Anda di halaman 1dari 5

1.

0 PENGENALAN

Guru merupakan kerjaya yang mulia di sisi Allah dan masyarakat. Hal ini demikian
kerana merekalah yang mendidik setiap individu serta membantu dalam membentuk
masyarakat yang berilmu dan mempunyai nilai murni. Sebagai seorang siswa guru muslim,
pengamalan ciri-ciri islami dalam diri dan kehidupan harian membantu dalam membentuk
keperibadian yang baik. Hal ini demikian kerana, bakal guru ini akan menjadi contoh kepada
murid-murid apabila mereka berada di sekolah pada masa akan datang. Oleh itu, kita akan
membincangkan sejauh manakah ciri-ciri islami ini membantu dalam membentuk kualiti siswa
guru muslim yang unggul.

2.0 KONSEP SYUMULLIAH

Antara ciri islami yang boleh dijadikan panduan dalam membentuk siswa guru muslim
yang unggul adalah dengan berpandukan konsep syumulliah. Menurut Ibrahim (2017) syumul
itu bermaksud universal dan mencakup semua kehidupan. Syumul dalam Islam
bermaksud menyeluruh yang aturannya berkaitan dengan semua aspek dan bidang kehidupan
umat manusia, daripada sebesar-besar perkara hingga sekecil-kecil yang ada dalam kehidupan
seharian kita. Umat Islam yang faham akan agamanya akan sedar bahawa konsep syumulliah
ini adalah nikmat kurniaan Allah S.W.T kepada umatnya kerana syumulliah ini mencakupi
pelbagai sistem penting dalam kehidupan seperti sistem akhlak, masyarakat, politik, ekonomi,
pendidikan dan jenayah. Namun begitu, konsep syumul yang paling rapat dengan kita yang
merupakan siswa guru adalah dari segi pendidikan dan akhlak.

2.1 Syumul Dari Segi Keilmuan Dan Pendidikan

Aspek syumulliah daripada segi pendidikan atau keilmuan dapat dilihat melalui galakan
agama Islam terhadap umatnya untuk menuntut ilmu yang baik dan tidak bercanggah dengan
syarak. Daripada Abu Hurairah RA bahawasanya Rasulullah SAW bersabda, “Sesiapa yang
menempuh satu jalan untuk mencari ilmu pengetahuan, maka Allah memudahkan baginya satu
jalan untuk menuju ke Syurga” (Hadith Riwayat Muslim). Berdasarkan hadis ini jelas sekali
bahawa agama Islam menggalakkan umatnya untuk menuntut ilmu kerana orang yang berilmu
pengetahuan mempunyai kelebihan tertentu seperti memberi petunjuk kepada kebaikan dan
dapat membezakan yang hak dengan yang batil. Selain itu, orang yang menuntut ilmu juga
akan mendapat kemudahan dan pertolongan daripada Allah SWT sera mendapat ganjaran
Syurga di akhirat kelak. Orang yang menuntut ilmu akan dapat memberi faedah kebaikan pada

1
dirinya, masyarakat dan negara. Hadis ini jelas sekali menunjukkan bahawa agama Islam
mementingkan ilmu agar umat dapat berkembang dan mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.

Seiringan dengan perjuangan menuntut ilmu yang sedang dilalui oleh siswa guru, ilmu
yang dituntut perlulah bermanfaat agar ianya dapat membantu dalam melahirkan siswa guru
yang mempunyai pelbagai kebolehan. Ilmu yang bermanfaat itu juga apabila diajarkan kepada
murid akan dimanfaatkan oleh mereka pada masa akan datang. Diriwayatkan dari Abu Hurairah
r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya: “Apabila seseorang manusia itu
meninggal dunia maka terputuslah segala amalannya melainkan daripada tiga perkara iaitu
sedekah jariah, ilmu pengetahuan yang dapat diambil manfaat daripadanya dan anak soleh
yang mendoakan untuknya”. (Hadis Riwayat Imam Muslim). Oleh itu, ilmu yang diajarkan bukan
sekadar berguna dalam melahirkan generasi berilmu ianya juga dapat berfungsi sebagai
dorongan kepada para siswa guru untuk menuntut ilmu yang bermanfaat dan menyebarkannya
kepada murid-murid.

2.2 Syumul Dari Segi Sosial

Dalam aspek sosial, kesyumulan yang dimiliki oleh Islam adalah dari segi akhlak dan
adab-adabnya. Menurut Kamus Dewan Bahasa akhlak bermaksud kelakuan atau tingkah laku
yang baik. Akhlak dalam Islam ini merupakan aspek yang menyentuh semua sisi kehidupan
manusia. Hal ini demikian kerana, setiap tindakan atau perkara yang kita lakuan sentiasa
mempunyai panduan yang dinyatakan baik bersifat rohani, jasmani, intelektual atau keagamaan
dalam hadis dan al-Quran. Sebagai seorang siswa guru muslim, kita merupakan bakal guru
yang akan mendidik anak bangsa dan menjadi contoh dan role model kepada mereka pada
masa akan datang. Oleh itu, setiap perlakuan kita merupakan contoh kepada mereka kerana
kita merupakan individu yang memberikan ilmu kepada mereka. Perkara ini turut disokong
melalui kenyataan akhbar Berita Harian Online oleh Pakar Transformasi Diri, Prof Dr Muhaya
Mohamad guru yang mempunyai sistem nilai tinggi, jiwa pengasih, sabar dan emosi seimbang,
pastinya manusia yang akan dibentuk adalah insan mempunyai keperibadian mulia kerana asas
didikan yang diberikan adalah baik. Perkara ini jelas menunjukkan bahawa peranan guru adalah
amat penting dalam mencorakkan kemenjadian murid.

Oleh itu, sebagai siswa guru pengamalan akhlak dan adab-adab Islamiyah ini mampu
membentuk keperibadian kita menjadi individu yang berakhlak mulia. Perkara ini mampu

2
dijadikan contoh dan ikutan yang baik kepada murid-murid. Sekiranya para siswa guru
berusaha mengamalkan akhlak dan adab islami ini sejak dari awal tidak mustahil perkara ini
akan menjadi amalan kepada diri kita bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya.

3.0 AL-THABAT WAL MURUNAH


Perkataan al-Thabat bermaksud tetap dan teguh serta tidak berubah. Al-Murunah
pula membawa maksud anjal atau fleksibel,boleh dilentur, dan boleh disesuaikan. Konsep
Al-thabat ini kebiasaanya digunakan pada konsep akidah umat Islam iaitu dari segi
kepercayaan terhadap Allah s.w.t. yang Maha Esa dan tiada sekutu bagi-Nya. Perkara-
perkara berkaitan akidah adalah tetap dan tidak boleh dipinda atau diubah-ubah. Firman
Allah SWT yang bermaksud “Dan Tuhan kamu ialah Tuhan yang Maha Esa; tiada Tuhan
(Yang berhak disembah) selain dari Allah, yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani”
(Surah Al-Baqarah ayat 163). Berdasarkan ayat ini jelas sekali bahawa Allah SWT sahaja
yang berhak disembah dan ianya tetap sehingga ke hari akhirat kelak. Perkara ini jelas
sekali menunjukkan elemen al-Thabat dalam prinsip Islam.

Aspek murunah perkara ini kebiasaannya dilihat pada rukhsah solat atau keringanan
dalam solat. Solat merupakan ibadat wajib yang perlu ditunaikan oleh setiap umat Islam
tanpa mengira sebarang faktor. Menurut Dr. Yusuf al-Qardhawi, ketetapan dan keanjalan
dalam syariat Islam adalah tetap pada tujuan dan matlamatnya tetapi anjal pada bentuk
pelaksanaannya. Dalam solat, keringanan yang atau rukhsah yang dimaksudkan adalah
apabila seseorang itu sakit dan tidak mampu berdiri, maka dia boleh menunaikan solat
secara duduk atau baring manakala bagi individu yang bermusafir pula mereka boleh
melakukakn jamak dan qasar semas dalam perjalan yang melebihi 2 marhalah. Perkara
jelas sekali menunjukkan bahawa agama Islam amat menitikberatkan tentang kemajuan
umatnya kerana ciri-ciri murunah ini menjadikan Islam sebuah agama yang dinamik dan
berdaya maju serta mengelakkan umat Islam daripada bersifat tertutup dan beku.

Dengan itu Islam merupakan agama yang sesuai dengan kehidupan manusia yang
sentiasa berubah dan meningkat dari masa ke masa. Jika dilihat daripada sudut kerjaya
sebagai seorang guru, aspek tetap dan anjal ini merupakan satu elemen yang sangat
penting. Hal ini demikian kerana, di era yang serba moden ini kerjaya sebagai seorang guru
menjadi semakin mencabar. Para siswa guru perlu sentiasa berpegang teguh dengan
pegangannya iaitu menuntut ilmu yang bermanfaat agar dapat digunakan bagi mendidik

3
anak bangsa. Namun begitu halangan yang timbul pada era serba moden ini adalah
kemampuan dan kemahiran murid yang lebih tinggi dalam bidang teknologi melepasi
kemampuan guru untuk mengajar. Para siswa guru boleh menggunakan elemen murunah
untuk menuntut ilmu daripada murid yang lebih pandai dan bukan hanya bergantung
kepada satu sumber demi menerajui peningkatan teknologi yang wujud dalam bidang
pendidikan. Oleh itu, sekiranya guru siswa menerapkan elemen al-Thabat wal Murunah
sejak daripada awal lagi tidak mustahil ramai siswa guru yang mampu mencorak
kemenjadian murid dengan lebih berkesan. Para siswa guru akan berusaha untuk
menggunakan pelbagai kemudahan serta teknologi yang wujud bagi memastikan objektif
pengajaran dan pembelajaran mereka tercapai.

4.0 PENUTUP

Sebagai seorang siswa guru muslim Allah s.w.t menetapkan bahawa prinsip dan
asas ajaran Islam tetp tidak berubah untuk menjamin kemuliaan dan mengatur kehidupan
manusia. Manakala terdapat kelonggaran pada cabang dan furuk untuk memudahkan umat
Islam melaksanakan perintah Allah s.w.t walaupun mereka berada dalam sebarang
keadaan dan situasi dan memastikan kesinambungan Islam dan ajarannya. Oleh itu,
tugasan utama sebagai seorang siswa guru muslim adalah untuk memastikan ilmu dituntut
adalah mencukupi agar dapat mendidik anak murid apabila bertugas di sekolah dengan
sebaik mungkin. Akhir sekali jelaslah bahawa pengamalan ciri islami dalam kehidupan
harian membantu para guru siswa yang bakal menjadi contoh kepada masyarakat kelak.

4
RUJUKAN

Al-Qardawii. (2000). Fi Fiqh Al-Awlawryyat: Dirasah jadidah fi Daw’ al-Quran wa al- sunnah.
Kaherah: Maktabah Wahbah

Al- Quran al-Karim, tafsir pimpinan al-Rahman

Dewan Bahasa dan Pustaka. (2005). Kamus Dewan (Edisi keempat.). Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka

Ibrahim Bafadhol. (2017). Pendidikan Akhlak Dalam Perspektif Islam. Jurnal Edukasi Islami
Jurnal Pendidikan Islam Vol. 06 No.12, Juli 2017

Nik Hasnah Ismail. (15 Ogos 2014). Guru ejen pengubah masyarakat. Retrieved from:
https://www.bharian.com.my/node/722

Anda mungkin juga menyukai