Anda di halaman 1dari 9

KOLEJ VOKASIONAL PASIR MAS,

JALAN TENDONG – BUNUT SUSU,


17020 PASIR MAS,
KELANTAN,
MALAYSIA.

DIPLOMA PENGURUSAN PERNIAGAAN


ETIKA PERNIAGAAN (DBF2123)

NAMA AHLI : NURFITRI FAKHIRA BINTI MD DAZULKARNAI (021205030434)

RABI’ATUL’ADAWIYAH BINTI ZURAIDI (020711030862)

SITI NUR ALYA BATRISYIA BINTI JAFRI (020208160010)

NAMA KELAS : D1BPP

NAMA PENSYARAH : CHE MASTURA BT HJ MAHMAD


SENARAI KANDUNGAN

1.0 PROFIL SYARIKAT 1


1.1 LATAR BELAKANG SYARIKAT 1
1.2 VISI 1
1.3 MISI
2.0 AKTIVITI PERNIAGAAN
2
3.0 CARTA ORGANISASI 2
4.0 KEPIMPINAN BERETIKA 3
5.0 BUDAYA KERJA BERETIKA
3
6.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN 4
7.0 KESIMPULAN
5
8.0 LAMPIRAN 6
9.0 RUJUKAN 7
i

1.0 Profil Syarikat


1.1 Latar Belakang Syarikat
PROTON (singkatan untuk  PeRusahaan OTOmobil Nasional Sendirian Berhad)
merupakan pengeluar kereta pertama Malaysia yang ditubuhkan pada 7 Mei 1983
dengan modal berbayar sebanyak 150 juta ringgit. Penubuhannya merupakan
gagasan Dr. Mahathir bin Mohamad, Perdana Menteri ketika itu, untuk mencapai
aspirasi negara perindustrian. Proton sebahagian besarnya pengilang
kenderaan kejuruteraan lencana daripada Mitsubishi Motors antara tahun 1985
dan awal 2000-an. Syarikat itu telah menghasilkan beberapa model rekabentuk asli
dan beroperasi dalam sekurang-kurangnya 26 negara hari ini, majoriti yang mana
adalah di Asia. Proton pernah dimiliki oleh Khazanah Nasional, cabang pelaburan
kerajaan Malaysia. Pada bulan Januari 2012, ia telah diambil alih oleh DRB-HICOM,
sebuah konglomerat Malaysia dalam transaksi berjumlah RM1.2 bilion.
Proton, sebahagian besarnya bergantung pada pasaran domestik, sedang
mengalami perubahan struktur dan dalaman, seperti yang terbukti dalam pelantikan
pemilik baru, rakan kongsi baru, dan seorang pengerusi baru, dan dalam pelancaran
pelbagai model baru dalam usaha untuk mendapatkan antarabangsa kehadiran dan
peningkatan keuntungan. Pada 16 Februari 2016, Proton memperkenalkan logo
korporat baru dan slogan baru, "It's in the Drive!" . Salah satu cawangan yang
terdapat di Kelantan bertempat di Proton Edar Kota Bahru in Kota Bharu. Lot 249-
253, Seksyen 25, Langgar Jalan Sultan Yahya Petra  Kota
Bharu 15200 Kelantan, Kota Bharu, 15200.

1.2 Visi
Untuk menjadi sebuah syarikat kejuteraan automotif yang berjaya di peringkat global dan
berorientasikan kepuasan pelanggan seterusnya menghasilkan produk dengan harga
yang kompetetif dan inovatif.

1.3 Misi
1.3.1 Untuk Pelanggan
Proton berusaha untuk memastikan kepuasan pelanggan dengan
menyediakan kereta yang berkualiti dan produk berkaitan dan
perkhidmatan yang lebih cekap dan berkesan daripada pesaing.
1

1.3.2 Untuk Pekerja


Proton komited untuk mewujudkan persekitaran kerja yang kondusif
sementara memberi tumpuan kepada pembangunan sumber manusia
dan pekerjaan jangka panjang.
1.3.3 Kepada Negara
Proton akan menjadi warga koperat yang bertanggungjawab dan boleh
bergerak kea rah merealisasikan Wawasan 2020.

2.0 Aktivi Perniagaan Yang Dijalankan

Proton Holding (Menjual Kereta), perkhidmatan kejuteraan, penyelidikan dan pembangunan


(R&D), pembangunan produk serta pembangunan teknologi.

3.0 Carta Organisasi

KPE
DATUK FAUZI SUKOR

SETIAUSAHA
PN MAIZATUL

PENGURUS JABATAN PENGELUAR PENGURUS JABATAN PEMASARAN


EN ZULKIFLI ZAMRI EN. SODDIQIN ABDULLAH

PENGURUS PENTADBIRAN AM
EN. KHAIRIL BAKAR

PENGURUS PEMBELIAN
4.0 Kepimpinan Beretika PENGURUS JUALAN PENGURUS KHIDMAT PELANGGAN
DANIEL DONGHUI LI NATHAN YU NING EN AZHARI SHAMSUDEEN
2

4.0 Kepimpinan Beretika


Pada pendapat saya, perniagaan ini mengamalkan amalan beretika ditempat kerja
kerana hubungan antara pegawai atasan dan pekerja sangat bagus dan baik.
Pegawai atasan tidak memilih kasih antara pekerja dan memberi tugas secara adil
dan sama rata. Pegawai atasan juga memainkan peranan sebagai pemimpin dengan
memberi motivasi kepada pekerja sekiranya berlaku pergaduhan antara mereka dan
menyelesaikan masalah jika pekerja dalam kesusahan. Pemimpin seorang yang
sangat beretika dan tidak mementingkan diri sendiri dan semua pekerja
menghormatinya kerana sikapnya yang baik dan adil.

5.0 Budaya Kerja Beretika


Budaya kerja di tempat ini adalah beretika. Mereka menjalankan tanggungjawab
social kepada masyarakat dan juga memberi perkhidmatan yang terbaik kepada
pelanggan.Pekerja – pekerja menghormati budaya atau norma masyarakat di mana
perniagaan beroperasi. Mereka menjalankan pernigaan mengikut undang-undang
yang telah ditetapkan.

6.0 Cadangan Penambahbaikan

6.1 Penaiktarafan Perkhidmatan


Kualiti adalah tentang kepuasan pelanggan dan untuk memenuhi permintaan
pelanggan. Penaiktarafan dan peningkatan kualiti ada sesuatu yang mencabar, kerana
permintaan pengguna persepsi kualiti di kalangan pembeli kereta mempengaruhi
penjualan kereta Proton. Oleh itu, kunci untuk meningkatkan kualiti di pasaran adalah
untuk memahami keperluan dan persepsi pelanggan. Bagi tujuan ini, Proton akan
menubuhkan satu program iaitu ‘Suara Pelanggan’ (I-Care) dan membuat rangka kerja
bagi memudahkan maklum balas mengenai isu-isu kualiti dari pasaran. Ini adalah
penting dalam usaha untuk mewujudkan langkah-langkah mengambil kira maklum
balas dengan cepat dan berkesan untuk menyelesaikan isu-isu kualiti kritikal dalam
pasaran dengan cara yang tepat pada masanya dan menghalang berulangnya isu-isu
kualiti dalam model tersebut pada masa depan.
3
6.2 Melakukan Pusingan Kerja (Job Rotation)
Setiap anggota memang berkemahiran dan cekap dengan tugas atau aktiviti di
dalam urusan masing-masing. Namun begitu skop kemahiran dan pengetahun
adalah tidak meluas dan terkongkong. Anggota kerja hanya mengetahui bidang
tugasnya sahaja dan langsung tidak mengetahui perjalanan mahupun cara kerja
urusan-urusan lain walaupun setiap urusan mempunyai halatuju yang sama iaitu
bagi mencapai objektif organisasi. Langkah yang perlu dilakukan ialah dengan
membuat pusingan kerja kepada semua anggota kerja di setiap urusan yang ada.
Contoh : Anggota kerja yang bertugas di Urusan Pembangunan Sumber Manusia
ditukar ke Urusan Perkhidmatan Pelanggan dan begitu juga sebaliknya. Pusingan
boleh dibuat dalam 4 atau 5 tahun sekali dan yang pasti selepas itu semua anggota
di dalam organisasi akan faham peranan dan tugas setiap urusan-urusan yang ada
di dalam organisasi. Mereka bukan sahaja mahir dalam satu bidang malahan
meraka akan mahir di dalam semua bidang yang ada di dalam organisasi. Ini sudah
pastinya akan meningkatkan lagi kualiti kerja anggota-anggota terbabit.

6.3 Penerapan Budaya Kerja Berprestasi Tinggi


Pejabat Operasi Syarikat Proton Cawangan Kota Bharu Negeri Kelantan hendaklah
menerapkan budaya kerja berprestasi tinggi. Langkah yang perlu diambil ialah
dengan menggunakan asas tiga kompenen utama iaitu global , cemerlang dan
kempetitif. Ini memerlukan kepada perubahan budaya kerja, budaya berfikir dan cara
bertindak supaya ianya dapat merangsang Pejabat Operasi Syarikat Proton
Cawangan Kota Bharu Negeri Kelantan menjadi sebuah organisasi berasaskan
pengetahun (k-organization).

6.4 Perkuatkan Aset Terpenting


Dalam memastikan aktiviti-aktiviti utama PROTON terlaksana, Pejabat Operasi
Syarikat Proton Cawangan Kota Bharu Negeri Kelantan hendaklah memastikan
warga kerja benar-benar kompeten untuk menjunjung amanah murni rakyat. Kami
melihat aset terpenting Syarikat Proton adalah warga kerja itu sendiri yang
mempunyai inovasi, kreativiti dan daya pemikiran strategik untuk merangka agenda
di dalam membangunkan Bumiputera. Langkah yang perlu diambil ialah dengan
menyediakan kursus-kursus serta latihan samada yang khusus ataupun umum
terutamanya pelatih siswazah.

4
7.0 Kesimpulan
Kesimpulannya, etika perniagaan merupakan prinsip-prinsip moral yang standard kelakuan
perniagaan yang diterima oleh komuniti dalam dunia perniagaan. Etika merupakan satu set
nilai dan peraturan yang merangkumi peraturan yang baik atau buruk di dalam operasi
perniagaan. Etika perniagaan adalah penting kerana ia akan menyesuaikan perniagaan
dengan nilai dan jangkaan masyarakat. Usahawan dan perniagaan dijangka mematuhi akta
dan undang-undang tempatan. Selain daripada peraturan dan akta perniagaan, keputusan
beretika dapat menguatkan perhubungan dan kepercayaan daripada pengguna dalam dunia
perniagaan.Keputusan perniagaan yang tidak beretika bukan sahaja menghilangkan
kepercayaan pelanggan tetapi juga melemahkan perniagaan di kemudian hari kelak. Contoh
keadaan perniagaan tang tidak beretika adalah seperti sesetengah penjual yang
mengenakan harga yang berlainan terhadap pelanggan yang berlainan. Kebanyakan
amalan yang tidak beretika bercanggah serta melanggar undang-undang sepatutnya tidak
dilakukan oleh para peniaga supaya lebih mengamalkan sikap yang telus dan amanah
dalam melakukan aktiviti perniagaan. Dalam perniagaan mengikut perspektif islam, peniaga
bukan sahaja mementingkan keuntungan sahaja malah bertujuan untuk memperbesar,
memperpanjang dan memperluaskan aktiviti syariat atau bertujuan ibadah dan mendapat
pahala yang banyak. Justeru itulah di dalam perniagaan, hendaklah sentiasa mencari
keredhaan Allah dengan niat yang betul serta perlaksanaan yang betul. Oleh yang
demikian, seorang peniaga hendaklah mengamalkan etika yang betul supaya menarik lebih
ramai pelanggan untuk berurusan dengan perniagaan
5

8.0 Lampiran
6

9.0 Rujukan

Buku/Jurnal

1. Wan Sabri Wan Hussin . (2004) . Etika dan Amalan Perniagaan . Kuala Lumpur . Oxford
Fajar .
2. Nordin Muhamad. (2001). Etika Perniagaan. Putrajaya. Kuala Lumpur. Oxford Fajar.
3. IIT & Thinkers Library. (2007) Etika Perniagaan Islam. Kuala Lumpur, Oxford Fajar.

Internet

1. https://notausahawan.wordpress.com/2012/10/05/etika-perniagaan-islam/
2. https://www.smecorp.gov.my/index.php/my/panduan/2015-12-21-10-53-20/etika-
perniagaan
3. http://anyflip.com/wyyw/rprk/basic

Anda mungkin juga menyukai