Anda di halaman 1dari 2

AZNAN BIN MAT ISA

Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Alwi,


01000 Kangar,
Perlis.

22 FEBRUARI 2018

Ketua Sektor,
Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas,
Jabatan Pelajaran Perlis (Cawangan),
d/a Sek Keb Seri Indera,
01000 Kangar,
Perlis.

Melalui dan Salinan :

Pengetua,
Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Alwi,
01000 Kangar,
Perlis.

Tuan,

KETIDAKHADIRAN MENGHADIRI TAKLIMAT PENGURUSAN PENDIDIKAN KHAS


KEPADA GURU YANG MENGAJAR PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI
NEGERI PERLIS BIL. 1/2018

Merujuk kepada perkara tersebut di atas dan surat tuan JPNPs.SPSK.500-6/6/1 bertarikh
19 Januari 2018 adalah berkaitan.

2. Saya seperti nama dan alamat di atas ingin memaklumkan bahawa saya tidak
menghadiri perjumpaaan tersebut di atas yang telah diadakan pada 21 Februari 2018 di
Dewan Serbaguna SK Pendidikan Khas kerana terlibat dengan Kejohanan Balapan dan
Padang SMK Syed Alwi.

3. Bersama-sama ini disertakan lampiran AJK Kejohanan Balapan dan Padang SMK
Syed Alwi 2018

Sekian, terima kasih.

Yang benar

(AZNAN BIN MAT ISA)


HUSMADI BIN ABD.HAMID
B1-2-1 RUMAH PANGSA JALAN SEMARAK,
02000 Kuala Perlis,
Perlis.

23 Februari 2018

Pengetua,
Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Alwi,
01000 Kangar,
Perlis.

Tuan,

KELUAR ASRAMA PADA 23-25 Februari 2018

Dengan sukacita merujuk kepada perkara tersebut di atas.

2. Saya seperti nama dan alamat di atas ingin memaklumkan bahawa anak saya
(Muhammad Haqeem Mustaqim) memohon untuk keluar asrama pada 23 Februari
hingga 25 Februari.

3. Anak saya akan menyertai Marathon Perak pada tarikh tersebut.

4. Beliau akan diuruskan oleh saudara saya iaitu Mohd Razif b.Rahimi.

Sekian, terima kasih.

Yang benar

(HUSMADI BIN ABD.HAMID)

Anda mungkin juga menyukai