Anda di halaman 1dari 5

Sabtu, September 13, 2008 Cerpen : Selamanya Aku Milik Mu

Miss Baby Blue " Assalamualaikum..sayang, abang dah balik" suara suamiku mengejutkanku yang sedang leka memotong kentang untuk dimasak kari ayam, lauk kegemaran suamiku yang tersayang. "Waalaikummusalam. Eh, abang dah balik rupanya. Tak dengar pun bunyi kereta abang" Tanpa berlegah-legah lagi aku segera mencuci tangan dan mencium tangannnya lantas mengambil beg kerjanya untuk diletakkan di atas meja. Suamiku mengucup dahiku tanda terima kasihnya kepadaku. Begitulah sifatnya yang penuh romantis dan penyayang tidak mengira masa dan ketika. "Emm..sedapnya bau. Sayang masak lauk favorite abang kan? Soal suamiku sewaktu aku menyambung semula memotong kentang. " Ye abang. " balasku sambil ku sibuk memotong pula lada besar. "Ni yang buat abang tambah sayang lagi kat isteri abang ni. Meh sini abang nak cium cikit" suamiku memeluk kemas pinggangku dari arah belakang dan bersedia untuk menghadiahkan kucupan di pipiku. "Eh, abang ni. Kan Lia tengah masak ni..Nanti kotor pulak baju abang tu. Lagipun abang bucuk la. Pe kata abang pegi mandi dulu"sengaja aku mengusik suamiku namun suamiku tidak jua menghiraukannya dan terus mengucup pipiku bertalu-talu. "Ha..ha..ha..kan dah kena cium. Kata lagi abang busuk" suamiku berlalu naik ke bilik untuk mandi berserta senyuman nakalnya yang tidak lekang dari bibir. Sudah setahun aku mendirikan rumahtangga bersama Rizman, jejaka pilihanku. Nyata mahligai yang kami dirikan tetap utuh walau dimakan usia. Walapun sehingga kini kami tidak dikurniakan cahaya mata tetapi Rizman tidak pernah berputus asa dan sedih. Katanya mungkin belum ada rezeki buat kami. Kata-katanya yang sentiasa menasihatku agar sentiasa sabar dan sekuat seperti mana cekalnya isteri Nabi Muhammad SAW, Siti Aishah dan isteri-isteri Baginda yang lain menjadi pembakar

semangat kepadaku jua membuatkan aku lebih tabah menghadapi hidup ini. Benar kata umie ku, hidup ini umpama suatu pelayaran yang menuju ke pelabuhan yang abadi. Sebagai hamba ALLAH, kita hendaklah kuat dan tabah. Akan ada gelora yang bakal jua menimpa untuk menguji sekuat mana iman kita kepada-NYA yang ESA. Berbekalan iman dan ilmu di dada yang dikurnia pasti sebesar dan sebanyak manapun ombak itu datang kita tetap jua tenang menghadapinya. Selepas solat selesai Isyak dan makan malam, suamiku membawaku ke Pantai Air Papan, Mersing yang sering kami kunjungi di saat kami bergelar pasangan kekasih dahulu. Pantai itulah yang menjadi saksi di saat Rizman melafazkan madahmadah cintanya serta melamarku sebagai permaisurinya ke akhir hayatnya. Dengan mengupah seorang pemuda memainkan petikan gitar yang mendendangkan lagu Sejiwa nyanyian kumpulan Spring, menghadiahkanku 100 kuntuman bunga ros putih berserta sebentuk cincin yang bartahtakan berlian putih dia melutut sambil mengikrarkan sumpah dan janjinya untuk terus mencintai dan menjagaku seumur hidupnya. Amat indah dan syahdunya perasaanku pada pada saat itu hinggakan berlinangan air mataku jatuh bercucuran. Sebagai tanda setuju, aku tersenyum sambil mengangguk-angguk kepala lantas Rizman menjerit-jerit kegembiraan seperti orang yang hilang akal. "Sayang, abang amat cintakan sayang dan dalamnya cinta abang ni hanya ALLAH yang tahu. Abang tak tahu ape yang akan terjadi pada hidup abang jika abang kehilangan sayang" lafaz suamiku sambil mengenggam erat tanganku ketika kami berjalan di gigi air laut di pantai itu. "Lia pun cinta, kasih dan sayang pada abang sorang je. Jangan risau yea sayang, andai maut dan takdir tidak memisahkan kita kasih Lia ni takkan berubah untuk abang" balasku sambil tersenyum mesra kepadanya. Dengan tidak semena-mena, suamiku menyeluk poket seluarnya dan mengeluarkan kotak kecil yang diikat rapi dengan reben. Bersama-sama kotak itu juga terdapat kad ucapan yang

berwarna merah dan tertulis "Selamanya Aku Milik Mu". "Surprise!! Ni untuk isteri kesayangan abang"suamiku lantas menghulurkan hadiah dan kad ucapan kepadaku. "Eh, ape ni abang?? Menyusahkan abang je. Tapi takpe la . Orang dah bagi, tak baik tolak kan?" soalku kepadanya. "Alah tak menyusahkan abang pun. Sayang bukalah hadiah tu. Abang nak pegi toilet jap tau. Dari tadi abang tahan sakit perut ni " suamiku lantas pergi ke tandas awan yang tidak jauh dari pantai. Aku hanya ketawa kecil mendengar kata-kata suamiku itu. Patut la dari aku perhatikan wajah suamiku bagai menahan sakit. Lantas aku melabuhkan punggungku di atas sebuah batu dan aku terus membaca kad yang diberikan bersama-sama rantai itu. Aku berulang-ulang kali menghayati dan membaca bait-bait kata dalam kad itu menyentuh kalbuku kerana amat puitis dan dramatis. Sayang, Terasa lapang dan nyamannya di jiwaku Saat kau menyatakan cintamu hanya padaku yang satu Walaupun seribu tahun berlalu Aku kan tetap mencintamu Usah kau ragu dan gusar Akan ku pertahankan cinta ini agar sentiasa mekar Walaupun badai dan taufan datang mencabar Jiwaku sesekali takkan gentar SELAMANYA AKU MILIK MU Pencintamu, Rizman Selepas itu, aku dengan cermat dan berhati-hati membuka ikatan reben kotak itu. Aku amat terkejut melihat isi di dalamnya yang berupa rantai emas putih yang dihiasi butiran permata dan kristal. Rantai itu tampak elegan dan klasik.

"Pandai betul abang pilih" puji hatiku apabila melihat rantai itu. Dengan tiba-tiba deras mengalir titisan air salju dari mataku. " Tahniah Encik Rizman dan Puan Lia. Anda berdua akan bergelar mummy and daddy tak lama lagi ". Doktor Afzar menjabat tangan suamiku ketika menyampaikan berita gemmbira kepada kami berdua. " Apa doktor saya bakal jadi daddy??. Syukur, alhamdullilah.Yahoo..Sayang kita tak lama lagi dapat baby!! Abang nak anak kembar. Sorang perempuan dan sorang lelaki. Aku memanjatkan sejuta kesyukuran kepada Tuhan Yang Maha Esa atas kurniaan-Nya menganugerahkan zuriat yang amat bermakna bagi kami berdua.

Kini sembilan tahun telah berlalu semenjak dirimu pergi jauh meninggalkan diriku. Pemergian yang tak mungkin akan kembali kerana dirimu telah dijemput pergi. Hiba sekali tatkala mengenangkan mu, sayang. Kau pergi tanpa kerelaanku. Namun aku sebagainya hamba-Nya menerima takdir dengan penuh kepasrahan walaupun getir terasa. Tak ku sangka yang dirimu menghidap penyakit barah otak. Cekap sekali kau menyembunyikan deritamu dari pengetahuan ku. Patutlah aku sering melihat dari hari ke hari dirimu kelihatan tak bermaya dan semakin kurus. Puas ku memaksa mu berjumpa doktor namun tiap kali kau memberi alasan yang kepenatan akibat bekerja..... Muhammad Fazriz dan Siti Fazrizah merupakan peninggalan yang kau tinggalkan untuk menemani kesunyian semenjak ketiadaanmu. Walaupun anak-anak kita tidak sempat merasa akan kasih seorang abah namun ku sedaya upaya mencuba agar anak-anak kita tidak sesekali merasa derita tanpa mu. Akulah ibu dan akulah abah bagi Fazriz dan Fazrizah. Amat berat sekali tanggungjawab yang terpikul di bahuku namun akan ku gagahi demi amanat yang kau berikan di saat-saat akhir kau menghembuskan nafasmu. Kini mereka berdua telah berusia 9

tahun dan merekalah segala-galanya bagiku. Mereka nyawa dan nadiku yang membuatkan aku mampu gagag perkasa mengharugi dunia ini. Fazriz sering berkata " Ibu jangan sedih, Allah sayang sangat kat abah. Itu yang Allah ambik abah. Ustaz pun kata kita kena terima takdir dengan redha dan hati yang terbuka" . Manakala anakku,Fazrizah menyatakan mereka berdua akan menjagaku dengan sebaiknya dan belajar dengan bersungguh-sungguh. Sungguh bijak sekali anakku menasihatiku. Dalam usia semuda itu sudah mengerti akan kemestiaan seorang hamba-NYA untuk pasrah menerima takdir ILAHI. Bergelar seorang ibu tunggal bukanlah mudah bak selayang pandang. Berbagai-bagai dugaan yang menimpaku sepanjang ketiadaan Rizman di sisiku.Masih segar dalam kotak ingatanku apabila aku dituduh perampas suami orang, janda gatal, dan bermacam-macam tuduhan yang amat pedih untukku telan. Tak kurang juga aku pernah cuba diperkosa oleh bos tempat kerjaku. Mujur aku masih kuat dan gagah untuk meneruskan kehidupan pada ketika itu. Anak-anakku menjadi pembakar semangat untuk aku tidak terus rebah dipukul badai kehidupan. Acap kali umie meleteri ku agar mencari pengganti mu namun aku aku tak kan bisa tegar melakukan demikian kerana... kerana hati ini telah tertulis selamanya aku milikmu sayang......

Anda mungkin juga menyukai