Anda di halaman 1dari 10

Kerjaya Juru Hebah

Pengenalan

Menurut Kamus Dewan edisi ketiga, definisi hebah adalah pemberian, berita, pengumuman dan
siaran. Oleh itu, juruhebah radio adalah seseorang yang bekerja untuk menyampaikan berita dan
pengumuman atau lebih di kenali sebagai deejay radio yang menggunakan suaranya untuk
menyampaikan sesuatu mesej atau maklumat dan berita di siaran radio. Juruhebah radio juga turut
dikenali sebagai deejay radio dan penyampai radio. Juruhebah radio adalah salah satu bidang
kerjaya yang sangat menarik dan mencabar, yang mana ia mampu menguji ketahanan fizikal, mental,
sosial dan emosi mereka sendiri untuk menarik perhatian pendengar untuk terus mendengar.

Dewasa ini terdapat banyak stesen radio yang dibuka di dalam negara kita. Ia di ibaratkan
seperti cendawan yang tumbuh selepas hujan . Masing-masing berlumba untuk mendapat gelaran
stesen radio pilihan nombor satu negara di hati pendengar dalam menjadikan stesen radio mereka
mempunyai tahap kreditibiliti yang tinggi, hebat serta berpengaruh.

Oleh yang demikian, semakin ramai di kalangan anak-anak remaja sekarang memupuk minat
untuk bergelar sebagai juruhebah radio yang hebat dan mempunyai aura di hati pendengar. Banyak
kriteria yang diperlukan oleh seseorang yang ingin menjadi juruhebah radio yang baik dan diminati
ramai selain mempunyai minat yang mendalam, kepetahan dalam berkomunikasi, tenang, fokus pada
kerja dan berfikiran terbuka.

Tugas seorang juruhebah radio memperkenalkan muzik, menghoskan program di radio dan
menyampaikan berita terkini, membuat penyelidikan tentang program atau temuduga yang diadakan
di radio, menyediakan skrip, memberikan komentari secara langsung dalam acara sukan dan lain-
lain lagi yang berkaitan. Juruhebah juga akan sentiasa berbincang dan mendapatkan pandangan
daripada penerbit program dan sesiapa sahaja bagi meningkatkan mutu program yang diacarakan.

Di Malaysia hari ini, ramai juruhebah radio yang mula dikenali kerana mempunyai aura yang
hebat dan diminati ramai kerana mempunyai nilai sikap yang tinggi di samping memiliki ilmu yang
luas dan berkemahiran dalam bidang penyiaran, pemasaran dan penulisan antaranya adalah seperti
Halim Othman dari Radio Sinar FM, Linda Onn dari Radio Era, Ustaz Zamri Zainal abidin dari Radio
IKIM.FM, Abby Fana dari Radio THR.FM dan Juliayana Hussain dari KLFM serta lain-lain lagi.

BIDANG TUGAS YANG UTAMA JURUHEBAH RADIO


Berikut adalah bidang-bidang tugas yang utama bagi seseorang yang berkerjaya sebagai seorang
juruhebah iaitu :

<!--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->Membuat penyelidikan tentang program atau temuduga yang

diadakan di radio.
Tugasan yang paling utama seseorang yang ingin menceburi bidang penyiaran sebagai juruhebah
adalah membuat penyelidikan tentang program atau menjalankan temuduga secara bertentang mata
yang diadakan di radio terutamanya ketika temuramah tersebut adalah secara langsung. Di sini
juruhebah radio perlu bijak dalam berkomunikasi dan pandai menarik perhatian pendengar.
Juruhebah juga ditugaskan membuat penyelidikan di luar konti dan berjumpa dengan masyarakat luar
untuk membuat tugasan mengenai sesuatu isu dan lain-lain berkaitan dengan rancangan atau
program yang dikendalikan di radio. Ini bermakna apa juga bahan dan maklumat yang diperolehi dan
di utarakan di radio perlu melibatkan idea dan pendapat orang lain terutamanya masyarakat dan
golongan pemimpin dan tidak boleh daripada pendapat peribadi semata-mata.

<!--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->Menyediakan skrip

Seseorang yang ingin menjadi seorang juruhebah yang berjaya juga perlu membuat tugasan dengan
menyediakan skrip-skrip untuk digunakan dalam siaran radio. Skrip tersebut mestilah bersesuaian
dengan siaran iaitu daripada segi konsep dan tema siaran tersebut. Perbincangan hendaklah
sentiasa dilakukan dari masa ke semasa sama ada bersama penerbit rancangan tersebut mahupun
orang lain dalam membantu membaiki dan memperkembangkan kualiti rancangan.

<!--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->Menggunakan peralatan studio

Juruhebah radio juga mestilah tahu, cekap, pandai dan mahir dalam mengendali dan menggunakan
segala peralatan yang terdapat di dalam studio kerana adalah di antara elemen-elemen penting
dalam memantapkan sesuatu rancangan di radio. Antara peralatan yang terdapat di dalam sesebuah
studio di stesen radio yangperlu seseorang juruhebah ketahui adalah seperti :

<!--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->Komputer dan laptop

Ia merupakan kemudahan asas yang amat diperlukan di dalam konti radio. Kemahiran menggunakan
komputer dan teknologi lain sangat dititik beratkan.

<!--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->Panel berbutang

Ia merupakan pusat kawalan bagi memastikan rancangan di radio boleh didengar di seluruh tanahair.
Padanya terdapat sequencer bagi memastikan rancangan ke udara ke pusat kawalan bagi
memastikan sesuatu rancangan itu ke udara selama 24 jam. Alat ini berhubungan dengan log editor,
mikrofon dan alat-alat lain. Ia juga berhubung terus dengan transmitter.

<!--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->Log editor

Log editor adalah senarai panduan daripada penerbit yang perlu diikuti oleh juruhebah bertugas.
Senarai ini mengandungi susunan lagu-lagu, muzik latar dan sebagainya.

<!--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->Bilik studio rakaman

Bilik studio ini adalah bilik yang kedap udara yang mana hanya juruhebah radio yang bertugas sahaja
yang perlu ada di situ. Kebiasaannya rancangan, program, iklan dan lain-lain akan dirakam terlebih
dahulu sebelum di keudarakan di dalam siaran radio. Tetamu undangan akan turut ditemuramah di
sini juga.

<!--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->Mikrofon dan Fon telinga

Ia merupakan alat untuk mendengar muzik latar, menjawab panggilan daripada para pendengar dan
mendengar suara juruhebah sendiri supaya dia bolah mengawal intonasi suaranya semasa bercakap.
Kebanyakan stesen radio merakam dahulu perbualan dengan pendengar yang membuat panggilan
sebagai langkah berjaga-jaga serta atas alasan keselamatan juga.

<!--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->Hot keys


Senarai muzik latar yang digunakan semasa siaran ke udara berlangsung.

<!--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->Transmitter (pencawang)

Menerima isyarat daripada stesen radio. Dari sini para pendengar boleh mendengar mengikut
gelombang tertentu. Misalnya 91.5 unutuk Lembah Klang dan lain-lain.

<!--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->MCR – bilik kawalan utama

MCR atau Master Control Room ini berfungsi menghidupkan semua peralatan di dalam studio
rakaman.

<!--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->Memperkenalkan muzik

Di Malaysia terutamanya, banyak grend muzik telah mula dapat diterima oleh masyarakat Malaysia
terutamanya Melayu, Cina dan India iaitu seperti irama rock, balada, irama Malaysia, hip hop,
dangdut, latin, hollywood, bollywood, nasyid kotempari, nasyid dakwah dan lain-lain lagi. Seseorang
juruhebah mestilah berpengetahuan luas dan mendalam mengenai perkara tersebut kerana adalah
menjadi tugas dan tanggungjawab seorang juruhebah memperkenalkan muzik-muzik yang terdapat di
dalam negara dan luar negara juga.

<!--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->Membaca berita

Juruhebah radio juga ditugaskan untuk membaca berita ataupun sebarang bentuk hebahan lain yang
berkaitan. Berita yang disampaikan mestilah menarik, jelas dan lancar serta sedap didengar apabila
dibaca dengan intonasi yang betul dan bersesuaian. Kemahiran komunikasi interpersonal di sini
adalah sangat mustahak untuk dipraktikkan. Juruhebah tidak boleh gagap dan gugup dalam
membaca berita agar mesej yang ingin disampaikan adalah jelas dan terang.
<!--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->Menemu duga orang

Bidang tugas yang seterusnya adalah menemuduga orang. Menemu duga orang sama ada secara
langsung ataupun tidak langsung. Ia bermaksud, sesetengah juruhebah radio perlu menemuduga
tetamu jemputan terutamanya di bilik kedap udara sebelum siaran ke udara bermula sebagai langkah
awal membina perhubungan mesra dan mengetahui sedikit latar belakang sebelum menemuramah
dengan lebih lanjut. Namun apabila ke udara, tugas seorang juruhebah akan berdepan dengan
suasana yang tegang, berat serta mencabar di samping rasa tertekan yang banyak. Kesalahan yang
ketara ketika ke udara adalah kesilapan yang boleh dianggap besar kerana melibatkan tanggapan
dan penilaian daripada pihak pendengar. Namun itu semua adalah di peringkat awal karier sahaja
dan lama-kelamaan ia akan menjadi kebiasaan.

<!--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->Memberikan komentari secara langsung dalam acara sukan

Selain daripada tugas-tugas di atas, juruhebah radio juga dikehendaki memberikan komentari secara
langsung dalam acara sukan. Oleh yang demikian, seseorang juruhebah mestilah sentiasa
mengambil tahu dan peka pada perkembangan sukan di Malaysia terutamanya. Juruhebah radio juga
mestilah sentiasa berusaha menambahkan ilmu pengetahuan serta pengalaman untuk memperbaiki
dan memantapkan lagi kualiti kerja dan karier sebagai seorang juruhebah radio.

<!--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->Melaporkan isu dan kejadian semasa

Juruhebah juga ditugaskan untuk melaporkan isu-isu semasa dan kejadian semasa yang berlaku
terutamanya di dalam negara. Oleh yang demikian adalah menjadi tanggungjawab juruhebah radio
tersebut mengambil inisiatif mendalami ilmu berkaitan dan mestilah banyak membaca serta peka
pada isu-isu semasa yang berlaku agar kerja yang dilakukan di konti mudah dan berjalan dengan
lancar.

<!--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->Membuat pengumuman

Juruhebah radio juga dikehendaki membuat pengumuman semasa ke udara di radio. Pengumuman
yang dibuat mestilah tepat dan mampu menarik perhatian pendengar untuk mendengarnya dengan
lebih lanjut.
<!--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->Membaca iklan

Juruhebah radio juga dikehendaki melakukan tugas dengan membaca iklan semasa ke udara di
radio. Antaranya adalah iklan mengenai sesuatu produk, perkhidmatan, program, saranan, kempen,
hebahan dan lain-lain. Tetapi kebanyakan iklan tersebut direkodkan terlebih dahulu dan hanya
dimainkan setiap kali iklan bermula. Juruhebah mestilah bijak dalam menarik perhatian pendengar
untuk mendengar apa yang juruhebah perkatakan termasuklah cara penyampaian, gaya dan
intonasinya sekali.

<!--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->Menganjur dan mengendalikan pertandingan melalui radio

Di samping itu juga, juruhebah radio turut ditugaskan menganjur dan mengendalikan pertandingan
melalui radio. Kemahiran berkomunikasi dan bijak menarik perhatian pendengar adalah perkara
pokok yang perlu ada pada seseorang yang bergelar sebagai juruhebah radio.

<!--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->Menjadi hos program

Juruhebah juga turut bertindak sebagai hos pada sesebuah rancangan atau program terutamanya di
konti radio. Juruhebah mestilah bijak berkomunikasi dan bijak mengawal keadaan dan perlu sentiasa
tenang dan memberi konsentrasi terhadap tugasan yang diberikan.

<!--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->Berjumpa dengan pelanggan untuk berbincang tentang iklan

Juruhebah juga ditugaskan berjumpa dengan pelanggan untuk berbincang mengenai iklan yang akan
dihebahkan di radio. Ini bertujuan sebagai langkah awal untuk persediaan sebelum membuat sesuatu
iklan apabila ke udara di radio.

PERSONALITI YANG SESUAI

Personaliti adalah adalah sangat penting bagi seseorang yang ingin memilih kerjaya sebagai
juruhebah radio yang baik dan hebat. Antaranya adalah :

<!--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->Berkeyakinan tinggi

Juruhebah radio mesti berkeyakinan tinggi dalam menjalankan tugas terutamanya apabila ke udara di
radio. Berkeyakinan tinggi bermaksud sentiasa bersedia daripada aspek fizikal, mental dan emosi.
Juruhebah mestilah sentiasa bersedia dan yakin dengan setiap penyampaiannya kerana ia berdepan
dengan pelbagai kemungkinan yang tidak terduga contohnya tersilap cakap, tersasul, lari daripada
topik asal dan sebagainya. Jadi keyakinan pada diri adalah sangat mustahak agar ia dapat
membetulkan keadaan.

<!--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->Berfikir secara spontan

Juruhebah yang mempunyai personaliti yang baik dan menarik juga perlu mempunyai daya berfikir
yang hebat iaitu dapat berfikir secara spontan dan pantas apabila ke udara di radio juga. Juruhebah
mestilah sentiasa berfikir dan fokus semasa menjalankan kerja adalah hal yang sangat mustahak.
Kemahiran berfikir secara spontan banyak dapat membantu para juruhebah radio terutama dalam
menyelamat keadaan atau situasi yang tidak terduga.

<!--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->Sentiasa relaks dan tenang

Mereka yang bergelar seorang juruhebah radio juga mestilah sentiasa relaks dan tenang semasa
mengendalikan sesuatu rancangan ataupun program di konti radio. Juruhebah radio mestilah bijak
mengawal emosi dan beruasaha tidak mencampurkan adukan urusan kerja dengan peribadi apabila
ke udara dan perlu lebih bersikap profesional dalam menjalankan tanggungjawab walaupun pada
hakikatnya semasa ke udara mereka berada dalam tertekan dan stres dengan kata lain juruhebah itu
mestilah bijak menguasai suasana terutamanya apabila mengendalikan rancangan yang disiarkan
secara langsung. Seseorang yang agak kelam kabut, emosional dan cepat panik, jika berminat untuk
berkerjaya sebagai juruhebah radio yang hebat mestilah membuang dan membaiki sikap sebegitu
agar segala impian yang diimpikan tercapai.

<!--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->Suara yang jelas dan sedap didengar

Mereka yang ingin berkerjaya sebagai seorang juruhebah radio mestilah memerlukan suara yang
jelas, terang dan sedap didengar oleh para pendengar di luar sana. Seandainya seseorang juruhebah
itu bijak dan petah dalam berbicara tau bercakap dengan penuh kejelasan mampu menarik
pendengar agar terus mendengar rancangan yang mereka bawakan. Suara yang lemak merdu dan
sesuai adalah suatu kelebihan utama untuk mereka yang berminat menjadi seorang juruhebah radio
yang berjaya dan dikenali.

<!--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->Kemahiran berkomunikasi yang baik dan lancar

Seseorang yang bergelar juruhebah radio mestilah mempunyai kemahiran komunikasi yang baik dan
lancar. Juruhebah yang mempunyai kemahiran berbahasa dalam banyak jenis bahasa juga dapat
menarik perhatian pendengar mendengar kefasihan seseorang juruhebah itu berbahasa apabila
bercakap. Antara bahasa yang kebiasaannya adalah bahasa Melayu, bahasa Inggeris, bahasa
Mandarin, bahasa Tamil, bahasa Arab dan lain-lain lagi bergantung kepada jenis rancangan yang
terdapat di stesen radio masing-masing. Komunikasi adalah elemen penting dalam kerjaya sebenar,
tidak kiralah bidang kerjaya apa sekalipun. Teknik komunikasi adalah pelbagai sama ada
menggunakan tulisan seperti memo, surat, e-mel, dan akhbar, dengan bercakap seperti berbual,
berbincang, bertemuramah, bertelefon atau mesyuarat dan lain-lain.

AURA SEORANG JURUHEBAH RADIO

Seseorang yang ingin bergelar seorang juruhebah radio yang hebat, diminati ramai dan terkenal
sememangnya memerperlukan aura yang mampu menarik dan mencairkan hati pendengar radio.
Antara berikut adalah kriteria-kriteria yang diperlukan untuk bergelar juruhebah yang hebat dan
mempunyai aura di hati pendengar.

<!--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->Personaliti menarik dan ceria

Juruhebah yang mempunyai nilai sikap dan personaliti yang tinggi dan hebat dan berpewatakan ceria
mampu sebenarnya menarik perhatian pendengar untuk meminati juruhebah berkenaan seperti dj
Linda Onn dari Radio Era, Abang Nas dari radio THR.FM, dj Tuah dari Suria.FM dan lain-lain lagi
adalah di antara para juruhebah yang memiliki aura yang kuat dan disegani ramai. Juruhebah itu
mestilah sentiasa mengekalkan imej kendiri yang baik, sikap yang sopan, pandai melayan karenah
pendengar dan lain-lain.

<!--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->Sense of humour

Seseorang yang mahu diri mereka disenangi dan disukai oleh orang lain terutamanya kerjaya yang
memerlukan seseorang itu bercakap atau berkomunikasi serta bersosial dengan masyarakat yang
pelbagai lapisan umur dan etnik, adalah memiliki nilai humor yang tinggi dan baik serta bijak
menguasai suasana agar segalanya tertumpu kepada mereka. Kerjaya seorang juruhebah
memerlukan sikap sebegitu untuk meletakkan seseorang itu mempunyai aura dan daya penarik.
Humor yang diberi mestilah berisi serta mempunyai mesej yang ingin dibawakan dan bukanlah
sekadar lawak bodoh sahaja. Antara juruhebah yang mempunyai nilai humor yang tinggi adalah Halim
Othman dari Radio Sinar FM.

<!--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->Kemahiran interpersonal

Kemahiran interpersonal yang perlu ada pada seorang juruhebah yang mempunyai ramai peminat
dan daya penarik yang tinggi serta beraura adalah dengan memiliki kemahiran mendengar yang baik,
kemahiran berkomunikasi, kemahiran melayan, kemahiran merespon dan lain-lain lagi.

<!--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->Rendah diri

Juruhebah yang memiliki aura sebeni iaitu seorang yang merendahkan diri yang tidak mudah bangga
diri ini juga dikatakan mampu disenangi oleh para pendengar radio seperti juruhebah radio THR.FM
iaitu Dj Rezlin. Sikap beliau itu cukup disukai dan digemari oleh pendengar setia radio tersebut
terutamanya peminat di sekitar pantai timur.

<!--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->Tidak lupa diri

Juruhebah yang tidak mudah lupa diri dan sentiasa berbijak di bumi yang nyata juga turut dikatakan
mempunyai aura yang kuat dan memiliki ramai peminat setia. Para pendengar merasakan juruhebah
sebegitu perlu dihormati dan disokong selalu.

<!--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->Suara yang unik

Juruhebah yang memiliki suara yang unik dan lain daripada yang lain adalah dikatakan paling
memberi aura kepada para pendengar. Tetapi istilah suara yang unik diberikan pendapat yang
berbeza-beza di kalangan pendengar radio tanah air terutamanya. Kadangkala ada di kalangan
pendengar gemarkan juruhebah yang bersurau jantan, garau, lemak merdu, manja, sengau, matang,
dan keanak-anakkan. Namun sebenarnya terpulang kepada citarasa pendengar itu sendiri. Antara
juruhebah yang memiliki suara yang unik adalah Rostam dari Radio Era, Farah Fauzana dari Radio
Hot FM dan Abang Erwan dari Radio IKIM.FM.
KELAYAKAN AKADEMIK

Seperti yang kita biasa dengar dan lihat, ada juga di kalangan juruhebah radio ada yang
berkelayakan tinggi seperti di peringkat ijazah hingga ke bawah juga. Tiada kelayakan spesifik tetapi
kelayakan dalam bidang penyiaran dan pengetahuan dalam bidang teknikal adalah sangat penting.
Mereka perlu mempunyai suara yang jelas dan sedap didengar dan mungkin dikehendaki lulus ujian
suara.

Pengalaman yang berguna termasuk pengalaman berkerja dalam bidang jurnalisme,


pemasaran, penyiaran dan komunikasi massa turut dijadikan kriteria utama dalam bidang ini. Bagi
sesetengah stesen radio di dalam negara kita, memerlukan kelulusan serta mempunyai Ijazah
Sarjana Muda di dalam bidang Komunikasi Massa atau bidang-bidang berkaitan. Pengalaman kerja
juga turut menjadi salah satu kriteria penting dalam merealisasikan impian menjadi seorang
juruhebah yang berjaya.

Bagi pelajar yang masih diperingkat persekolahan terutamanya yang benar-benar berminat
dalam bidang dan kerjaya sebagai juruhebah radio suatu hari nanti pastikan keputusan Sijil Pelajaran
Malaysia (SPM ) anda mendapat minima kredit dalam matapelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa
Enggeris. Kefasihan dalam berbahasa kebangsaan dan satu bahasa asing terutamanya bahasa
Inggeris adalah diberi perhatian untuk kelayakan mengikuti pengajian seperti dalam bidang yang
berkaitan dengan kerjaya sebagai juruhebah radio iaitu seperti jurusan komunikasi massa
(pengiklanan), pemasaran, jurnalisme, teknologi maklumat dan lain-lain yang berkaitan.

Namun begitu ada juga sesetengah stesen radio yang mengambil pekerja sebagai juruhebah
dalam jurusan yang berlainan kerana mungkin tema stesen yang mereka bawakan. Sebagai contoh
stesen radio IKIM.FM, yang mana stesen tersebut menginginkan bakal juruhebah mereka di kalangan
graduan ijazah sarjana muda dalam bidang agama seperti syariah, usuluddin, arab, ilmu wahyu dan
lain-lain lagi berserta dengan minat, kebolehan dan pengalaman. Oleh yang demikian, jenis jurusan
adalah bergantung kepada tema dan konsep sesebuah stesen radio itu sebenarnya.

PUSAT PENGAJIAN YANG MENAWARKAN KURSUS BERSESUAIAN DALAM KERJAYA


SEBAGAI JURUHEBAH RADIO.

Berikut adalah pusat-pusat pengajian tinggi yang kebiasaannya menawarkan kursus yang
bersesuaian dengan kerjaya sebagai juruhebah radio. Kursus-kursus yang ditawarkan sebenarnya
meliputi permintaan rangkaian stesen radio tempatan tanahair iaitu seperti jurusan Penyiaran,
Pemasaran, Jurnalisme, Komunikasi, Syariah, Usuludin dan Arab.

7.1 Jadual : Senarai IPT yang menawarkan jurusan-jurusan yang berkaitan.

Bil Nama IPT Jurusan Tahap

1. Universiti Teknologi Malaysia (UiTM) Komunikasi Massa Diploma dan ijazah


Jurnalisme
2. Universiti Putra Malaysia (UPM) Komunikasi Massa Diploma dan ijazah
3. Universiti Sains Malaysia (USM) Komunikasi Massa Diploma dan ijazah

4. POLITEKNIK seluruh Malaysia Pemasaran Diploma


1. Politeknik Kota Bharu,Kelantan
2. Politeknik Sebarang Perai,Penang
3. Politeknik Sultan Azlan Shah,
Pahang.
4. Politeknik Shah Alam, Selangor

5. Universiti Utara Malaysia (UUM) Pemasaran Diploma dan Ijazah

6. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Pemasaran Diploma dan Ijazah

7. Cosmopoint Komunikasi massa Diploma dan Ijazah


Pemasaran
8. Universiti Islam Malaysia (UIAM) Syariah, Usuludin Diploma dan ijazah
dan Arab
9. Kolej Universiti Zainal Abidin (KUSZA) Syariah, Usuludin Diploma
dan Arab
10. Universiti Al-Azhar Mesir Syariah, Usuludin Ijazah
dan Arab

<!--[if !supportLists]-->8.0 <!--[endif]-->ANGGARAN PENDAPATAN

Berikut adalah anggaran gaji atau pendapatan yang kebiasaannya diberikan kepada graduan yang
memiliki ijazah sarjana muda berkaitan serta pengalaman yang calon ada dalam bidang berkaitan
seperti bidang penyiaran, pengiklanan, kewartawanan dan sebagai.

Graduan RM 2,200.00 –RM 2,500.00


Pengalaman > 5 tahun RM 3,000.00 – RM 6,000.00
Pengalaman > 10 tahun > RM 6,000.00

*Maklumat gaji tidak termasuk komisen atau elaun. Hal ini tertakluk kepada perubahan faktor seperti
syarat pekerjaan dan kemahiran yang dimiliki. Sila rujuk Gaji Permulaan. (Amin Hazyq (2007).
Namun bagi sesetengah juruhebah radio yang tidak mempunyai kelulusan dalam ijazah
sarjana muda pula, kebanyakannya bergantung kepada pihak pentadbiran stesen radio tersebut
kerana jika dulu tiada kelayakan spesifik dalam menjadi seorang juruhebah radio tetapi kelayakan
dalam bidang penyiaran dan pengetahuan dalam bidang yang berkaitan seperti teknikal dan
sebagainya adalah sangat penting. Bagi mereka yang berminat bekerja sebagai juruhebah perlu
mempunyai suara yang jelas dan sedap didengar dan kemungkinan mereka dikehendaki mengambil
ujian suara dan perlu lulus ujian suara tersebut.

Kebiasaanya gaji yang ditawarkan oleh seseorang yang bergelar graduan paling minimal adalah
RM1,000.00. Hal ini kerana, syarikat kebiasaannya tidak mengetahui keupayaan sebenar calon itu.
Jika calon tersebut melakukan kerja dengan baik dan teratur gaji mereka pastinya kan dinaikkan dari
masa ke semasa. Antara perkara-perkara yang dipertimbangkan sebelum memberikan gaji kepada
pekerja adalah seperti mengenai kadar pengeluaran dan permintaan dalam ekonomi yang mana
melibatkan jumlah pengganguran dan lain-lain yang berkaitan, perjanjian pekerjaan, gaji terkini calon
yang memohon, gaji internal yang kompetitif, pengetahuan dan kebolehan pekerja atau pengalaman
lain yang berguna. (Amin Hazyq (2007).

Selain daripada itu majikan juga mengambil kira perkara seperti keuntungan syarikat iaitu jika
syarikat mempunyai keuntungan yang besar maka gaji kepada para pekerja juga adalah besar dan
begitulah sebaliknya, polisi syarikat di mana ia bergantung kepada pakej yang diberikan iaitu
mengenai gaji dan faedah lain seperti elaun dan sebagainya, perbandingan gaji dengan syarikat lain
dan lain-lain. (Amin Hazyq (2007).

Oleh sebab itu, ada banyak faktor yang perlu diambil kira oleh seseorang majikan untuk
mengambil seseorang bekerja sehingga mereka pasti anda adalah calon yang sesuai dan layak.
Mereka turut membandingkan pengalaman, kelayakan dan kemahiran calon berbanding dengan
kakitangan yang sedang melakukan pekerjaan yang sama.

Panduan yang disediakan bertujuan untuk membuka jalan bagi anda, terutama sekali pelajar-pelajar
yang masih belum tahu arah tujuan karier anda masing-masing. Jangan terburu-buru dalam membuat
keputusan tapi luangkanlah sedikit masa untuk berfikir dan bertanya kepada orang yang lebih
berpengalaman tentang kerjaya yang anda minati.
Jika betul-betul meminati bidang ini iaitu sebagai seorang juruhebah radio, tanamkanlah
azam dan belajarlah bersungguh-sungguh hingga mencapai kelayakan yang diperlukan. Sebagai
seorang juruhebah radio kita akan berpeluang bertemu dan mengenali dengan pelbagai golongan
masyarakat.

Kerjaya yang diperolehi haruslah berupaya untuk memberi anada kepuasan, sama ada
daripada segi emosi dan material. Jika tidak, anda akan melakukan kerja tanpa komitmen yang
ikhlas.

Tips Penyiar Radio:


Beberapa hal teknis yang harus diperhatikan jika ingin menjalani sebagai penyiar radio antara lain :
1. Artikulasi yang jelas ( A, I, U, E, O)
2. Pernapasan yang baik
3. Mengerti musik, hal ini berhubungan dengan bagaimana Anda menyesuaikan dengan tempo lagu
4. Mood, penyiar tidak boleh terdengar murung atau tidak bersemangat
5. Pengetahuan yang luas
6. Tidak boleh cacat huruf (Cadel)
7. Hindari kata maaf

Bagaimana melatih hal itu?


Ada beberapa cara untuk melatih kemampuan menjadi seorang penyiar :

1. Olahraga Teratur
Olahraga secara teratur akan berdampak pada stabilnya pernafasan Anda. Pernafasan yang
baik tentunya akan membuat kekuatan suara Anda menjadi stabil saat siaran.

2. Lion Face
Lion face adalah istilah untuk senam wajah sebelum siaran. Kerutkan wajah Anda sedalam-
dalamnya, dan buka lebar-lebar. Ini akan membuat Anda menjadi lebih relax dan santai saat siaran.

3. Senam Rahang
Setiap pagi, latihlah mulut Anda dengan mengucapkan A-I-U-E-O. Hal ini supaya rahang
Anda terbuka dengan baik dan terhindar dari 'poping' (suara “pep” yang menyembur saat berbicara
di microphone.

4. Berbicara di Atas Lagu


Suka mendengarkan musik? Mulai sekarang belajarlah memperhatikan durasi intro sebuah
lagu dan mulailah berbicara di atas intro lagu. Tapi ingat, gunakan kalimat yang efektif dan jangan
sampai saat sang penyanyi mulai menyanyikan lirik lagu kamu masih berbicara, hal itu sangat haram
hukumnya bagi penyiar. Berbicara di atas lagu juga bisa membantu menyesuaikan tempo berbicara
Anda dengan tempo lagu.

Jenjang Karir?
Siapa bilang penyiar radio tidak memiliki prospek karir . Seorang penyiar radio yang baik bisa
memiliki jenjang karir yang bagus juga loh. Selepas menjadi penyiar radio, mungkin saja Anda bisa
menjadi produser radio, presenter tv, dubber dengan tarif jutaan rupiah per satu kali produksi,
atau mungkin seorang penyanyi. Hohohooo.

Untuk menjadi penyiar radio handal,tidak perlu sekolah tinggi untuk lancar
berbicara,modalny cukup satu yaitu niat untuk mengexpresikan karir kita di dunia
penyiaran.Berlatihlah dalam berbahasa dengan mendengarkan salah satu radio yang banyak
digemari orang lain,dan simak gaya mereka berbicara.
Menjadi penyiar harus diperhatikan dalam segi bahasa,tidak boleh memakai bahasa kasar
dan tidak boleh membawa urusan pribadi di publik.Harus bisa intermezzo dan tidak
diperkenankan untuk diam selama penyiaran,artinya harus bisa membahas salah satu topik
untuk menarik para pendengar,topiknya terserah kalian,bisa untuk percintaan,perawatan
wajah,kuliner,tentang musik atau yang lainnya,hal ini diperlukan aggar dalam menyiar tidak
ada kata mati gaya.
Nah sobat,sekarang kita simak Teks siaran radio itu seperti apa,yang saya tulis dibawah ini
tidak harus sama,ini hanya sebuah gambaran saja,gunakan dengan gayamu sendiri.

Anda mungkin juga menyukai