Anda di halaman 1dari 5

JURNAL MINGGUAN 11

PRAKTIKUM FASA 2/ 2019

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN

06000 JITRA KEDAH

JURNAL REFLEKTIF MINGGUAN

Nama Pelajar : Lim Wen Shan

Kursus dan Ambilan : PISMP Pendidikan Matematik

Pendidikan Rendah Ambilan Jun 2016

Tempoh Praktikum : 10 Jun 2019 hingga 13 Jun 2019

Pengkhususan : Pendidikan Matematik

Nama Guru Pembimbing : En. Ooi Yin Hong ( Bidang Teras )


Pn. Ang Kim Kee ( Elektif Teras )
Nama Pensyarah Pembimbing : Dr. Nor Hayati binti Mt. Ali ( Bidang Teras )
Cik Chew Kwong Kiat ( Elektif Teras )
Catatan Minggu Ke-11 : 25 Ogos 2019 hingga 29 Ogos 2019
Tajuk Jurnal : Murid yang gagal mengawal tingkah laku iaitu
sangat aktif dan bising semasa dalam kelas.

1.0 MASALAH

Sepanjang minggu ini, masalah yang telah saya hadapi adalah masalah
disiplin murid. Disiplin merupakan kepatuhan seseorang dalam mengikuti peraturan
atau tatatertib kerana didorong oleh adanya kesedaran yang ada pada kata hatinya
tanpa adanya paksaan dari pihak luar. (Suharsimi Arikunto, 1980:114) Menurut
Thomas Gordon (1996:3), disiplin merujuk kepada perilaku dan tatatertib yang sesuai

1
JURNAL MINGGUAN 11
PRAKTIKUM FASA 2/ 2019

dengan peraturan dan ketetapan, atau perilaku yang diperoleh dari pelatihan yang
dilakukan secara berterusan. Kedua-dua hujahan tokoh tersebut menunjukkan
bahawa betapa pentingnya disiplin dalam mengawal pergerakkan murid.

Sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran saya, saya telah menghadapi


masalah di mana disiplin murid agak sukar untuk dikawal. Sebagai contoh, selepas
aktiviti berkumpulan, saya mendapati bahawa murid agak sukar untuk memberi
perhatian yang sepenuhnya kepada guru. Murid-murid pada waktu ini lebih
cenderung untuk bersembang ataupun bermain di dalam kelas. Kadang-kala hal ini
telah menyebabkan sesi pengajaran dan pembelajaran saya terganggu.

2.0 ANALISIS MASALAH

Bagi memastikan objektif pengajaran seseorang guru dapat tercapai


sepanjang masa, seseorang guru perlulah memastikan kemahiran menguruskan
bilik darjahnya adalah baik. Hal ini demikian sekiranya disiplin di dalam kelas adalah
teruk, maka secara tidak langsungnya objektif pengajaran yang ingin tercapai akan
gagal. Sepanjang minggu tersebut, telah berlakunya beberapa perkara yang
menyebabkan saya menyedari kemahiran kawalan kelas saya adalah agak lemah.
Antaranya termasuklah:

1. Murid mula bermain dan bersembang selepas aktiviti berkumpulan.


2. Murid hanya boleh mendisiplinkan diri selama beberapa minit selepas ditegur
oleh guru dan akan mengulangi tingkah laku negatif tersebut selepas
beberapa minit.

2.0 CADANGAN PENYELESAIAN

Penentuan peraturan kelas akan dapat membantu guru dalam mengajar dan
menguruskan bilik darjah dengan lebih efektif. Hal ini sekali gus akan dapat
memastikan setiap murid di dalam kelas tersebut akan menghormati orang lain serta
dihormati. Menurut Marlene Canter, guru mempunyai hak untuk menentukan dan
2
JURNAL MINGGUAN 11
PRAKTIKUM FASA 2/ 2019

mengamalkan peraturan serta mengarahkan murid untuk mematuhinya. Hal ini


membuktikan bahawa seseorang guru perlulah menentukan peraturan kelas dalam
sesebuah kelas. Bagi menyelesaikan masalah ini, saya telah mengambil tindakan
seperti berikut:

1. Menggunakan tanda isyarat untuk mengawal kelas.


2. Merangka peraturan kelas serta mengamalkan peraturan kelas dengan
lebih tegas.
3. Mencetak serta menampalkan peraturan yang telah ditentukan pada
tempat yang mudah dinampak, contohnya pada belakang buku latihan
serta pada depan papan notis.
4. Menggunakan sistem ganjaran dan dendaan untuk mengawal kelas.
5. Menentukan peraturan serta dendaan yang adil dan saksama kepada
semua murid tanpa berat sebelah.
6. Teruskan pengajaran serta memberi pujian kepada pelajar yang memberi
kerjasama.
7. Jelaskan tindakan yang disediakan bagi pelajar yang tidak memberi
kerjasama.

4.0 TEMPOH PENYELESAIAN

Tempoh penyelesaian masalah adalah 2 September 2019 hingga 5


September 2019 (sepanjang praktikum Fasa 2/ 2019) supaya masalah disiplin murid-
murid dapat diselesaikan dengan baik.

5.0 TINDAKAN SUSULAN

Tindakan susulan yang telah saya terapkan adalah:

1. Menampalkan peraturan yang ditetapkan pada dinding dan di muka surat


pertama buku latihan murid.

3
JURNAL MINGGUAN 11
PRAKTIKUM FASA 2/ 2019

2. Melaksanakan peraturan yang ditetapkan dengan tegas. Contohnya apabila


murid tetap bertingkah laku negatif selepas ditegur, maka murid tersebut
akan dikehendaki untuk berada di dalam ruang insaf diri.
3. Melaksanakan sistem token di mana murid akan mendapat sesuatu ganjaran
dalam tempoh masa yang tertentu.

6.0 KESIMPULAN

Tuntasnya, kita sebagai guru pelatih perlulah melaksanakan peraturan kelas


yang telah kita tetapkan dengan tegas sekali supaya kemahiran pengurusan bilik
darjah dapat bertingkat lagi. Dengan senantiasa membuat refleksi selepas proses
pengajaran dan pembelajaran, nescaya kemahiran mengawal kelas kita akan
bertambah baik.

Sekian, terima kasih.

7.0 RUJUKAN

Cooper, H., (2001). The Battle Over Homework. Corwin Press Inc, 65.

Choong,L., (2009). Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku. Shah Alam: Kumpulan
Budiman Sdn. Bhd.

Hamzah, H., & Samuel, J. N. (2014). Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku.
Shah Alam: Oxford Fajar.

Pandangan / Komen Guru Pembimbing

4
JURNAL MINGGUAN 11
PRAKTIKUM FASA 2/ 2019

____________________________________________________________________

____________________________________________________________________

____________________________________________________________________

____________________________________________________________________

Tarikh : ___________________

Tandatangan : ____________________

Nama : ____________________

Pandangan / Komen Pensyarah Pembimbing

____________________________________________________________________

____________________________________________________________________

____________________________________________________________________

____________________________________________________________________

Tarikh : ____________________

Tandatangan : ____________________

Nama : ____________________

Anda mungkin juga menyukai