Anda di halaman 1dari 4

JPS/SPA/22

TATACARA
PEMANTAUAN PELAKSANAAN PENGURUSAN PROGRAM
KURIKULUM PKP 03 PK02 DAN
PENGURUSAN PEMANTAUAN PK 03

1. Objektif Pemantauan Sekolah


1.1 Mendapat maklumat pelaksanaan kurikulum di sekolah.
1.2 Mendapat maklumat proses pembelajaran dan pengajaran dapat dilaksanakan
dengan berkesan.
1.3 Mendapat maklumat pelaksanaan dasar dan program yang diarahkan oleh
KPM, JPN dan PPD.

2. Objektif Pemantauan PPD

2.1 Memastikan sistem pengurusan akademik yang berkesan di PPD dan sekolah.

2.2 Memberi khidmat nasihat dan bimbingan kepada PPD dan sekolah ke arah
meningkatkan kemajuan prestasi akademik di sekolah menengah dan rendah.

2.3 Menilai dan memantapkan keberkesanan pengurusan dan pentadbiran PPD dan
sekolah.

2.4 Mengesan sejauh manakah dasar dan program KPM dipatuhi sepenuhnya.

2.5 Mengenal pasti masalah perlaksanaan program akademik dan memberikan


khidmat dan nasihat.

3. Kriteria pemilihan sekolah yang akan dipantau perlu berdasarkan kepada


bidang keberhasilan Utama Negara (NKRA) KPM :

3.1Berdasarkan kepada perancangan strategik


3.1.1 Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT)
 SIP (School Improvement Program)
 SEP (School Enhancement Program)
3.2.1 Pra sekolah
3.2.2 LINUS
3.2.3 Baiah

3.2 Berdasarkan Gred Purata Sekolah merujuk SAPS (Sistem Analisis Peperiksaan
Sekolah

3.3Program Khas KPM

No. Keluaran
03
Tarikh Keluaran
01 JANUARI 2012
No. Pindaan
00
Tarikh Pindaan
1
3.4 Sekolah yang dicadangkan oleh Ketua Jabatan (Pengarah/Timbalan Pengarah/Ketua
Sektor/PPD.

4. Instrumen Dan Dokumen

Pemantauan dilaksanakan dengan mengunakan instrumen dan dokumen berikut :

4.1 Instrumen pemantauan pelaksanaan pembelajaran dan pengajaran (JPS/SPA/13)

4.2 Instrumen pemantauan pengurusan kurikulum (JPS/SPA/14)

4.3 Instrumen pemantauan Pejabat Pelajaran Daerah (JPS/SPA/15)

4.4 Instrumen- instrumen program khas KPM

4.5. Laporan pemantauan PPD (JPS/SPA/16)

4.6 Laporan pemantauan sekolah (JPS/SPA/17)

4.7 Laporan pemantauan pelaksanaan kurikulum negeri sekolah dan PPD


(JPS/SPA/18)
4.8 Surat pemantauan pembelajaran dan pembelajaran (JPS/SPA/19)

4.9 (a) Laporan maklum balas pemantauan P & P dan pengurusan kurikulum
PK03-1 (BPSH)
(b)Laporan verifikasi pemantauan P & P dan pengurusan kurikulum
(JPS/SPA/20)

4.10 Surat peringatan 1,2 dan 3 pemantauan P & P dan pengurusan kurikulum
(JPS/SPA/21)

4.11 Tatacara pemantauan pengurusan kurikulum pembelajaran dan pengajaran


(JPS/SPA/22)

4.12 Borang pemilihan sekolah (lokasi) berdasarkan kriteria dan spesifikasi/prestasi


perkhidmatan /kerja lokasi (JPS/SPA/23)

5. Langkah–langkah Pemantauan
Semua pegawai yang terlibat melaksanakan pemantauan pengurusan kurikulum dan
proses pembelajaran dan pengajaran hendaklah memastikan langkah-langkah sebelum,
semasa dan selepas pemantauan seperti berikut dilaksanakan:
5.1 Persediaan Sebelum Pemantauan
5.1.1 Mendapatkan maklumat asas sekolah bagi tujuan merancang pemantauan
5.1.2 Menyediakan dokumen pemantauan seperti di atas.

5.2 Semasa Pemantauan

No. Keluaran
03
Tarikh Keluaran
01 JANUARI 2012
No. Pindaan
00
Tarikh Pindaan
2
5.2.1 Mengadakan perjumpaan dengan Guru Besar/ Pengetua untuk :
a. memperkenalkan diri dan ahli rombongan
b. menerangkan tujuan pemantauan
c. menerangkan prosedur pemantauan ; dan
d. menyelaraskan waktu pencerapan
5.2.2 Memeriksa dokumen yang berkaitan dengan pelaksanaan pengurusan
kurikulum (Standard 3.1 SKPM 2010) dari aspek :
a. Ketetapan pelaksanaan kurikulum
b. Pengurusan mata pelajaran
c. Pengurusan program peningkatan akademik murid
d. Jadual waktu
e. Pengurusan peperiksaan dan pentaksiran

5.2.3 Menjalankan pencerapan pembelajaran dan pengajaran


(Standard 4 SKPM 2010)
iaitu dari aspek:
a. Penglibatan murid
b. Penguasaan pembelajaran murid
c. Hasil kerja murid
d. Perancangan dan persediaan guru
e. Kaedah penyampaian
f. Kemahiran komunikasi
g. Penggunaan sumber pendidikan
h. Penilaian
i. Teknik penyoalan
j. Penguasaan isi kandungan
k. Pengurusan kelas(bilik darjah/makmal/bengkel/padang)
l. Amalan profesionalisme keguruan

5.2.4 Pada akhir pencerapan, semua pegawai pemantau hendaklah


mengadakan sesi perbincangan dengan guru secara individu bagi
membincangkan kekuatan, kelemahan dan memberikan bimbingan dari
segi pedagogi, fokus pembelajaran dan pengajaran dan sumber
pendidikan dalam pembelajaran dan pengajaran.

5.2.5 Pada akhir pemantauan, semua pegawai pemantau mesti hadir pada
sesi perbincangan dengan pihak pentadbir sekolah untuk :
a. memaklumkan dapatan pemantauan secara menyeluruh;
b. memberikan cadangan untuk penambahbaikan dari segi :
i. pencapaian murid;
ii. pelaksanaan P&P;
iii. pengurusan dan pemanfaatan sumber pendidikan; dan
iv. peranan kepimpinan sekolah.

No. Keluaran
03
Tarikh Keluaran
01 JANUARI 2012
No. Pindaan
00
Tarikh Pindaan
3
5.2.6 Instrumen pemantauan yang digunakan perlu ditandatangani oleh
pegawai pemantau dan disahkan oleh Guru Besar/ Pengetua sekolah
berkenaan

5.3 . Selepas Pemantauan

5.3.1 Pemantau hendaklah menyerahkan Laporan Pemantauan beserta surat


iringan kepada PPD/Pengetua/Guru Besar pada hari pemantauan dilaksanakan.
Laporan ini hendaklah selaras dengan perkara yang telah dibentangkan dan
dibincangkan secara lisan dengan pihak sekolah.

5.3.2 Pembentangan laporan pemantauan akan dilaksanakan selepas pemantauan


dijalankan setiap minggu pemantauan dilakukan (setiap hari Jumaat).

5.3.3 Rumusan Laporan Pemantauan diserahkan kepada Ketua Sektor/PPD


untuk dibentangkan kepada Pengarah/PPD pada Mesyuarat Pengurusan/Penyelarasan
JPN/PPD

6 . Menerima Laporan Tindakan Penambahbaikan Oleh Sekolah

Menerima dan menfailkan laporan tindakan penambahbaikan yang dilaksanakan oleh


pihak sekolah. Pihak sekolah perlu menyerahkan laporan maklumbalas dalam
tempoh 14 hari dan verifikasi (bukti) dalam tempoh masa 30 hari bekerja daripada
tarikh pemantauan dilaksanakan. Surat peringatan perlu dihantar ke Sekolah/PPD jika
maklumbalas dan verifikasi tidak diterima dalam tempoh tersebut.

7. Tindakan/Pemantuan Susulan

7.1 Pemantauan susulan akan dilaksanakan pada sekolah yang tidak mencapai
spesifikasi yang ditetapkan. Markah kurang 60 %.dikategori sebagai tidak mencapai
spesifikasi.
7.2 Pemantauan Susulan juga akan dilaksanakan jika diarahkan oleh Pengarah,
Timbalan Pengarah dan Ketua Sektor.

Disahkan oleh :

(HASNUL HADI BIN HAJI ABDULLAH SANI)


Ketua Sektor Pengurusan Akademik
Jabatan Pelajaran Selangor

No. Keluaran
03
Tarikh Keluaran
01 JANUARI 2012
No. Pindaan
00
Tarikh Pindaan
4

Anda mungkin juga menyukai