Anda di halaman 1dari 3

BICARA BERIRAMA

SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN
BICARA BERIRAMA SMA KOTA GELANGGI 03

1 Sasaran

Pertandingan ini terbuka untuk semua pelajar asrama ASPURI. Setiap


kumpulan/pasukan mestilah dari dorm yang sama. Boleh digabungkan
kumpulan jika ahli dorm tidak ramai.

2 Masa

Persembahan hanya dihadkan selama 12 hingga 15 minit.

3 Kumpulan

Setiap kumpulan/pasukan mestilah berjumlah 15-20 orang termasuk


seorang konduktor ).

4 Teks/Skrip

Skrip adalah bertema sama ada dalam puisi atau prosa. Skrip mestilah
dikarang/reka sendiri dan autentik. Setiap pasukan TIDAK
DIBENARKAN membaca atau merujuk nota/teks/bahan bercetak dan
bertulis semasa membuat persembahan. Skrip yang dikarang/reka
mestilah tidak menyentuh isu-isu sensitif seperti agama, kaum, budaya
dan peribadi seseorang. Skrip yang dikarang hendaklah dihantar
kepada penganjur selewat-lewatnya 1 HARI sebelum pertandingan.

5 Pakaian

Semua peserta mesti memakai pakaian seragam dan bersesuaian yang


mengikut tema pertandingan yang akan ditetapkan. Hanya konduktor
dibenarkan memakai sarung tangan putih.

6 Alatan

Penggunaan mikrofon adalah tidak digalakkan. Sekiranya ada,


mikrofon tersebut hendaklah diletakkan dua (2) meter daripada
peserta.

7 Sokongan

Sebarang alatan/sokongan seperti nyanyian, lakonan, berdrama prop,


bahan latar yang bertujuan untuk membantu persembahan, latar bunyi
sama ada dalam bentuk elektronik, bercetak atau bertulis tidak
BICARA BERIRAMA

dibenarkan. Rakaman muzik minus one sahaja dibenarkan pada


segmen permulaan dan penutup persembahan.

8 Pentas

Susunan pasukan di pentas adalah bebas mengikut kreativiti pasukan


masing-masing. Susunan yang dibenarkan tidak melebihi tiga baris.
(Peraturan pergerakan masih kekal seperti di atas).

9 Tema

Bertemakan kemerdekaan ”sayangi malaysiaku”

10.0 KRITERIA PENGHAKIMAN

10.1 Persembahan Ujaran (30 markah)


Kejelasan, ketepatan dan keseragaman kata, frasa atau ungkapan
dengan intonasi, rima dan irama yang sesuai

10.2 Keseragaman persembahan (15 markah)


Formasi berbentuk objek dan pergerakan setempat.

10.3 Kreativiti (10 markah)


Kesesuaian, kepelbagaian dan keselarasan suara dan gerak yang
bermakna serta rakaman muzik yang sesuai.(minus one)

10.4 Kesan bunyi (5 markah)


Bunyi gerakan fizikal seperti tepuk tangan, petikan jari, hentakan kaki
dan lain-lain lagi

10.5 Penghayatan (10 markah)


Ekspresi mimik muka dan bahasa tubuh

10.6 Tempo dan ritma (10 markah)


Sela masa yang tetap dan dalam bentuk kumpulan, Jeda antara
segmen, Ad-lib (sahut-menyahut) antara SUARA SOLO dan SUARA
RAMAI

10.7 Konduktor (20 markah)


Keselarasan gerak tangan, Mimik Muka, Tempo dan Kepimpinan

10.8 Penalti (tolak 10 markah)


Sekiranya menyentuh isu-isu yang dinyatakan dalam syarat-syarat
pertandingan, membawa dan menggunakan bahan sokongan, melebihi
had masa atau kurang 5 minit dan persembahan yang keterlaluan.
BICARA BERIRAMA

11.0 SKRIP

11.1 Tema/Mesej (10 markah)


Isi yang bernas, sesuai dan jelas mengikut tema dan mencapai
kehendak audiens.

11.2 Bahasa ( 40 markah)


Baku dan gramatis. Penggunaan kata, frasa dan ungkapan.
Bahasa percakapan (dialog) yang digunakan sesuai. Penggunaan
bahasa bombastik dan dialek tidak digalakkan

11.3 Cerita (30 markah)


Ada kesinambungan cerita . Jalan cerita jelas dan menampakkan
keaslian (originality). Arahan dalam skrip dinyatakan dengan jelas
dan difahami

11.4 Watak (10 markah)


Mempunyai watak SUARA SOLO dan SUARA RAMAI.
Kesesuaian penampilan watak dengan ujaran

11.5 Kreativiti (5 markah)


Mempunyai unsur kecindan untuk melengkapkan jalan cerita ,
Menggunakan frasa ujaran tertentu yang biasa didengar khalayak
dan sesuai dengan tema

11.6 Markah Bonus (5 markah)


Memperaga dan mempersembahkan skrip untuk memperlihat
kesungguhan pasukan
Menyediakan sinopsis atau kandungan dalam skrip

12.0 KEPUTUSAN HAKIM ADALAH MUKTAMAD

Anda mungkin juga menyukai