Anda di halaman 1dari 7

Skema PKSM 2 (BM – Kertas 2)

Soalan 1 : Rumusan

Pendahuluan : 2 markah

Petikan membincangkan kebaikan / faedah / manfaat/ fungsi / peranan permainan


tradisional di Malaysia / di negara ini / di negara kita. - 2 markah

Isi-isi Tersurat : Kelebihan permainan tradisional ( 4 – 12 markah )

1. Melestarikan warisan dan budaya nenek moyang yang diamalkan sejak zaman-
berzaman.
2. Menjadi kegiatan riadah/fungsi pendidikan dalam kalangan masyarakat.
3. Merapatkan interaksi sosial, menanam nilai kejujuran dan berfikiran kritis.
4. Mempererat hubungan dalam kalangan pemain.
5. Mengukuhkan budaya bangsa di samping mengekalkan perpaduan dalam kalangan
rakyat.
6. Boleh dimainkan di mana-mana dan pada bila-bila masa sahaja.
7. Mengajar seseorang untuk berfikir agar melakukan sesuatu perkara dengan baik dan
bijaksana.
8. Menjadi salah satu unsur pembangunan modal insan.
9. Satu satu cara seseorang anak atau remaja disosialisasikan.

Isi-isi Tersirat : Kekangan untuk mempopularkannya ( 4 – 12 markah )

1. Tiada tenaga pakar atau orang yang mewarisi kemahiran permainan tertentu.
2. Masyarakat yang sentiasa sibuk dengan urusan masing-masing.
3. Ahli masyarakat tiada masa bersama/ kurang komunikasi antara satu sama lain.
4. Saingan daripada permainan moden/elektronik/digital dll.
5. Sikap remaja yang kurang berminat dengan perkara/benda yang tradisi.
6. Tiada pihak yang tampil untuk mencari alternatif memperkembangkannya.

Kesimpulan : ( 2 markah )

Kesimpulannya, semua pihak hendaklah bekerjasama untuk mempopularkan semula


permainan tradisional agar warisan dan budaya bangsa dapat dikekalkan.
(Terima kesimpulan lain yang sesuai)
Soalan 2 (a) : Petikan Umum

(i) Maksud rangkai kata mengatur strategi:


- menyusun/merancang/menguruskan langkah/pendekatan/usaha - 2 m
- menyusun/merancang/menguruskan strategi - 1 m
- mengatur langkah/pendekatan/usaha - 1 m [Maksimum – 2 markah]

(ii) Perbezaan antara permainan tradisional dengan permainan moden


- penggunaan peralatan dan gelanggang- ada / tiada
- peralatan menggunakan sumber yang diperoleh dari persekitaran/sekeliling
- permainan moden memerlukan kos yang tinggi
- permainan moden memerlukan peralatan yang khusus untuk memainkannya
[Maksimum - 3 markah]

(iii) Cara-cara pihak sekolah mempopularkan semula permainan tradisional


- Menubuhkan kelab/ persatuan berkaitan
- Mengadakan klinik permainan tradisional
- Menyediakan kemudahan tempat dan peralatan untuk warga sekolah
- Mengadakan pertandingan berkaitan permainan tradisional
- Mengadakan kempen seperti pameran dan sebagainya
Jawapan lain boleh diterima sekiranya sesuai [Maksimum - 4 markah]

Soalan 2 ( b ) – Petikan Prosa Moden

i) … Hakim terpaksa beberapa kali berulang ke bank untuk membuat pinjaman.


…Hakim juga terpaksa beberapa kali meminda kertas kerjanya.
…Pinjaman tersebut memerlukan cagaran. [ 2 markah ]

ii) Persediaan yang perlu dilakukan :


…belajar tentang ilmu perniagaan.
…meminta khidmat nasihat daripada pakar-pakar.
…menyediakan modal yang secukupnya. [ 3 markah ]

iii) Persoalan dalam petikan :


…persoalan tentang kegigihan seorang anak muda untuk memulakan projek
penternakannya. Buktinya, Hakim terpaksa menghadapi pelbagai cabaran untuk
memulakan projek penternakaan ayamnya.
Persoalan dalam keseluruhan cerpen :
…persoalan tentang usaha membersihkan nama dan maruah keluarga. Buktinya,
Hakim berusaha membersihkan nama datuknya yang menyerahkan ayamnya
kepada raja tanpa kerelaan.
[ 4 markah ]
( terima mana-mana jawapan yang sesuai )
Soalan 2 ( c ) – Petikan Prosa Tradisional

i) …ialah berada di kedudukan asal [ 2 markah ]

ii) Perkara yang dilakukan oleh Laksamana ialah :


…memakai pakaian serba hitam.
…berselindung pada suatu tempat [ 3 markah ]

iii) Pada pendapat saya,…


…menjaga keselamatan diri dan ahli keluarga daripada musuh.
…berkhidmat untuk menjaga istana dan raja
…seni warisan yang diwarisi daripada keluarga [ 3 markah ]

( terima mana-mana jawapan lain yang relevan )

Soalan 2 ( d ) – Petikan Puisi

i) Maksud gurindam rangkap kedua ialah :


…apabila kita menjaga telinga, sudah pasti kita dapat menghindarkan diri
daripada mendengar segala hasutan dan kejian [ 2 markah ]

ii) Pada pendapat saya :


…menasihati remaja agar sentiasa melakukan kebaikan
…memberikan didikan agama yang secukupnya
…menyuruh remaja pergi ke masjid atau rumah ibadat
…sentiasa memantau aktiviti yang dilakukan oleh remaja
[ 3 markah ]
iii) Nilai yang terdapat dalam gurindam:
 …nilai kesabaran. Buktinya, seseorang itu perlulah bersabar mengawal
diri agar tidak melakukan perkara yang ditegah dalam agama.
 …nilai kesyukuran. Buktinya, seseorang itu perlu bersyukur atas kurniaan
Allah dengan menggunakan anggota badan untuk melakukan kebaikan.
 …nilai nasihat menasihati. Buktinya, pengarang menasihati setiap individu
agar sentiasa memelihara anggota badan daripada melakukan perkara
yang dilarang. [ 3 markah ]

Soalan 3 ( a ) – Bina ayat


(Maksud)

(i) bidang - permukaan yg datar (batasnya tertentu)


- ukuran lebar sesuatu (spt kain, tikar, dll)
- lebar/susuk dada
- ukuran panjang (kira-kira lima hasta)
- penjodoh bilangan bagi benda yg luas (spt tanah dsb)
- kegiatan yg diceburi, lapangan
- bahagian ilmu pengetahuan (penyelidikan dsb) yg tertentu, lapangan, jurusan bahagian
drpd permukaan sesuatu yg datar dan mempunyai keluasan yg tertentu
(ii) sidang - seluruh ahli (majlis, badan, dewan mesyuarat, dll) sekalian anggota
- sekalian, para, segala (utk menyatakan banyak)
- ketua kampung.
- berhenti (hujan dll), reda;
- berkurang (sakit dll), beransur pulih.

(iii) tetas - memotong (membelah dll) supaya terbuka, meretas


- keluar drpd telur
- pecah dan terbuka kulitnya (telur yg sudah diram)

(iv) tebas - sudah dipotong atau dirambah (pokok-pokok kecil)


- memborong hasil tanaman (buah-buahan, padi, dll) sebelum dipetik atau dituai

(v) kerat - bahagian (drpd sesuatu), potong, penggal


- bunyi spt bunyi tupai mengunggis benda yg keras.
- sj tumbuhan (pokok), kedondong bulan, kedondong pasir

(vi) kelat - rasa hampir-hampir pahit (spt rasa pinang), rasa sepat
- tali utk menarik layar kapal atau utk menumbangkan pokok yg ditebang
- sj gelang yg dipakai di pangkal lengan
- lekat, susah dibuka (mata,

Soalan 3 (b)
Menukar ayat pasif kepada ayat aktif.
(i) Generasi muda perlu dididik oleh kerajaan dengan nilai-nilai murni selaras dengan hasrat
melahirkan sebuah masyarakat yang bersopan santun.
(ii) Semua rumah yang terletak berdekatan dengan pantai itu dimusnahkan oleh ribut yang
kuat semalam.
(iii) Buku-buku di atas meja itu telah saya pinjam daripada perpustakaan sekolah.
[6 markah]
Soalan 3 (c) : Kesalahan ejaan dan imbuhan
(i) berkerja X - bekerja √
bihun X - mihun √
(ii) menenggelami X - menenggelamkan √
perabut X - perabot √
(iii) ke 3 X - ke-3 √
diada X – diadakan √ [6 markah]

Soalan 3 (d) : Kesalahan penggunaan kata/istilah dan kesalahan tatabahasa


(i) Seiras X - Selaras √
paling tinggi sekali X - paling tinggi/tinggi sekali √
(ii) beliau X - baginda √
di dalam X - dalam √
(iii) berhenti X - mendarat √
satu setengah jam X - satu jam setengah √
Soalan 3(e) : Peribahasa

(i) kerana nila setitik rosak susu sebelanga / seekor kerbau membawa lumpur, habis
semuanya terpalit.
(i) Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing/ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni.
(ii) Melentur buluh biarlah daripada rebungnya
[6 markah]

SOALAN 4 : NOVEL

4 a) Dua persoalan

1. Kecanggihan teknologi pada masa hadapan


· Kelengkapan serba canggih di tempat kerja Aqram, Dr Maxi, Khairul Anwar dan
Farisha di Soft Lab, Cyberjaya.
· Rumah Farisha juga dilengkapkan alat keselamatan yang canggih seperti ‘retinal
scanner’dan interkom.

2. Ketaksuban sesetengah golongan manusia mengejar kemajuan sains dan


teknologi sehingga mengabaikan nilai kemanusiaan.
· Karl terlalu taksub untuk membuktikan kehebatannya dalam ciptaan sains sehingga
melupakan aspek kemanusiaan. Karl telah mengorbankan ramai manusia dan
menjadikan mereka sebagai bahan kajian.
· Karl menanam pelbagai implan dan memasukkan pelbagai ubat dalam tubuh
anaknya untuk menjadikannya genius dan mampu meneruskan kepandaiannya
dalam bidang sains.

3. Kasih sayang sesama ahli keluarga


· Azraai sangat menyayangi adik angkatnya, Farisha. Dia sentiasa memastikan
keselamatan adiknya dalam keadaan yang terbaik.
· Azraai telah memasang dan memantau sistem keselamatan di apartmen adiknya.
Contohnya Azraai telah memasang ‘retinal scanner’ dan interkom di pintu masuk
rumah Farisha untuk memantau dan memastikan keselamatannya.

4. Kepincangan keluarga yang berlaku dalam kalangan masyarakat.


· Karl tidak menjalankan tanggungjawab sebagai seorang suami dengan baik. Dia
mengajak isterinya, Rusmina untuk meninggalkan agama.
· Rusmina telah diseksa hingga cacat apabila enggan mengikut Karl meninggalkan
agama dan hidup sebagai ateis.
5. Kasih sayang seorang ibu kepada anaknya.
· Marilyn@Medina sangat sayang akan anaknya, Farisha. Dia bimbang anaknya akan
mati akibat uji kaji dan penanaman pelbagai ubat ke dalam badan oleh Karl. Dia
melarikan anaknya dan diberikan kepada keluarga angkat.

( terima mana-mana jawapan lain yang sesuai )

2 Isi penting berserta huraian = 4 markah


Bahasa = 3 markah
Jumlah = 7 markah

4 b) Tiga perwatakan watak utama : Watak utama ialah Farisha

Farisha seorang gadis berusia 26 tahun dan seorang anak kandung kepadaMedina@Marilyn
dan Karl. Farisha juga seorang yang cantik. Buktinya, menurut pandangan Aqram, Farisha
agak cantik dan bersopan santun.

Farisha juga seorang yang genius dan pakar dalam penggodaman IT. Buktinya,Farisha
diminta oleh Dr Maxi menggodam sistem Dinara yang dibuat oleh Karl atas kepakaran yang
dimilikinya pernah berjaya melepasi sistem keselamatan Bank Sapurba dahulu. Bukti lain,
Aqram mengakui kelemahan Dinara dan meminta Farisha menggodam sistem itu supaya
keselamatannya boleh ditingkatkan

Selain itu, Farisha adalah seorang yang sangat berhati-hati dalam membuat keputusan.
Buktinya, Farisha tidak tergesa-gesa menerima tawaran Aqram dan Soft Lab untuk projek
mini bernilai tinggi. Sebaliknya, Farisha meminta pandangan abangnya yang lebih
berpengalaman iaitu Azraai.

Farisha juga dikatakan seorang yang amat mementingkan kesempurnaan. Sebagai


contohnya, pakaiannya disusun mengikut kategori dan warna. Semua benda akan disusun
mengikut kategori, warna, kegunaan dan pelbagai peraturan yang diciptanya sendiri.

( terima mana-mana jawapan lain yang sesuai )

1 isi penting berserta huraian = 3 markah x 2 isi + huraian = 6 markah


Markah bahasa = 2 markah
Jumlah = 8 markah

Anda mungkin juga menyukai