Anda di halaman 1dari 2

Alhamdulillah

Pujian-pujian PadaMu Ya Allah


Selawat dan salam pada Rasulullah

َّ ‫اَللَّ ُه‬
ُ‫م يَا اَلل‬
Untukmu ibu, ditadah tangan Mohon di beri kerahmatan dan ampunan
Dalam rahim tempat simpanan Proses mula suatu kejadian

َّ ‫اَللَّ ُه‬
ُ‫م يَا اَلل‬
Anugerahkan kesihatan berpanjangan Untuk ibu yang mengandungkan
Dari kesusahan menanggung kepayahan Menjaga anak dalam
kandungan

ُ‫يَا اَلل‬
Anugerahkan sebesar-besar ganjaran Untuk ibu yang melahirkan
Ketika nyawa dipersimpangan Keselamatan anak jadi keutamaan

ُ‫يَا اَلل‬
Anugerahkan kasih dan sayang Untuk ibu yang menyusukan
Biarpun sibuk dalam tugasan Namun ... Anak kehausan tidak
dibiarkan

ُ‫يَا اَلل‬
Anugerahkan darjat kesabaran Untuk ibu yang mendodoikan
Biarpun terpaksa berjaga malam
Yang penting ...
anak lena tiada gangguan

ُ‫يَا اَلل‬
Anugerahkan sifat kecekalan Untuk ibu yang membesarkan
Setiap pergerakkan di bawah pengawasan
Bagi memastikan tiada kecederaan

ُ‫يَا اَلل‬
Anugerahkan darjat ketinggian Untuk ibu yang kesedihan
Mendoakan anak menjadi insan Selepas solat tidak dilupakan

ُ‫يَا اَلل‬
Anugerahkan kerahmatan Untuk ibu yang tidak mengharapkan
Segala usaha diberi pembalasan
Yang penting.. Anugerah tuhan dapat dilaksanakan

ُ‫يَا اَلل‬
Kami banyak berdosa Khususnya pada ibu dan bapa
Dalam mengejar hidup bekerjaya Meninggalkan mereka dalam derita

ُ‫يَا اَلل‬
Kami banyak berdosa Khususnya pada ibu tercinta
Menyimpan perasaan dalam jiwa
Dek karenah anak/menantu yang beraneka

ُ‫يَا اَلل‬
Kami banyak berdosa Pada ibu tercinta
Kerana isteri kita terlupa Hak dan tanggungjawab yang ada

ُ‫اَللُ يَا اَلل‬


Pada ibubapa mohon kemaafan Pada Mu Ya Allah mohon keampunan
Atas sebarang keterlanjuran Agar... tidak menyesal kemudian

Jadikan kami..
Anak yang kenal erti budi Tidak takbur meninggi diri
Walau sudah berkedudukkan tinggi Demi mencari redhaMu ilahi

Segala apa yang diberi Dari ibu yang dikasihi


Dari dulu hingga kini Tak kan dapat dibayar ganti

Hanya doa galang ganti Dari anak-anak yang menginsafi


Merujuk pada hadis Nabi Anak soleh yang memahami

َّ ‫اَللَّ ُه‬
ُ‫م يَا اَلل‬

Kini... ibu dimamah usia Anak- anak jauh di mata


Hanya menanti khabar berita PadaMu Ya Allah mohon dipelihara

Sekali lagi Ya Allah yang Maha Pencipta PadaMu sahaja tempat


meminta
Ampunkan segala dosa Samada kecil atau besar ia
Dari kami anak-anak dan cucu2 semua
Mudah-mudahan mengundang ke syur ga
Dan jauh dari segala sengsara Jauhkan juga azab neraka

Anda mungkin juga menyukai