Anda di halaman 1dari 8

Soalan 1 : Rumusan

(30 markah)

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang kebaikan kitar semula
dan alasan masyarakat tidak mahu menyertai program kitar semula. Panjangnya rumusan
hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Secara realitinya, kutipan dan pengumpulan sampah berupaya menjana pendapatan. Sampah dan
barang terbuang memberikan pendapatan kepada pengutip sampah kerana barangan tersebut boleh
dimanfaatkan semula. Bahan-bahan buangan dikumpulkan di pusat pengumpulan sebelum dihantar ke
kilang-kilang untuk diproses semula. Kilang-kilang akan memproses bahan itu untuk menghasilkan
kertas, tisu-tisu, tin-tin dan sebagainya. Melalui penghasilan semula bahan ini, kos penghasilannya yang
tinggi menyebabkan pengguna tidak berminat untuk membelinya.
Sebenarnya, program kitar semula merupakan cara untuk mendidik masyarakat agar bijak
membuang sampah. Melalui program ini, masyarakat akan lebih prihatin dan bertanggungjawab. Hal ini
menyebabkan negara kita lebih bersih, indah dan dapat menarik perhatian pelancong untuk berkunjung
ke negara ini. Selain itu, amalan kitar semula dapat menghindarkan penyakit kerana tempat
pembuangan sampah yang terurus boleh mengelakkan penularan wabak penyakit berjangkit yang
berbahaya kepada manusia. Lebih menarik lagi, kitar semula berjaya mengekalkan keseimbangan
ekosistem lantaran program kitar semula ini dapat mengurangkan aktiviti pembalakan dan
perlombongan. Kesannya, interaksi setempat seperti rantaian makanan yang melibatkan haiwan dan
tumbuhan dalam ekosistem tidak diganggu.
Selain itu, kitar semula menjamin kebersihan yang berkekalan. Hal ini bermaksud sampah sarap
dibuang mengikut pengelasan sampah di dalam tong coklat, tong oren dan tong biru. Bahan buangan
seperti kertas, tin, botol kaca, dan logam akan diambil oleh pengusaha pusat kitar semula atau pencari
bahan kitar semula, secara tidak langsung dapat menjamin kebersihan di kawasan berkenaan. Faedah
berikutnya ialah kitar semula mengelakkan kepupusan sumber. Dalam konteks ini, kitar semula kertas
misalnya membolehkan negara menjimatkan 78 000 batang pokok sehari.
Sumber air bersih juga dapat diselamatkan kerana aktiviti kitar semula mengurangkan
pembuangan sampah sarap ke dalam sungai atau sumber air. Tegasnya, sumber alam amat terhad dan
kehendak manusia yang tidak terbatas dapat diseimbangkan dengan amalan kitar semula. Seterusnya
kitar semula menangani masalah kekurangan tapak pelupusan sampah. Negara kita dilanda masalah
kekurangan tapak pelupusan sampah kerana kuantiti sampah meningkat saban hari. Namun, banyak
rungutan berkaitan pelunturan boleh menyebabkan masalah kesihatan. Selain itu, tiada jaminan bahawa
produk kitar semula yang dihasilkan berkualiti. Hal ini demikian kerana produk kitar semula dibuat
daripada bahan-bahan yang telah digunakan. Sesungguhnya , kitar semula sangat berfaedah kepada
negara dan rakyat. Kempen ini seharusnya diteruskan agar lebih ramai rakyat menyahut seruan ini dan
mengamalkan program kitar semula.
(Dipetik dan diubah suai daripada rencana “ Bahan Buangan Sumber Pencarian Penduduk”
Oleh Awang Eh Rak, Dewan Ekonomi, Januari 2018)
SOALAN 2 PEMAHAMAN

(35 MARKAH)

Soalan 2(a)- Petikan Umum

Berdasarkan soalan 1, jawab soalan-soaaln yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

(i) Berikan maksud ekosistem tidak diganggu. (2 markah)

...............................................................................................................................................
(ii) Dalam petikan, pengarang menyatakan beberapa faktor masyarakat tidak berminat
terhadap produk kitar semula. Nyatakan faktor tersebut. (3 markah)
...............................................................................................................................................
...............................................................................................................................................
...............................................................................................................................................
................................................................................................................................
(iii) Banyak impak negatif dalam jangka masa panjang sekiranya masyarakat tidak
memanfaatkan program kitar semula. Pada pendapat anda, apakah impak negatif
tersebut? (4 markah)
...............................................................................................................................................
...............................................................................................................................................
...............................................................................................................................................
...............................................................................................................................................
................................................................................................................................

Soalan 2 (b)- Petikan Cerpen

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

Dengan berbekalkan USD400 yang bersamaan dengan RM 1 800.00, aku sama sekali tidak
berniat untuk membeli jaket kulit kijang dari Instanbul. Aku telah membuat senarai barang yang
ingin kubeli sebelum berlepas mengikuti rombongan Passage Tours and Travel ke negara Mustafa
Kamal Attaturk itu. Senarainya lebih kurang begini.

Cenderamata untuk keluarga, 29 helai baju-T. Mesti ada perkataan Made in Turkey.
Anggaran maksimum: USD150. Lima helai untuk keluarga Long, enam helai untuk keluarga Angah,
enam helai untuk keluarga Poji, tujuh helai untuk keluarga Leha, dua helai untuk keluarga Anim,
masing-masing untuk Tahrir, Nadia dan Salleh.

Cenderamata untuk saudara-mara, tujuh keping pelekat magnet peti sejuk dengan tulisan
Turkey atau makanan kering. Anggaran harga maksimum USD30. (Aku terbayang akan wajah
gembira rakan-rakanku ketika menerima cenderamata tersebut seperti Haji Marwar, Kak Midah,
Encik Jalil, Encik Mazlan, Encik Esa, Kak Da, Krishna, Kak Ha, Kak Ani, Yati, Kak Ros, Loma, Fai, Julia,
Kak Sahi, Cikgu Usop dan Cikgu Azmi).

Dipetik daripada cerpen “ Jaket Kulit Kijang dari Instanbul” oleh Maskiah Haji Masrom dalam
antologi Jaket Kulit Kijang dari Instanbul, Dewan Bahasa dan Pustaka.
(i) Berdasarkan petikan, berikan dua jenis cenderamata yang dirancang oleh Aku
untuk dibeli olehnya.
..................................................................................................................................
..................................................................................................................................
....................................................................................................................
(2 markah)
(ii) Penyediaan senarai perbelanjaan ialah salah satu ciri pengguna bijak.
Pada pendapat anda, selain menyediakan senarai perbelanjaan, apakah ciri-ciri
pengguna bijak yang dapat menjimatkan wang?
..................................................................................................................................
..................................................................................................................................
..................................................................................................................................
.....................................................................................................................
(3 markah)
(iii) Jelaskan satu perwatakan Aku yang terdapat dalam petikan dan satu perwatakan
aku yang lain daripada keseluruhan cerpen yang tidak terdapat dalam petikan.
..................................................................................................................................
..................................................................................................................................
..................................................................................................................................
....................................................................................................................
(4 markah)

Soalan 2(c)- Petikan Prosa Tradisional

Baca petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Maka titah baginda, “Bagaimana tipu Laksamana maka dapat membunuh penjurit itu?”
Maka diceritakannya segala hal-ehwalnya. Maka baginda pun hairan terlalu sukacita. Maka
baginda pun memberi anugerah akan Laksamana. Maka sembah Laksamana, “ Ya tuanku, baiklah
titahkan segala rakyat berangkut segala harta itu.”
Maka titah raja pada Tun Kasturi, “Pergilah Bentara menghadapi orang mengangkut segala
harta dan kerahkan segala orang mengangkut harta itu.”
Maka Bentara pun menyembah lalu pergi dengan rakyat mengangkut segala harta itu di Bukit
Cina. Maka harta itu pun terlalu banyak. Maka segala harta itu ditimbunkan di halaman balairung itu,
tujuh hari tujuh malam berangkut segala harta itu.
Setelah sudah maka sembah Laksamana, “Baik juga Duli yang Dipertuan menitahkan orang
memalu mong-mongan suruh mengenal hartanya. “Maka baginda pun bertitah pada Temenggung
menyuruh orang memalu mong-mongan. Maka dipalu orang berkeliling negeri.
Maka segala orang yang kehilangan itu pun semuanya berhimpun masuk ke dalam mengenal
segala harta, seorang pun tiada tinggal. Maka kata seorang, “ Ini harta patik, tuanku.”
Dipetik daripada prosa tradisional” Kepimpinan Melalui Teladan” dalam antologi Jaket Kulit Kijang
dari Instanbul, Dewan Bahasa dan Pustaka
(i) Berikan maksud rangkai kata terlalu sukacita dalam petikan.
...............................................................................................................................................
...............................................................................................................................
(2 markah)

(ii) Bagaimanakah harta yang dicuri itu dibahagi-bahagikan kepada pemiliknya?

...............................................................................................................................................
...............................................................................................................................................
................................................................................................................................
(3 markah)

(iii) Seseorang yang telah berjasa kepada negara perlu diberikan penghargaan.
Sekiranya anda ialah baginda Sultan, apakah penghargaan yang boleh anda berikan
kepada Laksamana.
...............................................................................................................................................
...............................................................................................................................................
...............................................................................................................................................
................................................................................................................................
(3 markah)
Soalan 2 ( d) Puisi Tradisional
Baca syair di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

Dengarkan tuan suatu riwayat

Raja di desa Negeri Kembayat
Dikarang Soalan
fakir dijadikan hikayat
2 (d)-Puisi Tradisional
Supaya menjadi tamsil ibarat
Baca syair di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
Ada raja suatu
menggunakan negeri,
ayat anda sendiri.
Sultan halifah akas bestari,
Asalnya baginda raja yang bahari,
Melimpah ngadil dagang senteri.

Hairan orang empunya temasya,

Baginda itulah raja perkasa,
Sangat tiada merasai susah,
Entah pada esok dan lusa.

Seri sultan raja bestari,

Setelah ia sudah beristeri,
Beberapa bulan beberapa hari,
Hamillah puteri permaisuri.

Beberapa lamanya dalam kerajaan,

Baginda duduk bersuka-sukaan,
Datanglah beroleh kedukaan,
Baginda meninggalkan takhta kerajaan.

Datanglah kepada suatu masa,

Melayanglah unggas dari angkasa,
Unggas gurda sangat perkasa,
Menjadi negeri rosak binasa.

Datanglah menyambar suaranya bahana,

Gemparlah sekalian mulia dan hina,
Seisi negeri gundah-gelana,
Membawa diri ke mana-mana.

Baginda pun sedang dihadap orang,

Mendengar gempar seperti perang,
Bertitah baginda raja yang garang,
"Gempar ini apakah kurang."

Syair Bidasari ,antologi Jaket Kulit Kijang, Dewan Bahasa dan Pustaka
Asalnya baginda raja yang bahari
Melimpah ngadil dagang senteri.
(i)Berikan maksud rangkap syair diatas.
......................................................................................................................................................
......................................................................................................................................................
(2 markah)
(ii)Pada pendapat anda, apakah kelebihan raja yang adil?
......................................................................................................................................................
......................................................................................................................................................
......................................................................................................................................................
......................................................................................................................................................
(3 markah)
(iii)Huraikan 2 pengajaran daripada syair.

Soalan 3: Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa

[30 markah]
Jawab semua soalan.

3(a) Tulis satu ayat bagi setiap perkataan dalam pasangan perkataan di bawah ini untuk
menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh
menambahkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama
khas.

(i) tunjuk - telunjuk

(ii) kuncup - kemuncup

(iii) guruh - gemuruh

[ 6 markah]

3(b) Kenal pasti jenis-jenis ayat perintah di bawah sama ada ayat-ayat tersebut ialah ayat
permintaan, ayat silaan, ayat suruhan dan ayat larangan.

(i) “Jemputlah makan pisang goreng ini,” kata Mak Minah kepada tetamunya.
(ii) “Buang sampah ini ke dalam tong sampah di luar bilik darjah,” kata guru kelas kepada anak
muridnya.

(iii) “Usah ganggu adik kamu yang sedang tidur,” kata ayah kepada anak sulungnya.

(iv) “Tolong susun buku-buku di rak itu,” kata ketua pengawas pusat sumber kepada pengawas-
pengawas lain.

(v) “Jangan bising ketika berbaris,” pesan guru disiplin kepada semua murid.

(vi) “Balut semua buku teks ini jika tidak mahu didenda oleh pengawas,” kata guru kelas itu
kepada semua muridnya.

[6 markah]

3 (c ) Dalam setiap ayat di bawah ini, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan
dari segi imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat,
anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan
dari segi imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Setiap hari keluarga harus luang masa untuk melakukan sesuatu aktiviti bersama-sama
demi mengukuhkan tali silaturrahim.

(ii) Majikan itu telah melakukan siasatan terhadap latarbelakang pekerja itu sebelum upahnya
untuk bekerja.

(iii) Kakak selalu menggunakan losyen melembap muka sebelum dia tidur.
[ 6 markah]

(3d) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata
istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu,
Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan
kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Kesemua pemain-pemain itu akan mendapatkan latihan yang secukupnya daripada
pengurus pasukan sebelum melayakkan diri mereka ke pusingan akhir dalam pertandingan
bola sepak itu.

(ii) Beribu penonton membanjiri Stadium Bukit Jalil kerana ingin menyaksikan reaksi antara
pasukan bola sepak Harimau Malaya dengan Thailand dalam pertandingan Piala Pusingan
Suzuki AFF baru-baru ini.

(iii) Kereta yang Hasnol pandu terbabas ketika dia membelok di pusingan yang tajam itu.

[ 6 markah ]
3(e) Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga peribahasa yang
menggambarkan situasi yang terdapat dalam petikan ini.

Sikap Salmiah yang terlalu memanjakan anaknya, Salim akhirnya mendatangkan

masalah kepada dirinya. Walaupun menyedari kesilapannya dalam mendidik anak tunggalnya
itu, namun semuanya sudah terlambat kerana Salim sudah meningkat remaja. Hal ini
demikian kerana usaha mendidik anak mestilah dimulakan dengan pada usia muda agar anak-
anak mudah dibentuk dan menjadi manusia yang berguna untuk agama, bangsa dan negara.

Soalan 4 : Novel

[15 markah]

Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel yang berikut:-

i. Pantai kasih karya Azman Nordin.

ii. Di sebalik Dinara karya Dayang Noor.
iii. Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latip Talib.
iv. Jendela menghadap Jalan karya Rohani Matdarin.
v. Tirani karya Beb Sabariah.
vi. Bimasakti Menari karya Sri Rahayu Mohd Yusop.
vii. Silir Daksina karya Nizar Parman.
viii. Songket berbenang Emas karya Khairuddin Ayip.

a) Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan dua contoh peristiwa tentang
persoalan ketabahan yang terdapat dalam novel tersebut.
[7 markah]
b) Berdasarkan satu buah novel, huraikan dua sikap masyarakat yang sepatutnya dihindari
dalam setiap novel yang telah anda pelajari.
[8 markah]

Anda mungkin juga menyukai