Indeks100 2012 PDF
Indeks100 2012 PDF
KANDUNGAN
1
DIREKTORI INDEKS 100 KOPERASI TERBAIK MALAYSIA 2012
PERUTUSAN
MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN
KEPENGGUNAAN
Syukur ke hadrat Allah s.w.t. dengan izinNya, Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) berjaya
menerbitkan Indeks 100 Koperasi Terbaik Malaysia 2012 buat kali kelimanya, untuk tatapan umum.
Tahniah diucapkan kepada koperasi yang berjaya disenaraikan sebagai 100 Koperasi Terbaik Malaysia 2012. Dengan
adanya penanda arasan (benchmark) untuk mengukur kejayaan koperasi, diharap semua koperasi akan terus berusaha
untuk meningkatkan perolehan dengan menceburi aktiviti ekonomi bernilai tinggi seperti perkhidmatan kewangan,
pemborongan dan peruncitan, pelancongan, penjagaan diri dan kesihatan, pertanian dan industri asas tani serta
perladangan, seperti yang digariskan dalam Dasar Koperasi Negara 2011 – 2020.
Usaha untuk membangunkan koperasi perlu diteruskan untuk membolehkan sektor koperasi menjadi penyumbang
signifikan kepada pembangunan ekonomi negara menjelang tahun 2020. Pada akhir tahun 2011, terdapat 9,074 koperasi
berdaftar dengan keanggotaan seramai 7.04 juta orang, syer/yuran berjumlah RM10.49 bilion, aset bernilai RM92.8 bilion
dan perolehan sebanyak RM23.09 bilion.
Saya berharap lebih banyak koperasi akan dapat disenaraikan dalam Global 300 menjelang tahun 2020 memandangkan
hanya Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Bank Rakyat) sahaja yang berjaya disenaraikan setakat ini dengan
menduduki tempat ke-245, berdasarkan perolehannya yang teraudit bagi tahun kewangan 2008. Laporan Global 300
yang disediakan oleh pihak International Co-operative Alliance (ICA) menyenaraikan 300 koperasi terbesar dalam dunia
berdasarkan jumlah perolehan dan diguna secara meluas oleh para wartawan, kerajaan, ahli akademik serta anggota-
anggota ICA. Di samping itu, bagi tahun 2008, sebanyak 13 koperasi Malaysia telah disenaraikan dalam Developing 300
oleh pihak ICA berdasarkan jumlah perolehan, yang melibatkan koperasi di negara membangun seluruh dunia. Angka ini
perlu dipertingkatkan lagi untuk memperkukuhkan kedudukan koperasi tempatan di peringkat antarabangsa.
Akhir kata, saya berharap semua pemimpin koperasi di negara ini akan membuat perancangan strategik jangka pendek
dan jangka panjang, di samping menggunakan tenaga pengurusan profesional untuk mengendalikan perniagaan
koperasi serta sentiasa mengamalkan sistem tadbir urus yang baik untuk membawa koperasi ke ambang kejayaan tanpa
mengkompromi falsafah, nilai dan prinsip koperasi.
KATA ALU-ALUAN
PENGERUSI EKSEKUTIF SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA
Syabas diucapkan kepada semua pihak yang telah bekerjasama untuk menjayakan penerbitan
Indeks 100 Koperasi Terbaik Malaysia 2012. Pada tahun ini, penilaian koperasi berjaya masih
dibuat berdasarkan tahap prestasi kewangan (perolehan, aset dan ekuiti), perniagaan, pengurusan dan pematuhan
perundangan yang memuaskan mengikut piawaian yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dan
diselaraskan dengan kriteria yang digunapakai oleh International Co-operative Alliance (ICA).
Edisi 2012 ini menyaksikan buat julung kalinya, kesemua 100 Koperasi Terbaik Malaysia dimonopoli oleh koperasi kluster
besar yang mempunyai perolehan tahunan RM5 juta dan ke atas. Ini adalah satu petanda baik bahawa dengan usaha gigih
dan berterusan serta sokongan kerajaan dalam pelbagai aspek, koperasi di Malaysia mampu meningkatkan perolehan
untuk memberi sumbangan berkesan kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), selain daripada meningkatkan
taraf sosio-ekonomi anggota-anggota koperasi.
Analisis yang dibuat mendapati 73 koperasi terbaik 2011 berjaya mengekalkan kedudukan dalam Indeks 100 Koperasi
Terbaik Malaysia 2012, manakala 27 koperasi tidak dapat mempertahankan kedudukan mereka dan telah diambil alih oleh
koperasi lain yang lebih berjaya. 38% daripada 100 Koperasi Terbaik Malaysia 2012 terdiri daripada koperasi perbankan
dan kredit, diikuti dengan koperasi pengguna sebanyak 22% dan koperasi pertanian sebanyak 16%. Ini membuktikan
bahawa usaha kerajaan menggalakkan koperasi menceburi sektor ekonomi bernilai tinggi sebagaimana termaktub dalam
Dasar Koperasi Negara 2011 – 2020, telah mula menunjukkan hasil yang memberangsangkan.
Semoga kejayaan 100 Koperasi Terbaik Malaysia 2012 akan mendorong koperasi lain untuk melipatgandakan usaha
bagi meningkatkan prestasi masing-masing menuju Wawasan 2020.
4
DIREKTORI INDEKS 100 KOPERASI TERBAIK MALAYSIA 2012
5
DIREKTORI INDEKS 100 KOPERASI TERBAIK MALAYSIA 2012
6
DIREKTORI INDEKS 100 KOPERASI TERBAIK MALAYSIA 2012
7
DIREKTORI INDEKS 100 KOPERASI TERBAIK MALAYSIA 2012
8
DIREKTORI INDEKS 100 KOPERASI TERBAIK MALAYSIA 2012
PEROLEHAN KOPERASI:
9
DIREKTORI INDEKS 100 KOPERASI TERBAIK MALAYSIA 2012
10
DIREKTORI INDEKS 100 KOPERASI TERBAIK MALAYSIA 2012
11
DIREKTORI INDEKS 100 KOPERASI TERBAIK MALAYSIA 2012
12
DIREKTORI INDEKS 100 KOPERASI TERBAIK MALAYSIA 2012
13
DIREKTORI INDEKS 100 KOPERASI TERBAIK MALAYSIA 2012
14
DIREKTORI INDEKS 100 KOPERASI TERBAIK MALAYSIA 2012
15
DIREKTORI INDEKS 100 KOPERASI TERBAIK MALAYSIA 2012
16
DIREKTORI INDEKS 100 KOPERASI TERBAIK MALAYSIA 2012
17
DIREKTORI INDEKS 100 KOPERASI TERBAIK MALAYSIA 2012
18
DIREKTORI INDEKS 100 KOPERASI TERBAIK MALAYSIA 2012
19
DIREKTORI INDEKS 100 KOPERASI TERBAIK MALAYSIA 2012
20
DIREKTORI INDEKS 100 KOPERASI TERBAIK MALAYSIA 2012
21
DIREKTORI INDEKS 100 KOPERASI TERBAIK MALAYSIA 2012
22
DIREKTORI INDEKS 100 KOPERASI TERBAIK MALAYSIA 2012
23
DIREKTORI INDEKS 100 KOPERASI TERBAIK MALAYSIA 2012
24
DIREKTORI INDEKS 100 KOPERASI TERBAIK MALAYSIA 2012
KOPERASI 3K BERHAD
KEDUDUKAN : 32
NEGERI : TERENGGANU
NO. DAFTAR : NEGERI 56
TARIKH DAFTAR : 29 MEI 1981
JENIS PERNIAGAAN : PENGGUNA
PENYUMBANG UTAMA PEROLEHAN : PENGGUNA
ALAMAT SURAT - MENYURAT : K-26, TINGKAT ATAS, JALAN SULTAN AHMAD,
BANDAR AL MUKTAFI BILLAH SHAH, 23400 DUNGUN, TERENGGANU
NO. TELEFON : 09-8221858
LAMAN WEB : -
JUMLAH ANGGOTA : 550 ORANG
MODAL SYER/YURAN : RM4,482,661.00
PEROLEHAN : RM18,275,539.00
JUMLAH ASET : RM9,537,997.00
25
DIREKTORI INDEKS 100 KOPERASI TERBAIK MALAYSIA 2012
26
DIREKTORI INDEKS 100 KOPERASI TERBAIK MALAYSIA 2012
27
DIREKTORI INDEKS 100 KOPERASI TERBAIK MALAYSIA 2012
28
DIREKTORI INDEKS 100 KOPERASI TERBAIK MALAYSIA 2012
29
DIREKTORI INDEKS 100 KOPERASI TERBAIK MALAYSIA 2012
30
DIREKTORI INDEKS 100 KOPERASI TERBAIK MALAYSIA 2012
31
DIREKTORI INDEKS 100 KOPERASI TERBAIK MALAYSIA 2012
32
DIREKTORI INDEKS 100 KOPERASI TERBAIK MALAYSIA 2012
33
DIREKTORI INDEKS 100 KOPERASI TERBAIK MALAYSIA 2012
34
DIREKTORI INDEKS 100 KOPERASI TERBAIK MALAYSIA 2012
35
DIREKTORI INDEKS 100 KOPERASI TERBAIK MALAYSIA 2012
36
DIREKTORI INDEKS 100 KOPERASI TERBAIK MALAYSIA 2012
37
DIREKTORI INDEKS 100 KOPERASI TERBAIK MALAYSIA 2012
38
DIREKTORI INDEKS 100 KOPERASI TERBAIK MALAYSIA 2012
KOPERASI PEKEBUN KECIL DAERAH BATANG PADANG SELATAN SLIM RIVER BERHAD
KEDUDUKAN : 60
NEGERI : PERAK
NO. DAFTAR : DAERAH 20
TARIKH DAFTAR : 20 FEBRUARI 1980
JENIS PERNIAGAAN : PERTANIAN
PENYUMBANG UTAMA PEROLEHAN : KONTRAK LADANG
ALAMAT SURAT - MENYURAT : TINGKAT BAWAH, SUBLOT 8, TAMAN SLIM INDAH,
35800 SLIM RIVER, PERAK
NO. TELEFON : 05-4529244
LAMAN WEB : -
JUMLAH ANGGOTA : 972 ORANG
MODAL SYER/YURAN : RM702,453.00
PEROLEHAN : RM9,895,866.00
JUMLAH ASET : RM1,890,825.00
39
DIREKTORI INDEKS 100 KOPERASI TERBAIK MALAYSIA 2012
40
DIREKTORI INDEKS 100 KOPERASI TERBAIK MALAYSIA 2012
41
DIREKTORI INDEKS 100 KOPERASI TERBAIK MALAYSIA 2012
42
DIREKTORI INDEKS 100 KOPERASI TERBAIK MALAYSIA 2012
43
DIREKTORI INDEKS 100 KOPERASI TERBAIK MALAYSIA 2012
44
DIREKTORI INDEKS 100 KOPERASI TERBAIK MALAYSIA 2012
45
DIREKTORI INDEKS 100 KOPERASI TERBAIK MALAYSIA 2012
46
DIREKTORI INDEKS 100 KOPERASI TERBAIK MALAYSIA 2012
47
DIREKTORI INDEKS 100 KOPERASI TERBAIK MALAYSIA 2012
48
DIREKTORI INDEKS 100 KOPERASI TERBAIK MALAYSIA 2012
49
DIREKTORI INDEKS 100 KOPERASI TERBAIK MALAYSIA 2012
50
DIREKTORI INDEKS 100 KOPERASI TERBAIK MALAYSIA 2012
51
DIREKTORI INDEKS 100 KOPERASI TERBAIK MALAYSIA 2012
52
DIREKTORI INDEKS 100 KOPERASI TERBAIK MALAYSIA 2012
KOPERASI KAKITANGAN DAN KELUARGA AIR KELANTAN BERHAD
KEDUDUKAN : 89
NEGERI : KELANTAN
NO. DAFTAR : D-4-0283
TARIKH DAFTAR : 27 JUN 2001
JENIS PERNIAGAAN : PENGGUNA
PENYUMBANG UTAMA PEROLEHAN : KERJA-KERJA KONTRAK, JUALAN BARANG PENGGUNA
ALAMAT SURAT - MENYURAT : TINGKAT 1, BANGUNAN PERBADANAN MENTERI BESAR KELANTAN,
LOT 2 & 257, JALAN KUALA KRAI, 15050 KOTA BHARU, KELANTAN
NO. TELEFON : 09-7477709 / 09-7477907
LAMAN WEB : -
JUMLAH ANGGOTA : 575 ORANG
MODAL SYER/YURAN : RM1,415,703.00
PEROLEHAN : RM6,408,738.00
JUMLAH ASET : RM4,632,117.00
53
DIREKTORI INDEKS 100 KOPERASI TERBAIK MALAYSIA 2012
54
DIREKTORI INDEKS 100 KOPERASI TERBAIK MALAYSIA 2012
55
DIREKTORI INDEKS 100 KOPERASI TERBAIK MALAYSIA 2012
56
DIREKTORI INDEKS 100 KOPERASI TERBAIK MALAYSIA 2012
57
DIREKTORI INDEKS 100 KOPERASI TERBAIK MALAYSIA 2012
58
DIREKTORI INDEKS 100 KOPERASI TERBAIK MALAYSIA 2012
59
DIREKTORI INDEKS 100 KOPERASI TERBAIK MALAYSIA 2012
PENDAHULUAN
1. Sesebuah koperasi ditakrifkan sebagai koperasi terbaik di Malaysia apabila koperasi berkenaan
mencapai tahap prestasi kewangan (perolehan, aset dan ekuiti), perniagaan, pengurusan dan pematuhan
perundangan yang memuaskan mengikut piawaian (standard) yang ditetapkan oleh Suruhanjaya
Koperasi Malaysia (SKM) dan diselaraskan dengan kriteria yang digunapakai oleh International
Co-operative Alliance (ICA).
PROSES PENILAIAN
2. Terdapat tiga (3) langkah utama yang perlu dijalankan dalam proses penilaian penentuan koperasi
terbaik iaitu:
3. Bagi setiap fungsi koperasi, penentuan koperasi berjaya dinilai berdasarkan tiga (3) faktor utama iaitu
Penentuan Purata Nisbah Koperasi (PNK), diikuti dengan Faktor Kewangan (FK) dan Faktor Bukan
Kewangan (FBK).
60
DIREKTORI INDEKS 100 KOPERASI TERBAIK MALAYSIA 2012
4. Purata Nisbah Koperasi (PNK) atau Co-operative Industrial Average adalah merupakan piawaian
(standard) bagi mengukur prestasi kewangan koperasi.
5. Bagi maksud menentukan PNK, purata tahunan nisbah kewangan semua koperasi berdaftar bagi tempoh
beberapa tahun terakhir dikira berdasarkan data kewangan teraudit.
6. Nisbah yang tidak munasabah (outlier ratio) dikeluarkan daripada pengiraan purata nisbah bagi tiap-tiap
tahun yang dinilai untuk mendapat purata yang munasabah.
8. Seterusnya, skor wajaran bagi ketujuh-tujuh nisbah akan dijumlahkan untuk menentukan pencapaian
FK bagi koperasi berkenaan.
9. Bagi Faktor Kewangan (FK), penilaian hanya ditumpukan kepada tujuh (7) kriteria berasaskan prestasi
nisbah kewangan terpilih iaitu:
a. Nisbah Semasa (Current Ratio);
b. Nisbah Hutang Ekuiti (Debt Equity Ratio);
c. Margin Keuntungan Kasar (Gross Profit Margin);
d. Margin Keuntungan Bersih (Net Profit Margin);
e. Pulangan Atas Aset (Return On Assets – ROA);
61
DIREKTORI INDEKS 100 KOPERASI TERBAIK MALAYSIA 2012
f. Pulangan Atas Ekuiti (Return On Equity – ROE / Earning Per Share); dan
g. Harta Ketara Bersih (Net Tangible Asset – NTA).
10. Bagi menentukan kekuatan dan kepentingan setiap nisbah kewangan dalam menjana prestasi kewangan
koperasi, skor wajaran (weightage) telah diberikan kepada setiap nisbah kewangan yang mewakili jumlah
wajaran sebanyak 70% seperti berikut:
11. Semua nisbah bagi setiap koperasi dikira berdasarkan data teraudit bagi tahun yang dipilih yang akan
dibandingkan dengan Purata Nisbah Koperasi (PNK) mengikut sektor atau fungsi sesebuah koperasi.
12. Koperasi yang mempunyai nilai aset dan ekuiti yang besar tetapi prestasi faktor kewangan adalah
di bawah purata keseluruhan PNK, tidak akan disenaraikan sebagai 100 Koperasi Terbaik Malaysia.
13. Skor wajaran bagi FBK ialah sebanyak 30%. Empat (4) kriteria digunakan bagi menentu FBK seperti
berikut:
62
DIREKTORI INDEKS 100 KOPERASI TERBAIK MALAYSIA 2012
Kriteria Wajaran
• Tadbir Urus Koperasi 17%
• Perkhidmatan Kepada Anggota 5%
• Tanggungjawab Sosial Dan Alam Sekitar 5%
• Mencapai Objektif Penubuhan Koperasi 3%
Jumlah 30%
14. Bagi mengukur prestasi FBK, satu senarai semak (checklist) seragam yang mengandungi kesemua
empat (4) kriteria FBK di atas telah disediakan untuk kegunaan Pegawai Penyelia dalam membuat
penilaian. Bagi maksud menentukan koperasi yang layak dijalankan penilaian FBK, keputusan telah
dibuat supaya hanya koperasi yang mencapai skor 35% atau lebih sahaja bagi Faktor Kewangan (FK)
dipilih. Contoh Senarai Semak seragam FBK adalah seperti di Lampiran 1.
15. Jumlah skor wajaran bagi FK dan FBK yang mewakili 100% skor wajaran akan digunakan untuk
menentukan sama ada sesebuah koperasi itu berada dalam kategori koperasi “berjaya” atau sebaliknya.
Bagi maksud ini, tiga (3) syarat utama telah ditetapkan bagi menentukan sesebuah koperasi itu “berjaya”
iaitu:
a. Mencapai Skor Wajaran 35% dan ke atas bagi FK;
b. Mencapai Skor Wajaran 15% dan ke atas bagi FBK; dan
c. Mencapai Jumlah Skor Wajaran (FK dan FBK) 50% dan ke atas.
16. Koperasi yang mencapai status “berjaya” akan disusun mengikut jumlah perolehan yang tertinggi.
100 koperasi yang mempunyai perolehan tertinggi akan disenaraikan.
17. Perolehan koperasi yang diambilkira adalah berdasarkan jumlah pendapatan daripada aktiviti yang
dijalankan.
63
DIREKTORI INDEKS 100 KOPERASI TERBAIK MALAYSIA 2012
18. Bagi koperasi yang mempunyai subsidiari, perolehan kumpulan diambilkira sebagai jumlah perolehan.
19. Bagi koperasi kredit, jumlah faedah bersih dan pendapatan lain diambilkira sebagai jumlah perolehan.
20. Bagi koperasi bukan kredit, jumlah pusingan perniagaan dan pendapatan lain diambilkira sebagai jumlah
perolehan.
21. Bagi koperasi serbaguna atau koperasi pelbagai aktiviti, jumlah faedah bersih, jumlah pusingan
perniagaan dan pendapatan lain dicampur untuk mendapatkan jumlah perolehan.
22. Koperasi yang disenaraipendek setelah melepasi syarat Purata Nisbah Koperasi (PNK), Faktor
Kewangan (FK), Faktor Bukan Kewangan (FBK) dan Penentuan Perolehan akan ditapis semula melalui
penyemakan bersilang oleh bahagian yang berkenaan di SKM.
23. Ini adalah penting bagi memastikan 100 Koperasi Terbaik yang disenaraipendek mempunyai imej bersih
dari segi pengurusan dan pentadbiran.
24. Sekiranya terdapat apa-apa penemuan yang tidak baik, koperasi berkenaan akan dikeluarkan daripada
senarai 100 Koperasi Terbaik dan digantikan dengan senarai simpanan koperasi yang layak.
25. Penyenaraian juga dibuat mengikut kluster koperasi iaitu kluster besar, sederhana, kecil dan mikro
berdasarkan jumlah perolehan tahunan koperasi seperti berikut:
64
DIREKTORI INDEKS 100 KOPERASI TERBAIK MALAYSIA 2012
26. Tujuan penyenaraian mengikut kluster ini adalah untuk membolehkan SKM mengambil tindakan yang
berbeza dalam mengawal selia dan membangunkan koperasi.
PENUTUP
27. Adalah diharapkan kriteria penilaian yang digunapakai oleh SKM dalam menyediakan Indeks 100
Koperasi Terbaik Malaysia dapat diterima baik oleh semua pihak. Pihak pengurusan koperasi juga boleh
menggunakannya untuk membuat penilaian sendiri tentang kedudukan koperasi dari aspek kewangan
dan bukan kewangan, dalam usaha untuk meningkatkan prestasi koperasi dari semasa ke semasa
supaya dapat disenaraikan dalam Indeks 100 Koperasi Terbaik Malaysia pada suatu masa nanti.
65
DIREKTORI INDEKS 100 KOPERASI TERBAIK MALAYSIA 2012
Lampiran 1
NAMA KOPERASI:
NO. DAFTAR:
FUNGSI:
Sekiranya berlaku pelanggaran salah satu atau semua perkara di para A, semakan kriteria-kriteria
lain seperti di bawah tidak perlu diteruskan.
66
DIREKTORI INDEKS 100 KOPERASI TERBAIK MALAYSIA 2012
Skor:
YA = 1 , TIDAK = 0
Skor:
YA = 0 , TIDAK = - 1
67
DIREKTORI INDEKS 100 KOPERASI TERBAIK MALAYSIA 2012
Skor:
Amat Memuaskan : 4
Memuaskan : 3
Sederhana : 2
Kurang Memuaskan : 1
Tidak Memuaskan : 0
2.2 Aduan secara rasmi yang diterima daripada anggota koperasi oleh SKM Negeri
Skor:
Tiada Aduan : 3
Aduan Tidak Serius : 2
Banyak Aduan : 1
Banyak Aduan Serius : 0
68
DIREKTORI INDEKS 100 KOPERASI TERBAIK MALAYSIA 2012
Tanggungjawab terhadap alam sekitar berpandukan Dasar Alam Sekitar Negara dan senarai jenis
sumbangan kepada anggota/masyarakat/Negara:
i. .………………………..…….....…...
ii. .……………….………….....………
iii. .……………….……….....…………
iv. …………………….….....………….
v. ………………………......………….
Skor bagi setiap satu sumbangan ialah 1 markah dan skor maksimum ialah 5 markah
Contoh : Bantuan Kebajikan, Khairat Kematian, Latihan dan Pendidikan, Biasiswa, Dermasiswa,
Derma, Projek Masyarakat, Zakat, Prasarana Awam dan lain-lain.
69
DIREKTORI INDEKS 100 KOPERASI TERBAIK MALAYSIA 2012
5. RUMUSAN ANALISIS
NOTA:
Pindahkan jumlah peratus (%) skor yang diperoleh oleh koperasi ini ke dalam format Jumlah Skor
Faktor Nisbah Kewangan koperasi yang berkaitan.
70