Anda di halaman 1dari 10

PERIBAHASA

1. Bagai abu di atas tunggul [Sesuatu keadaan yang tidak tetap)

2. Seperti anai-anai bubus [Menunjukkan betapa ramainya manusia dalam sesuatu


perhimpunanl

3. Seperti anak ayam kehilangan ibu [Akibat perceraian, orang yang ditinggalkan kehilangan
pemimpin atau ibu bapa]

4. Seperti anjing bercawat ekor [Orang yang tidak mahu mengikut perubahan masa, pada hal
keadaan di sekelilingnya telah berubah]

5. Seperti anjing berebut tulang [Orang tamak yang berebutkan bana]

6. Bagai anjing buruk kepala [Orang jahat yang dibenci oleh masyarakat]

7. Seperti anjing dengan kucing [Dua orang yang suka berkelahi apabila bertemu]

8. Seperti anjing diketuk kepala, menjungkit ekornya [Berbuat baik bukan dengan orang
yang sepatutnya, mengada-ngadalah dia]

9. Seperti anjing menggonggong tulang [Orang yang mendapat sesuatu barang yang disukai
akan bersifat tamak dan tidak akan memberikan barang itu kepada orang lain]

10. Seperti api dalam sekam [Kejahatan yang berlaku secara diam-diam]

11. Bagai aur atas bukit [Menyerahkan diri kepada nasib]

12. Seperti aur dengan tebing [Hidup tolong-menolong antara satu dengan lain/saling
bergantung antara satu sama lain]

13. Seperti ayam berak kapur [Tubuh yang kelihatan letih dan lesu]

14. Bagai ayam dibawa ke kepuk [Mendapat rezeki]

15. Bagai ayam disambar helang [Orang yang hilang dengan tiba-tiba]

16. Bagai ayam mengeram telur [Muka menjadi merah]

17. Seperti ayam patuk anaknya [Menghukum anak bukan bertujuan untuk menyeksa, tetapi
untuk membaiki kelakuan si anak]
18. Bagaimana acuan begitulah kuihnya / Bagaimana rupa begitulah bayangnya [Seseorang
anak akan

19. Bagai balak terendam [Orang gemuk yang malas bengerak]

20. Bagai bajak wangkang makan berangkat [Orang yang gemar dipuji]

21. Seperti batu jatuh ke lubuk [Hilang lenyap]

22. Seperti Belanda minta tanah [Apa yang diambil lebih banyak danipada apa yang diminta]

23. Seperti belangkas [Dua orang yang terlalu rapat perhubungannya dan tidak boleh
dipisahkan]

24. Bagai beliung dengan asahan [Tidak pernah benpisah]

25. Seperti belut pulang ke lumpur [Orang yang pulang tempat asalnya setelah puas
menrantau]

26. Bagai kain tiga hasta [Orang miskin yang serba tidak mencukupi]

27. Bagai bertepuk sebelah tangan [Perasaan kasih sayang yang datang daripada sebelah
pihak sahaja]

28. Seperti beruk berayam [Seseorang yang mendapat harta pusaka yang banyak, tidak tahu
menggunakan harta itu]

29. Bagai berumah di tepi tebing [Selalu dalam kebimbangan]

30. Seperti bertih digoreng [Bunyi pertuturan yang sangat petah]

31. Seperti budak sapu hingus [Orang yang mendapat malu dalam sesuatu majlis]

32. Seperti bulan dengan matahari [Sudah sepadan benar]

33. Seperti bulan dipagari bintang [Seorang gadis yang cantik, dikelilingi pula oleh gadis-gadis
cantik yang lain akan kelihatan lebih cantik lagi gadis itu]

34. Bagai bulan jatuh ke riba [Mendapat untung banyak]

35. Bagai bulan penuh purnama [Keadaan atau wajah yang begitu cantik)
36. Bagai buluh ditarik songsang [Menunjukkan kesukaran mempengaruhi seseorang atau
sesuatu kumpulan mengikut seperti yang dikehendaki]

37. Bagai bumi dengan langit [Perbezaan yang terlalu besar]

38. Bagai bunga raya kembang pagi [Menggambarkan orang yang berkulit putih, mukanya
selalu merah]

39. Umpama bunga mekar dipakai, layu dibuang [Perasaan kasih yang tidak kekal yang boleh
bertukar benci apabila ada kekurangan]

40. Seperti buntal kembung [Seseorang menjadi malas akibat terlalu kenyang]

41. Bagaimana bunyi gendang, begitulah tarinya [Bagaimana perintah, begitulah yang dituruti
dan bagaimana aksi begitulah reaksinya]

42. Seperti burung gagak pulang ke benua [Orang yang baru pulang dan merantau, tetapi
perangainya seperti dahulu juga]

43. Umpama burung, mata terlepas, badan terkurung [Keadaan hidup seseorang yang berada
dalam kawalan orang lain walaupun diberi kebebasan]

44. Bagai cacing gila [Perempuan yang suka bertandang dan berpergian]

45. Bagai cacing kena air panas [Selalu gelisah kerana susah, sakit, malu, dan lain-lain]

46. Bagai cembul dapat tutupnya [Sesuai benar]

47. Seperti cicak makan kapur [Mendapat malu dalam sesuatu majlis kerana kesalahan
sendiri]

48. Seperti cincin dengan permata [Pasangan yang amat sesuai dan sepadan]

49. Bagai dakwat dengan kertas [Tidak pernah bercerai atau sangat padan]

50. Bagai denai gajah lalu [Tidak boleh menyembunyikan sesuatu perkara yang besar]

51. Bagai dihiris dengan sembilu [Rasa sakit dan pedih hati]

52. Umpama duduk di atas daun [Seseorang yang sentiasa gelisah dan tidak tenteram]

53. Bagai daun dalam daging [Sesuatu hal yang tidak menyenangkan hati]
54. Umpama durian dengan mentimun, menggolek binasa, kena golek pun binasa [Orang
yang lemah tidak berdaya untuk menentang orang yang berkuasa dan menerima
kerugian]

55. Bagai emak mandul baru beranak [Gembira atau kasih-sayang yang terlalu amat]

56. Seperti= elang menyongsong angin [Kehebatan rupa seseorang]

57. (Seperti) emas baru disepuh [Keelokan seseorang perempuan]

58. (Seperti) embun di atas daun [Niat yang selalu berubah-ubah]

59. (Seperti) embun di hujung rumput [Sesuatu yang tidak kekal, lama-kelamaan akan hilang
juga]

60. (Seperti) enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing [Orang yang
mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan hal orang lain]

61. (Bagai) gagak menggonggong telur [Perempuan hodoh yang berpakaian cantik]

62. (Bagai) galah di tengah arus [Menggigil atau selalu berkeluh-kesah]

63. (Bagai) gelegar buluh [Bercakap besar]

64. (Bagai) gelombang dua belas [Kehebatan langkah seorang pendekarl

65. (Seperti) gergaji dua mata [Orang yang menjadi orang tengah atau pesuruh kepada dua
pihak, akhirnya mendapat keuntungan daripada kedua-dua pihak itu]

66. (Seperti) gunting makan di hujung [Orang yang kata-katanya tajam, tetapi tidak terasa
akan ketajamannya kerana dia bijak menyusun kata-kata]

67. (Seperti) halilintar membelah bumi [Menunjukkan bunyi yang sangat kuat]

68. (Seperti) harapkan pagar, pagar makan padi [Mengharapkan orang menolong kita, tetapi
orang itu pula yang merosakkan kita]

69. (Seperti) harimau menunjukkan belangnya [Orang yang berkuasa atau berani
menunjukkan kelebihannya]

70. (Bagai) haruan makan anak [Perbuatan bapa yang sanggup menganiaya anak sendiri]
71. (Seperti) helang menyongsong angin [Kehebatan seorang hulubalang di tengah
gelanggang ketika menghunus pedangnya atau melawan musuh]

72. (Bagai) hempedu lekat di hati [Perhubungan yang sangat akrab]

73. (Seperti) hujan jatuh ke pasir [Berbuat baik terhadap seseorang yang tidak tahu
membalas budi

74. (Seperti) ikan dalam belat [Menunjukkan sesuatu tempat itu terlalu sesak]

75. (Seperti) ikan kena tuba [Penduduk di sesuatu tempat atau kampung mendapat
kemalangan secara beramai-ramai]

76. (Seperti) ikan pulang ke lubuk [Orang yang berdagang pulang ke tempat asalnya atau ke
kampung halamannya]

77. (Seperti) isi dengan kuku [Perhubungan yang sangat erat, tidak boleh dipisahkan]

78. (Seperti) itik mendapat air [Terlalu gembira kenana mendapat barang yang digemari]

79. (Bagai) itik pulang petang [Benjalan dalam keadaan berlenggang atau lambat]

80. (Bagai) kaca jatuh ke batu [Perasaan hati yang remuk-redam atau hancur luluh kerana
terlalu kecewa]

81. (Bagai) kacang direndang [Menunjukkan bunyi atau letupan yang berturut-turut]

82. (Seperti) kacang lupakan kulit [Orang yang tidak tahu mengenang budi]

83. (Seperti) kaduk naik junjung [Orang yang susah, tetapi mengada-ngada apabila mendapat
pertolongan daripada orang lain]

84. (Seperti) kaduk kena siram air tahi [Orang yang tidak berguna dalam masyarakat, tetapi
bertambah bilangannya]

85. (Bagai) kambing dihalau ke air [Memaksa seseorang melakukan sesuatu perkara yang
tidak disukainya]

86. (Seperti) kambing dimandikan pagi [Orang yang sangat malas melakukan sesuatu
pekerjaan]
87. (Bagai) kapak naik peminangan [Perbuatan yang tidak sesuai dengan adat dan jika dibuat
juga akan kelihatan ganjil]

88. (Bagai) katak di bawah tempurung [Orang yang kurang pengetahuan dan sempit
pemikirannya]

89. (Seperti) katak kena simbah air [Orang yang tidak dapat menjawab sesuatu soalan]

90. (Bagai) keli kena ketuk / keli dalam lubang [Onang yang suka bersungut tetapi tidak tahu
apa yang disungutkannya[]

91. (Seperti) kera dapat bunga [Orang yang mendapat sesuatu barang, tetapi tidak tahu
bagaimana hendak menggunakan barang itu]

92. (Seperti) kera sumbang [Takut atau malu hendak bencampur dengan orang]

93. (Bagai) kelip-kelip terbang malam [Rahsia yang tidak dapat disembunyikan]

94. (Seperti) kerakap tumbuh di batu, hidup segan mati tak mahu [Hidup miskin dan melarat]

95. (Seperti) kerbau dicucuk hidung [Orang yang mengikut sahaja suruhan orang lain]

96. (Seperti) kerbau runcing tanduk [Orang jahat yang terkenal akan kejahatannya]

97. (Seperti) ketam menyuruh anaknya berjalan betul [Orang yang menyuruh orang lain
berbuat baik, tetapi diri sendiri tidak betul]

98. (Laksana) kijang ditambat dengan rantai emas sekalipun jika terlepas ke hutan juga
perginya [Orang yang ditawan oleh pihak musuh, jika dilayan dengan baik sekalipun,
sekiranya terlepas akan pulang ke negerinya semula]

99. (Seperti) kucing berakkan rambut [Keadaan orang yang terlalu susah atau sakit]

100. (Seperti)kucing dengan panggang [Lelaki dengan perempuan tidak boleh dibiarkan
bergaul bebas. Jika dibiarkan juga alamat akan berlaku sesuatu yang buruk]

101. (Seperti) kucing dibawakan lidi [Menunjukkan ketakutan yang amat sangat]

102. (Bagai) kucing kehilangan anak [Kehilangan akal atau binggung]

103. (Seperti) kucing miang [Terlalak-lalak membuat bising pada waktu tengah malam]
104. (Laksana) kulit udang terbakar [Kulit yang berkeadaan merah]

105. (Seperti) kumbang putus tali [Berasa gembira kerana baru terlepas daripada seksaan]
106. (Seperti) kunyit dengan kapur [Sesuatu yang amat bersesuaian atau kena pada
tempatnya]

107. (Seperti) kura-kura di atas dahan [Orang yang bodoh apabila menghadapi kesusahan
tidak tahu berikhtiar untuk melepaskan diri daripada kesusahan itu]

108. (Seperti) langau di belakang gajah [Orang yang terlalu manja dengan seseorang tentulah
akan selalu sahaja berdamping dengan orang itu]

109. (Seperti) lebah mengumpulkan madu [Orang yang rajin bekerja dan tekun berusaha,
akhirnya akan terlaksana cita-citanya]

110. (Seperti) lebah kasihkan telurnya [Kasih sayang yang amat sangat sehingga tidak boleh
berpisah lagi]

111. (Umpama) lebah, mulut membawa madu, buntut membawa sengat [Perempuan yang
elok rupanya tetapi berperangai jahat]

112. (Bagai) lesung dengan antan [Dua orang yang secocok dan bersesuaian]

113. (Seperti) Limau masam sebelah [Hukuman yang tidak adil]

114. (Seperti) lipas kudung [Bergerak dalam keadaan pantas atau, sibuk bekerja]

115. (Bagai) melepaskan anjing tersepit [Menolong orang yang tidak tahu berterima kasih]

116. (Bagai) melepaskan batuk di tangga [Membuat sesuatu kerja, tetapi tidak pernah
selesai]

117. (Seperti) melukut di tepi gantang [Manusia yang merasakan dirinya tidak penting
kepada orang lain kerana tidak memiliki apa-apa kuasa atau tidak dapat menghulurkan
pertolongan kerana dirinya sendiri susah]

118. (Bagai) menarik rambut dalam tepung [Melakukan sesuatu pekerjaan dengan berhati-
hati]

119. (Bagai) menatang minyak yang penuh [Memelihara anak dengan penub kasih sayang]

120. (Bagai) mencencang air [Melakukan pekerjaan yang tidak berfaedah]


121. (Bagai) mencurah air di daun keladi [Menasihati seseorang, tetapi tidak memberi
sebarang kesan]

122. (Bagai) mendukung biawak hidup [Menolong orang yang akhirnya menyusahkan diri
kita]

123. (Bagai) menghitung bulu kambing [Pekerjaan yang sia-sia]

124. (Bagai) menjenguk jerat sial [Singgah ketempat jagaannya, tetapi tidak memberi
perhatian yang bersungguh-sungguh]

125. (Bagai) murai tercabut ekor [Penempuan yang suka bercakap banyak]

126. (Bagai) pahatdengan pemukul (Orang yang hanya membuat kerja apabila diawasi atau
disuruh]

127. (Bagai) panas mengandung hujan [Tertawa dalam kesusahan]

128. (Bagai) pancang digoncang arus [Pendirian yang tidak tetap]

129. (Bagai) parang buruk, tali sabut tidak tergolok [Tidak berkuasa melakukan pekerjaan
kerana terlalu lemah]

130. (Seperti) pinang dibelah dua [Pasangan yang sama cantik dan sama padan]

131. (Seperti) pinang pulang ke tampuk [Pasangan yang bercerai kemudian berbaik semula
atau orang yang merantau akhirnya pulang ke kampung halaman atau sesuatu benda
yang sesuai pada tempatnya]

132. (Seperti) pipit menelan jagung [Orang yang kurang berada mahu menyamakan
kedudukannya dengan orang kaya, kelak dirinya mendapat kesusahan]

133. (Umpama) pisau di tangan kanan, mentimun di tangan kiri [Orang yang mempunyai
kuasa dan harta kekayaan serta bebas melakukan sesuatu mengikut kehendak hatinya]

134. (Bagai) pucuk dilancarkan [Menunjukkan sesuatu yang amat pantas]

135. (Seperti) pungguk rindukan bulan [Lelaki yang merindui gadis yang dikasihinya, tetapi
gadis itu tidak mungkin dapat dimilikinya]

136. (Bagai) punggur rebah [Keadaan apabila orang gemuk terjatuh]

137. (Bagai) puyuh laga [Percakapan yang tidak pernah habis]


138. (Bagai) rambut dibelah tujuh [Terlalu sedikit]

139. (Seperti) rumput di tepi jalan [Kehidupan yang melarat]

140. (Bagai) rotan, asal berinsang dicucuk belaka [Tidak memilih makanan atau pakaian]

141. (Seperti) rusa masuk kampung [Onang yang tidak pernah pergi ke bandar akan
tercengang-cengang kehairanan apabila tiba di bandar]

142. (Seperti) sampah hanyut [Orang hina yang tidak dihiraukan lagi oleh orang lain]

143. (Bagai) si buta kehilangan tongkat [Orang yang dalam kesusahan apabila ditimpa
kesusahan yang lain, maka bertambah susahlah dia]

144. (Seperti) si buta mendapat tongkat [Menjadi sombong kerana beroleh kekayaan atau
pangkat]

145. (Bagai) si kudung mendapat cincin [Beroleh keuntungan, tetapi tidak dapat merasakan
keuntungan itu]

146. (Bagai) sirih pulang ke gagang [Pulang ke tempat yang sepatutnya]

147. (Bagai) tanduk bersendi gading [Dua orang atau benda yang amat bensesuaian, jika
disatukan akan menjadi padanan yang cantik]

148. (Seperti) tebu di mulut gajah [Sesuatu yang digemari dan apabila diperoleh tidak akan
dilepaskan]

149. (Bagal) telur di hujung tanduk [Dalam keadaan yang amat genting silap sedikit sahaja
boleh jadi rosak binasa]

150. (Bagai) tikus jatuh ke beras [Orang yang telah memperoleh kekayaan, tetapi tidak akan
menceritakan bagaimana dia memperoleh kekayaan itu kepada orang lain]

151. (Bagai) tikus membaiki labu [Orang yang tidak tahu membaiki sesuatu benda, tetapi
cuba membaikinya hingga benda itu menjadi bertambah rosak]

152. (Seperti) udang dibakar [Kulit yang putih bertukar menjadi kemerah-merahan akibat
kepanasan]

153. (Seperti) udang tahi di kepala [Orang yang bodoh atau dibebani dengan hutang]

154. (Seperti) ular kena palu [Keadaan sesuatu yang bengkang-bengkok tidak lurus]
155. (Seperti) luar lidah bercabang [Kata-kata yang tidak boleh dipercayai]

156. (Bagai) ulat nangka terhempas ke batu [Tidak pernah serik]

157. (Bagai) umang-umang [Orang yang suka berpakaian cantik walaupun pakaian itu bukan
kepunyaannya]

158. (Bagai) unta menyerah diri [Orang lurus dan bodoh yang selalu menjadi mangsa orang
yang cerdik]

159. (Laksana) wau melawan angin [Kehendak orang besar atau orang yang berkuasa tidak
dapat dihalang oleh orang yang lemah]

160. (Bagai) wau putus tali [Berserah kepada nasib sahaja kerana sudah tidak mampu
berusaha]

Anda mungkin juga menyukai