Anda di halaman 1dari 4

Aplikasi Nanoteknologi dalam Perubatan

Pengenalan:
Nanoteknologi ialah bidang S&T yg menerokai aplikasi partikel bersaiz atom atau molekul
halus untuk tujuan pelbagai tujuan. Nano ialah saiz yg teramat kecii dpd 100 nanometer atau 1 bilion
lebih kecil dpd saiz 1 meter. * Aplikasi nanoteknologi dalam bidang perubatan telah mendatangkan
pelbagai faedah kpd pesakit.

1. Pengimeian perubatan MR! *Teknologi pengimejan perubatan MRI dihasilkan menggunakan


teknologi nanoteknologi. *MRI merujuk kpd kaedah penghasilan imej organ dalaman organisma
hidup seperti manusia melalui penggunaan partikel nano dan daya magnet yg kuat mengelilingi
badan. *Imej yg dihasilkan dapat memberi gambaran 1000 kali lebih jelas berbanding dgn bahan
kontras (pewarna). *Selain itu, imej tersebut dapat diambil dpd pelbagai dimensi@ sudut. *MRI
tidak mendedahkan pesakit kpd radiasi. *MRI membantu doktor melakukan kerja2 diagnostik
penyakil dgn lebih mudah, cepat, jelas dan tepat. *Penyakit dapat dikesan, dikenalpasti dan kaedah
rawatan yg bersesuaian dapat diberikan.

2. Pembaikian dan regeneratif gen penyakit genetik *Nancteknologi telah diguna dim rawatan
penyakit genetik. *Gen yang rosak diganti dgn gen yg normal. *Gen normal disampaikan melalui
partikel nano. *Gen normal dimasukkan ke dim nukleus sel rosak tanpa rosakkan nukleus tersebut
*Proses regeneratif dan baik pulih gen mala mengambil tempat. *Gen rosak dibaiki dang en normal
yg sihat dijana. * Pesakit akan sembuh dpd penyakit genetik yg berpunca dpd pewarisan genetik gen.
yg rosak.

3. Rawatan anti-inflamasi *Khinzir diguna sebagai spesimen klinikal. *Kesan inflamasi akibat
infeksi bakteria pada lapisan kulit haiwan tersebut dapat dikurangkan. *Partikel nano kristal perak
yg mempunyai aktiviti anti-inflamasi | diguna. * Aktiviti anti-inflamasi partikel nano kristal perak
mampu membunuh bakteria dan membantu proses pemulihan masalah kulit. *Partikel
nano perak.zink oksida dan emas pula diguna utk membunuh bakteria streptococcus mutans yg
dikaitkan dgn masalah inflamasi oral manusia * Aplikasi nanoteknologi penting dalam rawatan
dermatologi untuk memulihkan pesakit yang berhadapan dgn masalah kulit.

4. Penyampaian ubat dalam rawatan onkologi kemoterapi *Partikel halus nano nanoteknologi telah
dimanfaatkan utk proses penyampaian ubat dalam bidang farmaseutikal. ♦Partikel nano spt tiub
karbon nano(CNT) membawa ubat terus kpd sel kanser dan membunuhnya tanpa memudaratkan
sel2 norma lain . *Selain CN1, ubat dimasukkan ke dalam partikel nano lain yg dikenali sebagai
oleoyl-chitosan (OCH) utk membunuh sel-sel kanser paru2. | *Dalam rawatan onkologi kemoterapi,
partikel nano telah menjadi cjen membawa ubat pembunuh sel kanser untuk membunuh sel2
kanser. | *Aplikasi nanoteknologi dalam proses penyampaian ubat telah meningkatkan
keberkesanan rawatan onkologi kemoterapi terhadap pesakit kanser.

Penutup:
Ternyata nanoteknologi telah diguna secara meluas dalam bidang I perubatan *Penyclidikan
aplikasi nanoteknologi dalam bidang perubatan harus dipergiat ♦Pembangunan dan aplikasi
nanoteknologi dalam bidang perubatan akan meningkatkan kesejahteraan hidup para pesakit.
Hubungan luar sesebuah negara amat penting dalam kemajuan negara tersebut. Jelaskan cara-cara
untuk meningkatkan lagi hubungan dua hala antara negara yang berjiran.

Hubungan luar negara merujuk hubungan diplomatik yang dijalin antara dua buah negara yang
berjiran. Antara contoh hubungan luar negara ini melibatkan hubungan Malaysia dengan Singapura dan
Thailand serta Brunei. Media massa turut menyiarkan pelbagai ulasan berita yang mengaitkan
kepentingan hubungan luar negara sehingga menjadikan sebarang isu politik negara jiran diketahui oleh
penduduk negara ini. Jelaslah, ada pelbagai kaedah yang boleh dilaksanakan oleh negara ini bersama-
sama negara jirannya untuk meningkatkan hubungan diplomatik itu.

Pertamanya, kerjasama dalam bidang ekonomi boleh dijalankan kerana bidang ekonomilah yang
paling mudah untuk dilaksanakan antara mana-mana negara pada era globalisasi ini. Aspek pelaburan
asing antara kedua-dua buah negara seperti pelabur Singapura boleh melabur di Malaysia dan pelabur
Malaysia pula dibenarkan untuk mewujudkan perniagaan di negara pulau itu. Situasi inilah yang bakal
mewujudkan hubungan secara tidak langsung lalu menjadi rapat terutama selepas perniagaan itu
berjaya mengaut keuntungan yang tinggi pula. Jadi, kerjasama dalam bidang ekonomi menjadi
pemangkin hubungan yang erat antara dua negara berjiran itu.

Selain itu, kerajaan Malaysia dan Thailand boleh melakukan pertukaran maklumat tentang aspek
keselamatan terutama yang melibatkan kawasan sempadan bersama. Kita sedia maklum bahawa
penjenayah telah menggunakan kawasan sempadan yang panjang antara Malaysia-Thailand untuk
menjalankan pelbagai aktiviti jenayah seperti penyeludupan senjata, manusia, dan dadah. Kerjasama
untuk berkongsi informasi risikan tentang aktiviti penjenayah ini menjamin kedua-dua pihak berkuasa
dari setiap negara boleh menghalang berlakunya kegiatan jenayah di negara masing-masing.
Sesungguhnya, keselamatan kawasan sempadan menjadi bukti kukuhnya semangat menghormati antara
negara yang berjiran itu.

Pada masa yang sama, usaha untuk merapatkan hubungan antara kedua-dua negara yang berjiran
boleh dilakukan dengan menggalakkan kehadiran pelancong dari kedua-dua buah negara yang terbabit.
Kehadiran pelancong itu boleh ditingkatkan dengan mengurangkan proses dokumentasi terutama
keperluan untuk memperoleh visa hendaklah dihapuskan bersama-sama membenarkan tempoh
menetap di sesebuah negara yang lebih panjang pula. Semakin kurang kerenah birokrasi semakin
banyaklah pelancong yang akan melawat sesebuah negara lalu mewujudkan satu perasaan memahami
budaya masyarakat tempatan pula. Oleh itu, sebarang tindakan yang dilakukan oleh rakyat negara
berjiran akan lebih mudah untuk difahami setelah seseorang itu melawat negara tersebut.
Kegiatan seni budaya tradisional kini semakin tidak mendapat tempat dalam kalangan masyarakat di
negara ini. Jelaskan faktor-faktor yang menyebabkan wujudnya keadaan tersebut.

Pendahuluan
 Kegiatan seni budaya tradisional kini semakin tidak mendapat tempat dalam kalangan masyarakat di
negara ini.
 Banyak faktor yang menyebabkan wujudnya keadaan tersebut.

1. Proses globalisasi menyebabkan kegiatan seni budaya tradisional semakin lesu.


 Akibat globalisasi, kita terdedah kepada perkembangan budaya asing secara meluas.
 Semua orang dapat mengikuti perkembangan seni budaya dunia terkini melalui internet/facebook, blog
dsn.
 Seni atau budaya asing yang baru biasanya lebih menarik minat orang ramai.
 Misalnya generasi muda mahukan breakdance, hip-hop, popping, tempo muzik yang lebih rancak
dsn. Masakan tradisional diganti dengan makanan segera dari barat
 Akibatnya tarian seni budaya tradisional seperti Wayang kulit, makyung, ghazal, tarian kipas, tarian
kepang dsn semakin dilupakan.

2. Kemajuan teknologi maklumat juga merupakan puncanya.


 Kini permainan teknologi maklumat lebih memikat.
 Misalnya “PSP”, “Wii” dan sebagainya.
 Misalnya permainan badminton dapat dijalankan melalui “Wii” dengan seorang diri sebagai pemain.
 Pelbagai program permainan dapat “didownload” daripada internet.
 Pelbagai permainan dalam I-phone.Wi-Fi, 3G memberi kesan audio visual lebih memikat.
 Sebaliknya congkak dikatakan membosankan dan tidak mencabar.
 Begitu juga dengan wau dan gasing yang memakan masa menyediakannya dan memerlukan kemahiran
dan kumpulan rakan. Misalnya kanak-kanak bandar tidak tahu meligat gasing.

3. Sikap masyarakat yang dingin juga menjejaskan budaya tradisional kita.


 Kehidupan kita semakin sibuk.
 Selepas bekerja, rakyat tiada masa terluang untuk aktiviti seni tradisional yang perlukan kemahiran.
 Usaha menghasilkan tenunan kain songket, lukisan batik dan kraftangan yang lain memakan masa.
 Aktiviti permainan gasing dan wau mengambil masa panjang, dari mencari bahan mentah dan
menghasilkannya.
 Tegasnya, hiburan tradisional tidak serasi dengan hidup sibuk kini.
 Yang lebih banyak ialah pusat yoga, pusat tarian moden, jimnasium bina badan dan persolekan muka
serta melansingkan badan.

4. Kekurangan pusat latihan turut menyebabkan masalah ini.


 Tanpa latihan khusus, bakat yang berpotensi tidak dapat diasah.
 Mereka yang berminat juga sukar mendapat peluang.
 Dengan itu, kita sukar melahirkan pengarah dan pelakon yang baik.
 Pusat perkembangan seni budaya tradisional amat terhad.
 Pusat sedemikian tidak menguntungkan jika tanpa tajaan kerajaan.
 Akibatnya ramai rakyat yang berminat tidak dapat latihan.
 Para pengamal seni tidak dapat menyampaikan ilmu ini kepada generasi muda.
 Seni tradisional juga kurang diperkenalkan di media massa.
 Maka pendedahan kegiatan seni budaya tradisional sangat kurang.

Kesimpulan:
 Pelbagai langkah perlu untuk mengembangkan budaya bangsa kita.
Amalan / Tabiat pemakanan yang mengakibatkan munculnya pelbagai jenis penyakit.

(a). Mengutamakan perisa tanpa hiraukan khasiat makanan.

- Kanak-kanak yang hanya memakan sesuatu jenis makanan sahaja misalnya daging akan mengalami
kekurangan zat garam galian dan vitamin yang terdapat dalam sayur-sayuran atau buah-buahan. –
Ramai generasi kini yang mementingkan perisa makanan sehingga banyak memakan makanan tanpa zat
dan gizi makanan seimbang.

- Kekuarangan sesuatu zat makanan tertentu dalam badan kita akan menganggu sistem metabolisme
badan dan membawa pelbagai jenis penyakit. Kekurangan vitamin C dan kalsium boleh mendatangkan
penyakit selsema dan penyakit tulang, misalnya Osteomalasia. Kekurangan vitamin B1 boleh membawa
penyakit beri-beri. Kekurangan zat besi dalam makanan akan mengakibatkan penyakit anemia.

(b). Memakan ikut nafsu sehingga berlebihan.

- Memakan ikut nafsu misalnya terlalu banyak dalam sehariatau terlalu banyak sesuatu jenis makanan
yang tertentu boleh membawa penyakit kepada badan kita. Ini kerana badan-badan menusia biasanya
hanya memerlukan sejumlah tertentu zat makanan sahaja. Kelebihan zat tertentu itu jika tidak dapat
dibuang melalui sistem perkumuhan akan membawa penyakit.

- Misalnya pengambilan zat protin dan kalsium yang berlebihan melalui daging atau makanan laut boleh
mengakibatkan penyakit ‘gout’ atau sakit sendi. Pengambilan gula yang berlebihan boleh
mengakibatkan penyakit diabetes atau kencing manis dan kegemukan yang boleh membawa pula
penyakit jantung. Memakan terlalu lemak akan meninggikan risiko penyakit ’stroke’ dan sakit jantung
atau kardio vascular.

(c) Memakan makanan yang mentah atau tidak cukup masak boleh membawa penyakit.

- Tabiat sesuatu suku kaum tertentu misalnya orang Korea dan Jepun yang suka memakan daging atau
ikan mentah juga tidak baik dari segi kesihatan. Demikian juga masyarakat Eropah yang suka makan
daging separuh masak.

- Ikan dan daging yang tidak masak sepenuhnya sering mengandungi parasit yang masih aktif. Parasit ini
boleh merosakkan tisu-tisu tertentu dalam badan dan mendatang- kan penyakit misalnya penyakit
dalam usus. – Tabiat suka memakan jeruk boleh meninggikan risiko keracunan makanan yang mungkin
membawa maut.

(d) Kegemaran memakan makanan terproses atau makanan segera adalah tidak baik untuk kesihatan. –
Amalan sesetengah penduduk bandar yang sering makan makanan segera seperti daging burger dan
lain-lain adalah tidak sihat. – Makanan-makanan dalam tin, khususnya yang diimport amat digemari
mereka yang telah biasa dengan kehidupan luar negara. Ada pula yang memakan makanan import
dalam tin ini untuk meninggikan status mereka. – Makanan-makanan terproses biasanya mengandungi
bahan- bahan kimia umpamanya bahan pengawet, perisa dan pewarna tiruan yang boleh membawa
penyakit barah. – Setengah-setengah makanan terproses misalnya daging burger pernah didapati
mengandungi plumbum dan timah hitam yang berlebihan sehingga mendatang keracunan makanan.

Anda mungkin juga menyukai