Anda di halaman 1dari 2

Tujuh kecerdasan tersebut adalah kecerdasan linguistik, kecerdasan logik-matematik, kecerdasan

spatial/ visual ruang, kecerdasan muzik, kecerdasan intrapersonal, kecerdasan interpersonal dan
kecerdasan kinestik-jasmani. Oleh itu, bagi seseorang pendidik khususnya, mereka perlu
menjangkakan bahawa tidak semua murid dapat mempelajari apa yang diajarkan kepada mereka
kerana kecerdasan setiap dari mereka yang pelbagai. Kecerdasan linguistik merujuk kepada
kebolehan murid menggunakan bahasa secara lisan dan bertulis, keupayaan dalam mempelajari
bahasa dan keupayaan dalam menggunakan bahasa untuk mencapai matlamat tertentu. Murid yang
memiliki kecerdasan ini lebih menonjol dalam melontarkan idea dan pandangan. Mereka juga
memiliki kelebihan untuk berhujah dan menggemari subjek-subjek bahasa seperti bahasa melayu,
bahasa inggeris dan sebagainya. Mereka menggunakan bahasa dari aspek menulis mahupun
berhujah untuk memahami sesuatu konsep. Disebabkan matematik merupakan subjek teras dan
murid tidak mempunyai pilihan, maka proses pembelajaran seharusnya disesuaikan dengan
kelebihan yang dimiliki oleh murid tersebut. Contohnya murid belajar matematik melalui penulisan
fiksyen seperti cerita grafik, membina masalah (problem posing) mewujudkan silang kata, masalah
berayat, puisi matematik dan sebagainya. Kecerdasan logik-matematik pula terdiri daripada
keupayaan untuk menganalisis masalah secara logik, berupaya menjalankan operasi matematik, dan
mengkaji sesuatu isu secara saintifik. Murid yang memiliki kecerdasan ini berupaya untuk mengesan
pola, berhujah secara deduktif dan berfikir secara logik. Kebiasaannya murid yang memiliki
kecerdasan ini tidak mempunyai masalah dalam kelas matematik. Aktiviti pengukuhan perlu diberikan
seperti menyelesaikan teka-teki logik matematik, sudoku, segi empat sama ajaib, peta minda, blok
pemikiran dan sebagainya. Kecerdasan spatial/ visual-ruang merujuk kepada kebolehan seseorang
untuk memanipulasi dan mewujudkan imej mental dalam menyelesaikan masalah. Mereka juga
mampu melihat dunia visual dengan tepat, melaksanakan perubahan dan pengubahsuaian pada
pandangan mereka, dan mampu untuk mencipta jika tiada apa-apa rangsangan fizikal. Murid yang
memiliki kecerdasan ini menggemari lukisan, peta minda dan lakaran dalam memahami sesuatu
konsep. Murid yang memiliki kecerdasan dominan ini dapat membaca gambar rajah dan peta dengan
mudah, mahir dalam menggunakan perisian grafik komputer seperti SketchUp Make, Mathlab dan
sebagainya. Kecerdasan kinestetik-jasmani melibatkan potensi penggunaan seluruh badan atau
bahagian tubuh seseorang untuk menyelesaikan masalah. Murid dalam kategori ini sukakan
pembelajaran berbentuk hands-on seperti bertukang, berlakon, menggunakan komputer dan
bersukan. Aktiviti pembelajaran matematik seperti eksperimen matematik, memanipulasi bahan
manipulatif dalam kelas matematik, aktiviti menggunakan perisian komputer merupakan antara aktiviti
yang dapat menarik minat murid dalam kelompok ini. Manakala murid yang memiliki kecerdasan
interpersonal berkemampuan untuk memahami tujuan, motivasi dan kehendak orang lain. Murid
dalam kategori ini membolehkan mereka bekerja dengan berkesan dengan orang lain. Murid dapat
bekerja dalam kumpulan, memberi kerjasama bersama ahli kumpulan lain, mampu memberi
pandangan dan mendengar pendapat serta mempunyai kemahiran komunikasi yang baik. Saranan
KPM kepada guru untuk melaksanakan strategi pembelajaran koperatif dan kolaboratif memberi
kesan positif kepada murid yang cenderung dalam kecerdasan ini. Natijahnya, setiap murid memiliki
keunikan dan keistimewaan tersendiri. Adalah penting bagi seseorang guru untuk memahami perkara
tersebut dan berkeupayaan untuk mempelbagaikan pendekatan yang berbeza untuk menarik minat
murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pendekatan pengajaran secara holistik menerusi
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 ini selari dengan salah satu aspirasi
Transformasi Nasional 2050 (TN50) bagi memacu negara pada masa hadapan.

Anda mungkin juga menyukai