Anda di halaman 1dari 2

Disebabkan ramai berminat nak tahu cara bagaimana saya selesaikan hutang

kereta dgn cepat, jadi saya kongsikan sikit ilmu yg tak seberapa ni.
Harap bermanfaat buat semua.

Saya gunakan Teknik Snowball + ASBF


Teknik Snowball
-adalah teknik menghapuskan hutang paling kecil ke hutang yg semakin besar. Teknik ni
banyak diajar oleh pakar-pakar kewangan. Boleh cuba google dan baca. Saya nak type
panjang sangat nnt. Teknik ini bila diaplikasi/dibuat kira-kira, baru nampak keberkesanan
dia. Kalau sekadar baca, tak nampak. Saya sendiri tak nampak dulu. Tapi bila dah buat,
baru nampak hasilnya.

ASBF (ASB Loan)


-ini adalah "peluru" saya dalam menghapuskan hutang kereta. Dgn peluru ni, saya tak
perlu lagi keluarkan duit poket utk bayar baki hutang kereta.

Pada Januari 2016, saya mula aplikasi teknik ni. Pada masa tu, baki hutang kereta ada lagi
4 tahun (RM 45080). Jumlah bayaran bulanan adalah sebanyak RM1040.

Jadi pada Januari 2016, saya apply ASBF RM 400000. Jumlah bayaran bulanan utk ASBF
tersebut adalah RM2100. Utk tahun 2016, komitmen bulanan jd sgt tinggi iaitu RM 3150.

Agak stress juga masa ni. Tapi saya masih sanggup teruskan sbb matlamat saya utk
hapuskan segala liabiliti dgn secepat mungkin dan tambah cashflow.

Pada Januari 2017, saya menerima dividen sebanyak 6.75% (RM 27000) dari ASBF. Dengan
dividen tersebut, saya menggunakan RM 25200 untuk membuat bayaran bulanan ASBF
saya utk sepanjang tahun 2017. Baki dividen yang tinggal adalah RM 1800. Baki dividen
tersebut saya gunakan untuk topup bayaran kereta.

Pengiraannya
RM 1040 x 12 = Rm 12480 (Jumlah bayaran kereta sepatutnya)
RM 12480 - RM 1800 = RM 10680 (Jumlah perlu bayar selepas tolak baki dividen)
RM 10680 / 12 bulan = RM 890 (Jumlah wang yang saya perlu keluarkan setiap bulan utk
bayar kereta pada 2017)

Tapi..
Pada Januari 2017, baki pinjaman kereta adalah sebanyak RM 34600. Saya meneruskan
mengeluarkan wang poket sebanyak RM 3150, sama seperti tahun 2016. Masa ni excited
sgt sbb dah nampak perjalanan teknik ini dgn lebih jelas.

RM 3150 - RM 890 = RM 2260 (Lebihan ini saya gunakan utk bayar prinsipal bulanan
kereta)

Pada 2017, saya membayar ansuran kereta sebanyak RM 1040 + RM 2260 (bayar
prinsipal). Dalam masa 11 bulan, baki hutang kereta telah dilangsaikan. Saya berjaya
menjimatkan tempoh pembayaran sebanyak 25 bulan.

Dan yang paling best..


Pada Januari 2018..
Saya ada
1) Sebuah kereta yg telah selesai pembiayaan
2) Dividen ASB 7.25% sebanyak RM 29000
3) Surender Value ASBF sebanyak RM 12500
4) Baki wang pada Dis 2017 sebanyak RM 3150
Jumlah lebihan tunai sebanyak RM 44650

Simpanan Bulanan utk 2018 pun meningkat


RM 3150 x 12 bulan = RM 37800

Harap boleh faham apa yg saya sampaikan.


InsyaAllah, kalau ada kelapangan, saya akan kongsikan lagi tips2 lain yg telah saya
aplikasikan.
Jika ada salah silap, boleh maklumkan kepada saya.

Anda mungkin juga menyukai