Anda di halaman 1dari 1

Doa Majlis Penyerahan Kunci Vista Perdana Fasa 2

‫الر ِح ْي ِم‬
َّ ‫الرحْ َم ِن‬
َّ ِ‫س ِم هللا‬
ْ ‫ِب‬
.‫ص َحابِ ِه أَجْ َم ِع ْي َن‬
ْ َ ‫علَى آ ِل ِه َوأ‬ َ ‫علَى‬
َ ‫س ِِّي ِدنَا ُم َح َّم ٍد َو‬ َ ‫سالَ ُم‬ َّ ‫ب ا ْل َعالَ ِم ْي َن َوال‬
َّ ‫صالَة َوال‬ ِِّ ‫ا َ ْل َح ْم ُد ِ ََّلِلِ َر‬
Ya Allah Ya Tuhan Kami, pada hari yang berbahagia ini, kami memanjatkan kesyukuran yang
tidak terhingga kepadaMu Ya Allah, kerana pada petang ini, kami dapat berkumpul dan berhimpun
untuk sama-sama dalam Majlis Penyerahan Kunci Vista Perdana Fasa 2 pada kali ini.

Ya Allah ya Tuhan kami, Kami bersyukur kepadaMu Ya Allah kerana telah memberi peluang
kepada kami menjadi penduduk Vista Perdana Fasa 2 ini samada bermukim atau bermustautin di
sini. Sebagai warga penduduk di sini, kami bermohon kepadaMu agar kawasan tempat tinggal yang
kami cintai ini mampu melahirkan penduduk-penduduk yang berilmu dan berakhlak mulia, dan
mampu melahirkan pemimpin bertaraf tinggi, mampu melahirkan insan-insan yang mengharumkan
nama Vista Perdana di mata masyarakat dan negara.

Ya Allah ya tuhan kami, Kau berkatilah usaha-usaha kami sebagai seorang warga penduduk
di sini, baik yang tua ataupun yang muda untuk terus sama-sama bersatu tenaga, berganding bahu
dan bertolak ansur, memaju dan menjaga nama baik tempat tinggal yang kami cintai ini agar
cemerlang dari segi akhlak mahupun sahsiah diri.

Ya Allah Ya Rohman ya Rohim, Kau lindungilah tempat tinggal kami ini daripada perkara-
perkara yang tidak baik, daripada perkara-perkara yang boleh menjejaskan keharmonian di kawasan
kediaman kami ini, daripada perkara-perkara yang boleh menjatuhkan maruah penduduk Vista
Perdana dan seterusnya kami bermohon petunjuk dan hidayahmu agar tempat tinggal kami ini
sentiasa mendapat kerahmatan, kemakmuran, dan kesejahteraan untuk terus membimbing anak
generasi kami demi agama, bangsa dan negara.

‫ َوالَ تَجْ َع ِل اللَّ ُه َّم‬، ‫ص ْو ًما‬ ُ ‫ َوتَفَ ُّرقَـ َ َنا ِم ْن َب ْع ِد ِه تَفَ ُّرقا ً َم ْع‬، ‫اَللَّ ُه َّم اجْ َع ْل َج ْم َعنَا َهذَا َج ْمعًا َم ْر ُح ْو ًما‬
ُ‫اخ ُره‬ ِ ‫اللَّ ُه َّم اجْ َع ْل َخ ْي َر أ َ ْع َم ِار َنا َء‬. ‫ش ِق ًّيا َوالَ َم ْط ُر ْودًا َوالَ َمحْ ُر ْو ًما‬ َ ‫فِ ْينَا َوالَ َم َعنَا َوالَ َم ْن َيتْ َبعُنَا‬
ِ َّ‫َو َخ ْي َر أ َ ْع َما ِل َنا َخ َواتِ ُمهُ َو َخ ْي َر أي‬
‫امنَا يَ ْو َم أ ْلقَاكَ فِ ْي ِه اللَّ ُه َّم ا ْغ ِف ْرلَنَا ذُنُ ْوبَنَا َو ِإل ْخ َوانِنَا الَّ ِذ ْي َن‬
ٌ ‫ان َوالَ تَجْ عَ ْل فِ ْي قـُلُ ْو ِب َنا ِغالًّ ِللَّ ِذ ْي َن َءا َمنُ ْوا َربَّ َناإنَّكَ َر ُء ْو‬
‫ف َر ِح ْي ٌم َربَّنَا َءاتِنَا فِي‬ ِ ‫سبَقُ ْونَا ِب‬
ِ ‫اإل ْي َم‬ َ
‫علَى َءا ِل ِه َوصَحْ ِب ِه‬
َ ‫علَى ُم َح َّم ٍد َو‬
َ ُ‫صلَّى هللا‬ َ َ ‫عذ‬
َ ‫اب النَّ ِار َو‬ َ ‫سنَة ًَوقِنَا‬ َ ‫ال ُّد ْنيَا َح‬
ِ ‫سنَة ً َوفِي‬
َ ‫األخ َر ِة َح‬
.‫ب العَالَ ِم ْي َن‬ِِّ ‫سلَّ َم َوا ْل َح ْم ُد ِ ََّلِلِ َر‬
َ ‫َو‬

Anda mungkin juga menyukai