakan lain yang diiktiraf oleh


Jabatan.

4.2 Dokumen permohonan

Setiap permohonan hendaklah disertakan dengan maklumat seperti berikut -

a) borang pendaftaran yang lengkap (Borang A);

b) salinan sijil hadir kursus penyelia keselamatan tapak bina daripada pusat
pengajar yang berdaftar dengan JKKP;

c) salinan sijil lulus peperiksaan penyelia keselamatan tapak bina daripada


NIOSH atau institusi yang diiktiraf oleh JKKP;

d) salinan diploma beserta transkrip;

e) dua keping gambar terkini berwarna berukuran passport;

f) salinan kad pengenalan;

g) surat pengesahan pemeriksaan kesihatan(Borang B); dan

h) surat pengesahan pengalaman kerja dan senarai tugas sebagai penyelia


tapak bina atau formen tapak bina daripada majikan.

Muka surat 5 / 11
NO. DOKUMEN : GARIS PANDUAN PENDAFTARAN PINDAAN :
JKKP DP PENYELIA KESELAMATAN TAPAK BINA
127/379/2/4-40 01/2013

Nota: Surat pengesahan jawatan daripada semua majikan sama ada bekas
majikan atau majikan sekarang juga perlu disertakan sebagai bukti
pengalaman tersebut. Salinan sijil berkaitan hendaklah disahkan oleh
pegawai kerajaan kumpulan pengurusan dan profesional, atau kemukakan
sijil asal beserta dengan salinan kepada JKKP untuk pengesahan.

4.3 Permohonan pendaftaran

Pendaftaran penyelia keselamatan tapak bina diproses oleh Bahagian


Keselamatan Industri. Setiap permohonan pendaftaran hendaklah dikemukakan
kepada Pengarah Bahagian Keselamatan Industri.

4.4 Perakuan pendaftaran

Perakuan pendaftaran sebagai penyelia keselamatan tapak bina akan dikeluarkan


oleh Pengarah Bahagian Keselamatan Industri kepada setiap pemohon yang telah
memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan.

4.5 Tempoh pendaftaran

Pendaftaran sebagai penyelia keselamatan tapak bina adalah sah bagi tempoh
selama tiga (3) tahun dari tarikh pendaftaran, melainkan jika ia dibatalkan terlebih
dahulu di bawah perkara 4.6.

Muka surat 6 / 11
NO. DOKUMEN : GARIS PANDUAN PENDAFTARAN PINDAAN :
JKKP DP PENYELIA KESELAMATAN TAPAK BINA
127/379/2/4-40 01/2013

4.6 Pembatalan pendaftaran

Ketua Pengarah JKKP boleh menggantung atau membatalkan pendaftaran


seseorang penyelia keselamatan tapak bina jika dia mendapati bahawa penyelia
keselamatan tapak bina itu -

a) telah disabitkan dengan mana-mana kesalahan di bawah Akta Kilang dan


Jentera 1967 dan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 dan
peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya; atau

b) telah dilantik oleh majikan sebagai penyelia keselamatan tapak bina tetapi
didapati telah gagal menjalankan tanggungjawab dan kewajipan sebagai
penyelia keselamatan tapak bina; atau

4.7 Pembaharuan pendaftaran

Permohonan untuk pembaharuan pendaftaran hendaklah dikemukakan kepada


Bahagian Keselamatan Industri sekurang-kurangnya dua (2) bulan sebelum tamat
tempoh dengan mengemukakan butiran seperti berikut -

a) perakuan pendaftaran;

b) bukti-bukti menjalankan tanggungjawab / kewajipan yang disahkan oleh


pihak majikan;

c) surat pengesahan pemeriksaan kesihatan (Borang B); dan

d) surat pengesahan ”masih bekerja sebagai penyelia keselamatan tapak bina”


daripada pihak majikan terkini.

Muka surat 7 / 11
BORANG A

PENDAFTARAN PENYELIA KESELAMATAN TAPAK BINA Gambar


berukuran
lesen
1.0 BUTIR-BUTIR PERIBADI: memandu

1.1 Nama (huruf besar): 1.2 Tarikh lahir:

………………………………………………………………. ……………………………..……...
1.3 Jantina: 1.4 Nombor kad pengenalan:

………………………………………………………………. ……………………………..
(Sertakan salinan depan dan belakang)
1.5 Tempat lahir:

………………………………………………………………
1.6 Nama dan alamat majikan: 1.7 Tel.No.(pejabat):………………………………..

.……………………………………..…………...……………
………….…………………………….………………………
………………………………………………………………..
1.8 Alamat rumah: 1.9 Tel. No. (rumah/): ………………………………
………………………………………………………………. Tel. No. Bimbit: …………………………………
.…………………………………….………………………… E-mail :…………………………………………..
…………..……………………………………………………

2.0 PENDIDIKAN:

2.1 Nama Sekolah / kolej / Universiti: Tahun: Tahap kelayakan:

………………………………...……… ………………hingga………………… …………………………………….


…………………………………...…… ………………hingga………………… …………………………………….
……………………………………….. …………………………………….

2.2 Pengalaman bekerja sebagai site foreman atau penyelia tapak bina:

Pengalaman kerja : Tempoh Khidmat Nama dan alamat majikan:


Dari: Hingga:

……………………………………...… ………………………………….….… ………………..………………….


…………………………………...…… …………………………………....…… ……………………………………

3.0 KURSUS DAN KELAYAKAN

…………………………………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………………………………

4.0 PENGAKUAN
Saya dengan ini mengaku bahawa butir-butir di atas adalah benar sepanjang pengetahuan saya.

Tandatangan : ………………………………… Tandatangan :………………………………..


(Majikan terkini)

Nama pemohon :…………………………………. Nama wakil :………………………………..


majikan

No. K.P :………………………………..

Muka surat 8 / 11
BORANG B

PEMERIKSAAN PERUBATAN
(UNTUK DIPENUH OLEH PENGAMAL PERUBATAN)

BAHAGIAN I

No. Pendaftaran pemohonan di klinik: ................................................... Tarikh pendaftaran: …………………………

Keadaan Umum: ....................................................................................

Berat: ... ....................................................... ... kg. Ketinggian: …………………… cm.

Pemeriksaan air kencing untuk albumin dan gula (Jika positif siasat selanjutnya).

Tekanan darah: Sistolik: .................................... Diastolik: ...........................................

Kajituan penglihatan mengikut Carta Snellen (dalam meter)

Tanpa kacamata min. 6/60 Kanan: .................... Kiri: ……………

Dengan kacamata min. 6/12 Kanan: .................... Kiri: ……………

*Untuk mereka yang memakai kacamata perlu dinyatakan pada lesen.

JAWAPAN

Sila tandakan X dalam ruang yang bersesuaian ‘Ya’ dan ‘Tidak’

Bil Perihal Ya Tidak Catatan


1 Ada kecacatan dalam penglihatan warna (carta istihara)
2 Ada kecacatan dalam penglihatan lapangan ( eld vision)
3 Ada bukti kecacatan sistem sarat
4 Ada bukti-bukti penyakit psikiatrik (psvcniatric)
5 Adakah pemohon menunjukkan tanda-tanda peminum arak
danpenyalahgunaandadah
6 Ada ketidaksempurnaan dari/atau kecacatan fizikal
7 Ada bukti kelainan sistem kardiovaskular
8 Adakah pemohon mempunyai tekanan darah tinggi yang tidak
terkawal
9 Adakah pemohon mengidap penyakit kencing manis yang tidak
dikawal dengan sempurna
10 Ada kecacatan pendengaran
11 Ada bukti kelainan sistem respiration
12 Siasatan lanjut yang dijalankan dan keputusannya:
a: ………………………………………….
b: ………………………………………….
c: ………………………………………….
13 Pandangan-pandangan lain oleh pengamal perubatan:
………………………………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………………………………

Catatan : Kelewatan boleh berlaku kerana diperlukan siasatan lanjut.

Muka surat 9 / 11
BAHAGIAN II

Sila jawab soalan-soalan berikut berhubung dengan sejarah kesihatan anda. Tandakan X dalam kotak ruangan yang
sesuai ‘Ya” atau ‘Tidak’. Jika ‘Ya’ jelasan dalam ruangan catatan.

Adakah anda mempunyai sejarah atau sedang mengalami penyakit berikut:


Bil Perihal Ya Tidak Catatan
1 Masalah
- Katarak
- Pandangan ‘monocular’
- Lain-lain yang menyebabkan halangan pandangan
2 Tidak dapat mengenalpasti warna-warna asas (primer)
[merah, hijau, kuning (amber)]
3 Sukar melihat dalam gelap
4 Apa-apa jenis sawan atau kekejangan
5 Kecederaan berat di kepala
6 Serangan pening atau pening
7 Sakit kepala yang berat atau ‘migrane’
8 Pembedahan otak yang ‘major’
9 ‘Stroke’ (dengan kecacatan ‘residual’)
10 Kencing manis dalam rawatan insulin
11 Penyakit mental
12 Penyalahgunaan arak dalam masa 5 tahun yang lalu
13 Penyalahgunaan dadah dalam masa 5 tahun yang lalu
14 Kecacatan tulang belakang
15 Ketidaksempurnaan atau kecacatan anggota
- Pergerakan sendi yang terhad
- Kecacatan anggota yang berat
- ‘amputation’ yang berat
16 Penyakit jantung, tekanan darah tinggi
17 Sesak nafas/muntah darah/batuk kronik
18 Pekak
- Pekak tuli
19 Penyakit buah pinggang yang kronik
20 Apa-apa rawatan yang berulang
21 Apa-apa penyakit atau kesedaran yang tidak dinyatakan di
atas

Saya dengan ini mengisytiharkan bahawa saya telah dengan teliti mengambilkira kenyataan yang dibuat di atas dan saya
percaya ianya lengkap dan tepat. Saya seterusnya mengisytiharkan bahawa saya tidak menyembunyikan apa-apa
maklumat atau membuat apa-apa kenyataan palsu. Saya memberi izin kepada pengamal perubatan yang memeriksa
untuk berkomunikasi dengan mana-mana pengamal perubatan yang memeriksa saya dan JKKP, dalam hal-hal yang
boleh memberikan kesan ke atas kesesuaian berkaitan dengan permohonan saya sebagai Penyelia Keselamatan Tapak
Bina.

Tandatangan pemohon: ………………………………………………………………………… Tarikh diperiksa:………………………………

Nama (dalam huruf besar): ………………………………………………………………………… No. Kad Pengenalan:…………………………

Disaksikan oleh (Dr):…………………………………………………………………………… Tempat diperiksa:…………………………….

Cop nama dan jawatan:……………………………………………………………………….. Tarikh:………………….Masa :……………….


Muka surat 10 / 11
* Keadaan berikut adalah diambilkira sebagai sepenuhnya tidak layak sebagai Penyelia Keselamatan Tapak Bina

BAHAGIAN 3

KEPUTUSAN PEMERIKSAAN PERUBATAN

Saya sahkan bahawa saya pada hari ini telah memeriksa pemohon ……………………………………no. kad
pengenalan………………………………….. . Jawapan kepada soalan-soalan di atas adalah benar setakat yang saya
ketahui dan percaya. Daripada pemerhatian dan pemeriksaan perubatan, saya dapati pemohon dari segi fizikal dan
mental.
LAYAK / TIDAK LAYAK

Tandatangan pengamal perubatan: …………………………………………………………

Nama dan kelayakan pengamal perubatan: ……………………………………………… Pendaftaran MMC


:………………………

Alamat: No. Pendaftaran klinik


………………………………………………………………………………………………….. :…………………
…………………………………………………………………………………………………

Tarikh:……………………………………… No. resit


Bayaran yang dikenakan: RM……………... :…………………………………

UNTUK KEGUNAAN JKKP

Muka surat 11 / 11

Anda mungkin juga menyukai