Anda di halaman 1dari 2

KISAH-KISAH TERKENAL DAN MENARIK

Sebelum Imam Syafie dilahirkan, ibunya telah bermimpi melihat sebutir bintang
keluar dari perutnya lalu naik ke langit lalu bintang itu pecah lalu jatuh bertaburan
jatuh ke serata bumi. Cahaya dari bintang pecah yang jatuh itu menerangi segenap
pelosok muka bumi. Ibunya semakin terkejut apabila mengetahui suaminya juga
mengalami mimpi yang sama dialaminya.

Imam Syafie pernah dihantar oleh ibunya kepada Imam Ismail Kustantani, seorang
guru ilmu Al-Quran yang termashur pada ketika itu. Imam Ismail menolak pada
awalnya kerana Imam Syafie baru berusia 9 tahun sedangkan dia hanya menerima
orang menjadi muridnya setelah berumur 12 tahun.

Walaubagaimanapun, setelah diuji hafalan dan ingatan Imam Syafie tentang


Al-Qurannul Karim, beliau beras tertarik dengan daya ingatan dan kemerduan suara
Imam Syafie lantas mengambilnya sebagai anak muridnya. Sewaktu mana Imam
Ismail ada urusan lain, Imam Syafie pula disuruh menggantikan tempatnya mengajar
di situ.

Imam Syafie juga pernah menuntut ilmu dengan seorang penyair terkenal bernama
Mas’ab bin Zubair. Pada waktu itu, Imam syafie telah berjaya menghafal 10,000
rangkap syair kaum Bani Huzail dalam tempoh yang singkat. Seterusnya, atas
pujukan rakan-rakannya, Imam Syafie telah menyertai pertandingan syair malah
berjaya mengalahkan gurunya, Mas'ab pula.

Imam Syafie adalah terkenal sebagai seorang pemanah yang handal selepas
mempelajari ilmu peperangan dan bermain senjata dengan gurunya iaitu Amiruddin,
seorang bekas tentera.

Imam Syafie pernah mengembara ke Madinah yang memakan masa selama 8 hari
dengan menggunakan unta sebagai medium pengangkutan untuk menemui dan
berguru dengan Imam Malik. Semasa dalam perjalanan, beliau sempat
mengkhatamkan Al-Quran sebanyak 16 kali.

Di samping itu, Imam Syafie pernah sehingga ke Iraq untuk belajar dengan anak
murid Imam Hanafi iaitu Imam Muhamad al-Hassan dan Imam Abu Yusof. Di sana,
beliau telah mengejutkan kedua orang gurunya kerana telah menghafal Kitab al-
Awsat karangan Imam Hanafi dalam masa 3 hari saja berbanding murid-murid lain
yang memerlukan masa paling kurang 1 tahun untuk menghafalnya.
Imam Syafie pernah difitnah oleh Gabenor as-Saud iaitu Gabenor Najran atas tuduhan
cubaan beliau untuk menghasut rakyat untuk memusuhi dan menjatuhkan kerajaan
Bani Abbasiyah yang diperintah oleh Khalifah Harun ar-Rashid pada ketika itu.
Kesannya, beliau dan anak muridnya telah ditangkap selain tangan dan kaki mereka
dirantai .Mereka juga dipaksa berjalan kaki dari Najran ke Kota Kufah.

Ketika Imam Syafie berguru di kota Mekkah, beliau telah disuruh oleh gurunya,
“Wahai muhammad pergilah engkau ke Madinah untuk berguru lagi, karena
sesungguhnya ilmuku sudah habis, semuanya sudah kuajarkan padamu”. Setelah
mendengarkan nasihat gurunya itu, Imam Syafie meminta izin daripada ibunya.
Berkatalah ibunya, “Nak, pergilah engkau menuntut ilmu di jalan Allah, kita akan
bertemu semula nanti di akhirat”.

Anda mungkin juga menyukai