Anda di halaman 1dari 3

MENEKA UMUR DARI NO.

TELEFON
(1) Lihat angka terakhir no hp anda…
(2) Darab 2
(3) Ditambah 5
(4) Darab 50
(5) Ditambahkan 1768
(6) Ditolak tahun kelahiran anda.
Sekarang anda akan dapat 3 angka.
Angka pertama adalah angka terakhir no Hp anda…
Angka kedua dan ketiga adalah umur anda.. Cuba dan buktikan sendiri. Inilah
ilmu matematik…

JAWAPAN NO.3
1. Fikirkan satu nombor yang kurang daripada 10. (Antara 1 hingga 9)
2. Gandakan nombor tersebut ( Darabkan 2).
3. Kemudian, tambah 6.
4. Bahagikan jawapan anda dengan 2.
5. Tolakkan jawapan anda dengan nombor yang anda fikirkan pada Langkah 1.
Jawapan anda adalah 3

JAWAPAN NO.8
1. Fikirkan sebarang nombor.
2. Tolakkan nombor yang anda telah fikirkan dengan 1.
3. Darabkan hasilnya dengan 3.
4. Tambah hasilnya dengan 12.
5. Bahagi jawapan anda dengan 3.
6. Tambah jawapan anda dengan 5.
7. Ambil jawapan anda dan tolak jawapan anda dengan nombor yang anda
fikirkan sebelum ini.
Jawapannya adalah 8. Adakah jawapan anda pun 8 ?
MATH MAGIK 4 – MENEKA TARIK LAHIR
Ikut langkah di bawah untuk meneka tarikh dan bulan rakan anda lahir di
samping memantapkan kemahiran mengira dan mencongak.
1. Tulis bulan lahir cth:- bulan 5 (no 5 )
2. Darabkan bulan tersebut dengan 5 ( 5 x 5 = 25 )
3. Tambahkan jawapan dengan 6 ( 25 + 6 = 31 )
4. Darabkan jawapan dengan 4 ( 31 x 4 = 124 )
5. Tambah jawapan dengan 9 ( 124 + 9 = 133 )
6. Darab jawapan dengan 5 ( 133 x 5 = 665 )
7. Tambah jawapan dengan hari lahir, cth 6 ( 665 + 6 = 671 )
8. Akhir sekali jawapan ditolak dengan 165 ( 671 – 165 = 506 )
Maka tarikh lahir saya, 5 = bulan 5 dan 06 = hari ke-6, iaitu 6/5 ..

MATH MAGIK 5 – MENEKA NO TELEFON ANDA


1) “Key-in” 3 digit pertama handset anda (bukan nombor 01x) ke dalam
kalkulator…
2) darabkan dgn 80
3) tambah 1
4) darab dengan 250
5) tambah 4 digit terakhir handset anda
6) tambah 4 digit terakhir handset anda sekali lagi
7) tolak 250
8) bahagikan dengan 2

Amacam……

Betul tak….nombor handset anda yang tertera di situkan?????

MENEKA NOMBOR (1)


 Minta kawan memikirkan apa-apa nombor.
 kemudian darabkan nombor itu dengan 3.
 kemudian tambah 45, kemudian darabkan dengan 2
 kemudian bahagi 6,
 kemudian tolak 15… Maka ia adalah jumlah yang difikirkan oleh kwn anda

MENEKA NOMBOR (2)


 Minta kawan memikirkan apa-apa nombor.
 darab 2
 tambah 6
 bahagi 2
 tolak 3
JAWAPAN NO. 1089

1. Tulis nombor 1089 dalam sekeping/secebis kertas,


2. lipat dan letakkan dalam meja anda.
3. Kemudian, tanya rakan/keluarga/orang untuk memilih apa sahaja tiga
digit nombor. Ketiga-tiga digit tersebut mesti berbeza dan nombor pertama
mesti lebih tinggi dari yang terakhir.
4. Lepas tu terbalikkan semua nombor dan tulis dibawahnya. Contohnya, dia
memilih 983, sekarang dia tulis 389. Nombor yang lebih kecil ditolak oleh
nombor yang lebih besar. Ok, tolak nombor tu. ( 983 - 389 = 594 ). Ok, dah
dapat jawapannya, kan?
5. Lepas tu, terbalikkan lagi jawapan tadi tu, menjadi 495. Dah tu, kedua-dua
nombor itu ditambah. ( 594 + 495 = 1089 ).
6. Buka kertas yang anda tulis pada awal tadi, dan tunjukkan pada orang
yang anda tanya tadi. Sama kan, jawapannya..Realitinya, jika pengiraan itu
dilakukkan dengan betul, jawapannya akan tetap 1089!

Anda mungkin juga menyukai