Anda di halaman 1dari 13

1 PENGANTAR KEWANGAN

1



SEM 7/ SESI JANUARI 2014
BDPW3103
PENGANTAR KEWANGAN

NAMA PENSYARAH: A.B.ROJ I AH BI NTI J ALI L
EMAIL: abrojiah@oum.edu.my


TAJUK TUGASAN:
PENILAIAN KEDUDUKAN KECAIRAN SYARIKAT DAN PRESTASI
KEWANGANNYA

NAMA: AHMAD BIN PIDE
NO. KP: 860319-49-5157
NO. TEL: 016-8305303
Email: ahmadwawa@gmail.com

PUSAT PEMBELAJARAN: OUM KOTA KINABALU SABAH



2 PENGANTAR KEWANGAN

2
ISI KANDUNGAN MUKA SURAT
1.0 PENGENALAN 3
1.1 VISI DAN MISI 3
1.2 KENYATAAN PENGERUSI 4
1.3 MAKLUMAT PENTING KEWANGAN 5
1.4 PRESTASI KEWANGAN 5
2.0 PENGIRAAN NISBAH KECAIRAN 6-9
3.0 PENGIRAAN NISBAH KEBERUNTUNGAN 9-10
4.0 HUBUNGAN KEDUDUKAN KECAIRAN 10-12
5.0 KESIMPULAN 12-13
6.0 RUJUKAN 13



















3 PENGANTAR KEWANGAN

3
1.0 PENGENALAN
Cagamas Berhad (Cagamas), Perbadanan Cagaran Malaysia, telah ditubuhkan pada
tahun 1986 untuk menggalakkan penyebaran yang lebih luas mengenai pemilikan rumah dan
pertumbuhan pasaran gadai janji sekunder . Ia menerbitkan sekuriti hutang untuk membiayai
pembelian pinjaman perumahan daripada institusi kewangan dan institusi bukan kewangan.
Penyediaan mudah tunai kepada institusi kewangan pada kos yang munasabah kepada
pemberi pinjaman adalah motif utama pinjaman perumahan dan menggalakkan
pengembangan pembiayaan bagi perumahan pada harga yang berpatutan.
Model Cagamas adalah dianggap oleh Bank Dunia sebagai kemudahan kecairan gadai
janji yang berjaya. Cagamas adalah penerbit terkemuka sekuriti hutang AAA di Malaysia dan
juga salah satu penerbit Sukuk terkemuka di dunia. Sekuriti hutang Cagamas terus diberi
penarafan tertinggi AAA dan P1 oleh RAM Rating Services Berhad dan AAA/AAAID dan
MARC-1/MARC-1ID oleh Malaysian Rating Corporation Berhad untuk menandakan kualiti
kredit yang kukuh. Cagamas juga dianggap cemerlang di peringkat antarabangsa dan telah
diberi penilaian penerbit jangka panjang mata wang tempatan dan asing A3 oleh Investors
Service Moody. Inc yang sejajar dengan penarafan kedaulatan Malaysia.

1.1 VISI DAN MISI
- Untuk menggalakkan penyebaran yang lebih luas pemilikan rumah dan pertumbuhan
pasaran gadai janji sekunder di Malaysia.
- Membangunkan pasaran gadai janji sekunder melalui penyediaan kemudahan yang
inovatif dan perkhidmatan yang cekap pada kos bersaing kepada pemberi pinjaman
perumahan utama.
- Memajukan pasaran modal, terutamanya pasaran sekuriti hutang swasta, dengan
meluaskan dan mendalamkan skop pensekuritian.
- Memupuk dan mengekalkan tenaga kerja yang cekap dengan integriti dan
profesionalisme yang tinggi.
- Menggunakan teknologi untuk meningkatkan produktiviti dan kecekapan.
- Menghargai kakitangan atas komitmen dan kesetiaan mereka.
- Menyemai budaya korporat yang penyayang dan bertanggungjawab.





4 PENGANTAR KEWANGAN

4
1.2 KENYATAAN PENGERUSI TERHADAP PROSPEK SYARIKAT
Bagi pihak Lembaga Pengarah, saya dengan sukacitanya membentangkan Laporan
Tahunan Ke-26 dan Penyata Kewangan Cagamas Berhad, Perbadanan Cagaran Malaysia,
untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2012. Tahun 2012 memperlihatkan persekitaran
yang mencabar dengan keadaan mudah tunai yang berlebihan di dalam sistem perbankan dan
kadar faedah yang rendah. Bank-bank perdagangan secara amnya kurang bersedia untuk
menjual pinjaman perumahan mereka kepada Cagamas. Walaubagaimanapun, untuk
melindung nilai portfolio berkadar tetap mereka, syarikat-syarikat kewangan telah mengambil
peluang dari kadar Cagamas yang rendah dengan menjual hutang sewa beli dan pemajakan
mereka, di mana ianya mewakili 62.8% daripada pembelian keseluruhan Cagamas pada
sepanjang tahun.
Cagamas telah melaksanakan strategi pemasaran yang agresif untuk memasarkan
produk-produk Syarikat memandangkan persekitaran yang lebih mencabar ini. Di samping
itu, Syarikat telah mula mempelbagaikan produknya dengan lebih agresif kepada hutang sewa
beli dan pemajakan dan hutang sewa beli secara Islam. Strategi ini telah menghasilkan
pulangan yang positif seperti yang dapat dilihat daripada peningkatan jumlah pembelian
pinjaman dan hutang serta tahap keuntungan yang lebih tinggi dalam tahun 2012. Strategi
mempelbagaikan produk ini telah mempertingkatkan lagi daya tahan Syarikat. Syarikat telah
mencatatkan pembelian pinjaman dan hutang berjumlah RM10,992 juta, iaitu jumlah
pembelian yang tertinggi dalam sesuatu tahun. Pada akhir tahun 2012, Cagamas telah
membeli 15.9% daripada pinjaman perumahan dan 18.6% daripada hutang sewa beli dan
pemajakan belum lunas di dalam sistem perbankan. Pada hari ini, Cagamas berada di dalam
kedudukan yang baik untuk terus memainkan peranannya yang penting dan menonjol dalam
menyediakan dana yang berharga saing kepada sistem perbankan. Syarikat akan terus
memberi sokongan kepada usaha Bank Negara Malaysia dalam memajukan sistem
dwiperbankan, di mana sistem perbankan Islam beroperasi selari dengan sistem perbankan
konvensional.
Sepanjang tahun 2012, Cagamas telah membeli RM610 juta harta secara Islam, di
mana RM500 juta daripadanya merupakan hutang sewa beli secara Islam. Ini merupakan
jumlah pembelian yang tertinggi bagi harta secara Islam semenjak produk secara Islam
diperkenalkan dalam tahun 1994. Pada akhir Disember 2012, bon Cagamas belum tebus
adalah sebanyak RM22,595 juta dan ini merupakan 16.5% daripada sekuriti hutang swasta
atau 7.9% daripada jumlah bon (termasuk sekuriti sektor awam) belum tebus di dalam
pasaran modal. Sebagai mencerminkan keteguhan kedudukan kewangan Syarikat dan amalan


5 PENGANTAR KEWANGAN

5
pengurusan risikonya yang berhemat, bon dan nota yang diterbitkan oleh Cagamas dalam
tahun 2012 terus diberikan penarafan tertinggi iaitu AAA dan P1 dari Rating Agency
Malaysia Berhad dan AAA dan MARC-1 dari Malaysian Rating Corporation Berhad.

1.3 MAKLUMAT PENTING KEWANGAN

1.4 PRESTASI KEWANGAN
Sepanjang tahun 2012, Cagamas telah mencapai untung sebelum cukai sebanyak RM208
juta, iaitu peningkatan ketara sebanyak 26.1% berbanding dengan untung sebelum cukai
sebanyak RM165 juta dalam tahun sebelumnya. Ini merupakan satu pencapaian yang
memberansangkan bagi Cagamas memandangkan Syarikat berupaya melawan paras
keuntungan yang menurun sejak tiga tahun lalu. Peningkatan di dalam keuntungan ini adalah
disumbangkan oleh jumlah pembelian pinjaman dan hutang yang lebih tinggi pada sepanjang
tahun, dengan sebahagian besar daripada pembelian tersebut sebanyak 64.1% dibuat dalam
setengah tahun pertama tahun 2012. Pulangan selepas cukai sesyer meningkat dari 79 sen
dalam tahun 2011 kepada 100 sen dalam tahun 2012, menghasilkan pulangan selepas cukai
sebanyak 13.6% ke atas purata dana pemegang syer, berbanding dengan 11.9% dalam tahun
sebelumnya. Oleh itu, dana pemegang syer Syarikat meningkat sebanyak 12.4% dari
RM1,036 juta dalam tahun 2011 ke RM1,164 juta dalam tahun 2012. Aset ketara bersih
sesyer pula telah meningkat dari RM6.91 pada akhir tahun 2011 ke RM7.76 pada akhir tahun
2012. Jumlah pembelian yang lebih tinggi dalam tahun 2012 juga menyumbang kepada
peningkatan dalam jumlah asset Syarikat dari RM22,812 juta pada akhir tahun 2011 ke
RM26,383 juta pada akhir tahun 2012.




6 PENGANTAR KEWANGAN

6
2.0 PENGIRAAN NISBAH KECAIRAN



7 PENGANTAR KEWANGAN

7
Nisbah Semasa = Aset Semasa / Liabiliti Semasa
Tahun 2012 = 31,863,650 / 27,601,906 = 1.154
Tahun 2011 = 32,137,862 / 28,246,867 = 1.138
Berdasarkan kepada pengiraan di atas didapati bahawa syarikat Cagamas tersebut mempunyai
aset semasa lebih tinggi daripada liabiliti semasa. Ini bermakna syarikat menyediakan
RM1.154 aset semasa bagi tujuan pembayaran semula liabiliti bagi tahun 2012 dan RM1.138
aset semasa untuk pembayaran semula liabiliti bagi tahun 2011. Selain itu dapat dilihat
bahawa peningkatan pembayaran untuk kos liabiliti adalah lebih pada tahun 2012 berbanding
2011. Di sini dapat dilihat peningkatan syarikat dari semasa ke semasa. Nisbah semasa ialah
1.154. Syarikat Cagamas mempunyai RM1.154 untuk setiap ringgit liabiliti semasanya dan
ianya menunjukkan bahawa syarikat boleh membayar kesemua liabiliti semasanya dengan
hanya menjual (mencairkan) separuh dari aset semasanya.
Nisbah Cepat = (Aset Semasa Inventori) / Liabiliti Semasa
Tahun 2012 = (31,863,650 2,150,695) / 27,601,906 = 1.076
Tahun 2011 = (32,137,862 2,062,487) / 28,246,867 = 1.065
Bedasarkan daripada pengiraan diatas didapati bahawa nisbah kecairan lebih daripada
RM1.00 yang membawa maksud jumlah aset yang boleh ditunaikan adalah lebih daripada
liabiliti semasa. Syarikat mempunyai baki RM1.076 bagi setiap RM1 libiliti yang dituntut
untuk tahun 2012 dan RM1.065 bagi RM1.00 liabiliti untuk tahun2011. Di sini dapat dilihat
bahawa nisbah nilai kecairan syarikat Cagamas berada pada tahap kecairan yang sangat baik
tanpa bergantung pada inventori yang ada.


8 PENGANTAR KEWANGAN

8

Untung Margin Atas Jualan = Pendapatan Pemegang Saham / Jualan
Tahun 2012 = 413,160 / 1,005,229 = 0.411 = 41.1%
Tahun 2011 = 442,108 / 1,047,142 = 0.422 = 42.22%
Nisbah ini menunjukkan margin untung daripada jualan selepas ditolak semua belanja-
belanja yang terlibat adalah 41.1% pada tahun 2012. Pada tahun 2011 pula keuntungan
adalah lebih tinggi berbanding tahun 2012 dengan sebanyak 42.22%. di sini dapat dilihat
terdapat penurunan keuntungan pada tahun 2012 sebanyak 1.12%. Ini disebabkan syarikat
kemungkinan mengalami masalah-masalah yang tidak dapat dielakkan seperti keadaan
ekonomi Negara, cuaca dan sebagainya.
Pulangan ke atas Ekuiti Biasa = keuntungan bersih untuk para pemegang saham biasa
ekuiti saham biasa
Tahun 2012 = 413,160 / 4,261,744 = 0.097 = 9.7%
Tahun 2011 = 442,108 / 3,890,995 = 0.1136 = 11.36%


9 PENGANTAR KEWANGAN

9
Secara keseluruhannya, pulangan ke atas ekuiti biasa bagi tahun 2012 adalah 9.7% dan bagi
tahun 2011 adalah 11.36%. di sini dapat dilihat pulangan pada tahun 2011 adalah lebih tinggi
berbanding 2012.

Secara kesimpulannya kecairan keuntungan syarikat pada tahun 2012 adalah kurang
berbanding 2011, ini disebabkan syarikat banyak membuka inisiatif-inisiatif lain untuk
diperluaskan. Inisiatif dalam Tahun 2012 syarikat Cagamas akan terus mempelbagaikan para
pelanggannya dengan menceburi peluang perniagaan baru dengan institusi kewangan
pembangunan (IKP) yang telah berada di bawah penyeliaan terus BankNegara Malaysia
semenjak 15 Februari 2012. Kelulusan Lembaga Pengarah telah diperolehi dalam setengah
tahun kedua tahun 2012 untuk membeli hutang pembiayaan rumah secara Islam daripada
sebuah IKP. Syarikat juga telah mempelbagaikan produknya dengan memperkenalkan skim
pembelian terimaan kad kredit yang lebih telus di dalam bulan Januari 2013 untuk memenuhi
permintaan institusi kewangan.

3.0 PENGIRAAN NISBAH KEBERUNTUNGAN DAN PRESTASI SYARIKAT



10 PENGANTAR KEWANGAN

10
Tokokan = Untung kasar / kos jualan x 100
Tahun 2012 = 541,193 / (1,005,229 - 625,996) = 1.427 x 100 = 142.7%
Tahun 2011 = 591,488 / (1,047,142 - 652,088) = 1.497 x 100 = 149.7%
Untung kasar diperoleh pada tahun 2012 dengan menambah 142.7% ke atas kos dan pada
tahun 2011 dengan menambah 149.7%ke atas kos yang ada.

Peratus untung kasar atas jualan bersih = Untung kasar / jualan bersih x 100
Tahun 2012 = 541,193 / 1,005,229 = 0.5384 x 100 = 53.84%
Tahun 2011 = 591,488 / 1,047,142 = 0.5649 x 100 = 56.49%
Setiap ringgit jualan bersih memperoleh untung kasar sebanyak 53.84% bagi tahun 2012 dan
untung kasar 56.49% bagi tahun 2011. Dapat dilihat dengan jelas di sini pada tahun 2012
terdapat penurunan daripada untung kasar syarikat.

Pulangan atas modal = Untung bersih / modal awal x 100
Tahun 2012 = 413,160 / 150,000 = 2.754 x 100 = 275.44
Tahun 2011 = 442,108 / 150,000 = 2.947 x 100 = 294.74
Bagi setiap ringgit yang dilaburkan, untung bersih sebanyak RM2.75 diperoleh bagi tahun
2012 dan sebanyak RM2.94 bagi tahun 2011.

4.0 HUBUNGAN KEDUDUKAN KECAIRAN DAN PRESTASI KEWANGAN
Mengukur keupayaan sesebuah perniagaan untuk membayar pembiayaan jangka
pendek dan memenuhi tunai yang dijangkakan. Nisbah ini penting kerana kegagalan untuk
menyelesaikan tanggungan ini mengakibatkan syarikat diisytihar muflis. Kedudukan kecairan
yang mencukupi penting bagi memenuhi tuntutan pemiutang. Kecairan yang terlalu rendah
akan menjejaskan kepercayaan syer terhadap keupayaan syarikat membayar hutang. Syarikat
mungkin sukar mendapat kemudahan kredit pada masa depan.
Daripada pengiraan di atas dapat dilihat bahawa syarikat Cagamas dapat
mengendalikan syarikat dengan baik kerana keupayaan kecairannya yang dapat dikawal dan
dapat membayar liabiliti yang ada, walaupun terdapat penurunan pada tahun 2012 berbanding
2011 kerana mungkin disebabkan ekonomi Malaysia yang tidak stabil pada tahun tersebut.
Selain itu, terdapat penurunan juga dari segi kewangan bagi tahun 2012 untuk syarikat
Cagamas. Walaupun terdapat penurunan tetapi data di atas tidak menunjukkan sebarang
kerugian yang banyak kepada syarikat. Maksudnya di sini syarikat masih mampu


11 PENGANTAR KEWANGAN

11
meyakinkan pemegang-pemegang syer dan terus menstabilkan keuntungan syarikat ditahap
yang memuaskan.
Pengecualian daripada keperluan Rizab Berkanun dan Kecairan BNM telah
menjadikannya lebih menarik kepada institusi kewangan untuk menjual pinjaman mereka
kepada Cagamas dengan membenarkan dana yang diperolehi daripada Cagamas dikecualikan
daripada keperluan rizab berkanun dan kecairan. Ini pada hakikatnya telah mengurangkan kos
dana diperolehi daripada Cagamas berbanding dengan, misalnya deposit tetap dan
membuatkan para pemberi pinjaman primer lebih berminat untuk menjual pinjaman-
pinjaman mereka. Insentif ini masih lagi wujud bagi membolehkan Cagamas terus
menyalurkan dana pada kos yang rendah kepada institusi kewangan supaya mereka dapat
menerbitkan pinjaman perumahan pada kadar gadai janji yang rendah dan seterusnya
menggalakkan pemilikan rumah.
Penyata Kewangan merupakan satu struktur kewangan yang mengandungi Kunci
Kira-kira, Penyata Pendapatan, Penyata Pergerakan di dalam Ekuiti, Penyata Aliran Tunai
dan Polisi Perakaunan dan Nota Penjelasan yang berfungsi untuk mempersembahkan
kedudukan kewangan sesebuah entiti perniagaan. Maklumat yang sering dilihat dalam
penyata kewangan ialah Aset, Liabiliti, Ekuiti, Untung dan Rugi dan Aliran Tunai. Analisis
nisbah yang boleh digunakan dalam mengukur prestasi ialah nisbah-nisbah keberuntungan
(profitability ratios), nisbah-nisbah kecekapan (efficiency ratios), dan nisbah-nisbah kecairan
(liquidity ratios).
Analisis keseluruhan syarikat Cagamas memerlukan beberapa maklumat penting
untuk meningkatkan atau membaiki sesuatu perniagaan. Kebiasaannya analisis menggunakan
ringkasan kewangan yang utama: penyata pendapatan (penyata untung rugi), kunci kira-kira
dan penyata aliran tunai. Penyata pendapatan penting untuk menunjukkan prestasi perniagaan
sepanjang tahun tersebut. Daripada penyata ini, gambaran tentang pulangan pelbagai sumber
setelah ditolak semua perbelanjaan akan diperolehi. Kunci kira-kira merupakan maklumat
yang penting untuk membandingkan perubahan yang berlaku tahun ke setahun ataupun untuk
beberapa tahun. Penyata aliran tunai pula dapat membantu analisis dengan menunjukkan
punca-punca dan kegunaan tunai sepanjang tahun. Ianya juga dapat membantu bila keperluan
tunai diperlukan.
Analisis kewangan tertumpu kepada kedudukan modal perniagaan termasuk
kemampubayaran, kecairan, dan perubahan nilai bersih perniagaan tersebut. Di antara analisis
kewangan yang kerap digunakan ialah Nisbah Semasa, Nisbah modal operasi, Nisbah hutang-
ekuiti, nisbah modal bersih, dan nilai bersih. Perniagaan yang mempunyai kemampubayaran


12 PENGANTAR KEWANGAN

12
dan kecairan yang baik tidak semestinya merupakan sebuah perniagaan yang
menguntungkan. Keberuntungan boleh ditentukan dengan mengkaji rekod Penyata
Pendapatan (atau akaun untung rugi). Ukuran keberuntungan yang boleh dilakukan ialah
pendapatan ladang bersih, pulangan buruh, pulangan pengurusan, modal dan ekuiti. Kritikan
terhadap kaedah ini ialah ianya hanyalah ukuran pulangan faktor dan bukannya pulangan sut.
Sebagai contoh, kadar pulangan modal ialah purata kadar pulangan semua modal yang
dilaburkan dalam perniagaan dan bukannya pulangan sut bagi ringgit terakhir yang
dilaburkan.

5.0 KESIMPULAN
Malaysia merupakan negara pertama di rantau ini dan salah satu daripada yang
terawal di kalangan ekonomi-ekonomi membangun yang menubuhkan pasaran gadai janji
sekunder. Pada waktu pasaran tersebut ditubuhkan, komuniti perniagaan dan kewangan di
Malaysia tidak begitu biasa dengan konsep pasaran gadai janji sekunder dan pasaran bon pula
kurang membangun. Cagamas telah meletakkan asas dan rangka kerja bagi lain-lain institusi
untuk membangunkan pasaran gadai janji dengan lebih lanjut dan mempertingkatkan pasaran
sekuriti hutang swasta. Permintaan bagi perumahan akan terus meningkat dengan
peningkatan dalam tahap pendapatan dan pembandaran yang pesat. Oleh itu, ketersediaan
pembiayaan perumahan pada kadar gadai janji yang berpatutan akan terus memainkan
peranan penting dalam memastikan kemampuan bagi pemilikan rumah.
Nisbah kecairan adalah mengukur keupayaan sesebuah perniagaan untuk membayar
hutang jangka pendek. Mengukur tahap aset semasa yang mampu untuk membayar balik
liabiliti semasa. Semakin tinggi nisbah semasa, semakin kukuh keupayaan firma membayar
balik hutang jangka pendek. Firma mampu membayar balik hutang jangka pendek seandainya
nisbah semasa firma melebihi 1. Nisbah yang kurang daripada 1 menunjukkan firma tidak
berupaya untuk menjelaskan tuntutan semasanya. Daripada pengiraan di atas dapat dilihat
bahawa syarikat Cagamas masih mampu bertahan dan dapat membayar tanggungan syarikat.
Walaupun nilai keuntungan syarikat untuk tahun berakhir 2012 tidak terlalu tinggi
berbanding dengan tahun sebelumnya iaitu 2011, tetapi syarikat masih mampu mengukuhkan
syarikatnya diparas yang masih selesa. Maksudnya di sini untuk jangka panjang syarikat
masih mampu bertahan jika terdapat banyak alternatif lain dalam meningkatkan prestasi
syarikat seperti meluaskan empayarnya ke negara luar, mencipta pelbagai kaedah untuk
menarik minat pelanggan dan memberikan perkhidmatan yang baik agar pelanggan


13 PENGANTAR KEWANGAN

13
mempercayai syarikat. Berdasarkan analisa nisbah kecekapan, nisbah keberuntungan dan
nisbah kecairan yang telah dibuat di atas, saya amat berkeyakinan syarikat yang terus berdiri
kukuh di Malaysia dan juga di negara luar di mana terdapatnya syarikat Cagamas. Perniagaan
lebih cekap dalam menguruskan stok, mengutip hutang dan membayar hutang perniagaan.
Analisa Kecairan pula menunjukkan yang perniagaan mempunyai dana tunai yang
mencukupi untuk menjelaskan hutang dengan segera dan tidak menghadapi masalah tunai
terikat bentuk aset yang sukar ditukar ke tunai. Hal ini terbukti melalui kadar pusing ganti
stok lebih tinggi dan tempoh kutipan serta pembayaran hutang yang lebih singkat. Nisbah
keberuntungan perniagaan syarikat juga agak mantap. Hal ini menunjukkan bahawa kos
pengendalian perniagaan lebih rendah dan tahap keuntungan lebih tinggi. Nisbah semasa,
nisbah ujian asid dan nisbah ujian mampu menunjukkan bahawa kemampuan aset semasa
perniagaan untuk membayar liabiliti semasa adalah lebih baik.
Akhir sekali, daripada maklumat pelaporan dan analisa nisbah menunjukkan
perniagaan mampu untuk bersaing di pasaran global dan menembusi pasaran antarabangsa.
Perancangan memajukan perniagaan amat bergantung kepada maklumat pengurusan dan
kawalannya dan syarikat Cagamas dapat mengurus dan mengawalnya dengan sangat efisien.

6.0 RUJUKAN

1. Buku OUM edisi Bahasa Melayu
2. Buku OUM edisi Bahasa Inggeris
3. Penyata kewangan syarikat Cagamas 2012








2550 patah perkataan

Anda mungkin juga menyukai