Anda di halaman 1dari 20

Hari ini ingin berkongsi dengan kawan semua maksud dan kelebihan Asma ul-Husna iaitu 99

Nama Allah. Kakmiz percaya kawan semua tentu hafal 99 Nama Allah tetapi tidak tahu maksud
dan fadhilat (kelebihan) 99 Nama Allah ini. Mari kita sama-sama baca maksud dan kelebihan 99
Nama Allah ini. Semoga selepas ini kita akan berzikir 99 Nama Allah ini dengan bersungguh-
sungguh dan rasa rendah diri kepada Allah.
Sebelum itu kita mesti tahu dulu apa maksud Asma ul-Husna. Asma ul-Husna ialah nama-nama
yang Maha Indah dari Allah S.W.T sendiri. Nama-nama itu ada 99 buah, yang sekaligus
menunjukkan sifat-sifat Allah S.W.T yang Maha Sempurna.
Sekarang kita tengok pula maksud dan fadhilat 99 Nama Allah. Teruskan membaca...

ALLAH
Bermaksud dialah pemilik Al Asma'ul Husna. Zat pemilik segala keagungan yang terungkap
dalam nama-namanya, yang tidak bercerai dari nama-namanya.

Yaa-Allaah
Zikir ini disebut zikir Ismudz Zat, yang terkumpul seluruh fadhilat zikir ini. Mereka yang
amalkan zikir ini dengan hati yang khusyuk semata-mata mengharapkan keredhaan Allah,
insyallah mereka akan mendapat manfaat yang tidak terhingga nilainya. Berzikirlah sebanyak
5000 kali setiap hari dengan mengikut kaedahnya yang benar akan memberikan fadhilah
kebersihan rohani.

AR-RAHMAAN
Bermaksud Yang Maha Pemurah. Allah itu Maha Pemurah kepada semua makhluknya dan
kemakmurannya itu tidak terhitung.

Ya-Rahman
Sesiapa yang berzikir dengan menyebut "Ya Rahmaan" sebanyak 500 kali selepas solat lima
waktu, serta memahami dan menghayati makna Asmanya itu insyallah dengan izin Allah, hati
akan menjadi terang dan tidak pelupa.

AR-RAHIIM
Bermaksud Yang Maha Pengasih. Allah itu Maha Pengasih kepada setiap manusia yang beriman
baik di dunia mahupun di akhirat.

Ya-Rahiim
Ar Rahiim mengandungi isyarat halus bagi manusia agar bersifat kasih sayang. Dengan
menyebut "Ya Rahiim" 100 kali setiap hari, maka kita akan disayangi oleh orang lain dan diberi
kemudahan dengan izin Allah.
AL-MALIK
Raja Yang Maha Kuasa. Allah adalah Zat Yang Maha Berkuasa, Maha Pencipta dan Menjaga
Hukum-hukumnya atas alam semesta.

Ya-Malik
Dengan berzikir "Ya Malik" sebanyak 121 kali setiap pagi atau setelah tergelincir matahari,
maka dengan izin Allah kita akan sentiasa dihargai orang sekeliling dan hidup dengan
bercukupan.

AL-QUDDUS
Bermaksud Yang Maha Suci. Allah Adalah Zat Yang Maha Suci dari segala noda, sifat rendah,
sifat baru dari makhluk-makhluknya, dan Maha Suci pula dari segala perkiraan orang-orang yang
sesat, kafir, musyrik dam munafik.

Ya-Quddus
Sekiranya kita membaca lafaz "Ya-Quddus" sebanyak 100 kali setiap hari setelah tergelincir
matahari, insyallah hati kita akan bersih dan suci dari rasa sombong, serakah, iri hati, dengki dan
sebagainya.

AS-SALAAM
Bermaksud Yang Maha Sejahtera. Allah S.W.T. adalah segala sumber kesejahteraan dan dia
Maha Pembuat kesejahteraan bagi makhlutnya. Zatnya adalah Yang Maha Sejahtera dari segala
marabahaya yang biasa menimpa makhluknya.

Ya-Salaam
Bila kita "Ya-Salaam" sebanyak 136 kali, maka insyallah penyakit-penyakit yang kita derita
akan sembuh. Demikian pula bila kita mengunjungi orang sakit dan membaca "Ya-Salaam"
sebanyak 136 kali, insyallah akan membantu kesembuhannya.

AL-MUKMIN
Yang Mengurniakan Keamanan. Allah S.W.T. memberikan kurnia keamanan kepada
makhluknya, kerana dia adalah zat yang menjadi sumber keamanan dan ketenteraman itu.
Demikian juga Dia Zat yang membenarkan Rasul-rasulnya dengan memberi mukjizat yang
merupakan bukti kebenaran mereka.
Ya-Mukmin
Jika kita mengharapkan agar diri kita, keluarga dan harta benda kita aman dari segala
gangguan, maka bacalah lafaz "Ya Mukmin" setiap hari sebanyak 136 kali. Dengan memahami
dan menghayati Asma ini, kita diharapkan mendidik diri sendiri serta berusaha menyelamatkan
diri dan lingkungan dari perbuatan-perbuatan jahat.

AL-MUHAYMIN
Yang Maha Memelihara- Allah S.W.T. adalah yang mengatur dan memelihara serta menentukan
rezeki kehidupan dan umur makhluknya. Dia juga mengawasi dan melindunginya.

Ya-Muhaymin
Segala gerak-geri kita sentiasa mendapat pengawasan Allah S.W.T. Dengan banyaknya
menyebut "Ya Muhaymin" kita sentiasa ada dalam pemeliharaannya, hati menjadi bersih dan
terang.

AL-AZIZ
Yng Maha Perkasa. Allah S.W.T mempunyai kedudukan Maha Tinggi, Maha Mulia dan Maha
Perkasa. Dia adalah Zat yang memberi kekuatan dan ketangguhan dengan kekuatan dan
ketangguhannya itu mampu menguasai dan mengungguli seluruh alam.

Ya-Aziz
Sesiapa yang membawa "Ya Aziz" 40 kali setiap selesai solat subuh selama 40 hari, insyallah
akan mendapat pertolongan Allah dan kehidupannya.

AL-JABBAAR
Yang Kehendaknya tidak dapat diingkari. Asma' ini menunjukkan sifat Allah S.W.T. yang
kehendaknya tidak dapat diingkari oleh makhluknya.

Ya-Jabbaar
Bila kita membaca "Ya Jabbaar" sebanyak 226 kali setiap pagi dan petang, maka insyallah
orang-orang yang memusuhi kita tidak berdaya terhadap kita serta mereka akan tunduk kepada
kita dengan pertolongan Allah S.W.T.

AL-MUTAKABBIR
Yang Maha kebesaran. Allah S.W.T. adalah pemilik segala Kebesaran Yang Maha Tinggi dan
segala makhluknya menjadi tidak bererti di hadapannya.
Ya-Mutakabbir
Barang siapa membaca "Ya Mutakabbir" akan digeruni dari musuh-musuh mereka. Juga bila
dibaca sewaktu melakukan hubungan kelamin antara suami isteri, dengan izin Allah isterinya
mengandung, insyallah ia akan dikurniakan anak yang soleh ataupun solehah.

AL-KHALIQ
Yang Maha Pencipta. Asma Allah S.W.T. ini menunjukkan Zat Yang Maha Pencipta seluruh
alam ini atas kuasa dan kehendaknya.

Ya-Khaliq
Jika kita kehilangan barang atau ada anggota keluarga yang pergi tanpa izin, kemudian kita
membaca Asma ini sebanyak 5000 kali, maka dengan pertolongan Allah S.W.T masalah itu
dapat diatasi.

AL-BAARI'
Yang Melepaskan. Al-Baari' adalah nama Allah S.W.T yang menunjukkan bahawa Zat Allah
dapat menghasilkan suatu jenis benda dari benda yang jenisnya lain. Dia juga menjaga
keseimbangan dari segala sesuatu.

Ya-Baari'
Bila kita dalam keadaan sulit atau sedang dalam sakit cubalah baca "Ya Baari'" sebanyak 100
kali, insyaallah kita akan terlepas dari kesulitan itu.

AL-MUSAWWIR
Yang Menciptakan Rupa Makhluk. Allah S.W.T. menentukan bentuk dan rupa makhluk-
makhluknya yang beraneka rupa.

Ya-Musawwir
Fadhilat membaca "Ya Musawwir" bagi pasangan suami isteri yang belum dikurniakan anak,
akan mendapat anugerah anak yang diinginkannya. Bacalah "Ya Musawwir" ini sebaiknya
mengikut petunjuk pengalamannya berupa puasa selama 7 hari bagi isteri dan 3 hari bagi
suaminya serta membaca Asma ini sebanyak 21 kali setiap waktu berbuka.

AL-GHAFFAR
Yang Maha Pengampun. Asma ini menunjukkan sifat Maha Pengampun Allah S.W.T. bagi
makhluknya (jin dan manusia) yang bertaubat atas dosa-dosa yang dilakukannya kecuali
membuat syirik terhadap Allah S.W.T.
Ya-Ghaffar
Mereka yang membaca "Ya Ghaffar" sebanyak 100 kali sambil menunggu datangnya solat
jumaat di dalam masjid, insyaallah segala dosanya yang terdahulu akan mendapat
pengampunan Allah S.W.T.

AL-QAHHAR
Yang Maha Perkasa. Allah S.W.T. mampu melakukan apa jua ke atas makhluk-makhluknya
untuk menjalankan kehendaknya.

Ya-Qahhar
Mereka yang menyebut Asma ini sebanyak-banyaknya setiap malam terus-menerus, akan
mendapat ketanangan batin terlepas dari kesukaran hidup serta terhindar dari perbuatan
maksiat, insyaallah.

AL-WAHHAB
Yang Maha Pemberi. Allah S.W.T. sentiasa menganugerahkan kurnianya.

Ya-Wahhab
Kurnia Allah akan sampai kepada mereka yang mewiridkan "Ya Wahhab" sebanyak 300 kali
setelah solat lima waktu setiap hari, serta akan mengabulkan permohonan mereka yang
menyebut Asma ini dengan penuh kerendahan hati 100 kali setelah solat sunat Tahajjud selama
tiga atau tujuh malam berturut-turut, insyaallah.

AR-RAZZAQ
Yang Maha Pemberi Rezeki. Allah S.W.T. tidak putus memberi rezeki kepada seluruh
makhluknya.

Ya- Razzaq
Mereka yang menyebut Asma ini sebanyak-banyaknya, insyaallah akan sentiasa dikurnia rezeki
yang berkecukupan.

AL-FATTAH
Yang Maha Membuka (Rahmat). Allah S.W.T. sentiasa memberi petunjuk kepada makhluknya
serta sentiasa membuka pintu Rahmatnya.
Ya-Fattah
Allah S.W.T. akan membuka hati dan fikiran kita serta memberi kemudahan dalam menghadapi
berbagai masalah kehidupan, jika kita menyebut Asma ini sebanyak-banyaknya setiap hari
selesai solat subuh, insyaallah.

AL-ALIM
Yang Maha Mengetahui. Dia Yang Maha Mengetahui segala makhluknya.

Ya-Alim
Mereka yang berzikir "Ya Alim" atau "Ya Alimal Ghaibi Wasy-syahaadah" sebanyak 100 kali
setiap selasai solat lima waktu, akan dikurniakan ilmu makrifat yang sempurna.

AL-QAABID
Yang Maha Menyempitkan. Hanya Allah yang mampu menyempitkan rezeki atau mencabut
kenikmatan makhluknya.

Ya-Qaabid
Mereka yang berzikir "Ya Qaabid" sebanyak-banyaknya dengan terus-menerus, dengan izin
Allah, ia akan terhindar dari ancaman orang zalim dan terlepas dari kekurangan makanan.

AL-BAASIT
Yang Maha Melapangkan. Dia (iaitu Allah) yang melapangkan rezeki serta memberi kemudahan
hidup.

Ya-Baasit
Mereka yang berzikir "Ya Baasit" sebanyak 10 kali setiap selesai solat sunat Dhuha, insyaallah
akan dikurniakan rezeki yang tidak putus-putus serta sentiasa ditambahi Allah ilmunya.

AL-KHAAFID
Yang Perendah Diri. Allah S.W.T. mampu merendahkan atau menurunkan darjat makhluknya
sesuai yang dikehendakinya.

Ya-Khaafid
Mereka yang menyebut-nyebut Asma inni sebanyak 500 kali dengan hati yang khusyuk dan
tawadhuk, insyaallah akan terlindung dari perbuatan jahat yang ditujukan pada dirinya.
AR-RAAFI'
Yang Meninggikan. Allah S.W.T meninggikan martabat makhluknya sesuai dengan
kehendaknya.

Ya-Raafi'
Allah S.W.T. akan meninggikan martabat, menjadikan kehidupan yang berhasil jika kita sentiasa
berzikir "Ya Raafi'" sebanyak 100 kali setiap hari, insyaallah.

AL-MU'IZZ
Yang Maha Memuliakan. allah S.W.T. yang berkuasa memuliakan makhluknya.

Ya-Muizz
Dengan izin Allah mereka yang membaca "Ya Mu'izz" sebanyak 140 kali setiap selesai solat
isyak pada malam selasa dan malam jumaat dengan terus menerus akan dihormati orang lain
serta tidak merasa takut kepada sesiapa pun selain Allah.

AL-MUZIL
Yang Maha Pemberi Kehinaan. Allah S.W.T. mampu merendahkan atau menghinakan
makhluknya.

Ya-Muzil
Dengan izin Allah mereka yang berzikir "Ya Muzil" sebanyak 75 kali terus menerus akan
terhindar dari kejahatan dan penghinaan manusia serta akan mendapat perlindungan Allah
S.W.T.

AS-SAMI'
Yang Maha Mendengar. Allah S.W.T. Maha Mendengar akan segala sesuatu, baik suara hati
mahupun yang lebih halus dari itu.

Ya-Sami'
Mereka yang membaca "Ya Sami'" sebanyak 100 kali setiap hari khamis setelah solat zuhur
yang dilakukan secara diam-diam tanpa memberitahukan orang lain, insyaallah akan
dikabulkan Allah permohonannya.
AL-BASIR
Yang Maha Melihat. Allah S.W.T. Maha Melihat segala sesuatu dan tiada yang dapat
tersembunyi dari penglihatannya.

Ya-Basir
Allah S.W.T. akan membuka fikiran dan hati serta meninggikan kedudukan serta kehormatan
mereka yang membaca "Ya Basir" sebanyak 100 kali sebelum solat jumaat, insyaallah.

AL-HAKAM
Yang Maha Menetapkan Hukum. Allah S.W.T memberi keputusan yang tepat atas segala
perkara.

Ya-Hakam
Mereka yang berzikir "Ya Hakam" sebanyak-banyaknya pada tengah malam, insyallah akan
dikurniakan pengetahuan mengenai hikmat iilmu agama.

AL-'ADLU
Yang Maha Adil. Allah S.W.T. mengatur setiap perkara dengan Maha Adilnya.

Ya-'Adlu
Mereka yang membaca "Ya 'Adlu" sebanyak 104 kali setiap selesai solat lima waktu, insyaallah
akan dikurniakan sifat adil serta akan memperlakukan terhadap yang lain.

AL-LATHIF
Yang Maha Lemah Lembut. Allah yang Maha Halus dan Penyantun mengurus makhluk-
makhluknya dengan cara halus sehingga tidak terasa, mengetahui barang-barang yang sehalus-
halusnya. Zatnya Maha Halus sehingga tidak dapat dikirakan dan dibayangkan.

Ya-Lathif
Allah S.W.T. akan mengabulkan permohonan hamba-hambanya yang berzikir "Ya Lathif"
sebanyak 100 kali setelah selesai solat sunat, insyaallah.

AL-KHABIR
Yang Maha Waspada. Allah S.W.T. Yang Maha Waspada atas setiap rahsia serta memahami
sesuatu perkara.
Ya-Khabir
Dengan izin Allah S.W.T. mereka yang berzikir "Ya Khabir" sebanyak mungkin akan terhindar
dari perbuatan zalim, serta akan diperbaiki sifat dan kebiasaan mereka yang buruk.

AL-HALIM
Yang Maha Panyantun. Allah S.W.T. Maha Penyantun. Tidak terburu-buru menjatuhkan
hukuman kepada mereka yang berbuat dosa.

Ya-Halim
Mereka yang berzikir "Ya Halim" sebanyak mungkin setiap hari setelah solat lima waktu,
dengan izin Allah akan terhindar dari bencana alam serta dikukuhkan kedudukannya dalam
masyarakat.

AL-'AZIM
Yang Maha Agung. Allah S.W.T. Yang Maha Besar Kemuliaannya. Segala urusan berada dalam
kekuasaannya.

Ya-'Azim
Mereka yang membiasakan berzikir "Ya 'Azim" sebanyak-banyaknya setiap hari, insyaallah
akan sentiasa dihormati dan dimuliakan serta akan dilimpahkan kurnia yang berpanjangan.

AL-GHAFUR
Yang Maha Pengampun. Dia (Allah S.W.T) yang Maha Pengampun kepada makhluk-
makhluknya.

Ya-Ghafur
Allah S.W.T. akan melenyapkan kesukaran-kesukaran dan akan mengampuni dosa mereka yang
bertaubat bila mereka berzikir "Ya Ghafur" sebanyak-banyaknya setiap malam, insyaallah.

ASY-SYAKUR
Yang Maha Menghargai. Allah S.W.T. Maha Pembalas jasa perbuatan hamba-hambanya.
Ya-Syakur
Dengan izin Allah mereka yang berzikir Asma ini akan dijernihkan hati serta disembuhkan dari
penyakit yang sedang dideritai.

AL-'ALIYU
Yang Maha Tinggi. Allah S.W.T. Yang Maha Tinggi tidak ada yang dapat mengatasinya.

Ya-'Aliyu
Mereka yang menyebut Asma ini berulang-ulang kali dengan kerendahan hati, akan ditingkatkan
kecerdasan serta akan ditambah keyakinan diri mereka, insyaallah.

AL-KABIR
Yang Maha Besar. Allah S.W.T. Yang Maha Besar, tidak ada yang melebihinya.

Ya-Kabir
Atas izin Allah S.W.T. mereka yang berzikir "Ya Kabir" sebanyak 100 kali setiap hari akan
mendapat penghormatan orang lain.

AL-HAFIZ
Yang Maha Memelihara. Allah S.W.T. Maha Penjaga, tidak sukar dan tidak berat baginya untuk
menjaga dan memelihara langit dan bumi berserta isinya.

Ya-Hafiz
Mereka yang berzikir "Ya Hafiz" sebanyak 16 kali setiap hari atas izin allah akan terlindung dari
bahaya.

AL-MUQIT
Yang Maha Pemberi Kecukupan. Allah S.W.T. Yang Maha Memberi Kecukupan kepada
makhluknya.

Ya-Muqit
Asma ini mempunyai fadhilat memperbaiki sifat-sifat buruk dari anggota keluarga kita, serta
dapat memperkuat peribadi kita sendiri, insyallah.

AL-HASIB
Yang Maha Menghitung atau Penjamin. Allah yang menghitung amalan dosa dan pahala
manusia dan jin pada hari hisab.
Ya-Hasib
Mereka yang berzikir "Ya Hasib" setiap hari, insyallah akan terhindar dari bahaya serta
dibebaskan dari rasa takut.

AL-JALIL
Yang Maha Luhur. Allah S.W.T. Pemilik segala keagungan, kekayaan dan kesucian serta
kemuliaan yang tiada bandingannya.

Ya-Jalil
Mereka yang berzikir "Ya Jalil" sebanyak 73 kali setiap hari, baik pagi dan petang, mahupun
tengah malam, insyallah akan mengalami perubahan yang baik dalam kehidupan
keperibadiannya.

AL-KARIM
Yang Maha Mulia. Allah S.W.T. adalah Zat Yang Maha Pemurah lagi Maha Mulia

Ya-Karim
Mereka yang menyebut-nyebut zikir "Ya Karim" sebanyak 280 kali setiap menjelang tidur,
insyallah akan mendapat kemuliaan dan kehormatan dalam hidup.

AR-RAQIB
Yang Maha Mengawasi. Allah S.W.T. Maha Mengawasi yang sentiasa waspada terhadap semua
makhluknya sehingga tidak mungkin ada yang terlepas dari pengawasannya.

Ya-Raqib
Mereka yang membiasakan membaca Asma ini dengan segala keikhlasan hati, insyallah akan
sentiasa dijaga Allah S.W.T. dari bahaya yang akan menimpa harta, anggota keluarga dan
dirinya sendiri.

AL-MUJIB
Yang Maha Mengabulkan. Allah S.W.T. mengabulkan semua permohonan makhluknya dan
hanya Dialah tempat hamba-hambanya memohon pertolongan.
Ya-Mujib
Atas izin Allah S.W.T. mereka yang membiasakan berzikir "Ya Mujib" sebanyak 55 kali setiap
solat subuh akan dikabulkan Allah permohonannya.

AL-WAASI'
Yang Maha Luas. Kekuasaan dan Rahmat Allah S.W.T. merangkumi segala makhluknya.

Ya-Waasi'
Atas izin Allah S.W.T. mereka yang berzikir "Ya Waasi'" sebanyak 127 kali setiap hari, maka
Allah akan menganugerahkannya kehidupan yang serba cukup serta ditunjukkan jalan keluar dari
kesempitan hidup.

AL-HAKIM
Yang Maha Bijaksana dalam mengatur segala urusan dan menjalankan hukum-hukumnya serta
sentiasa berjaya.

Ya-Hakim
Mereka yang selalu berzikir menyebut Asma ini, insyallah akan mendapat kurnia kejayaan hidup
serta mudah mendapatkan jalan keluar dari kesukaran.

AL-WUDUD
Yang Maha Pencinta. Allah S.W.T. Maha Pencinta terhadap makhluk-makhluknya dan dicintai
oleh makhluk-makhluknya pula.

Ya-Wadud
Mereka yang berzikir "Ya Wadud" sebanyak 1000 kali setiap hari terus-menerus, akan
berkembang dalam dirinya rasa kasih kepada sesama manusia dan sentiasa akan dikasihi pula
oleh yang lain, insyallah.

AL-MAJID
Yang Maha Mulia. Allah S.W.T. dengan Kemuliaannya memberikan segala nikmat yang tiada
terhenti-henti kepada makhluknya.
Ya-Majid
Kehormatan, kemuliaan, kesejahteraan dan kesihatan akan dikurniakan Allah kepada yang
membiasakan diri berzikir "Ya Majid" setiap hari sebanyak-banyaknya.

AL-BAA'ITS
Yang Membangkitkan. Dia (Allah S.W.T.) yang membangkitkan kembali makhluk-makhluknya
pada Hari Kiamat.

Ya-Baa'its
Ketika hendak tidur lalu berzikir "Ya Baa'its" sebanyak 100 kali sambil meletakkan tangan di
dada, disertai kekhusyukkan dan kerendahan hati, insyallah Allah Yang Maha Kuasa berkenan
memberikan keterangan hati serta ilmu dan hikmah.

ASY-SYAHID
Yang Maha Menyaksikan. Dia (Allah S.W.T.) yang hadir di mana-mana dan tidak ada sesuatu
pun yang lepas dari tilikkannya.

Ya-Syahid
Fadhilah zikir "Ya-Syahid" adalah melembutkan hati anggota-anggota keluarga yang
membangkang.

AL-HAQQU
Yang Maha Benar. Allah Yang Maha Benar dan tetap ada dalam kebenarannya.

Ya-Haqq
Bila amalan "Ya Haqq" dibaca sebanyak-banyaknya setiap malam, insyallah kita akan sentiasa
tetap taat kepada Allah.

AL-WAKIL
Yang Maha Pemelihara. Allah S.W.T. kemampuan untuk mengatasi segala masalah kita dengan
cara yang sebaik-baiknya.
Ya-Wakil
Zikir "Ya Wakil" mempunyai fadhilat meredakan hujan lebat yang disertai badai taufan. Selain
itu wirid ini insyaallah akan membukakan pintu rezeki dan kebaikan kepada kita jika dibaca
1000 kali.

AL-QAWIYU
Yang Maha Kuat. Allah S.W.T. Maha Kuat dan tidak pernah lemah dan lelah.

Ya-Qawiyu
Dalam keadaan lemah jasmani dan rohani, bila kita membaca "Ya Qawiyu" dan "Ya Matinu"
sebanyak 100 kali setiap malam, insyaallah, daya kekuatan kita akan kembali. Selain itu bila kita
diperlakukan secara zalim yang sama akan memusnahkan perbuatan zalim itu.

AL-MATIN
Yang Maha Kukuh atau Perkasa. Allah S.W.T. Maha Hebat Kemampuannya serta Maha Teguh
keputusannya.

Ya-Matin
Bila kita sedang ada dalam kesulitan, dengan melakukan zikir "Ya Matin" sebanyak-banyaknya
disertai dengan ikhlas hati, insyaallah kesulitan itu akan lenyap.

AL-WALIYU
Yang Maha Melindungi. Allah S.W.T. yang sentiasa melindungi hamba-hambanya.

Ya-Waliyu
Barangsiapa yang rajin berzikir "Ya Waliyu" akan sentiasa berada dalam perlindungan Allah,
insyaallah.

AL-HAMID
Yang Maha Terpuji. Allah adalah tumpuan puja dan puji makhluknya.
Ya-Hamid
Zikir "Ya Hamid" merupakan zikir utama untuk mempersembahkan puja dan puji ke hadirat
Allah S.W.T. atas segala keagungannya. Mereka yang membiasakan zikir ini setiap hari akan
dihargai dan dikasihi.

AL-MUHSI
Yang Maha Menghitung. Allah S.W.T. yang mengetahui jumlah dan ukuran segala benda serta
mengenalinya.

Ya-Muhsi
Mereka yang mengulang-ulang menyebut Asma ini, insyaallah akan memperolehi kemudahan
pada Hari Perhitungan.

AL-MUBDI'U
Yang Maha Memulai. Dia (Allah S.W.T.) yang menciptakan makhluk-makhluknya sehingga ada
tanpa mencontohi.

Ya-Mubdi'u
Zikir "Ya Mubdi'u" yang dilakukan sebanyak 470 kali setiap hari dengan khusyuk, insyaallah
atas kurnianya akan membuat hati dan fikiran menjadi jernih, cerdas dan kreatif.

AL-MU'IDU
Yang Maha Mengulangi. Allah S.W.T. mengatur kehidupan makhluk-makhluknya dan berkuasa
mengadakan kembali yang telah lenyap.

Ya-Mu'idu
Bila Asma ini "Ya Mu'idu" diucapkan 124 kali setiap selesai solat lima waktu atau sekaligus
1240 kali di waktu-waktu sepi malam, insyaallah anggota keluarga yang keluar akan kembali
dengan selamatnya.
99 nama ALLAH SWT ( asmaul husna)
Di dalam kitab suci Al-Qur'an Allah SWT disebut juga dengan nama-nama sebutan yang
berjumlah 99 nama yang masing-masing memiliki arti definisi / pengertian yang bersifat
baik, agung dan bagus. Secara ringkas dan sederhana Asmaul Husna adalah
sembilanpuluhsembilan nama baik Allah SWT.

Firman Allah SWT dalam surat Al-Araf ayat 180 :


"Allah mempunyai asmaul husna, maka bermohonlah kepadaNya dengan menyebut
asmaul husna itu dan tinggalkanlah orang-orang yang menyimpang dari kebenaran dalam
(menyebut) nama-namaNya. Nanti mereka akan mendapat balasan terhadap apa yang
telah mereka kerjakan".
Berikut ini adalah 99 nama Allah SWT beserta artinya :

1. Ar-Rahman (Ar Rahman) Artinya Yang Maha Pemurah


2. Ar-Rahim (Ar Rahim) Artinya Yang Maha Mengasihi
3. Al-Malik (Al Malik) Artinya Yang Maha Menguasai / Maharaja Teragung
4. Al-Quddus (Al Quddus) Artinya Yang Maha Suci
5. Al-Salam (Al Salam) Artinya Yang Maha Selamat Sejahtera
6. Al-Mu'min (Al Mukmin) Artinya Yang Maha Melimpahkan Keamanan
7. Al-Muhaimin (Al Muhaimin) Artinya Yang Maha Pengawal serta Pengawas
8. Al-Aziz (Al Aziz) Artinya Yang Maha Berkuasa
9. Al-Jabbar (Al Jabbar) Artinya Yang Maha Kuat Yang Menundukkan Segalanya
10. Al-Mutakabbir (Al Mutakabbir) Artinya Yang Melengkapi Segala kebesaranNya
11. Al-Khaliq (Al Khaliq) Artinya Yang Maha Pencipta
12. Al-Bari (Al Bari) Artinya Yang Maha Menjadikan
13. Al-Musawwir (Al Musawwir) Artinya Yang Maha Pembentuk
14. Al-Ghaffar (Al Ghaffar) Artinya Yang Maha Pengampun
15. Al-Qahhar (Al Qahhar) Artinya Yang Maha Perkasa
16. Al-Wahhab (Al Wahhab) Artinya Yang Maha Penganugerah
17. Al-Razzaq (Al Razzaq) Artinya Yang Maha Pemberi Rezeki
18. Al-Fattah (Al Fattah) Artinya Yang Maha Pembuka
19. Al-'Alim (Al Alim) Artinya Yang Maha Mengetahui
20. Al-Qabidh (Al Qabidh) Artinya Yang Maha Pengekang
21. Al-Basit (Al Basit) Artinya Yang Maha Melimpah Nikmat
22. Al-Khafidh (Al Khafidh) Artinya Yang Maha Perendah / Pengurang
23. Ar-Rafi' (Ar Rafik) Artinya Yang Maha Peninggi
24. Al-Mu'izz (Al Mu'izz) Artinya Yang Maha Menghormati / Memuliakan
25. Al-Muzill (Al Muzill) Artinya Yang Maha Menghina
26. As-Sami' (As Sami) Artinya Yang Maha Mendengar
27. Al-Basir (Al Basir) Artinya Yang Maha Melihat
28. Al-Hakam (Al Hakam) Artinya Yang Maha Mengadili
29. Al-'Adl (Al Adil) Artinya Yang Maha Adil
30. Al-Latif (Al Latif) Artinya Yang Maha Lembut serta Halus
31. Al-Khabir (Al Khabir) Artinya Yang Maha Mengetahui
32. Al-Halim (Al Halim) Artinya Yang Maha Penyabar
33. Al-'Azim (Al Azim) Artinya Yang Maha Agung
34. Al-Ghafur (Al Ghafur) Artinya Yang Maha Pengampun
35. Asy-Syakur (Asy Syakur) Artinya Yang Maha Bersyukur
36. Al-'Aliy (Al Ali) Artinya Yang Maha Tinggi serta Mulia
37. Al-Kabir (Al Kabir) Artinya Yang Maha Besar
38. Al-Hafiz (Al Hafiz) Artinya Yang Maha Memelihara
39. Al-Muqit (Al Muqit) Artinya Yang Maha Menjaga
40. Al-Hasib (Al Hasib) Artinya Yang Maha Penghitung
41. Al-Jalil (Al Jalil) Artinya Yang Maha Besar serta Mulia
42. Al-Karim (Al Karim) Artinya Yang Maha Pemurah
43. Ar-Raqib (Ar Raqib) Artinya Yang Maha Waspada
44. Al-Mujib (Al Mujib) Artinya Yang Maha Pengkabul
45. Al-Wasi' (Al Wasik) Artinya Yang Maha Luas
46. Al-Hakim (Al Hakim) Artinya Yang Maha Bijaksana
47. Al-Wadud (Al Wadud) Artinya Yang Maha Penyayang
48. Al-Majid (Al Majid) Artinya Yang Maha Mulia
49. Al-Ba'ith (Al Baith) Artinya Yang Maha Membangkitkan Semula
50. Asy-Syahid (Asy Syahid) Artinya Yang Maha Menyaksikan
51. Al-Haqq (Al Haqq) Artinya Yang Maha Benar
52. Al-Wakil (Al Wakil) Artinya Yang Maha Pentadbir
53. Al-Qawiy (Al Qawiy) Artinya Yang Maha Kuat
54. Al-Matin (Al Matin) Artinya Yang Maha Teguh
55. Al-Waliy (Al Waliy) Artinya Yang Maha Melindungi
56. Al-Hamid (Al Hamid) Artinya Yang Maha Terpuji
57. Al-Muhsi (Al Muhsi) Artinya Yang Maha Penghitung
58. Al-Mubdi (Al Mubdi) Artinya Yang Maha Pencipta dari Asal
59. Al-Mu'id (Al Muid) Artinya Yang Maha Mengembali dan Memulihkan
60. Al-Muhyi (Al Muhyi) Artinya Yang Maha Menghidupkan
61. Al-Mumit (Al Mumit) Artinya Yang Mematikan
62. Al-Hayy (Al Hayy) Artinya Yang Senantiasa Hidup
63. Al-Qayyum (Al Qayyum) Artinya Yang Hidup serta Berdiri Sendiri
64. Al-Wajid (Al Wajid) Artinya Yang Maha Penemu
65. Al-Majid (Al Majid) Artinya Yang Maha Mulia
66. Al-Wahid (Al Wahid) Artinya Yang Maha Esa
67. Al-Ahad (Al Ahad) Artinya Yang Tunggal
68. As-Samad (As Samad) Artinya Yang Menjadi Tumpuan
69. Al-Qadir (Al Qadir) Artinya Yang Maha Berupaya
70. Al-Muqtadir (Al Muqtadir) Artinya Yang Maha Berkuasa
71. Al-Muqaddim (Al Muqaddim) Artinya Yang Maha Menyegera
72. Al-Mu'akhkhir (Al Muakhir) Artinya Yang Maha Penangguh
73. Al-Awwal (Al Awwal) Artinya Yang Pertama
74. Al-Akhir (Al Akhir) Artinya Yang Akhir
75. Az-Zahir (Az Zahir) Artinya Yang Zahir
76. Al-Batin (Al Batin) Artinya Yang Batin
77. Al-Wali (Al Wali) Artinya Yang Wali / Yang Memerintah
78. Al-Muta'ali (Al Muta Ali) Artinya Yang Maha Tinggi serta Mulia
79. Al-Barr (Al Barr) Artinya Yang banyak membuat kebajikan
80. At-Tawwab (At Tawwab) Artinya Yang Menerima Taubat
81. Al-Muntaqim (Al Muntaqim) Artinya Yang Menghukum Yang Bersalah
82. Al-'Afuw (Al Afuw) Artinya Yang Maha Pengampun
83. Ar-Ra'uf (Ar Rauf) Artinya Yang Maha Pengasih serta Penyayang
84. Malik-ul-Mulk (Malikul Mulk) Artinya Pemilik Kedaulatan Yang Kekal
85. Dzul-Jalal-Wal-Ikram (Dzul Jalal Wal Ikram) Artinya Yang Mempunyai Kebesaran dan
Kemuliaan
86. Al-Muqsit (Al Muqsit) Artinya Yang Maha Saksama
87. Al-Jami' (Al Jami) Artinya Yang Maha Pengumpul
88. Al-Ghaniy (Al Ghaniy) Artinya Yang Maha Kaya Dan Lengkap
89. Al-Mughni (Al Mughni) Artinya Yang Maha Mengkayakan dan Memakmurkan
90. Al-Mani' (Al Mani) Artinya Yang Maha Pencegah
91. Al-Darr (Al Darr) Artinya Yang Mendatangkan Mudharat
92. Al-Nafi' (Al Nafi) Artinya Yang Memberi Manfaat
93. Al-Nur (Al Nur) Artinya Cahaya
94. Al-Hadi (Al Hadi) Artinya Yang Memimpin dan Memberi Pertunjuk
95. Al-Badi' (Al Badi) Artinya Yang Maha Pencipta Yang Tiada BandinganNya
96. Al-Baqi (Al Baqi) Artinya Yang Maha Kekal
97. Al-Warith (Al Warith) Artinya Yang Maha Mewarisi
98. Ar-Rasyid (Ar Rasyid) Artinya Yang Memimpin Kepada Kebenaran
99. As-Sabur (As Sabur) Artinya Yang Maha Penyabar / Sabar

Anda mungkin juga menyukai