Anda di halaman 1dari 9

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL BENTONG

TARIKH PERLAKSANAAN : 15 Mar


2019

TEMPAT: BI

MASA: 7.30-8.00AM

ANJURAN:
1.0 PENGENALAN
PENCEGAHAN JENAYAH
Kejadian jenayah merupakan ancaman yang menggugat keselamatan pelajar dan
warga sekolah. Pelajar tidak seharusnya terlibat dalam kegiatan jenayah dan perlu
diberi penerangan sewajarnya mengenai jenayah. Kejadian jenayah boleh
menyebabkan kematian, kecederaan atau hilang funsi anggota badan atau gangguan
emosi yang berat.

PENCEGAHAN DADAH
Dadah adalah musuh nombor satu negara. Kesan dan pengaruh negatif najis dadah
perlu didedahkan kepada murid sekolah rendah sejak awal lagi. Ini kerana murid-murid
sekolah rendah masih belum matang mempunyai naluri ingin tahu dan sikap terikut-
terikut serta terpengaruh oleh persekitaran yang tidak sihat. Senario ini tidak selamat
dan ada kemungkinan untuk terjebak dalam amalan penyalahgunaan dadah.

2.0 MATLAMAT
Pelajar perlu mengenalpasti keadaan , tanda-tanda dan orang yang terlibat
dengan jenayah .Jenayah yang berlaku secara langsung dan tidak langsung perlu diberi
perhatian supaya pelajar terselamat dari menjadi mangsa jenayah.

Diharapkan murid-murid sekolah rendah sekolah ini memahami risiko dan


bahaya najis dadah. Semoga dengan ini mereka tidak akan tertarik untuk mendekati
amalan merokok yang membawa kepada penyalahgunaan dadah. Dengan itu dadah
akan menjadi musuh dan perkara yang paling digeruni serta murid-murid ini tiada
kemungkinan langsung untuk dpengaruhi dan didekati oleh amalan penyalahgunaan
dadah.
3.0 OBJEKTIF
1. Menyemai sahsiah terpuji dengan menjauhi amalan berunsur jenayah.
2. Mengenalpasti jenis-jenis jenayah , individu dan persekitaran yang terlibat.
3. Mengenalpasti perkara yang berlaku semasa kegiatan jenayah serta
pencegahannya.
4. Penyediaan diri untuk membenteras dan mengelakkan amalan jenayah.
5. Mendedahkan bahaya dan risiko amalan penyalahgunaan yang merosakkan
gaya hidup.
6. Memberi input jenis-jenis dadah dan kesan-kesannya kepada tubuh badan.
7. Menanamkan sikap sentiasa bertingkahlaku baik dan berwaspada supaya tidak
terjebak dengan najis dadah.
8. Memberi kerjasama kepada masyarakat untuk membenteras amalan
penyalahgunaan dadah.

 Tarikh Perlaksanaan:15 Feb 2018


 Sasaran: Semua Murid SJKT BENTONG
 Tema: “Hidup Cemerlang Tanpa Jenayah dan Dadah

4.0 JAWATAN KUASA


PENASIHAT
En.N.Kunamsergam (Guru Besar)

PENGERUSI
Pn.Kanakam (GPK HEM)

NAIB PENGERUSI
Pn. Vasenta (GPK 1)

SETIAUSAHA
Pn. Hanitah
5.0 PENUTUP

Diharapkan dengan aktiviti ini dapat menyedarkan murid tentang keburukan melakukan
jenayah dan kesan najis dadah kepada diri sendiri, masyarakat dan keluarga.

DISEDIAKAN OLEH,
____________________
(PN.R.HANITAH)
PENYELERAS KELAB ANTI JENAYAH

DISEMAK OLEH
____________________
(PN.BAKIS BIBI)
GPK HEM
SJKT BENTONG

DISAHKAN OLEH
_____________________
(EN.N.KUNAMSERGAM)
GURU BESAR
SJKT BENTONG

Ruj. Tuan :
Ruj. Kami : Bil (8) dlm.SKS/04/04
Tarikh : 27 Februari 2012
Kepada:

AGENSI ANTI DADAH KEBANGSAAN


630, JALAN DATO’ KELANA MAKMUR,
70200, SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN.

Tuan,
KEMPEN ANTI DADAH (HARI ANTI DADAH)

Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas.

2. Untuk makluman pihak tuan, bahawa pihak kami akan mengadakan Minggu
Sekolah Selamat dikalangan pelajar sekolah ini. Dengan ini, kami ingin menjemput
pihak tuan untuk membantu kami dalam menjayakan kempen ini. Antara perkara-
perkara yang kami inginkan bantuan daripada pihak tuan dalam menjayakan kempen ini
adalah:
i) Ceramah mengenai bahayanya dadah.
ii) Pameran Anti Dadah
iii) Sumbangan bahan-bahan untuk sudut anti dadah
iv) Cenderamata untuk murid-murid
v)
3. Sukacitanya, pihak kami mencadangkan tarikh untuk kempen ini adalah pada:
Tarikh : 8 Mac 2012 (Khamis)
Masa : 8.30 pagi
Tempat: Dewan Peperiksaan
Sasaran: Tahun 6 SK SENAWANG

Segala kerjasama dan perhatian daripada pihak tuan amat dialu-alukan dan didahului
dengan ucapan terima kasih.
Saya yang menurut perintah,

…………………………….
En Jamaluddin Bin Jaapar
Guru Besar SK Senawang.

Ruj. Tuan :
Ruj. Kami : Bil (9) dlm.SKS/04/04
Tarikh : 27 Februari 2012
Kepada:

Yayasan Pencegahan Jenayah


374, Tingkat Atas Jalan Tampin Lama,
Rahang, 701000,
Seremban, Negeri Sembilan.

Tuan,
Ceramah Katakan ‘TIDAK” pada Buli
Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas.

2. Untuk makluman pihak tuan, bahawa pihak kami akan mengadakan Minggu
Sekolah Selamat dikalangan pelajar sekolah ini. Dengan ini, kami ingin menjemput
pihak tuan untuk membantu kami dalam menjayakan kempen ini. Antara perkara-
perkara yang kami inginkan bantuan daripada pihak tuan dalam menjayakan kempen ini
adalah:
i) Ceramah mengenai bahayanya ‘ Buli”.
ii) Pameran Pencegahan Jenayah
iii) Sumbangan bahan-bahan untuk sudut anti Cegah
Jenayah

3. Sukacitanya, pihak kami mencadangkan tarikh untuk kempen ini adalah pada:
Tarikh : 7 Mac 2012 (Rabu)
Masa : 8.30 pagi
Tempat: Dewan Peperiksaan
Sasaran: Tahun 4

Segala kerjasama dan perhatian daripada pihak tuan amat dialu-alukan dan didahului
dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.


Saya yang menurut perintah,

…………………………….
En Jamaluddin Bin Jaapar
Guru Besar SK Senawang.
Ruj. Tuan :
Ruj. Kami : Bil (10) dlm.SKS/04/04
Tarikh : 27 Februari 2012
Kepada:

Ketua Polis Daerah Seremban,


Balai Polis Seremban 2,
Seremban 2,70300,
Seremban, Negeri Sembilan
No Tel: 06-6012235
Faks: 06-6012624

Tuan,
KEMPEN CEGAH JENAYAH (OPS PONTENG)

Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas.

2. Untuk makluman pihak tuan, bahawa pihak kami akan mengadakan Minggu
Sekolah Selamat dikalangan pelajar sekolah ini. Dengan ini, kami ingin menjemput
pihak tuan untuk membantu kami dalam menjayakan kempen ini. Antara perkara-
perkara yang kami inginkan bantuan daripada pihak tuan dalam menjayakan kempen ini
adalah:
i) Ceramah mengenai Ponteng
ii) Pameran Jenayah
iii) Sumbangan bahan-bahan untuk sudut Kelab Cegah
Jenayah
iv) Cenderamata untuk murid-murid
v)
3. Sukacitanya, pihak kami mencadangkan tarikh untuk kempen ini adalah pada:
Tarikh : 6 Mac 2012 (Selasa)
Masa : 8.30 pagi
Tempat: Dewan Peperiksaan
Sasaran: Tahun 5

Segala kerjasama dan perhatian daripada pihak tuan amat dialu-alukan dan didahului
dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.


Saya yang menurut perintah,

…………………………….
En Jamaluddin Bin Jaapar
Guru Besar SK Senawang.

Anda mungkin juga menyukai