Anda di halaman 1dari 6

Perjanjian Penggubahan Muzik

PERJANJIAN PENGGUBAHAN MUZIK INI di buat pada ________________, di antara


ELIAS Software AB, sebuah syarikat berasal di Stockholm, Sweden (kemudian daripada ini
dirujuk sebagai “Penerbit”), dan ____________________, seorang komposer berasal di
________________________ (kemudian daripada ini dirujuk sebagai “Pemilik”).
MANAKALA, si Pemilik memiliki dan mengawal gubahan muzikal tertentu yang mana dirujuk
sebagai Hasil Kerja Muzik di seluruh dokumen ini;
MANAKALA, si Penerbit terlibat dalam perniagaan penerbitan muzik dan pengedaran dan
mempunyai fasiliti-fasiliti dan perkhidmatan-perkhidmatan yang tertentu yang terdapat padanya
untuk kerja-kerja pengurusan dan penggunaan kerja muzik; dan
MANAKALA si Pemilik berhajat untuk memberikan si Penerbit hak untuk menerbitkan dan
mengedarkan Hasil Kerja Muzik dan seterusnya berhajat untuk melantik si Penerbit menjadi
sebagai pentadbir tidak ekslusif kepada Hasil Kerja Muzik dan si Penerbit sanggup untuk
menerima tanggungjawab, kawalan, dan perlantikan tersebut.
MAKA DENGAN INI, bertepatan dengan syarat-syarat dan persetujuan-persetujuan yang
terkandung dalam perjanjian ini, pihak-pihak ini bersetuju kepada perkara berikut:
1. Deskripsi Hasil Kerja Muzik.
Si Pemilik memiliki dan mengawal Hasil Kerja Muzik yang terdiri daripada gubahan muzikal
(ELIAS Theme) memasuki Pertandingan Komposer ELIAS 2016.
2. Pemberian Hak-Hak.
Si Pemilik dengan ini, memperuntukkan, memindahkan, dan menyerahkan kepada si Penerbit
hak-hak tidak eksklusif untuk mentadbir, mengedar, mengiklan, dan atau selainnya menguruskan
Hasil Kerja Muzik tersebut, yang mana si Penerbit bersetuju untuk melakukannya bertepatan
dengan amalan kerja terbaik yang biasanya terdapat dalam industri penerbitan muzik. Yang
Pemberian di atas termasuklah sebagai contoh tetapi tidak terhad:
(a) Hak tidak eksklusif untuk menerbit, mengiklan, menjual, dan jualan dalam pelbagai
bentuk, Hasil Kerja Muzik tersebut, dan mengutip segala hasil dan royalti yang akan
dibayar kemudiannya untuknya;

(b) Hak tidak eksklusif untuk mendakwa, mempertahankan, dan menyelesaikan mana-mana
tindakan pihak ketiga atau tuntutan berkaitan dengan Hasil Kerja Muzik tersebut dan hak-
hak yang berkaitan dengan si Pemilik dan Penerbit di dalamnya. Tiada sebarang tindakan
akan, walaupun, diselesaikan tanpa persetujuan si Pemilik, persetujuan tersebut tidak
akan ditahan tanpa sebarang sebab; melainkan, walaupun, persetujuan tersebut tidak
diperlukan jika si Pemilik telah melanggar representasi material, jaminan, atau kewajipan
yang ditetapkan si Pemilik dalam Perjanjian ini: dan

(c) Hak tidak eksklusif untuk memasuki perjanjian dengan pihak ketiga yang berkaitan atau
tidak bekaitan untuk apa yang digelar sebagai sub penerbitan kepada Hasil Kerja Muzik
di seluruh dunia dan untuk mengutip segala hasil dan royalti yang akan dibayar di
bawahnya.

3. Perwakilan dan Waranti kepada Pihak-pihak.

Si Pemilik mewakilkan dan mewarantikan kepada si Penerbit yang:

(a) Ianya mempunyai hak penuh, kuasa, dan kewibawaan untuk memasuki dalam Perjanjian
ini dan untuk mengurniakan kepada si Penerbit segala hak yang bertujuan untuk
dikurniakan kepada si Penerbit;
(b) Si Pemilik mempunyai hak penuh atas Hasil Kerja Muzik dan dilindungi oleh undang-
undang hak cipta negara mereka, dan pentadbiran, pengawalan, penggunaan, dan
eksploitasi oleh si Penerbit tidak akan menjadikan si Penerbit tertakluk kepada liabiliti
oleh mana-mana jenis pihak ketiga.
(c) Tidak ada dan akan adanya lien atau bebanan ke atas Hasil Kerja Muzik dan si Pemilik
tidak akan sebelum ini dan selepasnya meminta atau menerima mana-mana pujukan
daripada mana-mana pihak ketiga yang mana akan menyusutkan wang kepada si Penerbit
untuk pentadbiran, atau eksploitasi Hasil Kerja Muzik tersebut dalam apa cara sekalipun.

Si Penerbit mewakilkan dan mewarantikan kepada si Pemilik bahawa:

(a) Si Penerbit adalah, dan akan sentiasa dalam tempoh aktif di dalam negara Sweden dan,
melalui pemegang-pemegang lesen atau ejen-ejen pengutipan atau mana-mana
masyarakat di dunia ini, dalam perniagaan penerbitan muzik; dan
(b) Si Penerbit memiliki hak penuh, kuasa, dan kewibawaan untuk memasuki dalam
Perjanjian ini dan untuk mengurniakan kepada si Pemilik segala hak yang bertujuan
untuk dikurniakan kepada si Pemilik.

4. Pampasan

Jumlah Pendahuluan. Si Penerbit akan membayar sejumlah $__________ (USD) yang


tidak bergantung kepada royalti.
Bayaran Royalti. Si Penerbit bersetuju untuk membayar kepada si Pemilik, semasa
terma asal dan sebarang pembaharuan hak cipta di seluruh dunia, royalti yang sepadan
dengan Hasil Kerja Muzik, seperti berikut:

80% daripada segala keuntungan edaran yang dijana; 20% selebihnya akan
disimpan oleh si Penerbit.

Si Penerbit akan mengemukakan kepada si Pemilik satu pernyataan akaun bertulis untuk
royalti yang akan dibayar kepada si Pemilik di bawah Perjanjian ini dalam jangkamasa
sembilan puluh (90) hari selepas tamat tempoh setiap tahun kalendar yang hak-hak si
Penerbit dalam Hasil Kerja Muzik akan perlu dibayar. Setiap daripada pernyataan akan
menjadi perakuan yang dinyatakan, muktamad dan terikat dan tidak tertakluk kepada
mana-mana bantahan untuk apa-apa sebab jua oleh si Pemilik, melainkan si Penerbit
menerima notis bantahan bertulis menyatakan perkara-perkara yang dibantah dan
bantahan berfakta dan berkontrak daripada si Pemilik dalam satu tempoh yang berpatutan
dari tarikh mana-mana pernyataan tersebut, kemudiannya sebahagian daripada
pernyataan yang tidak dibantah itu akan menjadi perakuan yang dinyatakan seperti diatas.

5. Buku-buku dan Rekod-rekod.

Si Pemilik boleh menyebabkan buku-buku akaun si Penerbit untuk diperiksa dan


diringkaskan atas pembiayaan si Pemilik oleh seorang akauntan awam berkelayakan yang
perlu untuk menyemak ketepatan sebarang pernyataan perakaunan yang dikemukakan
kepada si Pemilik yang mana tidak menjadi akaun yang dinyatakan seperti yang diberikan,
tetapi:
(a) Tidak lebih dari satu pemeriksaan sepertinya akan dibenarkan dalam mana-mana tahun
kalendar;
(b) Si Pemilik tidak boleh melantik seorang akauntan untuk melaksanakan mana-mana
pemeriksaan yang mana kemudiannya secara langsung atau tidak langsung (dalam contoh
terkini melalui firma yang beliau telah dilantik) terlibat dalam pemeriksaan buku-buku
akaun yang lain atau seseorang yang mencadangkan untuk melaksanakan pemeriksaan
tersebut atas asas yuran kontinjen;
(c) Tidak lebih dari satu (1) pemeriksaan sedemikian akan dilakukan kepada buku-buku
akaun si Penerbit dalam mana-mana enam (6) bulan tempoh kalendar;
(d) Tiada pemeriksaan yang akan dibenarkan kepada mana-mana akauntan yang enggan
untuk mengesahkan kepada si Penerbit dalam menulis akan tidak mendedahkan
keputusan hasil laporan auditnya, kecuali kepada si Pemilik dan sebagaimana yang
diperlukan dalam pertuduhan kepada mana-mana prosiding undang-undang yang
dijalankan berikutannya; dan
(e) Si Pemilik tidak akan mempunyai hak untuk mengaudit atau memeriksa selain daripada
yang dibenarkan dan dihadkan.
6. Tempoh. Perjanjian ini akan berkuatkuasa pada tarikh yang tertera di atas dengan syarat
kedua-dua Pihak telah menandatanginya. Perjanjian ini akan diperbaharui secara automatik
untuk 5 tempoh berturut-turut di atas terma yang sama, syarat-syarat, dan persetujuan yang
terkandung di dalamnya, melainkan mana-mana pihak memberikan notis penamatan secara
bertulis kepada pihak yang lain akan niat mereka untuk tidak memperbaharuinya sebelum
tarikh luput. Meskipun demikian, Perjanjian ini akan ditamatkan awal dengan persetujuan
bersama oleh kesemua pihak atau mana-mana pihak boleh menamatkan Perjanjian ini dengan
memberikan notis bertulis kepada pihak yang lain, dalam tempoh tiga puluh (30) hari.

7. Jaminan gantirugi. Setiap pihak akan menggantirugi dan mengakui pihak yang lain tidak
menanggung apa-apa kerugian, kerosakan, atau pembiayaan yang timbul daripada
perlanggaran dengan pihak yang menggantirugi tersebut pada mana-mana yang
diwakilkannya atau waranti yang terkandung dalam Perjanjian ini. Notis bertulis segera
kepada mana-mana tuntutan gantirugi ini berkaitan akan diberikan oleh pihak yang
digantirugi kepada pihak yang menggantirugi dan pihak yang menggantirugi akan
mempunyai hak untuk terlibat dalam pembelaan dengan peguam yang dipilih olehnya atas
pembiayaan sendiri.

8. Hubungan Pihak-pihak. Tiada apa yang terkandung dalam Perjanjian ini akan ditafsirkan
atau diterjemahkan sebagai menubuhkan satu perkongsian, usaha sama, agensi, atau
hubungan majikan/pekerja antara pihak-pihak tersebut. Tiada orang ketiga yang dimaksudkan
untuk menjadi benefisiari pihak ketiga selepas ini.

9. Pindaan dan Pengecualian. Mana-mana terma atau peruntukan daripada Perjanjian ini
boleh dipinda, dan pematuhan kepada mana-mana terma daripada Perjanjian ini boleh
dikecualikan hanya dengan cara bertulis yang ditandatangani oleh pihak yang akan terikat
dengannya.

10. Tiada-pengecualian. Kegagalan kepada mana-mana pihak untuk menguatkuasakan mana-


mana peruntukan kepada Perjanjian ini pada bila-bila masa tidak akan ditafsirkan sebagai
satu pengecualian hak kepada suatu pihak selepas itu untuk menguatkuasakan mana-mana
peruntukan tersebut.

11. Keterasingan. Jika atas mana-mana sebab sesebuah mahkamah yang mempunyai bidang
kuasa yang berkelayakan mendapati mana-mana peruntukan atau bahagian daripada
Perjanjian ini tidak dapat dikuatkuasakan, peruntukan daripada Perjanjian tersebut akan
dikuatkuasakan sekadar mana had maksimum yang dibenarkan agar memberi kesan kepada
niat pihak-pihak, dan baki kepada Perjanjian ini akan terus berkuatkuasa dan berkesan
sepenuhnya.
12. Notis-notis. Mana-mana Notis yang mana-mana pihak berniat atau diperlukan untuk
diserahkan kepada pihak yang lain hendaklah dalam bentuk bertulis, dihantar melalui pos
prabayar, surat-menyurat yang disahkan atau berdaftar, resit pulangan yang diminta, dan
hendaklah dialamatkan kepada alamat pihak-pihak yang dinyatakan pada permulaan
Perjanjian ini. Tarikh untuk surat-menyurat hendaklah mengikut tarikh notis diberikan.

13. Keseluruhan Perjanjian. Perjanjian ini mengandungi segala persefahaman antara pihak-
pihak terlibat. Ianya tidak boleh diubahsuai melainkan dibuat secara bertulis yang
ditandatangani oleh kedua-dua pihak.

14. Penugasan. Sebuah pihak tidak boleh menugaskan mana-mana haknya atau
tanggungjawabnya di bawah Perjanjian ini tanpa persetujuan bertulis terlebih dahulu
daripada pihak yang lain. Perjanjian ini akan diikat ke atas dan kepada manfaat setiap pihak
dan pengganti selepasnya atau petugas yang dibenarkan.

15. Kaunterpart. Perjanjian ini boleh dilaksanakan dalam apa-apa jumlah kaunterpart, yang
mana setiap satunya akan menjadi yang asal sebagai mengambilkira kepada mana-mana
pihak yang tandatangannya muncul selepasnya dan semuanya bersama-sama membentuk
satu instrumen yang serupa. Perjanjian ini akan terikat apabila satu atau lebih kaunterpart,
sama ada secara individu atau bersama, mempunyai tandatangan setiap satu pihak. Setiap
pihak hendaklah melaksanakan dan memberikan kepada pihak yang lain dan kepada orang
ketiga seperti lainnya dan apa-apa instrumen dan surat-menyurat kemudiannya sebagaimana
munasabah diperlukan untuk menguatkan niat dan tujuan-tujuan di sini.

16. Kepala Surat


Kepala surat dan tajuk-tajuk dalam Perjanjian ini adalah untuk tujuan rujukan sahaja dan tidak
membentuk sebahagian daripada Perjanjian ini dan tidak berkuasa dan berkesan secara sah.

17. Undang-undang yang memerintah


Perjanjian ini akan diperintah oleh undang-undang negara Sweden.

18. Tandatangan

DENGAN MENANDATANGANI PERJANJIAN INI, SAYA MENGAKUI YANG SAYA


TELAH MEMBACA DAN MEMAHAMI DAN BERSETUJU UNTUK DIIKAT DENGAN
TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT YANG TERKANDUNG DI DALAM INI.
ELIAS SOFTWARE AB COMPOSER/OWNER

_______________________________ _______________________________

_______________________________ _______________________________
Nama yang ditulis Nama yang ditulis

_______________________________ _______________________________

Date Date

Anda mungkin juga menyukai