Anda di halaman 1dari 5

TEKS UCAPAN PENGACARAAN MAJLIS

Program Lestari Hijau


IPG KAMPUS BM
23 OKTOBER 2016

BIL Masa Acara Pengumuman Catatan


Assalamualaikum dan Salam lestari bumi hijau.
1 7.45 PG MAKLUMAN
Hadirin diminta mendaftarkan diri di kaunter pendaftaran lobi
IPG KBM. Setelah pendaftaran, anda diminta untuk
mengambil tempat masing-masing di kawasan utama
bangunan menara kerana majlis kita akan bermula sebentar
lagi.

Sidang hadirin, bagi melancarkan perjalanan majlis pada


hari ini:

1. Pihak majlis juga mengharapkan agar para tetamu


dapat berdiri semasa pengumuman ketibaan tetamu
kehormat.
.
Pihak majlis mengucapkan terima kasih atas perhatian dan
kerjasama hadirin sekalian.
2 8.00 PG KETIBAAN PERASMI Tuan-tuan dan puan-puan serta hadirin yang dihormati
Mengumumkan ketibaan
YANG MULIA TENGKU ADLI BIN RAJA OMAR,
Timbalan Pengarah
IPG Kampus Bahasa Melayu

Diiringi tetamu kehormat masuk ke dewan.

3 8.05 PG NYANYIAN LAGU Hadirin diminta terus berdiri untuk menyanyikan Lagu Negaraku
NEGARAKU ..................................lagu...........................................

Hadirin dipersilakan duduk.

NURLYANA BINTI EZANI – PPISMP C2 1


4 8.10 PG BACAAN DOA Hadirin yang dihormati,

Bagi memberkati majlis kita pada pagi ini, marilah kita sama-sama
mengaminkan bacaan doa yang akan dipimpin oleh
Saudara AMIRUL FIRDAUS dari kelas PPISMP C2
Dipersilakan…

--------- Bacaan doa ---------

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Saudara AMIRUL


FIRDAUS atas pimpinan bacaan doa itu sebentar tadi.

ASSALAMUALAIKUM WBT DAN SALAM 1 MALAYSIA


5 8.15 PG SENARAI PROTOKOL
Yang Berbahagia
YANG MULIA TENGKU ADLI BIN RAJA OMAR
Timbalan Pengarah
IPG Kampus Bahasa Melayu

Yang dihormati
USTAZ ANUAR
Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar

Yang berusaha
PN NAZIMAH
Pengurus Program Lestari Hijau

Barisan Pensyarah, serta Hadirin sekalian,

Selamat datang ke Program Lestari Hijau Peringkat IPG


Kampus BM tahun 2017

NURLYANA BINTI EZANI – PPISMP C2 2


Melayang serindit di atas permatang,
Merbah berkicau di hujung muara,
Pemanis kata selamat datang,
Awal bismillah pembuka bicara.
ALUAN
Puji dan syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah
kurniaNya dapat sama-sama kita berkumpul dalam Program
Lestari Hijau tahun 2017.
Secara ringkasnya, program ini dijalankan untuk
menghargai alam sekitar dan memupuk budaya kecintaan
kepada alam dalam kalangan warga IPG Kampus BM.

6 Hadirin sekalian yang saya hormati,

8.20 PG Seterusnya, majlis menjemput Yang Mulia Tengku Adli Bin


UCAPAN PERASMIAN
Raja Omar, Timbalan pengarah I.P.G. Kampus Bahasa
Melayu untuk menyampaikan ucapan perasmian.

BIL Masa Acara Pengumuman Catatan


NURLYANA BINTI EZANI – PPISMP C2 3
DEMONSTRASI DAN
7 8.40PG GIMIK PELANCARAN Hadirin yang budiman,
Tanpa melengahkan masa,
saya menyerahkan majlis kepada En.Mashwawi bagi
demonstrasi dan gimik pelancaran Program Lestari Hijau.
Dipersilakan.

Majlis merakamkan setinggi penghargaan atas gimik


pelancaran sebentar tadi.

Hadirin yang dihormati,


9.00PG Bagi melengkapkan gimik pelancaran kita, dengan ini majlis
sekali lagi menjemput
8
YANG MULIA TENGKU ADLI BIN RAJA OMAR Timbalan
Pengarah
IPG Kampus Bahasa Melayu
PENYAMPAIAN
Diiringi PN.Nazimah
PERALATAN
untuk menyampaikan peralatan penanaman sebagai gimik
pelancaran kepada setiap wakil semester.
Majlis dengan segala takzimnya mempersilakan

------ sampaikan cenderamata ------


Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas gimik
pelancaran itu tadi.

Dijemput timbalan pengarah untuk bersama tetamu


kehormat.

9 9.20PG PENUTUP
PERGERAKAN KE Hadirin sekalian
TEMPAT SEMAIAN
Dengan itu maka berakhirlah sudah majlis pelancaran
program Lestari 2017. Majlis mengucapkan terima kasih
kepada semua yang hadir atas kesudian melapangkan masa
bersama-sama kami pada pagi ini. Saya bagi pihak majlis
memohon maaf sekiranya terdapat sebarang kekurangan

NURLYANA BINTI EZANI – PPISMP C2 4


sepanjang majlis ini berlangsung.
Para siswa pendidik diminta bergerak ke tapak semaian.

Sekian, wabillahitaufik walhidayah, wasssalamualaikum


warahmatullahi wabarakatuh

PENGUMUMAN TAMBAHAN:
 Diminta wakil setiap kelas untuk mengmbil makanan yang disediakan di Kafe B2.
 sekian

NURLYANA BINTI EZANI – PPISMP C2 5

Anda mungkin juga menyukai