Anda di halaman 1dari 2

Refleksi RPH (Mengenal Pasti Paksi Simetri) 26.8.

2019

Saya telah melaksanakan sesi P&P di kelas Tahun 3 pada 26 Ogos 2019 dari
pukul 11.00 pagi hingga 12.00 tengah hari di dalam kelas. Tajuk pembelajaran yang
telah saya pilih untuk diajar pada hari ini ialah mengenal pasti dan melukis paksi
simetri.

Dalam set induksi, saya menayangkan klip video “Symmetry Line” .Murid-murid
tertarik dan menumpukan perhatian semasa video ditayangkan. Mereka juga dapat
menjawab soalan dalam video ini dan saya mengaitkan pdp pada hari ini iaitu
mengenal pasti paksi simetri berdasarkan aktiviti ini.

Dalam fasa imaginasi, saya membimbing murid menggunakan kad bergambar


seperti Angry Birds dan rama-rama bagi mengetahui konsep dan definisi paksi simetri.
Murid dapat memahami bahawa paksi simetri bermaksud bentuk yang bertindih
mempunyai saiz dan bentuk yang sama apabila dilipat. Bentuk yang tiada paksi simetri
bermaksud bentuk yang bertindih tidak sama semasa dilipat. Saya juga menunjukkan
6 keping gambar bagi mereka mencuba mengenal pasti paksi simetri. Mereka dapat
menyatakan bilangan paksi simetri dan memahami konsep paksi simetri dengan tepat
dan betul.

Dalam fasa perkembangan, murid diberikan bentuk 2D seperi segitiga, segi


empat sama, pentagon, heksagon, heptagon dan oktagon untuk mencari paksi simetri.
Saya memberikan kertas berbentuk poligon sekata kepada murid untuk menjalankan
aktiviti hands-on seperti lipatan kertas poligon sekata bagi memberi peluang kepada
murid untuk memahami konsep. Saya juga menjalankan aktiviti “Symmetry Line In
Alphabet”. Saya memberikan kertas dengan huruf A hingga Z. Murid dalam kumpulan
berbincang paksi simetri menegak atau melintang yang terdapat pada huruf.
Seterusnya, saya menyemak jawapan bersama-sama dengan murid-murid.
Sesetengah mereka tidak dapat menguasai tetapi segelintir murid yang pandai dapat
memahami konsep paksi simetri dengan baik.

Dalam fasa penilaian, murid dibimbing menjalankan aktiviti “Build The Other
Half If You Can”. Murid diberikan bentuk dan kertas mahjong, mereka diminta untuk
menampalkan bentuk melalui paksi simetrinya. Semua murid dalam kumpulan dan
menampalkan semua bentuk dengan betul dan tepat.
Dalam fasa penutup, murid-murid sudah dapat menguasai standard
pembelajaran yang ditetapkan iaitu mengenal pasti paksi simetri.

Anda mungkin juga menyukai