Anda di halaman 1dari 4

Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Wilayah Persekutuan

Kuala Lumpur
Aras 11 (West Wing), The I-CON
No. 1 Jalan 1/68F, Jalan Tun Razak,
55000 Kuala Lumpur Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

No. Tel : 03-26034300 No. Faks : 03-21610809

Ruj Tuan :
Ruj. Kami : WP/103/21/02381
Tarikh : 01 Mac 2021

PEMBINAAN MITRAJAYA SDN BHD


NO. 9, BLOK D, PUSAT PERDAGANGAN PUCHONG PRIMA, PERSIARAN PRIMA
UTAMA, TAMAN PUCHONG PRIMA, PUCHONG
47150 PUCHONG SELANGOR

Tuan/Puan,

PENDAFTARAN TAPAK OPERASI BANGUNAN/KERJABINA KEJURUTERAAN

Projek : THE PROPOSED CONSTRUCTION AND COMPLETION OF 10 LEVELS


OF PODIUM COMPRISING OF 8 LEVELS OF CARPARK, M&E
SERVICES, 3 LEVELS OF RETAILS, EXTERNAL WORKS AND WORK
OUTSIDE BOUNDARIES (PACKAGE 2) FOR THE PROPOSED
TRANSIT ORIENTED DEVELOPMENT AT PLOT 7MD7, PRECINCT 7,
PUTRAJAYA
Kedudukan : THE PROPOSED CONSTRUCTION AND COMPLETION OF 10 LEVELS
OF PODIUM COMPRISING OF 8 LEVELS OF CARPARK, M&E
SERVICES, 3 LEVELS OF RETAILS, EXTERNAL WORKS AND WORK
OUTSIDE BOUNDARIES (PACKAGE 2) FOR THE PROPOSED
TRANSIT ORIENTED DEVELOPMENT AT PLOT 7MD7, PRECINCT 7,
PUTRAJAYA PUTRAJAYA
No. Daftar Tapak Bina : WP/21/03/165933

Adalah saya diarah merujuk kepada Permohonan Notifikasi Kerja Bina tuan/puan bertarikh 18/02/2021
berhubung dengan perkara diatas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa tapak binaan bangunan/kerjabina kejuteraan berkenaan telah


didaftarkan oleh jabatan ini dengan nombor Daftar Kerja Bina di atas. Papan tanda yang menunjukkan
nombor pendaftaran tersebut hendaklah dipamerkan di pintu masuk utama ke tapak kerja tuan/puan.

3. Tuan/puan adalah diingatkan supaya mengambil langkah-langkah perlu supaya aktiviti


pembinaan di tapak bina tersebut mematuhi kehendak-kehendak yang terkandung di dalam Akta
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 dan peraturan-peraturan dibawahnya serta Akta
Kilang dan Jentera 1967 dan peraturan-peraturan di bawahnya terutamanya Peraturan-
Peraturan (Operasi Bangunan dan Kerjabina Kejuruteraan)(Keselamatan) 1986.

4. Antara kehendak-kehendak utama yang terkandung di dalam akta dan peraturan-peraturan


tersebut adalah seperti di Lampiran 1 yang disertakan.

5. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, tuan/puan boleh menghubungi pegawai


HAIRULBAHRI BIN TUGIMAN di alamat emel: hairulbahri@mohr.gov.my

Sekian, terima kasih.

“ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ”

Saya yang menjalankan amanah,

(HUSDIN BIN CHE AMAT)


Pengarah
Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Verifikasi Dokumen
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
LAMPIRAN 1

1. Sebarang tambahan jentera yang dipasang di tapak bina tersebut selepas pendaftaran ini,
hendaklah dilaporkan kepada Jabatan dengan menggunakan Borang JKJ 105 yang boleh
diperoleh di jabatan;

2. Sijil Perkuan Kelayakan yang sah hendaklah terlebih dahulu diperolehi sebelum mengguna
atau mengendalikan jentera-jentera dandang stim, pengandung tekanan tak berapi dan mesin
angkat;

3. Lukisan rekabentuk yang disahkan oleh Jurutera Bertauliah (P.E) atau diluluskan oleh Ketua
Pemeriksa Kilang dan Jentera perlulah di kemukankan ke Jabatan ini sebelum pemasangan
perancah atau pelantar (seperti pelantar kerja, pelantar memunggah dan pelantar perangakap
dilakukan);

4. Enjin Pembakaran Dalam(ICE) melebihi 500 kW dan Dandang Stim hendaklah dijagai oleh
Drebar Enjin yang Kompeten (Drebar Dandang/ Enjin Stim atau Drebar Enjin Pembakaran
Dalam-yang mana berkaitan);

5. Sebarang kemalangan yang berlaku di tapak bina hendaklah dilaporkan ke jabatan ini dengan
seberapa segera melalui telefon atau faksimili dan disusuli dengan Borang JKKP 6;

6. Sebarang kejadian berbahaya yang menyebabkan kerosakan harta benda serta mengancam
keselamatan dan kesihatan pekerja dan orang awam hendaklah dilaporkan dengan segera;
dan

7. Semua dokumen berhubung keselamatan dan kesihatan di tapak bina hendaklah disimpan
dengan teratur dan perlu ditunjukkan kepada pegawai dari Jabatan ini apabila diminta.
Antara rekod-rekod tersebut adalah seperti berikut:
i. Sijil Perakuan Kelayakan (CF) jentera (PMA, PMT, PMD);
ii. Sijil Perakuan Kebolehan OYK Drebar Enjin (Dandang Stim dan Enjin Pembakaran
Dalam);
iii. Sijil Pendaftaran OYK Operator Kren;
iv. Sijil Pendaftaran OYK Pengendali Perancah;
v. Sijil OYK Pegawai Keselamatan dan Kesihatan (SHO);
vi. Lukisan Rekabentuk perancah, pelantar dan 'formworks';
vii. Rekod-rekod latihan pekerja termasuk kursus induksi pekerja binaan;
viii. Rekod-rekod peralatan perlindungan diri (PPE);
ix. Minit mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan;
x. Laporan-laporan kemalangan (jika ada); dan
xi. Prosedur dan arahan kerja (S.O.P. dan 'Method Statement').
PERINTAH KHAS KETUA PEMERIKSA
KEPADA PENGURUS PROJEK BERKENAAN PENGURUSAN DAN PENGENDALIAN SELAMAT
KREN MENARA 2017

Pada menjalankan kuasa yang diberikan oleh subseksyen 27(1) Akta Kilang dan Jentera 1967 [Akta
139], Ketua Pemeriksa Kilang dan Jentera mengeluarkan perintah khas yang berikut:

1. Pengurus projek hendaklah memastikan kren menara mempunyai:


(a) kelulusan reka bentuk oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan;
(b) surat kebenaran memasang dan mematuhi syarat-syarat kebenaran memasang Jabatan
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan; dan

2. Pengurus projek hendaklah memastikan semasa pengoperasian, pengendalian dan


penyelenggaraan kren menara:
(a) pelantikan operator yang berdaftar dengan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
untuk mengendalikan kren;
(b) pelantikan penyelia mengangkat (lifting supervisor), signalman dan rigger yang mempunyai
pengetahuan, pengalaman dan kemahiran yang berkaitan dan mencukupi;
(c) perlaksanaan sistem permit-mengalankan-kerja (permit-to-work);
(d) segala kelengkapan peralatan mengangkat (lifting gear) diperiksa dan diselenggara mengikut
spesifikasi pembuat dan mengikut amalan kejuruteraan dan baik;
(e) semua peranti keselamatan diselenggara supaya berfungsi dengan baik pada setiap masa dan
tidak mudah dikacau ganggu; dan
(f) rekod-rekod berkaitan penggunaan, pemeriksaan, penyelenggaraan dan permit-menjalankan-
kerja disimpan di tapak pembinaan untuk tujuan pemeriksaan pada bila-bila masa.

3. Pengurus projek hendaklah memastikan mana-mana orang yang dilantik oleh penghuni
mempunyai kontrak yang sah di sisi undang-undang untuk:
(a) menjalankan kerja-kerja memeriksa, memasang, meninggi, menguji, menyelanggara dan
merombak kren menara;
(b) menjalankan pemeriksaan berkala ke atas setiap kren menara sekurang-kurangnya sekali
dalam tempoh sebulan;
(c) menjalankan kerja-kerja memeriksa, memasang, meninggi, menguji, menyelenggara dan
merombak kren menara mengikut spesifikasi pembuat dan mengikut amalan kejuruteraan yang
baik; dan
(d) melakukan kerja-kerja pembaikan kerosakan atau pengubahsuaian struktur atau komponen
kren menara setelah mendapat kelulusan bertulis dari Jabatan Keselamatan dan Kesihatan
Pekerjaan dan mengikut spesifikasi pembuat serta mengikut amalan kejuruteraan yang baik.

Penalti
Mana-mana orang yang melanggar perintah khas ini adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh
didakwa di bawah seksyen 8(g) Akta Kilang dan Jentera 1967 [Akta 139] dan jika disabitkan kesalahan
boleh didenda tidak melebihi dua ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi
lima tahun atau kedua-duanya.
PERINTAH KHAS KETUA PEMERIKSA
BILANGAN 1 TAHUN 2020
PENGURUSAN KESELAMATAN STRUKTUR SEMENTARA (PERANCAH, ACUAN DAN
PENYANGGA)

Pada menjalankan kuasa yang diberikan oleh subseksyen 27(1) Akta Kilang dan Jentera 1967 [Akta
139], Ketua Pemeriksa Kilang dan Jentera mengeluarkan perintah khas yang berikut:

1. Dalam Perintah ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain:
(a) Pengurus adalah orang yang diambil kerja dalam mana-mana perkhidmatan yang melibatkan
pengurusan dan pengendalian bagi, atau penjagaan ke atas, atau kedekatan kepada, mana-
mana jentera atau proses yang dijalankan dalam mana-mana tempat kerja;
(b) Orang yang ditetapkan ertinya seorang yang kompeten yang dilantik oleh majikan untuk
menjalankan apa-apa kerja penyelian atau pemeriksaan atau melaksanakan apa-apa tugas
atau kewajipan yang telah ditetapkan oleh Peraturan-Peraturan Kilang dan Jentera (Kendalian
Bangunan dan Kerja-Kerja Binaan Kejuruteraan) (Keselamatan)1986.

2. Pengurus hendaklah memastikan:


(a) pelantikan Jurutera Professional, orang yang ditetapkan dan pekerja-pekerja lain bagi
menjalankan tugas-tugas yang dinyatakan di dalam Bahagian III dan X, Peraturan-Peraturan
Kilang dan Jentera (Kendalian Bangunan dan Kerja-Kerja Binaan Kejuruteraan) (Keselamatan)
1986;
(b) pekerja-pekerja yang dilantik di bawah Perintah 2(a), mematuhi kehendak perundangan;
(c) prinsip-prinsip yang diakui umum tentang amalan yang baik dan selamat diamalkan;
(d) sistem permit menjalankan kerja (permit-to-work) dilaksanakan;
(e) penyediaan peruntukan masa, bahan, bajet dan sumber lain yang sesuai dan mencukupi;
(f) tiada perancah boleh digunakan sebelum diperiksa dan dipastikan selamat oleh orang yang
ditetapkan; dan
(g) dokumen dan rekod-rekod berkaitan struktur sementara (perancah, acuan, dan penyangga)
dikemaskini dan disimpan di tempat kerja untuk tujuan pemeriksaan pada bila-bila masa.

3. Pengurus hendaklah memastikan bahawa Jurutera Professional:


(a) membuat apa-apa reka bentuk dan lukisan, ujian, pemeriksaan, penyediaan maklumat dan
langkah-langkah pengendalian struktur sementara yang wajar, dan;
(b) menyelia pembinaan dan kestabilan struktur sementara yang direka bentuk olehnya adalah
selamat;

4. Pengurus hendaklah memastikan bahawa orang yang ditetapkan:


(a) memeriksa semua bahan yang digunakan mengikut standard yang ditetapkan, tiada sebarang
kecatatan dan selamat untuk digunakan;
(b) menyelia secara terus kerja-kerja struktur sementara mengikut reka bentuk yang ditetapkan
semasa ia dibina, diubah dan ditanggalkan;
(c) menyelia secara terus kerja-kerja penyanggaan semula struktur sementara secara menyeluruh
mengikut reka bentuk yang ditetapkan;
(d) menjalankan pemeriksaan secara menyeluruh ke atas struktur sementara semasa dan selepas
pembinaan, dan;
(e) memeriksa perancah dalam tempoh setiap tujuh hari, atau setiap kali perancah terdedah
kepada keadaan cuaca atau insiden yang mungkin menjejaskan keteguhan atau kestabilannya
atau telah menyebabkan mana-mana bahagiannya teranjak.

Penalti
Mana-mana orang yang melanggar perintah khas ini adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh
didakwa di bawah seksyen 8(g) Akta Kilang dan Jentera 1967 [Akta 139] dan jika disabitkan kesalahan
boleh didenda tidak melebihi dua ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi
lima tahun atau kedua-duanya.

HJ. IR. OMAR BIN MAT PIAH


Ketua Pemeriksa
Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
13 Mac 2020

Anda mungkin juga menyukai