Anda di halaman 1dari 62

LEGASI KETUPAT DAUN KELAPA

EBOOK TUTORIAL VERSI 1.0.3

Hak Cipta Terpelihara


Tidak dibenarkan mengalih bahasa, mengeluar ulang atau pinda mana-mana
bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan e-book ini dalam apa juga bentuk,
untuk apa jua matlamat dan dengan cara apa juga samada secara elektronik,
fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis
dari pemilik hak cipta.

© 2010 -2014 Houd bin Hassan

https://www.facebook.com/pages/Jom-belajar-anyam-ketupat Page 1
LEGASI KETUPAT DAUN KELAPA

ISI KANDUNGAN

1. Penyediaan daun ketupat 5

2. Anyaman asas : Petua muncung ikan 9

3. Anyaman ketupat bawang 24

4. Anyaman ketupat pasar 33

5. Anyaman ketupat satay 44

6. Panduan mengisi sarung dengan beras 50

7. Panduan merebus dan menghidang ketupat 56

https://www.facebook.com/pages/Jom-belajar-anyam-ketupat Page 2
LEGASI KETUPAT DAUN KELAPA

Penghargaan

Dengan penuh rasa rendah diri, saya dedikasikan ebook ini kepada ayahanda
Haji Hassan bin Haji Sulong, insan pertama yang mendidik saya untuk
menganyam ketupat sejak di bangku sekolah rendah lagi. Tak lupa yang
dirindui, arwah bonda tersayang, Hajah Fatimah binti Haji Mohamed yang
sentiasa mengingatkan saya supaya tidak hilang ikhtiar dalam hidup.

Kepada keluarga tercinta, terima kasih di atas kesabaran dan sokongan anda
semua. Juga kepada semua pihak yang membantu secara langsung atau tidak
langsung dalam menjayakan projek ebook ini.

Akhir sekali untuk pembaca ebook ini, tahniah saya ucapkan. Saya berdoa
agar keazaman dan usaha anda untuk belajar menganyam ketupat
dipermudahkan oleh Allah. Amin.

Ikhlas

Houd Hassan
15 Syaaban 1431H

https://www.facebook.com/pages/Jom-belajar-anyam-ketupat Page 3
LEGASI KETUPAT DAUN KELAPA

Selayang Pandang

Struktur tutorial ebook ini dibangunkan seolah-olah pembaca ebook ini tidak
mempunyai apa-apa pengetahuan atau asas mengenai anyaman ketupat.
Ebook ini sesuai untuk kumpulan sasaran iaitu mereka yang belum pernah
atau yang masih kurang mahir menganyam.

Tetapkan objektif anda dengan jelas iaitu “untuk belajar menganyam ketupat
ikut tertib sehingga menjadi”. Selain video tutorial, baca sesuatu bab
berulang kali dan mainkan dalam minda, seolah-olah anda sendiri sedang
melakukan langkah-langkah yang diajar di dalam bab tersebut. InsyaAllah,
kaedah ini serba sedikit membantu minda separa sedar anda diprogramkan
bahawa menganyam itu semata-mata ikut turutan langkah-langkah.

Baiklah, jika anda mudah dapat daun kelapa muda, mulakan tutorial dari muka
surat 5. Kalau payah sangat dapat daun kelapa muda, pepatah Melayu lama
menyebut .. tidak ada rotan akar pun berguna.

Jangan tunggu daun kelapa muda. Mulakan latihan anda hari ini dengan riben,
tak perlu buang lidi macam daun kelapa. Beli riben 2 gulung yang berbeza
warna. Pilih riben yang tidak mudah keronyok/berkedut. Sebaik-baiknya lebar
riben sama saiz jari telunjuk anda. Boleh mula tutorial dari muka surat 9.

Peringatan

Sebelum kita terlupa, ada baiknya kita bersalawat ke atas Rasulullah s.a.w dan
membaca Surah Al-Fatihah. Berdoalah agar anda mudah faham kesemua
tutorial di dalam ebook ini dan moga-moga permulaan anda yang baik dapat
disudahi dengan kesudahan yang baik. Amin.

https://www.facebook.com/pages/Jom-belajar-anyam-ketupat Page 4
LEGASI KETUPAT DAUN KELAPA

TUTORIAL : PENYEDIAAN DAUN ANYAMAN

Hanya daun muda kelapa yang boleh dianyam untuk membuat sarung
ketupat. Samada anda ke pasar atau mendapatkannya sendiri dari pokok
kelapa, daun-daun muda tersebut perlu disimpan di tempat yang tidak
terdedah kepada sinaran mentari. Antara tempat pilihan yang biasa
diamalkan oleh orang-orang kampung dulu adalah di sisi kolah dan juga di sisi
perigi yang berbumbung. Ini adalah untuk memastikan daun muda tersebut
sejuk segar dan tidak mudah kecut atau kering sebelum proses anyaman
dapat dilaksanakan. Jika kediaman anda bukan di kampung, cukuplah sekadar
renjisan air ke atas daun muda dan letakkannya di sebelah sinki untuk
memanjangkan tempoh kesegaran daun.

Biasanya terdapat sedikit abuk pelepah di bahagian pangkal serta di


sepanjang batang lidi daun muda tersebut. Sebelum anyaman dimulakan,
abuk pelepah daun-daun muda ini mesti dibersihkan supaya sarung ketupat
yang berkualiti dapat dihasilkan.

https://www.facebook.com/pages/Jom-belajar-anyam-ketupat Page 5
LEGASI KETUPAT DAUN KELAPA

Berikut adalah langkah-langkah kebersihan yang disyorkan.

1. Sediakan kain bersih yang dilembapkan sedikit untuk mengelap daun-


daun kelapa muda tadi.

2. Lapkan daun-daun tersebut dan susun kemas.

3. Siatkan daun tersebut menggunakan benda tajam seperti pisau dan


asingkan batang lidinya.

*TIPS : Berapa banyak daun muda perlu disiat/carik

Jangan siat terlalu banyak daun. Siat daun setakat


kemampuan dan pengalaman anda menganyam.
Contohnya, siat 10 anyam 10. Kemudian sambung
semula siat 10 anyam 10 dan seterusnya.

https://www.facebook.com/pages/Jom-belajar-anyam-ketupat Page 6
LEGASI KETUPAT DAUN KELAPA

4. Ambil batang lidi tersebut dan patahkannya sepanjang 6 inci dari


pangkal lidi.

5. Tajamkan hujung lidi dengan pisau. Lidi tersebut akan digunakan untuk
menyiat lain-lain daun kelapa dan juga berfungsi untuk mengemaskan
sarung ketupat. Kegunaan lidi ini adalah lebih selamat dan praktikal
berbanding pisau.

6. Di akhir proses ini, anda mempunyai pasangan-pasangan daun kelapa


yang bersih dengan batang lidinya telah diasingkan.

https://www.facebook.com/pages/Jom-belajar-anyam-ketupat Page 7
LEGASI KETUPAT DAUN KELAPA

7. Jika anda terpaksa meninggalkan daun kelapa tersebut pada jangka


waktu yang lama, pastikan daun-daun tersebut disimpan di tempat yang
gelap dan sejuk.

*TIPS : Kesan kesegaran daun muda

Jika rendam di dalam air, daun muda akan mudah


bertukar warna cokelat dan mereput. Jika disimpan di
dalam peti sejuk, daun muda akan kering dan
mengecut. Tolong elakkan perkara ini dari berlaku.

*TIPS : Memilih daun yang berkualiti

Daun muda terbaik mestilah segar, licin dan nampak


berkilat.

Daun yang rendah kualiti adalah daun muda yang ada


kesan kedut/lipatan kecil, kesat dan kusam.

Daun yang tidak sesuai adalah daun muda yang


banyak kedutan, bertompok dan kering.

https://www.facebook.com/pages/Jom-belajar-anyam-ketupat Page 8
LEGASI KETUPAT DAUN KELAPA

TUTORIAL ANYAMAN ASAS (MUNCUNG IKAN)


Muncung Ikan : Selayang Pandang

Sila beri perhatian penuh untuk modul ini. Petua ini akan memudahkan anda
menganyam 3 jenis sarung ketupat iaitu ketupat satay, bawang dan pasar.
Ikutlah langkah-langkah modul ini dengan teliti. Baca berulang kali, fahamkan
dan seterusnya mulakan latihan.

https://www.facebook.com/pages/Jom-belajar-anyam-ketupat Page 9
LEGASI KETUPAT DAUN KELAPA

TUTORIAL : ANYAMAN ASAS (PETUA MUNCUNG IKAN)


Kedudukan tangan sebelum mula anyaman asas.

https://www.facebook.com/pages/Jom-belajar-anyam-ketupat Page 10
LEGASI KETUPAT DAUN KELAPA

Posisi kedua-dua tangan

Hafalkan posisi : L1, L2, L3 dan R3, R2, R1.


Maksud nombor kod : [ 1 = kepala ] [ 2 = badan ] [ 3 = ekor ]
Maksud abjad : [ L = left/kiri ] [ R = right/kanan ]

Penting, hafalkan posisi daun sebelum mula latihan. Teliti gambar di bawah.
Sekarang, tutup mata anda dan mainkan dalam fikiran posisi L1, L2, L3 dan R1,
R2, R3. Ulang langkah ini sampai anda rasa seronok dan yakin.

https://www.facebook.com/pages/Jom-belajar-anyam-ketupat Page 11
LEGASI KETUPAT DAUN KELAPA

FASA I : PERGERAKAN DAUN KANAN (R)

Langkah 1 : R3 silang atas L3.

Ekor daun kanan R3 ‘letak atas’ ekor daun kiri L3. Tahan posisi dengan
mengepit sulaman dengan ibu jari kiri. Selepas ini anda perlu pindah kawalan
sulaman ini kepada ibu jari kanan. Ini bermakna tangan kiri anda hanya ada L1
dan L2.

https://www.facebook.com/pages/Jom-belajar-anyam-ketupat Page 12
LEGASI KETUPAT DAUN KELAPA

Langkah 2 : R3 silang di bawah L2

Cara:
1. Pastikan tangan kiri anda hanya ada L1 dan L2. Manakala ibu jari kanan
mengawal lain-lain posisi daun.

2. Perhatian. Dengan ibu jari kiri, gerakkan L2 dan letak atas R3.

Gambar langkah 2 dari sudut tepi.

https://www.facebook.com/pages/Jom-belajar-anyam-ketupat Page 13
LEGASI KETUPAT DAUN KELAPA

Gambar langkah 2 dari sudut menghadap anyaman.

Nota:

Lihat dan teliti posisi daun dan ibu jari kiri dan kanan.

https://www.facebook.com/pages/Jom-belajar-anyam-ketupat Page 14
LEGASI KETUPAT DAUN KELAPA

Langkah 3 : R2 silang di bawah L3 dan kemudian L2 disilang bawah R2

Guna ibu jari kanan untuk tolak R2 melalui bawah L3. Kemudian gunakan ibu
jari kiri untuk tolak L2 ke bawah R2. Lihat gambar di bawah. Perhatikan
sulaman selang seli dan juga posisi kedua-dua ibu jari.

https://www.facebook.com/pages/Jom-belajar-anyam-ketupat Page 15
LEGASI KETUPAT DAUN KELAPA

Langkah 4 : Posisi bertenang/’pause’ (sebelum pergerakan R1)

Lihat gambar di bawah. Perhatikan sulaman selang seli dan juga posisi kedua-
dua ibu jari.

https://www.facebook.com/pages/Jom-belajar-anyam-ketupat Page 16
LEGASI KETUPAT DAUN KELAPA

Langkah 5 : Pergerakan R1 – Kepala Daun Kanan

Cara :

Pegang R1 (kepala daun kanan) dan letak atas L3 (ekor daun kiri). Sungkit L3
naik sedikit dengan jari telunjuk kanan.

https://www.facebook.com/pages/Jom-belajar-anyam-ketupat Page 17
LEGASI KETUPAT DAUN KELAPA

Langkah 6 : Penyudah pergerakan R1 – Kepala Daun Kanan

Cara :

Pegang R1 (kepala daun kanan) dan masuk bawah L2 (badan daun kiri).

Lihat gambar di bawah. Perhatikan sulaman selang seli.

https://www.facebook.com/pages/Jom-belajar-anyam-ketupat Page 18
LEGASI KETUPAT DAUN KELAPA

Langkah 7 : Posisi bertenang

Anyaman dipindah dan dikawal dengan tangan kanan. Gunakan tangan kiri,
untuk pegang L1 sahaja. Teliti betul-betul cara pegang L1.

https://www.facebook.com/pages/Jom-belajar-anyam-ketupat Page 19
LEGASI KETUPAT DAUN KELAPA

Langkah 8 : Pergerakan L1 – Kepala Daun Kiri

Lihat gambar di bawah. Pulas L1. Perhati betul-betul L1 dipulas. Objektif L1


adalah bergerak hingga ke hujung kanan anda. L1 akan disulam selang seli ke
arah hujung kanan. Ini bermakna L1 akan bersilang dengan R3, R2 dan R1.

Cara :

L1 lalu/masuk bawah R3. Kemudian lalu atas R2. Dan akhirnya lalu/masuk
bawah R1.

https://www.facebook.com/pages/Jom-belajar-anyam-ketupat Page 20
LEGASI KETUPAT DAUN KELAPA

Nota:
Perhatikan gambar di bawah ini. L1 telah masuk bawah R3 dan naik atas R2
dan BAKAL masuk R1.

https://www.facebook.com/pages/Jom-belajar-anyam-ketupat Page 21
LEGASI KETUPAT DAUN KELAPA

L1 telah masuk bawah R1. Perhatikan posisi ekor-ekor daun dan kepala-kepala
daun. Kita dapat lihat hujung (tip) L1 terlalu pendek manakala R1 lebih panjang
dari yang diperlukan. Panjang ideal bagi kepala-kepala daun pada ketika ini
adalah lebih kurang 2.5 - 3 inci.

Cara:
Untuk kepala daun yang terlalu pendek – cari ekor terpanjang. Pendekkan
ekor terpanjang tadi dengan menarik 2 inci ekor ke arah badan ketupat.
Kemudian perlahan-lahan tarik lebihan ekor daun ke arah kepalanya.

Untuk kepala daun terlebih panjang – tarik kepala daun tersebut sehingga
tinggal 1.5 - 2 inci. Kemudian perlahan-lahan tarik lebihan kepala daun ke arah
ekornya.

https://www.facebook.com/pages/Jom-belajar-anyam-ketupat Page 22
LEGASI KETUPAT DAUN KELAPA
Sesudah proses ini, anda sudah boleh letak anyaman separuh siap ini di bawah
untuk rehat sebentar. Ya, lepaskan tangan anda dan letakkan anyaman tadi di
atas meja. Jangan risau, jika daun muda itu segar, anyaman separuh siap ini
tidak akan terburai, InsyaAllah. Cuba lihat anyaman separuh siap tadi,
bentuknya seperti seekor ikan. Teliti posisi 2 kepala daun dan 2 ekor daun.

Syukur Alhamdulillah

Bergembiralah, anda sudah berjaya melepasi bahagian yang paling utama


dalam anyaman ketupat ‘3 in 1’ ini. Syoknya. Inilah anyaman asas (petua
muncung ikan). Perhatikan jari telunjuk kiri dapat dimasukkan ke dalam
muncung ikan dan ibu jari kiri di tengah badan ikan untuk mengawal anyaman
dengan sebelah tangan sahaja.

https://www.facebook.com/pages/Jom-belajar-anyam-ketupat Page 23
LEGASI KETUPAT DAUN KELAPA

TUTORIAL ANYAMAN KETUPAT BAWANG

Ketupat Bawang : Selayang Pandang

Ketupat bawang dinamakan sedemikian kerana bentuknya adalah seakan


bawang besar. Ia sangat popular kerana bentuknya (trigonometri) yang
comel. Ruang isipadunya besar sedikit daripada ketupat satay. Ini bermakna
isi ketupat bawang lebih banyak berbanding ketupat satay.

https://www.facebook.com/pages/Jom-belajar-anyam-ketupat Page 24
LEGASI KETUPAT DAUN KELAPA

Anda telah diterangkan anyaman asas petua ‘muncung ikan’ dalam modul
sebelum ini. Bayangkan 2 kepala daun dan 2 ekor daun dalam posisi muncung
ikan.

Untuk anyaman ketupat bawang, pergerakan daun adalah seperti berikut :


(1) ekor daun disulam ke arah muncung ikan
(2) kepala daun disulam ke arah posisi asal ekor daun

Saya juga ada menyediakan video tutorial mengenai anyaman ketupat


bawang ini. Bila anda ‘download’ video tersebut nanti, selalulah anda
mengulang tayang supaya faham dengan pergerakan daun. InsyaAllah anda
boleh berjaya seperti mana mereka yang terdahulu dari kita.

POSISI ANYAMAN MUNCUNG IKAN


Kedudukan tangan sebelum mula anyaman ketupat bawang. (Kerja jadi
kemas jika kepala daun telah digunting seperti gambar di bawah ini).

https://www.facebook.com/pages/Jom-belajar-anyam-ketupat Page 25
LEGASI KETUPAT DAUN KELAPA

KETUPAT BAWANG [FASA I : PERGERAKAN EKOR DAUN]

Langkah 1 : Ekor pertama (bahagian atas) disulam selang seli ke arah


muncung ikan

Lihat pergerakan daun (mengikut pusingan jam). Cuma ada 4 pergerakan


ekor disulam selang seli ke arah telunjuk jari kiri.

1 2

4 3

https://www.facebook.com/pages/Jom-belajar-anyam-ketupat Page 26
LEGASI KETUPAT DAUN KELAPA

Langkah 2 : Balikkan sarung supaya ekor yang kedua (yang belum disulam)
berada di bahagian atas

Ada 2 cara untuk tukar posisi.


(1) keluarkan jari telunjuk. Balikkan supaya ekor daun kedua berada di atas
dan masuk jari semula ke dalam muncung ikan
(2) balikkan daun tanpa mengeluarkan jari dari muncung ikan
Pilih mana-mana cara yang anda selesa, asalkan ekor daun berada di bahagian
atas.

https://www.facebook.com/pages/Jom-belajar-anyam-ketupat Page 27
LEGASI KETUPAT DAUN KELAPA

Langkah 3 : Ekor kedua disulam selang seli ke arah muncung ikan

Lihat pergerakan daun (mengikut pusingan jam). Cuma ada 4 pergerakan.

1 2

4 3

https://www.facebook.com/pages/Jom-belajar-anyam-ketupat Page 28
LEGASI KETUPAT DAUN KELAPA

Langkah 4 : Posisi bertenang (paused position)

Lihat gambar di bawah. Pergerakan ekor-ekor daun sudah tamat. Kini giliran
kepala-kepala daun pula. Kepala daun akan disulam selang seli ke arah pukul
12 (atau bahagian bertentangan dengan muncung ikan).

https://www.facebook.com/pages/Jom-belajar-anyam-ketupat Page 29
LEGASI KETUPAT DAUN KELAPA

KETUPAT BAWANG [FASA II : PERGERAKAN KEPALA DAUN]

Langkah 5 : Gerakan penyudah kepala-kepala daun

Kuak 2 ekor daun dan sulam kepala daun di antaranya.

Kepala pertama (a) Kepala pertama (b)

Kepala kedua (a) Kepala kedua (b)

Nota :

Sila belek sekeliling ketupat. Pastikan sulaman anyaman berselang seli


dengan sempurna.

https://www.facebook.com/pages/Jom-belajar-anyam-ketupat Page 30
LEGASI KETUPAT DAUN KELAPA

KETUPAT BAWANG [FASA III : KEMASAN ANYAMAN]

Langkah 6 : Ketupat bawang anda hampir lengkap

Tahniah anda sudah berjaya hasilkan anyaman ketupat bawang pertama


mengikut panduan dari ebook ini. Sarung ketupat bawang pertama ini belum
dikemaskan lagi. Sebelum mengisi beras, sarung ketupat ini perlu dikemaskan
supaya beras tidak terkeluar dari sarung dalam proses merebus nanti.
Gunakan batang lidi untuk tarik daun yang longgar dengan perlahan. Pastikan
kepala daun tidak terlalu pendek apabila selesai proses kemasan.

https://www.facebook.com/pages/Jom-belajar-anyam-ketupat Page 31
LEGASI KETUPAT DAUN KELAPA

Langkah 7 : Ketupat bawang kemasan akhir

Satu seni tangan istimewa bagi menghasilkan ketupat yang comel, kemas
serta membuka selera peminat ketupat. Sulam kepala daun berselang seli
hingga kepala daun tadi tidak lagi kelihatan atau tersorok. Tiada pergerakan
langsung untuk ekor daun.

1 2

3 4

5 6

https://www.facebook.com/pages/Jom-belajar-anyam-ketupat Page 32
LEGASI KETUPAT DAUN KELAPA

TUTORIAL ANYAMAN KETUPAT PASAR


Ketupat Pasar : Selayang Pandang

Ketupat pasar adalah antara ketupat yang popular dianyam kerana isipadu
saiznya yang lebih besar daripada ketupat bawang. Ini juga bermakna
sulaman sarung ketupat pasar lebih banyak berbanding dengan sarung
ketupat bawang. Secara fizikalnya, ketupat pasar seakan berbentuk intan
(diamond). Mengikut pemerhatian saya, sarung ketupat pasar adalah yang
paling banyak dijual pada musimnya berbanding lain-lain jenis sarung ketupat.

Baiklah, anda telah diterangkan mengenai anyaman asas petua ‘muncung


ikan’ dalam modul sebelum ini. Ulang tayang dalam minda anda, 2 kepala
daun dan 2 ekor daun dalam posisi muncung ikan. Untuk ketupat pasar,
pergerakan daun-daun adalah seperti berikut :
(1) ekor daun dipulas u-turn (atau separuh loop) dan disulam selang seli ke
arah muncung ikan
(2) kepala daun disulam selang seli ke arah posisi asal ekor daun

https://www.facebook.com/pages/Jom-belajar-anyam-ketupat Page 33
LEGASI KETUPAT DAUN KELAPA

Saya juga ada menyediakan video tutorial mengenai anyaman ketupat pasar
ini. Bila anda ‘download’ video tersebut nanti, selalulah anda mengulang
tayang supaya faham dengan pergerakan daun. InsyaAllah anda boleh berjaya
seperti mana mereka yang terdahulu dari kita.

POSISI ANYAMAN MUNCUNG IKAN

Kedudukan ekor dan kepala daun sebelum mula anyaman ketupat pasar.

Pegang anyaman di mana ekor daun menghala ke atas.

https://www.facebook.com/pages/Jom-belajar-anyam-ketupat Page 34
LEGASI KETUPAT DAUN KELAPA

TUTORIAL : ANYAMAN KETUPAT PASAR

Langkah 1 : Ekor daun bergerak ke arah muncung ikan

Pegang ekor daun pertama dan pulas ‘u-turn’.

Sulam ekor daun ke arah muncung ikan.

https://www.facebook.com/pages/Jom-belajar-anyam-ketupat Page 35
LEGASI KETUPAT DAUN KELAPA

Pergerakan penyudah ekor daun pertama

1 2

3 4

5 6

https://www.facebook.com/pages/Jom-belajar-anyam-ketupat Page 36
LEGASI KETUPAT DAUN KELAPA

Langkah 2 : Ekor kedua pula digerak ke arah muncung ikan

Cara :

Pegang ekor daun dan pulas ‘u-turn’. Kemudian masukkan ke dalam ‘loop’
ekor daun pertama tadi.

https://www.facebook.com/pages/Jom-belajar-anyam-ketupat Page 37
LEGASI KETUPAT DAUN KELAPA

Pergerakan penyudah ekor daun kedua

Gambar dari pandangan sisi (turutan mengikut pusingan jam).

1 2

4 3

Akhirnya ekor daun pertama bertemu dengan ekor daun kedua di muncung
ikan. Perhatikan bucu bertentangan dengan muncung ikan, terdapat 2 ‘loop’
yang bersilang. Inilah tempat kepala daun bakal ditujukan.

https://www.facebook.com/pages/Jom-belajar-anyam-ketupat Page 38
LEGASI KETUPAT DAUN KELAPA

Langkah 3 : Kepala daun pertama digerak ke arah ‘loop’

Cara :

Pegang kepala daun dan sulam selang seli ke arah loop.

https://www.facebook.com/pages/Jom-belajar-anyam-ketupat Page 39
LEGASI KETUPAT DAUN KELAPA

Pergerakan penyudah kepala daun pertama

Gambar dari pandangan atas (turutan mengikut pusingan jam).

1 2

4 3

https://www.facebook.com/pages/Jom-belajar-anyam-ketupat Page 40
LEGASI KETUPAT DAUN KELAPA

Langkah 4 : Kepala daun kedua digerak ke arah ‘loop’

Cara :

Pegang kepala daun dan sulam selang seli ke arah loop.

https://www.facebook.com/pages/Jom-belajar-anyam-ketupat Page 41
LEGASI KETUPAT DAUN KELAPA

Pergerakan penyudah kepala daun kedua

Gambar dari pandangan sisi (turutan mengikut pusingan jam).

1 2

4 3

Akhirnya ekor daun dan kepala daun sudah bertemu pasangannya. Walaupun
sarung nampak longgar, kita boleh lihat rupanya yang seakan bentuk intan
(diamond).

Tinggal lagi, anda perlu ‘adjust’ kepala daun supaya sama panjang lebih
kurang 1.5 - 2 inci .

https://www.facebook.com/pages/Jom-belajar-anyam-ketupat Page 42
LEGASI KETUPAT DAUN KELAPA

Langkah 5 : Ketupat pasar – kemasan terakhir

Tahniah anda sudah berjaya hasilkan anyaman ketupat pasar pertama


mengikut panduan dari ebook ini. Sarung ketupat pasar ini belum
dikemaskan lagi. Sebelum mengisi beras, sarung ketupat ini perlu dikemaskan
supaya beras tidak terkeluar dari sarung dalam proses merebus nanti.
Gunakan batang lidi untuk tarik daun yang longgar dengan perlahan. Pastikan
kepala daun tidak terlalu pendek apabila selesai proses kemasan.

Satu seni tangan istimewa bagi menghasilkan ketupat yang comel, kemas
serta membuka selera peminat ketupat. Sulam kepala daun berselang seli
hingga kepala daun tadi tidak lagi kelihatan atau tersorok.

https://www.facebook.com/pages/Jom-belajar-anyam-ketupat Page 43
LEGASI KETUPAT DAUN KELAPA

TUTORIAL ANYAMAN KETUPAT SATE/SATAY


Ketupat Satay : Selayang Pandang

Ketupat satay adalah sinonim dengan penjual satay. Tidak lengkap hidangan
satay jika tiada ketupatnya. Ketupat satay tidak bersaiz besar, ia ringkas dan
ringan memandangkan santapan utama adalah satay itu sendiri. Inilah
ketikanya lidi kelapa (cucuk satay) bertemu daunnya (ketupat). Bagai lagu
dan irama, tidak boleh dipisahkan. Itu dulu, zaman sekarang, lidi cucuk satay
diperbuat daripada buluh.

Anyaman sarung ketupat satay adalah yang termudah di antara lain-lain jenis
ketupat. Ia berbentuk empat segi sama dan tirus dibucunya. Ini bermakna isi
ketupat satay tidaklah banyak berbanding ketupat bawang atau pasar.

Anda telah diterangkan anyaman asas petua ‘muncung ikan’ dalam modul
sebelum ini. Bayangkan 2 kepala daun dan 2 ekor daun dalam posisi muncung
ikan. Untuk sarung ketupat satay, pergerakan daun adalah seperti berikut :
(1) ekor daun tidak diusik langsung
(2) kepala daun dipulas ‘u-turn’ dan disulam selang seli ke arah jari telunjuk
kiri (muncung ikan)

https://www.facebook.com/pages/Jom-belajar-anyam-ketupat Page 44
LEGASI KETUPAT DAUN KELAPA

Saya juga ada menyediakan video tutorial mengenai anyaman ketupat satay
ini. Bila anda ‘download’ video tersebut nanti, selalulah anda mengulang
tayang supaya faham dengan pergerakan daun. InsyaAllah anda boleh berjaya
seperti mana mereka yang terdahulu dari kita.

POSISI ANYAMAN MUNCUNG IKAN


Kedudukan tangan sebelum mula anyaman ketupat satay.

https://www.facebook.com/pages/Jom-belajar-anyam-ketupat Page 45
LEGASI KETUPAT DAUN KELAPA
KETUPAT SATAY [ FASA I : PERGERAKAN EKOR DAUN ]

Tiada apa-apa pergerakan untuk ekor-ekor daun.

KETUPAT SATAY [ FASA 2 : PERGERAKAN KEPALA DAUN ]

Langkah 1 : Sulam kepala daun balik ke pangkal jari telunjuk kiri

Pegang kepala daun pertama dan pulas ke arah kiri dan sulam hingga ke
pangkal jari telunjuk kiri anda.

Gambar pandangan sisi.

https://www.facebook.com/pages/Jom-belajar-anyam-ketupat Page 46
LEGASI KETUPAT DAUN KELAPA
Langkah 1 : Sulam kepala daun balik ke pangkal jari telunjuk kiri
(sambungan)

Gambar dari pandangan atas (turutan mengikut pusingan jam).

1 2

4 3

Nota :

Lakukan kaedah yang sama untuk mematikan kepala daun yang kedua.

https://www.facebook.com/pages/Jom-belajar-anyam-ketupat Page 47
LEGASI KETUPAT DAUN KELAPA
KETUPAT SATAY [FASA 3 : KEMASAN SARUNG ]

Langkah 2 : Ketupat satay sedia untuk dimanfaatkan

Tahniah anda sudah berjaya hasilkan anyaman ketupat satay pertama


mengikut panduan dari ebook ini. Sarung ketupat satay pertama ini belum
dikemaskan lagi. Sebelum mengisi beras, sarung ketupat ini perlu dikemaskan
supaya beras tidak terkeluar dari sarung dalam proses merebus nanti.

Gunakan batang lidi untuk tarik daun yang longgar dengan perlahan.
Pastikan kepala daun tidak terlalu pendek apabila selesai proses kemasan.

https://www.facebook.com/pages/Jom-belajar-anyam-ketupat Page 48
LEGASI KETUPAT DAUN KELAPA

Beginilah rupa bucu ketupat satay yang tirus dan tajam hujungnya.

https://www.facebook.com/pages/Jom-belajar-anyam-ketupat Page 49
LEGASI KETUPAT DAUN KELAPA

PANDUAN MENGISI SARUNG KETUPAT DENGAN BERAS

*TIPS : Beras apa yang sesuai?

Pada pendapat saya beras wangi kurang sesuai. Aroma


hidangan melayu adalah tertakluk kepada rempah ratus
dalam lauk yang dimasak. Disyorkan anda guna beras
tempatan keluaran/edaran syarikat muslim. Asingkan
antah, batu-batu kecil, kulit padi dan sebagainya dari beras
tersebut. Cuci beras hingga bersih dan toskan. Boleh mula
isi sarung ketupat apabila beras tidak lagi basah.
Dianggarkan untuk 10 sarung ketupat saiz sederhana, 3 - 4
pot beras diperlukan untuk mengisi sarung ketupat
tersebut.

https://www.facebook.com/pages/Jom-belajar-anyam-ketupat Page 50
LEGASI KETUPAT DAUN KELAPA

TUTORIAL MENGISI SARUNG KETUPAT

1. Buka ruangan isian. Daun di antara 2 ekor ditolak dengan cermat ke


kanan.

https://www.facebook.com/pages/Jom-belajar-anyam-ketupat Page 51
LEGASI KETUPAT DAUN KELAPA

Untuk ketupat pulut


Isikan ‘beras pulut’ ke dalam sarung ketupat hingga penuh (90 - 95%).

TIPS : Ketupat pulut berinti

Rebus inti (samada kacang merah/kacang


hijau/jagung manis) sehingga 1/2 masak. Toskan.
Setelah inti kering dan sejuk, gaulkannya bersama
beras pulut dan isi ke dalam sarung ketupat hingga
95% padat. Cuma sedikit sahaja inti digunakan untuk
hasil yang berkualiti.

TIPS : Ketupat pulut Sarawak (tanpa inti)

Beras pulut digaul dengan “pati” santan kelapa yang


telah ditambah garam secukup rasa. Pulut diisi ke
dalam sarung ketupat hingga 95% padat. Isi ketupat
dalam periuk dan letak santan cair hingga meliputi
seluruh permukaan ketupat. Rebus. Angkat ketupat
bila air rebusan kering (... bukan bila dah hangit).

https://www.facebook.com/pages/Jom-belajar-anyam-ketupat Page 52
LEGASI KETUPAT DAUN KELAPA

Untuk ketupat nasi


2. Isikan beras ke dalam sarung ketupat tersebut sehingga 33 – 40%
penuh.

3. Tutup ruang di antara ekor tersebut. Tepuk-tepuk sarung tersebut


dengan perlahan sehingga beras jatuh ke dasar.

https://www.facebook.com/pages/Jom-belajar-anyam-ketupat Page 53
LEGASI KETUPAT DAUN KELAPA
4. Picit sarung tersebut di dua belah bucu sehingga anda lihat garisan
picitan. Pastikan beras terkumpul betul-betul “di bawah paras”
garisan picitan bucu tadi.

5. Jika belum sampai garisan, tambah lagi beras. Ulang langkah 1,2, 3 &
4.

https://www.facebook.com/pages/Jom-belajar-anyam-ketupat Page 54
LEGASI KETUPAT DAUN KELAPA

6. Kalau isian anda “sama paras” dengan garisan bucu, ini bermakna
sarung tersebut sudah 50% penuh. Matlamat isian yang ideal adalah
33 - 40% penuh. Jika terlebih dari garisan bermakna sarung tersebut
telah terlebih isi. Anda perlu kurangkan beras dari sarung. Ulang
langkah 1 dan keluarkan sedikit beras, disusuli dengan langkah 3 dan
4.

7. Kumpulkan sarung yang telah diisi beras ke dalam satu bekas untuk
diikat.

TIPS : Kelebihan ikat sarung ketupat

Anda tahu berapa jumlah ketupat yang akan direbus.


Mudah untuk angkat ketupat berbanding ketupat
yang tidak diikat langsung. Hidangan nampak lebih
kemas kerana ketupat dipotong dari ikatan. Nilai
estetika ini tiada pada ketupat segera.

8. Sarung ketupat yang telah diisi beras diikat iaitu 1 ikat = 5 atau 10
sarung. Boleh ikat menggunakan ekor sarung ketupat sahaja tetapi
perlu kemas ikatan kerana daun mengecut apabila direbus. Anda
boleh gunakan tali untuk ikat, jika mahu.

https://www.facebook.com/pages/Jom-belajar-anyam-ketupat Page 55
LEGASI KETUPAT DAUN KELAPA

PANDUAN MEREBUS KETUPAT : BERAS TEMPATAN

1. Sediakan sebuah periuk yang sesuai.

2. Masukkan air hingga 3 / 4 penuh.

3. Jika mahu (tidak wajib), masukkan secubit garam ke dalam periuk.

4. Apabila air hampir mendidih, masukkan ketupat yang telah dianyam.

5. Pastikan ketupat tenggelam sepenuhnya di bawah paras air.

*TIPS : Kurangkan jelaga melekat pada periuk

Jika anda guna kayu api untuk merebus ketupat,


sapukan pekatan cecair sabun (Fab/Breeze) di semua
bahagian ‘luar’ periuk. Ini memudahkan anda untuk
membasuh periuk setelah habis proses merebus
ketupat.

https://www.facebook.com/pages/Jom-belajar-anyam-ketupat Page 56
LEGASI KETUPAT DAUN KELAPA

6. Sementara itu, jerang air dalam cerek (untuk tambah ke dalam


periuk).

7. Apabila air rebusan surut, tambahkan air panas dari cerek tadi
sehingga tenggelam semua ketupat. Pantau aras air rebusan
sentiasa.

Penting : Jika merebus dalam kuantiti yang banyak, alih posisi


ketupat dengan cermat setiap 30 - 40 minit. Ikatan yang bawah di
naikkan, yang atas diturunkan. Yang berada di tengah disisikan, yang
di sisi ditengahkan. Ini untuk memastikan semua ketupat masak
rata.

8. Masa rebusan bergantung kepada jumlah ketupat di dalam periuk.


Sebaik-baiknya, ketupat direbus selama minima 4 jam untuk hasilkan
ketupat yang cukup masak, enak rasanya dan berkualiti (tak mudah
basi, tahan 2 hari tanpa disimpan dalam peti sejuk).

9. Masa merebus berakhir apabila sarung ketupat bertukar warna


perang, sarung ketupat berisi padat dan warna air bertukar seperti
warna air ‘teh o’. Padamkan api.

https://www.facebook.com/pages/Jom-belajar-anyam-ketupat Page 57
LEGASI KETUPAT DAUN KELAPA

10. Keluarkan ketupat dari periuk dan masukkannya ke dalam bekas


yang berisi air bersih.

11. Bersihkan saki-baki kanji yang melekat pada kulit ketupat.

12. Keluarkan ketupat dari bekas air dan toskan. Sebaik-baiknya


digantung (seperti ampaian) supaya ketupat mudah tos.

13. Ketupat yang sudah sejuk boleh dipotong kecil dan dihidang
bersama lodeh, kuah kacang, rendang dan kari daging/ayam.

https://www.facebook.com/pages/Jom-belajar-anyam-ketupat Page 58
LEGASI KETUPAT DAUN KELAPA

TUTORIAL : PROSES MEREBUS KETUPAT BERAS PULUT

1. Sediakan sebuah periuk yang sesuai.

2. Masukkan santan* dan garam secukup rasa.

3. Masukkan ketupat yang telah dianyam dan diisi dengan beras pulut.

4. Pastikan ketupat tenggelam sepenuhnya di bawah paras santan.

*TIPS : Berapa banyak santan perlu digunakan?

Anggaran santan 1 biji kelapa bagi setiap 1 kilogram


beras pulut.

5. Hidupkan api dan jerang hingga kering air santan.

https://www.facebook.com/pages/Jom-belajar-anyam-ketupat Page 59
LEGASI KETUPAT DAUN KELAPA

1 2

3 4

6. Apabila kering air santan, matikan api supaya ketupat tidak hangus.

7. Keluarkan ketupat dari periuk dan biarkannya sejuk.

https://www.facebook.com/pages/Jom-belajar-anyam-ketupat Page 60
LEGASI KETUPAT DAUN KELAPA

8. Bersihkan kulit ketupat dari saki baki santan yang telah kering
dengan menggunakan kain/tisu yang bersih.

9. Ketupat yang sudah sejuk boleh dipotong kecil dan dihidang


bersama kuah kacang, rendang dan kari daging/ayam.

https://www.facebook.com/pages/Jom-belajar-anyam-ketupat Page 61
LEGASI KETUPAT DAUN KELAPA

Syukur Alhamdulillah

Khatam sudah pembacaan anda untuk modul ini. Saya harap anda berjaya
menuruti langkah-langkah yang dipaparkan di dalam ebook ini. Amalkan ilmu
yang dijelaskan di dalam ebook ini dengan jujur dan tekun. Semoga Allah
memberi anda panduan untuk berjaya dan dimurahkan rezeki dengan
kemahiran ini.

Setiap kali, sebaik sahaja anda ‘berjaya’ dengan anyaman pertama ini nanti,
singgah facebook saya. Hebahkan kejayaan anda melepasi cabaran anyaman
ketupat pertama. Tambahan pula, jika anda sudah berjaya sehingga tahap
rebusan ketupat, hebohkan juga di ruangan facebook saya. Ini boleh jadi
pemangkin kepada lain-lain peminat ketupat untuk berjaya seperti anda.

Salam maju jaya.

Ikhlas,

15 Syaaban 1431H

https://www.facebook.com/pages/Jom-belajar-anyam-ketupat Page 62

Anda mungkin juga menyukai