Anda di halaman 1dari 1

SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT PANTAI

JALAN CENDERAI, BANGSAR

PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2018


PENDIDIKAN SENI VISUAL
TAHUN 4
Satu jam tiga puluh minit

ARAHAN :
1. Pilih satu soalan sahaja.
2. Anda dikehendaki menggunakan kertas lukisan bercop sekolah.
3. Bahan-bahan lain yang diperlukan hendaklah dibawa sendiri.

SOALAN
1)Bidang - Mengambar

Aktiviti: Anda dikehendaki menghasilkan lukisan buah-buahan tempatan yang kemas dan
menarik menggunakan teknik gosokan. Anda juga perlu mewarnakan lukisan
anda di atas permukaan yang mempunyai jalinan kasar seperti di dinding, di
atas duit syiling dan sebagainya.

Cadangan media – Kertas lukisan, pensel,pensel warna

2)Bidang – Membuat Corak dan Rekaan

Aktiviti: Anda dikehendaki menghasilkan corak terancang dengan menggunakan teknik


lukisan. Anda perlu melukis sekeping pembalut hadiah ‘Corak Jubin’ yang
menarik dengan susunan grid penuh .

Cadangan media – Kertas lukisan, kertas warna, gam, gunting, pensel,pensel warna

3)Bidang – Membentuk dan Membuat Binaan

Aktiviti: Anda dikehendaki menghasilkan diorama ‘Hidupan Laut’ yang menarik


menggunakan bahan terpakai (kotak kasut) atau bahan yang sesuai dengan hasil
kerja anda

Cadangan media – Kotak kasut, gam, benang, lidi, polistrina, gambar-gambar daripada
majalah, kad manila, kertas lukisan, cat poster, plastik pembalut, bahan
lain yang sesuai (patung hidupan laut, rumpai laut)

4)Bidang – Mengenal Kraf Tradisional

Aktiviti: Anda dikehendaki menghasilkan corak kain batik yang cantik menggunakan
teknik resis

Cadangan media – Kertas lukisan, krayon, berus, palet, warna air

Penggubal soalan : Pn. Noraishah binti Jaafar

Disemak oleh, Diluluskan oleh, Disahkan oleh,

…………………………….. ………………………………….. ……………………………..


Pn. Nafisah Noorlein binti Ishak YM En. Raja Idzhar bin Raja Musa
Setiausaha Panitia Pendidikan Pen. Kanan Tadbiran & Kurikulum
Seni Visual

Anda mungkin juga menyukai