Anda di halaman 1dari 3

Latar Belakang

Seiring dengan membudayakan inisiatif keusahawanan di kalangan warga UTM dan


sekitarnya, UTM Bazar merupakan program yang telah diwujudkan sejak 2012 oleh Unit
Kampus Ekopelancongan, Bahagian Perkhidmatan, Pejabat Harta Bina serta satu-satunya
program sepumpamanya yang mendapat kelulusan rasmi Jawatankuasa Pengurusan
Universiti. UTM Bazar merupakan kesinambungan kepada program UTM Car Boot Sale yang
pernah diadakan oleh unit ini pada 2009-2010 yang lepas.

Pada mulanya, program UTM Bazar diadakan pada setiap sekali seminggu pada hari
Khamis, bermula jam 4 petang.

Mulai akhir tahun 2013, program UTM Bazar telah diperkemaskan lagi dengan kerjasama
bersama Kelab Pembantu Am Pejabat UTM (PAP UTM) dan diubah harinya kepada setiap
Selasa, bermula jam 4 petang. UTM Bazar kini diadakan dengan pemanjangan tempoh
operasi perniagaan mulai jam 4 petang hingga 10 malam berkuatkuasa 2 September 2014
sehingga sekarang.

Bagi program UTM Bazar Ramadhan pula, Unit Kampus Ekopelancongan telah bekerjasama
dengan Kesatuan Kakitangan Am UTM mulai Ramadhan 1437 H untuk menganjurkan
program tersebut. Masih lagi diadakan di Laman Menanti, UTM, UTM Bazar Ramadhan
dibuka pada setiap petang menjelang berbuka puasa mulai jam 3.00 hingga 8.00 malam.

Waktu Operasi UTM Bazar


Setiap hari Selasa: 4.00 petang hingga 10.00 malam
Waktu Operasi UTM Bazar Ramadhan
Setiap hari di bulan Ramadhan: 3.00 petang hingga 8.00 malam

Garis Panduan UTM Bazar / Bazar Ramadhan


1. Menjalankan perniagaan di petak yang diluluskan oleh pihak universiti sahaja.
2. Kebersihan petak yang digunakan perlu diselenggara dan dijaga dengan baik semasa
berniaga dan selepas tamat waktu berniaga serta menyediakan tong sampah yang
secukupnya dan bersih dari sebarang kekotoran.
3. Peniaga hanya dibenarkan menggunakan peralatan mudah-alih seperti kerusi, gerai dan
perlulah disimpan atau dialih pasca aktiviti.
4. Tidak dibenarkan sama sekali meninggalkan atau meletakkan atau menyimpan peralatan
di tempat yang digunakan sebagai tambahan untuk perniagaan pasca waktu yang
dibenarkan.
5. Peniaga perlu memastikan bahawa tiada sebarang struktur kekal diletakkan di petak
berkenaan.
6. Tempoh kebenaran rasmi yang dibenarkan adalah untuk 4 (EMPAT) minggu setiap
permohonan dan perlu diperbaharui sebelum tamat tempoh tersebut.
7. Bagi peniaga yang menjalankan perniagaan barang-barang basah seperti daging, ayam,
ikan, sayuran, buahan dan lain-lain, hendaklah memastikan tiada air pada bekas-bekas
barang basah tersebut yang mengalir di kawasan perniagaan.
8. Buat masa ini, hanya seorang penama/peniaga untuk satu lot sahaja yang dibenarkan.
9. Bagi peniaga yang membawa masuk kenderaan ke petak perniagaan, kenderaan
hendaklah disusun dengan teratur bagi tidak mengganggu lalu lintas dan enjin kenderaan
perlu dimatikan sepanjang masa operasi UTM Bazar.
10. Bagi peniaga yang menggunakan kenderaan bergerak seperti van, lori kecil dan
motosikal hendaklah memastikan tempat meletak kenderaan dalam keadaan yang tersusun
bagi memastikan setiap pengunjung yang datang dapat meletakkan kenderaan mereka di
tempat yang telah ditetapkan.
11. Peniaga diwajibkan mempamerkan Stiker Khas UTM Bazar sepanjang tempoh masa
perniagaan dijalankan dan meletakkannya di tempat yang mudah untuk dilihat serta dilarang
mempelawa atau menyewa lot yang diberikan kepada peniaga lain.
12. Perniagaan hanya dibenarkan dipetak yang diluluskan sahaja.
13. Penggunaan polistirena bagi tujuan pembungkusan makanan dan minuman
adalah TIDAK DIBENARKAN sama sekali digunakan di dalam kawasan kampus UTM
termasuklah bagi program UTM Bazar.
14. Bagi perniagaan berbentuk makanan atau minuman, peniaga wajib mendapatkan
suntikan pelalian terhadap demam kepialu (Typhoid Fever). Pemilik premis
bertanggungjawab memastikan pekerja-pekerja yang terlibat dalam pengendalian makanan
menjalanai pemeriksaan perubatan dan mengambil vaksinasi terhadap demam kepialu
daripada Pusat Kesihatan Universiti. Semua salinan asal perlu disimpan sendiri sama ada
oleh pemilik premis atau pengendali makanan untuk pemeriksaan dari semasa ke semasa.
Sesalinan bukti laporan pemeriksaan perubatan dan pemberian suntikan vaksinasi terhadap
demam kepialu (Typhoid Fever), serta bukti menghadiri kursus pengendalian makanan
hendaklah dikemukakan kepada urus setia semasa mengemukakan permohonan
perniagaan.
15. PERINGATAN: Pihak universiti tidak akan bertanggungjawab ke atas apa jua bentuk
kemalangan, kecederaan, kehilangan, kecurian yang berlaku semasa tempoh perniagaan
dijalankan.
16. Garis panduan ini adalah tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa pihak
universiti.

Kadar Sewaan dan Caj Kebersihan:


Setiap peniaga akan dikenakan kadar sewa seperti di bawah ini:
(a) Satu hari: RM 10.00 (sewa tapak) + RM 10.00 (caj kebersihan)- tanpa penggunaan
elektrik;
(b) Satu hari: RM 15.00 (sewa tapak) + RM 10.00 (caj kebersihan)- dengan penggunaan
elektrik ;
(c) Sebulan: RM 40.00 (sewa tapak) X 4 minggu = RM 60.00 + RM 10.00 (caj kebersihan)-
tanpa penggunaan elektrik;
(d) Sebulan: RM 60.00 (sewa tapak) X 4 minggu = RM 60.00 + RM 10.00 (caj kebersihan)
-dengan penggunaan elektrik.
Saiz Gerai: 10′ X 10″
Pertanyaan:
Urus setia, UTM Bazar / Bazar Ramadhan
Unit Kampus Ekopelancongan
Bahagian Perkhidmatan

Anda mungkin juga menyukai