Anda di halaman 1dari 5

Teks Pengacara Majlis Khatam Al-Quran 2019

Bismillahirrahmanirrahim, Assalamu’alaikum wbt

Yang Berusaha, En. Hasnol Jaza bin Jamin, YDP PIBG SK Amar Penghulu

Yang Berusaha, Puan Rohaimi binti Ismail, Naib YDP SK Amar Penghulu

Yang Berusaha, Cikgu Abdul Aziz bin Adam,

Guru Besar Sekolah Kebangsaan Amar Penghulu,

Yang Dihormati, Cikgu Mohd Aiman bin Abdoll Aziz, Penolong Kanan Pentadbiran,

Ustazah Wan Nur Farahiyah binti Wan Isa, Penolong Kanan Hal-Ehwal Murid,

Cikgu Muhamad Tarmizi bin Abu Hasan, Penolong Kanan Ko-Kurikulum,

Rakan-rakan guru dan staff, seterusnya

Yang dikasihi, semua murid SK Amar Penghulu sekalian.

((Selamat datang dan terima kasih diucapkan kepada Yang berbahagia


___________________________________________________________________atas kesudian
menerima undangan ke Majlis Khatam Al-Quran bagi tahun 2019.))

‫القرءان ختم مجليس إل بكم مرحبا و سهال و أهال‬....

Alhamdulillah, seiring kita menadah tangan menzahirkan rasa kesyukuran ke hadrat


Allah SWT, Tuhan Yang Maha Tinggi kerana dengan limpah dan izin-Nya jua, dapat
kita dipertemukan dalam Majlis Khatam Al-Quran ini. Mudah-mudahan hasrat untuk
melahirkan generasi yang cintakan al-Qur’an dapat direalisasikan melalui program-
program sebegini.

Zikir Munajat Pembersih jiwa

Doa dipohon menjana taqwa

Bagi memberkati majlis kita pada tengahari ini, marilah kita sama-sama menadah
tangan penuh kehambaan kepadaNya....,
Untuk itu, majlis mempersilakan Ustaz Aris bin Nordin, Imam Surau Kampung Renal /
Muhammad Norhaikal Ezany bin Nasip dari tahun 5 Arif untuk memimpin bacaan
doa.....dipersilakan.

####################

Amin..ya rabbal alamin

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas pimpinan bacaan doa itu
tadi..Semoga majlis kita mendapat keberkatan dan lindungan Allah SWT.

Hadirin sekalian,

Seterusnya dipersilakan Cikgu Rahmad bin Mohamad untuk memimpin Majlis


Khatam Al-Quran kita pada hari ini. Majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan.

#########

Alhamdulillah, selesai sudah Majlis Khatam Al-Quran kita pada hari ini. Namun,
majlis kita masih belum selesai.

Seterusnya majlis mempersilakan Yang berusaha, Cikgu Abdul Aziz bin Adam, Guru
Besar Sekolah Kebangsaan Amar Penghulu, untuk menyampaikan ucapan alu-
aluan. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

#########

Majlis merakamkan ucapan ribuan terima kasih atas ucapan alu-aluan sebentar
tadi.
Acara seterusnya ialah penyampaian sijil khatam al-Quran bagi murid-murid
yang telah selesai mengkhatam Al-Quran. Majlis dengan berbesar hati
mempersilakan Yang Berusaha Cikgu Abdul Aziz bin Adam, Guru Besar Sekolah
Kebangsaan Amar Penghulu untuk menyampaikan sijil tersebut. Dengan segala
hormatnya dipersilakan.

Dipersilakan………………..

1. _______________________________
2. _______________________________
3. _______________________________

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Cikgu Abdul Aziz bin Adam atas
kesudian menyempurnakan penyampaian sijil sebentar tadi.

Alhamdulillah, majlis kita sudah sampai di penghujungnya. Saya mewakili seluruh


Ahli Jawatankuasa Pelaksana Majlis Khatam al-Qur’an Tahun 2019, ingin
mengungkapkan ucapan rasa syukur dan terima kasih kepada semua pihak yang
terlibat dalam menjayakan majlis kita pada hari ini samada secara langsung
mahupun tidak. Moga kita semua akan beroleh keberkatan daripada-Nya, insya
Allah.

Dikesempatan ini, saya ingin memohon ribuan kemaafan andai ada salah dan silap
sepanjang mengacarakan majlis ini.

Marilah sama-sama kita akhiri majlis kita pada hari ini dengan membaca tasbih
kaffarah dan surah al-`Asr.

Sekian sahaja, salam hormat, wa bilLahit Taufiq walHidayah wassalamu `alaikum wa


Rahmatullahi wa Barakatuh. Wa fi AmnilLahi Ta’ala wa ilal liqa’, ma’as salamah.
ُ‫لله اَ ْل َح ْمد‬
ُ ‫ب‬ُ‫العَالَ همينَُ َر ه‬, ‫صالَة هل ْلمت َّ هقيْنَُ َوالعَاقهبَة‬َّ ‫سالَمُ َوال‬ َّ ‫علَى َوال‬ َ
َ ُ‫علَى م َح َّمد‬
‫سيه هدنَا‬ ْ َ‫أَ ْج َم هعيْنَُ َوأ‬
َ ‫ص َحابه هُه آ هل هُه َو‬
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim

Di hari yang mulia ini, kami hamba-hambaMu berkumpul dan berhimpun bagi
menjayakan Majlis Khatam Al-Quran tahun 2019 ………. Kami bermohon
padaMu Ya Allah agar Engkau berkatilah majlis kami ini. Engkau jadikanlah
ia sebagai amalan yang mendapat ganjaran pahala darimu.

Ya Allah Ya Fattah Ya Alim, Engkau rahmatilah kami dengan kemuliaan Al


Quran. Jadikanlah ia sebagai panduan hidup kami dan kurniakanlan
kepada kami kelazatan membacanya siang dan malam.

Ya Allah Ya Tuhan kami, hiasilah diri kami dengan perhiasan al- Quran,
muliakanlah kami dengan kemuliaan al Quran, pakaikanlah kami dengan
pakaian al Quran, dan masukkanlah kami Ya Allah ke dalam syurgamu
dengan syafaat al Quran.

Ya Allah, kami memohon kepada-Mu kehidupan yang tenteram, kematian


yang tenang dan tempat kembali yang tidak menyedihkan dan mengaibkan
kami.

Ya Allah, kami memohon kepada-Mu sebaik-baik permohonan, sebaik-baik


doa, sebaik-baik kejayaan, sebaik-baik ilmu, sebaik-baik amal, sebaik-baik
pahala, sebaik-baik kehidupan dan sebaik-baik kematian.

Ya Allah ya Tuhan kami, lindungilah kami dari sifat alfa dan lalai dari
mengingati Mu dan jadikanlah kami orang yang berilmu dan Engkau
jauhkanlah kami dari kejahilan yang merosakkan kami.

Ya Allah, kurniakanlah kepada kami rasa cinta dan kasih untuk beramal
dengan al Quran dan kau sinarilah hati-hati kami keenakan dan kelazatan
membaca ayat-ayat Mu. Engkau basahkanlah lidah kami dengan menyebut
ayat-ayat Mu dan lapangkanlah dada kami bagi menerima segala
perintahMu.

‫سنَة ال ُّد ْن َيا فهي َءاتهنَا َربَّنَا‬


َ ‫األخ َرةهُ َوفهي ً َح‬ ‫سنَة ه‬ َ ‫اب َوقهنَاً َح‬ َُ ‫ع َذ‬ َ ‫النَّار‬
.‫صلَّى‬ َ ‫علَى للاُ َو‬ َ ُ‫علَى م َح َّمد‬
َ ‫ص ْحبه هُه َءا هل هُه َو‬َ ‫سلَّ َُم َو‬ ُ‫َو ْال َح ْمد ه َّه‬
َ ‫ َو‬، ‫لِل‬
ُ‫ال َعالَ هميْنَُ َر ه‬
‫ب‬
‫‪DOA SEMPENA KHATAM AL-QURAN – SELEPAS SELESAI MAJLIS‬‬

‫ن للاهُ هبس هْمُ‬


‫الرحْ َم هُ‬
‫الرحه ي هُْم َّ‬
‫َّ‬
‫ي للهُ ْالـ َح ْمدُ‬ ‫صالَة ‪ ،‬ال َّ‬
‫صالهـ َحاتًُ تَتهمُ بهنه ْع َمته هُه ال هذ ُْ‬ ‫علَى َوال َّ‬
‫سالَمًُ َوال َّ‬ ‫علَى األمه يْنَُ َرس ْو هلنَا َ‬
‫هً َءا هل هُه َو َ‬
‫ص َحابه هُ‬
‫أجْـ َم هعيْنَُ َوأ ْ‬

‫‪Segala puji bagi Allah S.W.T., tuhan sekalian alam, selawat dan salam ke atas‬‬
‫‪junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. dan ke atas keluarga serta para sahabat‬‬
‫‪baginda sekalian.‬‬
‫عل ْهمنُا َ نَسهينَا َما مه نهُ ذَكهرنَا الله َُّم َو َرحـ َمة َوهدى َونورا هإ َماما لَنَا َواج َعلهُ بهالقر َءان ار َحـمنَا الله َّمُ‬ ‫اللَي هُ‬
‫ل آنَا َُء تهالَ َوت َهُ َوارزقنَا َج ههلنَا َما مه نهُ َو َ‬
‫طر َُ‬
‫اف‬ ‫َ‬
‫ار َوأ َ‬ ‫َ‬
‫الم هًين ًَ َربُ يَا ح َجةُ لنَا َواجعَلهُ النَ َه هُ‬ ‫‪.‬العَ َ‬
‫‪Ya Allah ya tuhan kami, rahmatilah kami dengan Al-Quran, jadikanlah Al-Quran‬‬
‫‪sebagai panduan, cahaya yang menyinari kehidupan kami dan sebagai petunjuk‬‬
‫‪jalan kebenaran kepada kami.‬‬

‫‪Ya Allah ya tuhan kami, lindungilah kami dari sifat alpa dan lalai dari mengingatiMu,‬‬
‫‪jadikanlah kami orang yang berilmu dan jauhkanlah kami dari kejahilan yang‬‬
‫‪merosakkan kami.‬‬
‫ل يا اللهم‬ ‫ي َويَا الكهتاَب م ه‬
‫نـز َُ‬ ‫جر َُ‬
‫بم ه‬
‫س َحا هُ‬
‫ال َّ‬

‫‪Kurniakanlah kepada kami rasa cinta dan kasih untuk beramal dengan AlQuran,‬‬
‫‪sinarilah hati-hati kami dengan keenakan dan kelazatan membaca ayat-ayatMu.‬‬
‫‪Basahilah lidah kami dengan sentiasa menyebut ayat-ayatMu dan lapangkanlah‬‬
‫‪dada kami bagi menerima dan beramal dengan segala titah perintahMu.‬‬

‫كرمنَا ‪ ,‬القر َءان هب هزينَة زَ هينَا الله َّمُ‬ ‫َوأَل هبسنَا ‪ ،‬القر َءان هبش ََرافَ هُة َوش ََّرفنَا ‪ ،‬القر َءان هب َك َرا َم هُة َُوأَ ه‬
‫دخلنَا ‪ ،‬القر َءان هب هخل َع هُة‬ ‫ع هُة ال َجنَّ ُةَ َوأ َ ه‬
‫شفَا َ‬‫عا هفنَا ‪ ،‬القر َءان هب َ‬‫ل همن َو َ‬ ‫ع َذا هُ‬
‫ب الدن َيا َبالَ هُء ك هُ‬ ‫اآلخ َرهُة َو َ‬
‫ه‬
‫‪ .‬القر َءان بهحر َم هُة‬

‫بر َوفهي ‪ ،‬قَ هرينا الدنيَا فهي لَنَا القر َءان اج َعل الله َّمُ‬ ‫علَى ‪َ ،‬‬
‫ش هفيعا ال هقيَا َم هُة َوفهي ‪ ،‬مؤْ نهسا القَ هُ‬ ‫َو َ‬
‫الص َر هُ‬
‫اط‬ ‫َار َو همن ‪َ ،‬ر هفيقا ال َجنَّ هُة َو هإلَى ‪ ،‬نورا ه‬ ‫ت َو هإلَى ‪َ ،‬و هح َجابا هسترا الن هُ‬ ‫َيرا هُ‬‫َد هليالُ ك هل َها الخ َ‬
‫هك هبفَض هل َُ‬
‫ك َو هإ َماما‬ ‫ك َوجود َُ‬‫‪.‬يَُا َك هريم َو َك َر هم َُ‬

‫ان همن َون هَجنَا ‪ ،‬القر َءان هب هه َدا َي هُة ا ْه هدنَا اَلَّله َّمُ‬ ‫ضيلَ هُة َد َر َجا هتنَا َوارفَع ‪ ،‬القر َءان هب َك َرا َم هُة ال هن َ‬
‫ير هُ‬ ‫هبفَ ه‬
‫عنَّا َو َك هفر ‪ ،‬القر َءان‬ ‫س هيئَا هتنَا َ‬ ‫سان َيا َذاالفَض هُ‬
‫ل القر َءان هب هتالَ َوهُة َ‬ ‫اإلح َ‬
‫الدن َيا هفي َءا هتنَا َربَّنَا ‪َ ،‬و ه‬
‫سنَةُ‬‫اآلخ َرةهُ َوفهي َح َ‬ ‫سنَةُ ه‬ ‫اب َوقهنَا َح َ‬ ‫ع َذ َُ‬ ‫َار َ‬
‫‪.‬الن هُ‬

‫صلَّى‬
‫علَى للاُ َو َ‬
‫علَى م َح َّمدُ َ‬
‫ص ْحبه هُه َءا هل هُهًَ َو َ‬ ‫لِل َو ْال َح ْمدُ ‪َ ،‬و َ‬
‫سلَّ َُم َو َ‬ ‫ال َعالَ هميْنَُ َر هُ‬
‫ب ه َّهُ‬

Anda mungkin juga menyukai