Anda di halaman 1dari 1

Hanna Binti Baris,

Bt 3, Jln, Sandakan,
Lahad Datu.

Guru Besar,
SK Lahad Datu IV.
(UP: Unit Pinjaman Buku Teks Sekolah) 04 JANUARI 2016.

Puan,
MEMOHON PINJAMAN BUKU TEKS

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

02. Saya Hanna Binti Baris, ibu kepada Nidzpar bin Nestor pelajar kelas 6 Perdana,
ingin memohon jasa baik Puan untuk meluluskan permohonan Skim Pinjaman Buku Teks anak
saya walaupun beliau bukanlah warganegara Malaysia.

03. Ia untuk memudahkan proses pembelajaran beliau sepanjang semester ini. Saya berjanji
akan menjaga dengan baik buku-buku yang diberi pinjam oleh pihak sekolah dan akan
mengembalikan ia pada tempoh yang ditetapkan. Saya juga bersedia membayar sebarang denda
yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah sekiranya berlaku sebarang kerosakan, kehilangan atau
perlanggaran peraturan sepanjang anak saya meminjam buku teks tersebut.

04. Sebarang pertimbangan dari pihak Puan saya dahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

Sekian.

Yang Benar,

.......................................
(HANNA BINTI BARIS)

Anda mungkin juga menyukai