Anda di halaman 1dari 2

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SK BATU 7 Kod Sekolah: TBA1041

1. Nama Guru AJEERAH BINTI YAHYA

2. Judul 3. Bidang:
Bukan Serapuh Daun Maple
4. Tarikh Pembentangan 5. Masa:

6. Tempat Pembentangan
7. Sinopsis

Tanpa cinta, hanya rasa sayang yang sekelumit itu, dia berpegang pada janji
pertunangan dengan Andrian. Lalu Tasneem menerima lagi janji daripada Mak Uda,
untuk mencari Andrian di Bridgeport, Connecticut, Amerika Syarikat.
Namun di sini jua, Christian tercari-cari diri sendiri dan penciptanya. Kehadiran Tasneem
bagaikan membawa cahaya indah yang dicarinya. Sejenak mereka bahagia, namun
dugaan datang menghancurkan segalanya. Tasneem setia menanti walau datang
khabar daripada Siti Hajar, Christian pergi tidak akan kembali. Berkali-kali Tasneem
mengingatkan dirinya sendiri bahawa cintanya pada Christian bukanlah serapuh daun
maple.

Dengan izin TUHAN, mereka pasti bertemu semula di suatu musim panas yang indah.
Angan-angankah ini atau bakal menjadi kenyataan?
"Christian, segala sudah tinggal kenangan antara kita. Bersama gugurnya deraian salji
ini, begitulah cinta kita yang berputik kala musim panas yang lalu sudah pun layu dan
gugur di bumi." - Tasneem

"Maafkan aku sayang...entah mengapa selama percintaan ini kita percaya pada impian
masa hadapan. Tetapi sebenarnya hari ini pun tidak aku pasti ke manakah haluan
hubungan kita sudah terputus. Mungkinkah kita tidak akan bertemu lagi buat selama-
lamanya." - Christian Olson
"Mana boleh mengukur nilai cinta dengan jarak waktu. Kadang-kala kita boleh jatuh cinta
pada seseorang hanya dari pandangan pertama," - Siti Hajar

" Aku menginginkan kau selamanya di sampingku. Aku semakin yakin bahawa kau
sentiasa menarikku ke arahmu bagai besi berani yang berlainan kutub." - Andrian
8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran

Tasneem yang bertudung mendorong Christian untuk mengenali Islam dengan lebih
dekat dan dorongan dari Pak Ciknya sendiri yang telah lama memeluk Islam juga banyak
membantu Christian  untuk mudah menerima Islam sebagai pegangannya yang baru.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,


........................................................ ........................................................
( ) ( )

Anda mungkin juga menyukai