Anda di halaman 1dari 9

MENGUMUMKAN KETIBAAN

Mengumumkan ketibaan,

1. Yang Setia Lt. Kol. Robia’ai bin Haji Muhammad, Pegawai Pemerintah 6 RAMD, Kem Sultan
Abdul Halim Mu’adzam Shah

Diiringi oleh,

2. Yang berusaha, Encik Wan Salim bin Wan Md Amin, Guru Besar, Sekolah Kebangsaan Anak
Anak Angkatan Tentera merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kejohanan Balapan dan Padang kali
ke-28
3. Guru-guru Penolong Kanan
4. Guru-guru

Masuk ke dalam astaka.

Para tetamu kehormat dan para hadirin dipersilakan berdiri dan bersedia untuk menyanyikan lagu
Negaraku.

PARA TETAMU KEHORMAT DAN PARA HADIRIN DIPERSILAKAN DUDUK.


KATA-KATA ALUAN PENGACARA MAJLIS

Assalamualaikum wbt, salam sejahtera, salam Kedah sejahtera dan salam 1 Malaysia.

Melati kuntum tumbuh melata,

Sayang merbah di pohon cemara,

Assalamualaikum mulanya kata,

Saya sembah pembuka bicara.

Sang kumbang mencari makan,

Terbang seiring di tepi kali,

Selamat datang kami ucapkan,

Moga diiringi restu Ilahi.

AHLAN WASAHLAN, WELCOME DAN SELAMAT DATANG SAYA UCAPKAN KEPADA HADIRIN
SEKALIAN KE MAJLIS KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG SEKOLAH KEBANGSAAN ANAK
ANAK ANGKATAN TENTERA BAGI TAHUN 2013.
Sidang hadirin sekalian,

Mewakili pihak majlis, saya dengan rasa berbesar hati sekali lagi mengalu-alukan kehadiran barisan
tetamu kehormat dan para waris ke majlis Kejohanan Balapan dan Padang Sekolah Kebangsaan Anak
Anak Angkatan Tentera kali ke-28.

Sekalung penghargaan saya rakamkan atas kesudian tuan-tuan dan puan-puan kerana sudi hadir dan
menambah seri majlis bersejarah ini. Sesungguhnya, kehadiran para tetamu kehormat serta para
tetamu telah menambah seri dan kerancakan pada majlis ini. Terima kasih diucapkan.
PERBARISAN LINTAS HORMAT

Hadirin sekalian,

KONTINJEN PEMBAWA BENDERA RUMAH-RUMAH SUKAN

Kontinjen yang akan mengepalai perbarisan lintas hormat Kejohanan Balapan dan Padang Sekolah
Kebangsaan Anak Anak Angkatan Tentera kali ke-28 kita pada hari ini ialah kontinjen pembawa
bendera-bendera rumah sukan. Mewakili rumah Waja, rumah Putra, rumah Kembara dan rumah
Perdana, warna-warni bendera yang dibawa melambangkan semangat kesukanan yang tak pernah
luntur dan sentiasa menyala. Semoga semangat kesukanan yang dipupuk dapat merancakkan lagi
kejohanan kita pada kali ini.

KONTINJEN BADAN BERUNIFORM

Kontinjen yang melintasi di hadapan kita pada saat ini ialah kontinjen gabungan badan beruniform
sekolah. Melangkah penuh segak dan berani kontinjen ini berdiri teguh dengan kekuatan seramai ___
orang ahli yang mewakili unit Kadet Remaja Sekolah, unit Pandu Puteri Tunas, unit Puteri Islam, unit
Pengakap serta unit Bulan Sabit Merah Malaysia.
RUMAH WAJA

Segak, rapi dan berani. Itulah yang dapat dikatakan mengenai kontinjen yang sedang bergerak
seterusnya iaitu kontinjen dari rumah sukan Waja. Lambang kegagahan kekuatan, keberanian dan
semangat bersatu-padu, pasukan ini dipimpin oleh Puan Rozita binti Abdul Aziz dan diketuai oleh
____________________________ selaku pembawa bendera. Pasukan ini dianggotai seramai 27 orang
ahli kontinjen dan telah menjuarai Kejohanan Padang dan Balapan kali ke-27 pada tahun lepas.
Semestinya kontinjen ini sedang berbekalkan semangat yang waja dalam memberi saingan yang padu
terhadap rumah-rumah sukan lain.

RUMAH PUTRA

Tuan-tuan dan puan-puan,

Kini kita alihkan pandangan kita ke arah kontinjen yang sedang bergerak kini iaitu kontinjen rumah
sukan Putra. Pasukan ini merupakan Naib Juara Keseluruhan Kejohanan Padang dan Balapan kali ke-
27 dan dipimpin oleh Puan Rusmaria binti Abdul Wahab dan diketuai oleh______________________
selaku pembawa bendera. Pasukan ini dianggotai seramai 27 orang ahli kontinjen dan harus disedari
bahawa kecil bukan sebarang kecil, tapi semangat besar menggunung merupakan nadi mereka untuk
terus berjuang. Ayuh Putra ayuh, jangan gentar di medan perjuangan.
RUMAH KEMBARA

Perbarisan pada hari ini diteruskan lagi dengan lintas hormat dari kontinjen rumah sukan Kembara.
Merah tanda gagah. Merah juga lambang keberanian sebagai mana keberanian ahli rumah Kembara di
bawah pimpinan Puan Soffian binti Puteh. Diketuai oleh ________________________ selaku pembawa
bendera, kontinjen rumah sukan Kembara ini diwakili seramai 27 orang ahli. Semoga kegagahan dan
kekuatan ahli rumah sukan Kembara membuahkan hasil yang lumayan pada kejohanan kali ke-28 ini.

RUMAH PERDANA

Melangkah penuh rapi, mereka juga punya kelebihan dan kehebatan yang tersendiri. Ayuh tuan-tuan
dan puan-puan, kita alihkan pandangan pada kontinjen yang sedang melintasi kita pada saat ini iaitu
kontinjen dari rumah sukan Perdana. Di bawah pimpinan Puan Hajah Dayangku Azura binti Abdul
Wahab, kontinjen ini turut diketuai oleh ______________________________ selaku pembawa bendera.
Dengan kekuatan seramai 27 orang ahli kontinjen, semoga pasukan rumah Perdana dapat menandingi
rumah-rumah sukan lain dalam kejohanan padang dan balapan pada kali ini.
BACAAN IKRAR KEJOHANAN

Seterusnya, bacaan ikrar kejohanan. Majlis mempersilakan.

(IKRAR DIBACAKAN)

Buat pengetahuan hadirin sekalian, bacaan ikrar kejohanan sebentar tadi telah dipimpin oleh
________________________________. Terima kasih diucapkan.
UCAPAN PERASMIAN KEJOHANAN

Hadirin sekalian,

Majlis kita pada petang ini diteruskan lagi dengan menjemput Yang Setia Lt. Kol. Robia’ai bin Haji
Muhammad, Pegawai Pemerintah 6 RAMD, Kem Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah untuk
merasmikan Kejohanan Balapan dan Padang Sekolah Kebangsaan Anak Anak Angkatan Tentera kali
ke-28. Majlis dengan segala hormatnya, mempersilakan.

(UCAPAN PERASMIAN)

Terima kasih diucapkan kepada Lt. Kol. Robia’ai bin Haji Muhammad atas ucapan perasmian sebentar
tadi. Sebelum itu, marilah kita sama-sama saksikan persembahan pancaragam dari Unit Pancaragam 6
Rejimen Askar Melayu Diraja Kem Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah. Sama-sama kita saksikan.

(PERSEMBAHAN PANCARAGAM 6 RAMD)


Terima kasih diucapkan kepada unit Pancaragam 6 Rejimen Askar Melayu Diraja Kem Sultan Abdul
Halim Mu’adzam Shah atas persembahan yang sangat bertenaga itu tadi. Maka dengan ini, tirai
kejohanan Balapan dan Padang kali ke-28 ini dibuka secara rasminya. Kepada para peserta, selamat
bertanding diucapkan dan semoga dapat melakar kejayaan yang cemerlang. Kalah dan menang adat
pertandingan dan marilah kita mewujudkan semangat persaingan yang sihat dalam kejohanan ini dan
pada kejohanan-kejohanan yang akan datang.

PERBARISAN KELUAR PADANG

(SEMUA KONTINJEN KELUAR PADANG)

Anda mungkin juga menyukai