Anda di halaman 1dari 1

Aku, Kris dan Kristal

Hampir tiga tahun aku berada di sini. Jauh dari tanah air dan keluarga tercinta.
Selama tiga tahun ini, aku tidak pernah pasti apakah perasaanku. Kadang-kadang aku
berasa begitu gembira kerana dapat mengaut ilmu di rantau orang. Kadang-kadang pula
sepi menggamit rindu lantaran berjauhan daripada yang tersayang. Namun, kadang-
kadang, hati sering diburu cerhas berpanjangan kerana iman yang menjadi bekalan
cuma senipis kulit bawang. Segala-galanya membangkitkan naluri mengajar erti
ketabahan, kecekalan dan kegigihan. Entah mengapa, saat sepi ini sering mengundang
Kris dan Kristal dalam diriku. Bagiku Kris dan Kristal insan yang paling istimewa
dalam sejarah hidup aku sebagai anak dagang di daerah asing ini. Kali pertama aku
menjejakkan kaki di Cardiff, dapat aku rasakan bahawa aku tidak berasa sunyi di
bumi Britain ini. "Helo, saya Kris." Aku disapa mesra. Sekilas aku memandangnya
hairan. Ielaki yang memperkenalkan dirinya Kris menghulurkan tangannya. Aku sekadar
tersenyum. Tanpa menyambut tangannya, aku hanya mengangguk. "Saya Hana." Kris
tersenyum manis. Rambutnya yang ikal dan matanya yang berwama hazel bersinar
lembut. "Dari Indonesia?" Aku menggeleng. "Malaysia." Aku membetulkan sangkaannya.
"Anda fasih berbahasa Melayu!" Kris tersenyum. Dia lantas menarik kerusi dan duduk
di sebelahku. "Saya pernah tinggal di Malaysia, mengikut bapa." "Bekerja?" "Duta
..." "Nama anda?" "Hana." "Hana sahaja?" Aku tergelak dan membetulkan dudukku.
Terasa sengal sendi lututku. "Hana Hashim!" "Mudah untuk dlingat oleh semua!" Kami
sama-sama tergelak. Pada saat itu, muncul seorang gadis tinggi lampai berambut
blond berwarna biru. Ciri-ciri remaja Barat. Berpakaian kasual — berseluar panjang
dengan blaus berlengan panjang berwarna hijau zamrud. Sungguh cantik. Seketika aku
terpegun. Sungguh! Dia seorang yang perfect! Kris yang menyedari kehadiran gadis
cantik itu dengan segera bangun dan memperkenalkannya kepadaku. "Ini Kristal. Dan
ini Hana dari Malaysia." Kami berjabat tangan. Begitulah mulanya aku rapat dengan
Kris dan Kristal. Lantaran kos hidup yang tinggi dan memandangkan biasiswa yang aku
terima saban bulan tidak mencukupi untuk membiayai segala-segalanya, Kris telah
bermurah hati mempelawa aku tinggal di rumah ibunya di pinggir Bandar Cardiff.
Kebetulan bapanya masih berada di Malaysia. Memang canggung apabila tinggal di
rumah orang asing yang tiada pertalian darah. Namun, aku tetap bersyukur kerana
memperoleh tempat tinggal sebelum aku berjaya mendapat apartment.
"Orang Malaysia cantik dan berhemah tinggi. Macam Hana!" Aku menerima pujian itu
dengan senyum yang melebar di bibir. Bukan sekali dua aku menerima pujian itu
daripada Kris. "Kenapa mesti pakai ini? Kris bertanya sambil menuding jari
telunjuknya ke arah tudung yang aku pakai. "Di sini, saya nampak ramai orang
berpakaian seperti Hana." Dia menambah. Angin sejuk bulan Februari mengelus lembut.
Pada hujung minggu, aku, Kris dan Kristal sering menghabiskan masa di Barry Island,
dua kilometer dari Bandar Cardiff. Setelah penat berjalan, kami bertiga bersantai
di tepi jambatan Pulteney di Bath, memerhatikan perahu yang mudik dan memberi itik-
itik makanan. Sesungguhnya saat itu amat manis, amat indah. Itulah yang bakal
menemani sepiku, mengubat rinduku pada tanah air, pada keluarga.
(Dipetik daripada Dima Mazlina, 2002.)

Anda mungkin juga menyukai