Anda di halaman 1dari 33

JABATAN PENDIDIKAN POLITEKNIK DAN KOLEJ KOMUNITI

(JPPKK)

Maklumbalas JPPKK Terhadap 30 Isu Yang


Dibangkitkan NUTP Semasa Sesi Engagement
JPPKK-NUTP pada 4 Mac 2019

BAHAGIAN KOMPETENSI DAN PENINGKATAN KERJAYA (BKPK)


8 April 2019
Isu-Isu yang dibangkitkan oleh NUTP
semasa Sesi Engagement JPPKK-NUTP Bil 2/2019
di Everly Hotel, Putrajaya pada 4 Mac 2019

Terdapat 30 isu yang dibangkitkan oleh NUTP semasa Sesi Engagement JPPKK-NUTP Bil
2/2019. Kesemua isu ini telah dianalisis dan boleh dipecahkan kepada 10 tema seperti
berikut:

Halaman

TEMA 1: KECEMERLANGAN INSTITUSI DAN JAMINAN KUALITI 2


Isu berkaitan: 1 dan 20

TEMA 2: SKOP DAN TANGGUNGJAWAB PPPT 6


Isu berkaitan: 2,3,4,7,17 dan 23

TEMA 3: PENGURUSAN MAKLUMAT 11


Isu berkaitan: 5 dan 6

TEMA 4: FASILITI P&P 14


Isu berkaitan: 8

TEMA 5: DASAR SKIM PPPT 15


Isu berkaitan: 9,10,22, 24, 25 dan 26

TEMA 6: PENEMPATAN PPPT 19


Isu berkaitan: 11 dan 21

TEMA 7: PERJAWATAN 21
Isu berkaitan: 12,14,15,29 dan 30

TEMA 8: AMBILAN PELAJAR 24


Isu berkaitan: 13 dan 28

TEMA 9: DASAR JABATAN DAN KAWALAN DALAMAN 26


Isu berkaitan: 16,19 dan 27

TEMA 10: PENJAJARAN PROGRAM PENGAJIAN 28


Isu berkaitan: 18

1
Isu-Isu yang dibangkitkan oleh NUTP
semasa Sesi Engagement JPPKK-NUTP Bil 2/2019
di Everly Hotel, Putrajaya pada 4 Mac 2019

TEMA 1: KECEMERLANGAN INSTITUSI DAN JAMINAN KUALITI


KOD
PERKARA ISU CADANGAN NUTP
ISU

ISU 1 Terlalu banyak 1. Pensyarah perlu Penambahbaikan


pengauditan dari menyediakan dokumen- 1. Politeknik atau KK perlu fokus
pelbagai agensi dokumen berkaitan bagi kepada pengiktirafan yang
yang perlu tujuan pengiktirafan. bersesuaian berdasarkan
dipatuhi bagi prospek sijil atau diploma yang
tujuan 2. Jadual audit dari agensi- ditawarkan.
pengiktirafan agensi yang berlainan
proses yang bertindih dan 2. MQA patut dikekalkan untuk
pengajaran dan mengganggu proses program bukan teknologi
pembelajaran pengajaran dan manakala ETAC dikekalkan
serta kandungan pembelajaran untuk program teknologi
kursus sesuatu kejuruteraan SAHAJA.
sijil atau diploma 3. Berikut adalah
pengauditan dan 3. ISO dilaksanakan di bahagian
pengiktirafan yang perlu yang kritikal seperti
dipatuhi oleh Politeknik peperiksaan, kewangan,
dan Kolej Komuniti: khidmat pengurusan SAHAJA
APACC, MQA, ETAC, tanpa melibatkan proses
ISO, OSHA, EKSA, pengajaran dan pembelajaran.
EPMO, POLIRATE,
CCRC 4. OSHA diperlukan untuk
jaminan keselamatan
berdasarkan pada Akta 514
dengan syarat peruntukan
kewangan disalurkan pada
pihak institusi tanpa
mengganggu ABM institusi

5. EKSA perlu dilaksanakan untuk


Bahagian Pentadbiran sahaja.
Tidak wajar untuk P&P.

6. EPMO/POLIRATE/CCRC perlu
dimansuhkan kerana:
a. Impak yang kurang kepada
pelajar
b. Berfungsi hanya untuk
membandingkan
keupayaan/pencapaian
antara politeknik/kolej
komuniti
c. Terlalu banyak KPI yang
perlu dipenuhi. Pensyarah
memperuntukkan masa
yang banyak untuk
mencapai KPI dan pelajar
kurang diberi tumpuan.

7. APACC perlu dimansuhkan


kerana:
a. Tidak memberi impak

2
Isu-Isu yang dibangkitkan oleh NUTP
semasa Sesi Engagement JPPKK-NUTP Bil 2/2019
di Everly Hotel, Putrajaya pada 4 Mac 2019

terhadap palajar dari segi


kerjaya
b. Telah melaksanakan
akreditasi ETAC dan MQA
yang jelas menunjukkan
peluang kerjaya dan
menyambung pelajaran
setara dengan IPT lain.

ISU 20 Pensyarah 1. Pensyarah terpaksa Penambahbaikan


menggunakan membayar sendiri yuran 1. Jabatan perlu memohon dan
kewangan untuk peperiksaan bagi menyediakan peruntukan khas
sendiri bagi mendapatkan tujuan di bawah latihan bagi tujuan
tujuan Akreditasi mendapatkan Kelayakan naik taraf profesional
Program Sijil Professional seperti: pensyarah
Pengajian a. Malaysia Board of 2. Untuk menghasilkan ramai
Technologists (MBOT) pensyarah yang kompetensi.
b. Board of Engineers
Malaysia (BEM)
c. SURVEYORS
d. Malaysian Institute Of
Accountants (MIA)
e. Autodesk Certified
Professional (ACP)

MAKLUMBALAS JPPKK

ISU 1

1. Secara umum, Sistem Jaminan Kualiti yang utuh perlu dibuktikan oleh institusi bagi
memperlihatkan komitmen pengurusan dan warganya dalam menjalankan fungsi masing-
masing. Maka adalah menjadi satu amalan baik sekiranya sesuatu institusi mempunyai sistem
jaminan kualiti yang releven seperti ISO yang dapat menambahbaik mutu perkhidmatan dan
penyampaian secara berterusan.

2. Pematuhan akreditasi adalah diwajibkan kepada semua program pengajian yang ditawarkan
oleh politeknik & kolej komuniti selaras dengan Akta 679 (Akta MQA 2007), Akta 138 (Akta
Pendaftaran Kejuruteraan 1967) dan Akta 768 (Akta Teknologis & Juruteknik 2015).
Pemakaian kepada akta-akta ini adalah berdasarkan bidang pengajian yang mana program
bidang kejuruteraan dan teknologi kejuruteraan perlu mengikut Akta 138, program bidang
teknologi mengikut Akta 768 dan lain-lain bidang mengikut Akta 679. Oleh itu, tidak timbul isu
pertindihan antara MQA dan ETAC.

3. Jabatan tidak mewajibkan institusi di bawahnya untuk mendapatkan pensijilan MS ISO 9001.
Namun bagi tujuan akreditasi program, MQA memerlukan bukti wujudnya komitmen
pengurusan dan warga dalam menjalankan fungsi masing-masing secara sistematik. MS ISO
9001 merupakan pembuktian yang terbaik bagi tujuan ini.

4. Sebagai penambahbaikan, Jabatan bersetuju untuk institusi melihat semula skop persijilan
MS ISO 9001 yang diperlukan di institusi masing-masing.

5. Jabatan bersetuju bahawa pematuhan kepada Akta 514 (Akta Keselamatan dan Kesihatan
Pekerjaan 1994) merupakan satu perkara yang perlu diberi keutamaan dalam pengurusan di
institusi. Walaubagaimanapun peruntukkan kewangan yang diturunkan kepada institusi adalah
terhad, maka pengurusan di institusi perlu merancang pelaksanaan akta ini mengikut
kemampuan dan keutamaan institusi. Persijilan ISO 45001: 2018 – Occupational Safety And
3
Isu-Isu yang dibangkitkan oleh NUTP
semasa Sesi Engagement JPPKK-NUTP Bil 2/2019
di Everly Hotel, Putrajaya pada 4 Mac 2019

Health Management bukan satu keperluan.

6. Jabatan akui pada 2017 dan 2018 terdapat beberapa aktiviti pengauditan yang bertindih,
namun di bawah penstrukturan semula JPPKK penyelarasan telah dibuat dengan mewujudkan
Bahagian Governan dan Kecemerlangan Institusi. Antara penambahbaikan ialah:
 Sistem pemantauan prestasi institusi yang lebih mesra pengguna telah diperkenalkan
dengan mengambilkira konsep bersepadu kepada sistem sedia ada secara
berperingkat.
 KPI diwujudkan merujuk kepada Pelan Strategik Poilteknik Dan Kolej Komuniti 2018-
2025 seiring Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015 – 2025 (Pendidikan
Tinggi) dan Rangka Kerja TVET 4.0.
 Penarafan POLIRATE telah dihentikan setakat 2017 dan MySpeKK pula telah
dihentikan pada 2016
 Dasar PTPTN mengambil kira sistem penarafan sesuatu institusi di dalam
mempertimbangkan keupayaan peminjam membayar balik pinjaman. Jika IPTA
menggunakan Sistem STARA dan IPTS menggunakan MyQUEST, maka politeknik dan
kolej komuniti bakal menggunakan Instrumen Bersepadu TVET yang sedang dalam
proses penggubalan bersama antara KPM dan KSM. Tanpa sistem penarafan, pelajar
Politeknik dan Kolej Komuniti akan berhadapan dengan isu untuk mendapatkan
pembiayaan pendidikan daripada PTPTN

7. Jabatan bersetuju dengan cadangan EKSA dilaksanakan untuk Bahagian Pentadbiran di


institusi sahaja.

8. Akreditasi APACC merupakan satu-satunya akreditasi yang menilai institusi berbeza dengan
akreditasi melalui MQA yang berfokuskan kepada program pengajian. Terdapat 7 kriteria di
dalam akreditasi APACC meliputi aspek pengurusan, PdP, sumber manusia, R&D,
penjenamaan & hubungan industri, pengurusan sumber/fasiliti dan khidmat sokongan kepada
pelajar. APACC juga mengambil kira kebolehpasaran graduan, oleh itu ia menyediakan sistem
pendidikan, di politeknik ke arah sistem penarafan TVET antarabangsa yang lebih berprestij di
masa hadapan. Sungguhpun begitu, APACC hanya melibatkan politeknik yang mempunyai
sumber yang mencukupi sahaja pada masa ini. Selepas Malaysia mendapat akreditasi emas
beberapa politeknik daripada luar negara telah datang ke Malaysia untuk membuat lawatan
penandaarasan bagi mendapatkan pengakreditasian APACC.

Bahagian yang terlibat:


BGK – Kecemerlangan Institusi, Jaminan Kualiti

ISU 20

1. Kelayakan Professional seperti Ir, Sr, Ar, Ts amat digalakan bagi PPPT mendapatkannya,
namun ia bukanlah syarat untuk mendapatkan akreditasi penuh sesuatu program. Ia juga tidak
meningkatkan kompetensi pensyarah secara langsung. Ia hanya suatu nilai tambah yang
dapat meningkatkan imej pensyarah dalam sistem politeknik dan kolej komuniti. Justeru,
segala kos untuk mendapatkan kelayakan professional ini tidak dapat ditanggung oleh Jabatan.
Namun, Jabatan mengiktiraf usaha dan kos yang dikeluarkan pegawai untuk mendapatkan
pengiktirafan professional ini dengan memberi markah bonus semasa pegawai memohon
kenaikan pangkat.

2. Secara prinsipnya, Jabatan hanya akan menanggung kos untuk pegawai mendapatkan
sesuatu kelayakan yang diperlukan bagi tujuan akreditasi penuh program pengajian. Selain itu,
Jabatan juga menanggung kos untuk pegawai mendapatkan professional industrial certificate
dalam bidang-bidang yang diperlukan oleh Jabatan kerana ia dapat meningkatkan kompetensi
pensyarah secara langsung.

4
Isu-Isu yang dibangkitkan oleh NUTP
semasa Sesi Engagement JPPKK-NUTP Bil 2/2019
di Everly Hotel, Putrajaya pada 4 Mac 2019

Bahagian yang terlibat:


BGK – Jaminan Kualiti
BKPK – Peruntukan Latihan

5
Isu-Isu yang dibangkitkan oleh NUTP
semasa Sesi Engagement JPPKK-NUTP Bil 2/2019
di Everly Hotel, Putrajaya pada 4 Mac 2019

TEMA 2: SKOP DAN TANGGUNGJAWAB PPPT

KOD
PERKARA ISU CADANGAN NUTP
ISU
ISU 2 Pensyarah 1. Pensyarah tidak dapat Penambahbaikan
melaksanakan menumpukan sepenuh 1. Mewujudkan juruteknik (J)
tugas di luar perhatian kepada proses sepenuh masa untuk
PdP di makmal pengajaran dan menguruskan bengkel dan
dan bengkel pembelajaran kerana makmal. (1 juruteknik
terpaksa melaksanakan menjaga 2-3 bengkel) seperti
kerja-kerja pengurusan mana dipraktikan oleh
bengkel: Universiti Awam.
a. Inventori aset
b. Penyelenggaraan 2. Mewujudkan Jawatan
aset dan loji Pembantu Pensyarah bagi
c. Keselamatan aset membantu kerja-kerja
d. Pelupusan dan hapus persediaan di bengkel.
kira aset
e. Pemeriksaan dan
audit aset
f. Kemaskini rekod aset
di dalam MYSPA

2. Tugas tersebut adalah di


luar bidang skop tugas
pensyarah. Berdasarkan
kepada keperluan audit
MQA dan ETAC
keperluan juruteknik
adalah sangat penting
bagi memastikan aset-
aset kerajaan di urus
tadbir dengan baik dan
berkesan.

ISU 3 Kerja-kerja 1. Pensyarah dapat Penambahbaikan


Perkeranian mengelakkan Melantik Pengawas Peperiksaan
Pengurusan kepentingan peribadi daripada kalangan Pembantu
Peperiksaan kerana yang Tadbir.
menyediakan
peperiksaan adalah
pensyarah sendiri.
ISU 4 Kerja-kerja 1. Pensyarah menjalankan: Penambahbaikan
Perkeranian a. Pendaftaran pelajar Melantik perjawatan pembantu
oleh Pensyarah baru tadbir bagi pengurusan seperti
dalam proses b. Penasihatan yang disebut perlu
PdPc. Akademik
c. Pengurusan Data
peribadi pelajar pada
setiap semester.
d. Menguruskan kes
salah laku pelajar
semasa PdPc.
e. Pengurusan proses
markah.
f. Pengurusan 1
6
Isu-Isu yang dibangkitkan oleh NUTP
semasa Sesi Engagement JPPKK-NUTP Bil 2/2019
di Everly Hotel, Putrajaya pada 4 Mac 2019

Lecturer for 5
Graduated Student
(1L5G),
kebolehpasara,
Pembelajaran
Sepanjang Hayat
(PSH), Kolaborasi.
2. Perkara-perkara di atas
sangat mengganggu
tumpuan pensyarah
untuk mengajar dan
menjalankan proses
penyelidikan dan
pembangunan yang
melibatkan PdPc.
ISU 7 Pengendalian 1. Pembaziran Penambahbaikan
sistem-sistem masa/tenaga serta Tugasan itu diagihkan kepada
pengurusan tumpuan pensyarah staf kategori J/N
aset, perolehan pada PdP.
dan kewangan
Politeknik/ Kolej
Komuniti (E-
Perolehan
IFGMAS/
MYSPA) yang
rumit oleh
pensyarah yang
sepatutnya
dibuat oleh staf
skim J
ISU 17 Pensyarah 1. Pensyarah terpaksa Penambahbaikan
bekerja pada meninggalkan keluarga 1. Mewujudkan perjawatan
hujung minggu di hujung minggu kerana pegawai sepenuh masa PSH
kerana menguruskan perjalanan bagi menguruskan hal-hal
menguruskan dan mengajar tersebut.
kursus dan kursus/bengkel PSH 2. Mewujudkan perjawatan
bengkel 2. Pensyarah telah Pegawai Khidmat Singkat
Pembelajaran menumpukan perhatian bagi membantu tugas-tugas
Sepanjang tugas mereka sepanjang perkeranian PSH
Hayat (PSH) minggu kepada proses 3. Mewujudkan Garis Panduan
hanya PdP. SOP yang jelas seperti
dibenarkan bertugas di hari minggu.
menuntut cuti
gantian.
ISU 23 Beban tugas 1. Waktu bekerja Penambahbaikan
tidak dikenalpasti sebagai 40 Pihak jabatan perlu
dijustifikasikan jam seminggu dan mengeluarkan garis panduan
mengikut waktu sebahagian tugas utama pemberat jam tugas sampingan
kerja adalah mengajar iaitu seperti:
sehinggakan mengambil kira 16 jam
amat seminggu. 1. Penyelaras peperiksaan
membebankan 2. Isu yang berbangkit 2. Penyelaras latihan industri
pensyarah adalah sistem politeknik 3. Penyelaras pembelajaran
politeknik dan tidak mempunyai garis sepanjang hayat
kolej komuniti panduan dalam 4. Penyelaras kualiti
serta tidak dapat penentuan beban kerja 5. Penyelaras makmal dan
7
Isu-Isu yang dibangkitkan oleh NUTP
semasa Sesi Engagement JPPKK-NUTP Bil 2/2019
di Everly Hotel, Putrajaya pada 4 Mac 2019

melaksanakan yang sistematik dan bengkel


tugas hakiki selalu ditekankan oleh 6. Penasihat akademik
pengajaran dan pihak atas.(selepas (politeknik)/Pensyarah kelas
pembelajaran hampir 50 tahun masih (kolej komuniti)
yang optimum tidak ada sistem yang 7. Penyelaras biasiswa
malah melebihi menentukan beban 8. Penyelaras jawatan kuasa
beban waktu tugas secara sistematik) perwakilan pelajar
tugas harian. bahawa pensyarah 9. Penyelaras kursus
hanya mengajar 16 jam 10. Dan lain-lain lagi
seminggu.
3. Oleh itu, pensyarah
dianggapkan terlalu
banyak masa terluang.
Tetapi secara hakikinya,
beban tugas dan
tanggungjawab sebagai
pengajar tidak
diambilkira secara
sistematik menyebabkan
pihak atasan
menganggapnya para
tenaga pengajar tidak
mempunyai beban yang
berat.
4. Secara hakikinya
pensyarah di politeknik
secara amnya perlukan
masa untuk menjalani
proses permulaan
perancangan,
penyediaan,
pelaksanaan dan
penilaian serta
pengukuhan sehingga
penutupan PdP.
5. Pihak atasan hanya
mengambilkira proses
pelaksanaan sahaja
sebagai rujukan beban
tugas pensyarah
politeknik. Oleh itu,
pensyarah dipaksa
menjalani pelbagai tugas
sampingan seakan-akan
telah menjadi tugas dan
tanggungjawab utama
sebagai pensyarah dan
terabai tugas hakiki
sebagai pendidik.

8
Isu-Isu yang dibangkitkan oleh NUTP
semasa Sesi Engagement JPPKK-NUTP Bil 2/2019
di Everly Hotel, Putrajaya pada 4 Mac 2019

MAKLUMBALAS JPPKK

ISU 2, 3, 4, 7, 17 dan 23

1. Jabatan telah mengeluarkan Buku Skop dan Tanggungjawab PPPT yang menerangkan
fungsi tugas dan tanggungjawab setiap PPPT mengikut kategori pada tahun 2014. Antara
lain, tanggungjawab dan Skop tugas utama pensyarah (PPPT Kat 1) adalah:
a) Pembelajaran dan pengajaran
i. Ahli pengkaedahan metodologi dan pedagogi bidang masing-masing
ii. Menyampai pembelajaran dan pengajaran sebagaimana yang ditetapkan oleh
ketua jabatan merangkumi aspek berikut;
 mentafsir dan melaksanakan kurikulum
 merancang aktiviti pembelajaran dan pengajaran
 menyediakan bahan pembelajaran dan pengajaran
 menyampaikan pembelajaran dan pengajaran
 melaksanakan penilaian prestasi pelajar.
iii. Melaksanakan tugas kejurulatihan
iv. Menulis laporan atau menghasilkan bahan berkenaan inovasi atau daya usah
kreatif dalam P&P
v. Melaksanakan tugas penasihatan Akademik.
vi. Menguruskan kemudahan peralatan, aset dan ICT yang berkaitan.

b) Penyelidikan dan pembangunan serta jaringan dan kolaborasi


i. Melaksanakan inovasi, kajian dan penyelidikan
ii. Melaksanakanm aktiviti khidmat rundiangan kerjesama dan khidmat nasihat
bersama atau kepada sektor awam, swasta dan industri

c) Penerbitan dan penulisan


i. Menyelaras aktiviti penerbitan dan penulisan ilmiah
ii. Menulis dan menerbitkan kertas kerja atau hasil kajian penyelidikan sama ada
berbentuk, ilmiah, pendidikan dan kepakaran
iii. Membentangkan kertas kerja dalam seminar atau persidangan pada peringkat
institusi, zon, kebangsaan atau antarabangsa

d) Pengurusan dasar, organisasi dan sumber manusia.


i. Melaksanakan dasar yang ditetapkan oleh ketua
ii. melaksanakan operasi pengurusan manusia peringkat institusi
iii. Melaksanakan aktiviti pengurusan organisasi dalam hal ehwal kewangan, dana,
ICT dan aset yang berkaitan tugas.

2. Mengambil kira perubahan dasar dan halatuju TVET negara, Jabatan pada tahun ini telah
merancang untuk mengkaji semula Skop dan Tanggungjawab PPPT bagi memastikan skim
ini sentiasa relevan.

3. Jabatan mengambil maklum bahawa ETAC secara jelas menyatakan keperluan staf
teknikal (juruteknik) ditempatkan di dalam setiap dua makmal. Selain daripada itu, Jabatan
juga mengambil maklum keperluan pelbagai lagi skim yang lain seperti N, W, F, S dan U di
institusi. Jabatan dari masa ke semasa sentiasa memohon perjawatan tambahan yang
melibatkan pelbagai skim ini. Namun kelulusan perjawatan baharu dan pengisian
perjawatan sedia ada adalah dalam bidang kuasa JPA dengan mengambilkira pelbagai
faktor terutamanya keadaan ekonomi negara. Namun, jabatan mengiktiraf pengorbanan
pensyarah di institusi melaksanakan sebahagian skop tugas yang bukan skop tugas PPPT
dengan mengambilkira sumbangan tersebut sebagai sebahagian penilaian kriteria
kecemerlangan semasa permohonan kenaikan pangkat. Bagi institusi yang mempunyai
bilangan pensyarah yang mencukupi, kiraan jam mengajar pensyarah yang terlibat

9
Isu-Isu yang dibangkitkan oleh NUTP
semasa Sesi Engagement JPPKK-NUTP Bil 2/2019
di Everly Hotel, Putrajaya pada 4 Mac 2019

dikurangkan.

4. Jabatan saban tahun memohon perjawatan Pekerja Sambilan Harian bagi membantu
tugas perkeranian program Pembelajaran Sepanjang Hayat di kolej komuniti. Walau
bagaimanapun, kelulusan bilangan Pekerja Sambilan Harian adalah di luar bidang kuasa
Jabatan dan lazimnya tertakluk kepada peruntukan kewangan mengurus yang diturunkan
kepada Kementerian.

5. Bagi pengurusan Pendidikan Sepanjang Hayat (PSH), Buku Panduan Pelaksanaan


Program PSH Edisi 2017 telah pun diedarkan kepada semua kolej komuniti pada bulan
November 2017. Antara perkara yang digariskan di dalam Buku Panduan tersebut
termasuklah Peranan semua pihak pelaksana PSH di Kolej Komuniti, Kriteria Pelaksanaan
Program PSH, Syarat Pemberian Masa Anjal / Cuti Gantian, Carta Alir atau SOP
Pelaksanaan Program PSH serta Carta Alir Pungutan Yuran / Pengeluaran Resit.

6. Buku Panduan tersebut juga ada menggariskan bahawa sekurang-kurangnya 2


jam/minggu akan dimasukkan ke dalam jadual waktu mengajar semua pensyarah yang
terlibat secara langsung dalam melaksanakan program PSH sama ada sebagai Pensyarah /
Penceramah Sambilan atau pensyarah pembantu serta penyelaras.

Bahagian yang terlibat:


BKPK- Skop dan tanggungjawab, Perjawatan
BGK-Tadbir Urus Institusi, Jaminan Kualiti
BKIK- Kolaborasi, GE, PSH
BK (Unit PSH)- Dasar/Garis Panduan PSH

10
Isu-Isu yang dibangkitkan oleh NUTP
semasa Sesi Engagement JPPKK-NUTP Bil 2/2019
di Everly Hotel, Putrajaya pada 4 Mac 2019

TEMA 3: PENGURUSAN MAKLUMAT

KOD
PERKARA ISU CADANGAN NUTP
ISU
ISU 5 Duplikasi 1. Terlalu banyak kata DIKEKALKAN DENGAN
sistem-sistem laluan dan website perlu PENAMBAHBAIKAN
pengkalan data diingati. 1. Menggabungkan kedua
sistem ini supaya kurang
2. Kerja-kerja berulangkali sistem online diperlukan
dengan sistem online untuk tujuan pembelajaran
berbeza: teratur.
a. Massive Open Online 2. Kajian penyelarasan terhadap
Course (MOOC)/ penggunaan sistem
Curiculum Information pangkalan data yang
Document Online dibangunkan oleh pihak
System (CIDOS) JPPKK boleh di akses
untuk pembelajaran menggunakan satu platform
teradun (blended sahaja.
learning) 3. Tugasan itu diagihkan kepada
b. Web Based Staff staf kategori J/N
Information System
(ESIS) dan sistem
maklumat
Pengurusan Sumber
Manusia (HRMIS)
untuk prestasi staf.
c. Integrated Student
Evaluation
Management System
(ISEMS) dan Sistem
Rekod Kehadiran
Pelajar (SRKP) untuk
peperiksaan bagi
Kolej Komuniti

ISU 6 Aplikasi 3. Aplikasi tersebut telah Penambahbaikan


Whatsapp/ menjadi media 1. Pihak pengurusan tidak
Telegram/ komunikasi utama. mengeluarkan arahan
Mesej/ Telefon 4. Saluran komunikasi ini selepas waktu pejabat
digunakan tanpa 2. Setiap arahan perlu
mengira waktu termasuk disertakan bersama surat
menyampaikan arahan arahan rasmi sebagai rujukan
daripada
JPPKK/pengurusan
institusi selepas waktu
pejabat.
5. Pensyarah / pegawai
terpaksa bergegas untuk
mendapatkan
maklumat/data dan jika
lewat akan ditegur
6. Pegawai perlu memberi
maklumbalas tanpa
mengira waktu
7. Ada arahan yang
dikeluarkan
11
Isu-Isu yang dibangkitkan oleh NUTP
semasa Sesi Engagement JPPKK-NUTP Bil 2/2019
di Everly Hotel, Putrajaya pada 4 Mac 2019

mengunakan aplikasi
tersebut tetapi tidak
disusuli dengan surat
bagi tujuan pelaksanaan

MAKLUMBALAS JPPKK

ISU 5
1. Penggunaan Curriculum Information Document Online System (CIDOS) dan Massive
Open Online Course (MOOC) dilaksanakan seiring dengan keperluan PPPM(PT) Lonjakan 9
(Global Online Learning) dan Dasar e-Pembelajaran Negara (DePAN). Namun bagi tahun
2019, pelaksanaan MOOC sebagai platform PdP tidak lagi dijadikan sebagai KPI. CIDOS
pula merupakan platform rasmi bagi pengiraan KPI 70% kursus dilaksanakan di dalam mod
blended learning seiring Lonjakan 9 PPPM(PT) dan masih lagi diukur. CIDOS secara
langsung mengukuhkan proses PdP dan pelajar dapat mengulangkaji pelajaran tanpa
mengira lokasi dan masa kerana ia juga merupakan antaramuka bagi pelaksanaan MOOC di
Politeknik dan Kolej Komuniti.

2. Aplikasi Sistem Maklumat Pengurusan Sumber Manusia (HRMIS) merupakan Sistem


Pengurusan Maklumat Sumber Manusia Sektor Awam di peringkat negara, manakala
Electronic Staff Information System (eSIS) pula adalah sistem di peringkat Jabatan. eSIS
diperlukan untuk melengkapkan pengumpulan, pencapaian maklumat juga sebagai sistem
bagi membantu dalam urusan pertukaran, penempatan dan kenaikan pangkat yang tidak
terdapat dalam HRMIS. Namun, kelemahannya ialah kedua-dua sistem ini tidak boleh
digabungkan atas sebab-sebab keselamatan dan isu teknikal yang lain.

3. Bagi melicinkan proses pentadbiran HRMIS dan ESIS, Jabatan telah melantik pentadbir
sistem di kalangan pembantu tadbir di institusi dan dikawalselia oleh bahagian-bahagian
yang berkaitan di JPPKK. Oleh itu, PPPT tidak terlibat secara langsung untuk mentadbir
kedua-dua sistem ini kecuali di beberapa institusi yang kekurangan staf sokongan. Perkara
ini dalam pemerhatian Jabatan untuk memohon perjawatan baharu. PPPT hanya pengguna
kepada kedua-dua sistem ini.

4. Bagi sistem pengurusan pelajar dan aktiviti PdP pula, Jabatan sentiasa menambahbaik
Sistem Pengurusan Maklumat Pelajar (SPMP) di politeknik agar ianya mesra pengguna.
ISEMS dan SRKP di Kolej Komuniti telah digabungkan menjadi CCMS (Community College
Management System). CCMS pada masa ini masih diperingkat ujian dan dijangka
digunakan sepenuhnya oleh semua Kolej Komuniti pada pertengahan 2019.

Bahagian yang terlibat:


BKPK-eSIS
Pasukan Petugas ICT

ISU 6

1. Komunikasi melalui aplikasi Whatsapp / Telegram / SMS dan juga perbualan telefon telah
diterima sebagai salah satu medium komunikasi utama pada masa kini kerana ia tidak
memisahkan sempadan geografi, efektif kos dan pantas. Namun ia tidak seharusnya
disalahguna dan setiap individu perlu ada sikap menghormati hak dan keperluan individu
lain.

2. Jabatan mengambil maklum terhadap perkara ini dan sentiasa berusaha untuk
mengurangkan komunikasi selepas waktu pejabat. Namun begitu, dalam keadaan tertentu
terdapat keperluan yang mendesak untuk mendapatkan maklumat segera terutamanya
apabila melibatkan isu keselamatan dan kebajikan pelajar serta staf di institusi.

12
Isu-Isu yang dibangkitkan oleh NUTP
semasa Sesi Engagement JPPKK-NUTP Bil 2/2019
di Everly Hotel, Putrajaya pada 4 Mac 2019

3. Amalan biasa di JPPKK dan institusi di bawahnya ialah setiap arahan yang disalurkan
melalui aplikasi Whatsapp / Telegram / SMS dan juga perbualan telefon perlu disusuli
dengan surat rasmi / memo / email. Oleh itu, Jabatan akan sentiasa mengingatkan
pengarah-pengarah bahagian di JPPKK dan pengarah-pengarah institusi akan kepentingan
amalan ini dipatuhi.

13
Isu-Isu yang dibangkitkan oleh NUTP
semasa Sesi Engagement JPPKK-NUTP Bil 2/2019
di Everly Hotel, Putrajaya pada 4 Mac 2019

TEMA 4: FASILITI P&P

KOD
PERKARA ISU CADANGAN NUTP
ISU
ISU 8 Keperluan 1. Kebanyakan peralatan Penambahbaikan
siapsiaga bengkel dan makmal
peralatan melebihi 10 tahun dan 1. Pembelian peralatan baharu
bengkel dan sudah usang. mengikut keperluan silibus
makmal 2. Penyelenggaraan kurikulum terkini.
peralatan tidak mengikut
jadual berkala yang
ditetapkan kerana
peruntukan yang kurang.
3. Kos penyelenggaraan
tidak praktikal bagi
peralatan yang melebihi
10 tahun.
4. Beban pensyarah
mengajar dengan
menggunakan peralatan
yang terhad dan masa
pelaksanaan PdP di luar
jadual waktu.
5. Pensyarah terpaksa
membawa pelajar keluar
dari Politeknik ke tempat
yang sesuai untuk
menjalankan latihan
amali, melibatkan kos,
masa dan penambahan
beban.
6. Pensyarah perlu
melaksanakan kerja-kerja
penyelenggaraan
peralatan sendiri tanpa
dibekalkan kemahiran
yang mencukupi.

MAKLUMBALAS JPPKK

1. Jabatan bersama pihak pengurusan institusi sentiasa memandang serius isu peralatan
yang usang dan kebolehgunaan peralatan PdP. Saban tahun Jabatan sentiasa memohon
peruntukan pembangunan dan pengurusan bagi tujuan penyenggaraan dan penggantian
peralatan PdP. Namun kelulusan peruntukan kewangan adalah di bawah kawalan
Kementerian Kewangan (bagi belanja mengurus) dan Kementerian Hal Ehwal Ekonomi (bagi
belanja pembangunan). Perlu diingat bahawa keperluan pengantian alat bukan mengikut
umur peralatan tersebut tetapi berdasarkan kerelevanan alat tersebut dari aspek kondisi dan
keperluan kurikulum. Semakan semula kurikulum bagi program-program di politeknik
dijangka akan siap sepenuhnya pada Jun tahun ini dan untuk kolej komuniti pula pada Jun
2020. Kerelevanan peralatan-peralatan sedia ada di politeknik dan kolej komuniti hanya
dapat ditentukan selepas kurikulum baharu diperkenalkan.

Bahagian yang terlibat:


BPPI-Infrastruktur dan Fasiliti
BK- Semua Bidang Pengajian

14
Isu-Isu yang dibangkitkan oleh NUTP
semasa Sesi Engagement JPPKK-NUTP Bil 2/2019
di Everly Hotel, Putrajaya pada 4 Mac 2019

TEMA 5: DASAR SKIM PPPT

KOD
PERKARA ISU CADANGAN NUTP
ISU
ISU 9 Penambahbaikan 1. Tiada kenaikan Penambahbaikan
skim kenaikan pangkat secara Timed- 1. Skim DH juga perlu
pangkat Based dalam skim menggunapakai kenaikan
PPPT (DH) seperti pangkat secara Timed-Based
mana skim PPP (DG) 8-8-6-4 seperti dalam Skim
DG diberi kepada pensyarah
yang tidak memohon
kenaikan pangkat melalui
kriteria kecemerlangan.
ISU 22 Pemangkuan 1. Tarikh pengesahan Penambahbaikan
jawatan tidak mengikut
tarikh memangku 1. Tarikh pengesahan mestilah
sama dengan tarikh
pemangkuan
ISU 25 Kriteria 1. Isu ini timbul sejak Penambahbaikan
Kecemerlangan Skim PPPT DH ini
PPPT Skim DH diperkenalkan terdapat 1. Penglibatan Kesatuan
tiga (3) versi kriteria Sekerja seperti NUTP
kenaikan pangkat diambilkira dalam merangka
setiap versi terbaru yang
dibangunkan
2. Penambahbaikan dimana
calon tidak mengetahui
markah sebenar yang
diperolehi
ISU 24 Isu DH40 1. Semenjak Penambahbaikan
pengumuman kerajaan
melalui Pekeliling 1. Meminta agar pihak JPPKK
Perkhidmatan Bil 1 mengeluarkan kenyataan
Tahun 2016, Gred rasmi berkaitan isu ini
DH40 telah diwujudkan
seiring dengan
Transformasi
Perkhidmatan Awam
2. Sejak diumumkan oleh
kerajaan status DH40
ini tidak dapat
dipastikan kerana
sehingga Disember
2018 tiada iklan
kenaikan pangkat ke
DH40 diumumkan.
ISU 10 Isu Bayaran 1. Pensyarah Kolej Penambahbaikan
Imbuhan Vokasional lulusan
Perkhidmatan Sarjana Muda Bayaran BIPK wajar dibayar
Kritikal (BIPK) di Pendidikan secara adil mengikut kelulusan
Politeknik dan Kejuruteraan menerima berkuatkuasa setara di semua
Kolej Komuniti bayaran BIPK namun institusi di bawah Kementerian
sebaliknya pensyarah Pendidikan Malaysia.
Politeknik dan Kolej
Komuniti yang
mempunyai kelulusan
15
Isu-Isu yang dibangkitkan oleh NUTP
semasa Sesi Engagement JPPKK-NUTP Bil 2/2019
di Everly Hotel, Putrajaya pada 4 Mac 2019

yang sama tidak


mendapat bayaran
BIPK berlarutan
daripada tahun 2008
sehingga kini.
2. Kebanyakan
pensyarah yang
berkelulusan Sarjana
Musa Pendidikan
Kejuruteraan sebelum
ini menerima bayaran
BIPK ketika mereka
berkelulusan Diploma.
3. Sebahagian dari
pensyarah yang
berkelulusan Sarjana
Muda Pendidikan
Kejuruteraan dari OUM
juga telah menerima
BIPK setelah dinaikkan
pangkat ke DH42 di
beberapa buah
Politeknik dan Kolej
Komuniti dan
kemudiannya
ditamatkan pada 30
September 2018, serta
diarah pemulangan
semula bayaran
merujuk surat
PUO/500/78 JLD. 9
(18) bertarikh 5
Oktober 2016.
ISU 26 Elaun 4. Memberikan anjakan Penambahbaikan
Tanggungjawab paradigma kepada
Jawatan mereka yang menjadi Memanjangkan elaun
Pengurusan Pengarah/Timbalan tanggungjawab kepada Skim
Ketua Jabatan yang PPPT DH seperti PPP DG
terpaksa memikul
tanggungjawab
berbanding rakan
mereka yang sama
gred mengajar di
institusi yang sama

MAKLUMBALAS JPPKK

ISU 9

1. Jabatan tidak berhasrat untuk melaksanakan kenaikan pangkat secara time based bagi
skim PPPT kerana ia tiada dalam Perbekalan Skim PPPT seperti yang termaktub dalam
Pekeliling Perkhidmatan (PP) 33/2007 dan PP 1/2016. Jabatan memutuskan untuk
mengekalkan kriteria kecemerlangan sebagai laluan kenaikan pangkat PPPT kerana
sehingga kini sebanyak 11,975 kenaikan pangkat telah berjaya diperolehi sepanjang tempoh
10 tahun. Purata kejayaan permohonan kenaikan mengikut kohort berdasarkan kriteria
kecemerlangan seperti yang termaktub dalam perbekalan Skim PPPT adalah mencapai
16
Isu-Isu yang dibangkitkan oleh NUTP
semasa Sesi Engagement JPPKK-NUTP Bil 2/2019
di Everly Hotel, Putrajaya pada 4 Mac 2019

86%. Jabatan juga sedia maklum bahawa terdapat 53 pegawai (0.5% daripada jumlah
keseluruhan PPPT) yang tidak pernah naik pangkat dalam tempoh 10 tahun atas sebab-
sebab tertentu. Namun, jumlah ini terlalu kecil untuk dijadikan justifikasi perlunya kenaikan
pangkat secara time-based dalam skim PPPT dan 99.5% daripada PPPT yang lain sudah
dapat menerima dengan baik kaedah kenaikan pangkat tanpa kekosongan beserta kriteria
kecemerlangan yang sedang berkuatkuasa.

ISU 22

1. Merujuk kepada surat JPA.BK(S) 134/4/8-3 JLD 2 (71) bertarikh 19 Ogos 2013 berkenaan
Tempoh Minimum Pemangkuan Sebelum Dipertimbangkan Kenaikan Pangkat telah
menyatakan bahawa Mesyuarat Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Awam Bil. 4
Tahun 2013 pada 10 Mei 2013 memutuskan bahawa tempoh minimum pemangkuan untuk
pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional yang memangku mulai 10 Mei 2013 adalah
selama satu (1) tahun. Bagi Kumpulan Pelaksana masih kekal selama 6 bulan seperti yang
ditetapkan dalam surat JPA(S) 134/1/4 Klt. 8 (77) bertarikh 12 September 2012.

ISU 25

1. Jabatan akui terdapat 3 versi Garis Panduan Kenaikan Pangkat bagi PPPT telah wujud
dalam tempoh 10 tahun kewujudan skim ini. Versi 1 dikeluarkan tahun 2010, Versi 2 pada
tahun 2011 dan Versi 3 pada tahun 2013. Namun, syarat permohonan kenaikan pangkat
tidak pernah berubah semenjak skim ini diwujudkan. Secara umum, versi 2 diterbitkan atas
keperluan memberi definisi yang jelas kepada kriteria yang diterangkan dalam versi 1. Versi
3 pula diterbitkan setelah mengambilkira keperluan kriteria kecemerlangan khusus bagi
PPPT yang sedang cuti belajar. Daripada pola kejayaan permohonan kenaikan pangkat,
didapati tiada hubungan yang ketara antara Garis Panduan Kenaikan Pangkat dan peratus
kejayaan permohonan kenaikan pangkat PPPT. Purata kejayaan permohonan kenaikan
mengikut kohort ialah 86% dan 11,975 kenaikan pangkat telah berjaya diperolehi sepanjang
tempoh 10 tahun skim PPPT.

2. Jabatan bersetuju untuk melihat kemungkinan mempamerkan tahap percapaian


pemohon mengikut kriteria sekiranya pegawai tidak berjaya dalam permohonan. Namun,
markah sebenar penilaian adalah sulit. Jabatan juga bersedia memberikan khidmat nasihat
kepada pemohon yang tidak berjaya bagi membantu dalam urusan kenaikan pangkat.

ISU 24

1. Jabatan telah menyerahkan kriteria kecemerlangan bagi permohonan ke Gred DH40 ke


pihak JPA bagi tujuan pengesahan sebelum ia boleh diguna pakai bagi tujuan kenaikkan
pangkat.

ISU 10

1. Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (BIPK) diberikan kepada pegawai dalam skim
perkhidmatan yang ditetapkan sebagai Perkhidmatan Kritikal seperti dalam Surat Pekeliling
Perkhidmatan Bil. 17 Tahun 2007 sekiranya memenuhi semua syarat berikut:
i. Mempunyai kelayakan/ kelulusan yang disyaratkan
ii. Dilantik sebagai pegawai tetap/ sementara/ kontrak
iii. Berada dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional atau Kumpulan Sokongan
iv. Menggunakan kelayakan/kelulusan yang dimilikinya untuk menjalankan skop fungsi
bidang tugas skim perkhidmatan yang telah ditetapkan sebagai Perkhidmatan
Kritikal.

2. SPP Bil 17/2007 juga membatalkan pemberian BIPK kepada pegawai mengikut lokasi-
lokasi tertentu dan memanjangkan BIPK kepada Skim PPPT bidang Kejuruteraan, Ukur

17
Isu-Isu yang dibangkitkan oleh NUTP
semasa Sesi Engagement JPPKK-NUTP Bil 2/2019
di Everly Hotel, Putrajaya pada 4 Mac 2019

Bahan dan Seni Bina. Manakala dua (2) skim perkhidmatan dan satu disiplin ketukangan
digugurkan iaitu:
i. Tukang K1;
ii. Tukang K2;
iii. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (ketukangan); dan
iv. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (ketukangan).

3. Pada 20 Mei 2008, JPA memanjangkan semula BIPK kepada disiplin ketukangan bagi
skim PPPS dan PPPLD namun tidak kepada PPPT. Permohonan pemanjangan
pembayaran BIPK bagi disiplin ketukangan untuk PPPT telah diangkat oleh JPP ke JPA
pada 11 September 2013. Namun JPA memutuskan segala pembayaran BIPK terhadap
disiplin tersebut perlu diberhentikan mulai 1 Julai 2012 sehingga maklumbalas daripada
pihak JPA diperolehi. JPA bersetuju untuk mengadakan sesi perbincangan antara JPA dan
KPM pada 18 Sept 2013.

4. Semasa perbincangan antara JPA dan KPM pada 18 SEPT. 2013, JPP telah
mengemukakan rayuan bagi:
i. PPPT yang mempunyai kelayakan diploma bidang kritikal tetapi kelayakan ijazah
bukan bidang kritikal dan mengajar program kejuruteraan/ senibina/ ukur bahan.
ii. PPPT yang mempunyai Ijazah Sarjana Muda Pendidikan serta
kejuruteraan/ senibina/ ukur bahan tetapi mengajar bidang kritikal
iii. PPPT yang mempunyai kelayakan maktab perguruan teknik bidang binaan
bangunan, kerja kepingan logam dan kimpalan, fabrikasi logam dan kimpalan, radio
tv dan masih mengajar program kejuruteraan/ senibina /ukur bahan (bengkel dan
makmal).
iv. PPPT yang mempunyai kelayakan tetapi tidak tersenarai dalam e-sisraf
dan mengajar bidang kritikal
Maklumbalas daripada JPA ruj:JPA(S)63/158 Jld.11(63) bertarikh 25 November 2014
berkenaan BIPK kepada PPPT yang diterima oleh JPP pada 30 Jun 2015 memutuskan hasil
semakan JPA sebanyak 367 permohonan telah diberhentikan BIPK dan mendapati hanya
23 kelayakan akademik yang tiada dalam e-sisraf layak dipertimbangkan pemberian dan
tertakluk kepada syarat pemberian BIPK. Namun Ijazah Sarjana Muda Pendidikan serta
kejuruteraan/ senibina/ ukur bahan serta disiplin ketukangan tidak termasuk dalam senarai
23 kelayakan ini.

5. Pada 11 Jun 2018 satu Mesyuarat bagi membincangakan isu pemberian BIPK kepada
pemegang lulusan Sarjana Muda Pendidikan Kejuruteraan, Universiti Terbuka Malaysia
(OUM) yang berkhidmat di Politeknik dan Kolej Komuniti telah diadakan dan dihadiri oleh
pihak JPA, BPSM (KPT), wakil MQA, Pengarah BKP (JPP) dan Ketua Pengarah JPPKK.
Hasil mesyuarat tersebut, JPA melalui surat rujukan JPA SARAAN(S)63/158 Jld 13 (37)
bertarikh 15 Oktober 2018 memutuskan bahawa rayuan pemanjangan pembayaran BIPK
kepada pemegang Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (kejurtuteraan
Elektrik/Mekanikal/Awam) daripada OUM tidak dapat dipertimbangkan – Sila rujuk Lampiran
1. Oleh itu, Jabatan akur dengan keputusan JPA bahawa PPPT dengan kelulusan Ijazah
Sarjana Muda Pendidikan (kejurtuteraan Elektrik/Mekanikal/Awam) daripada OUM tidak
layak menerima BIPK.

ISU 26

1. Jabatan melalui KPM pernah mengangkat permohonan elaun tanggungjawab kepada


Bahagian Saraan JPA pada 12 April 2014 namun tiada maklumbalas sehingga kini.

18
Isu-Isu yang dibangkitkan oleh NUTP
semasa Sesi Engagement JPPKK-NUTP Bil 2/2019
di Everly Hotel, Putrajaya pada 4 Mac 2019

TEMA 6: PENEMPATAN PPPT

KOD
PERKARA ISU CADANGAN NUTP
ISU
ISU11 Mengajar subjek 1. Terdapat pensyarah Penambahbaikan
di luar bidang yang mengajar subjek
tidak mengikut Menyediakan pensyarah mengikut
kompetensi kelulusan keperluan kompetensi dalam
bidang. bidang.
contoh:
a. Pensyarah teknikal
di Kolej Komuniti
mengajar subjek
Bahasa
Kebangsaan A
b. Pensyarah
kelulusan Agama
Islam di Politeknik
mengajar subjek
Pengajian Malaysia
ISU 21 Pertukaran dan 1. Penempatan pengarah Penambahbaikan
penempatan terlalu singkat di satu-
satu institusi. Ini 1. Penempatan perlu
menyebabkan sekurang-kurangnya 3
pengurusan dan tahun maksimum
pelaksanaan polisi
institusi terganggu.

2. Tiada tempoh jangka 2. Penempatan perlu


masa yang ditetapkan sekurang-kurangnya 5
untuk pensyarah yang tahun maksimum
ditempatkan di Borneo
untuk ditukar kembali ke
semenanjung.

MAKLUMBALAS JPPKK

ISU 11

1. Menempatkan pensyarah mengikut bidang merupakan agenda utama Jabatan. Sekiranya


pensyarah tidak ditempatkan mengikut bidang, program pengajian tersebut tidak akan
mendapat akreditasi penuh daripada MQA.

2. Kursus Bahasa Kebangsaan A merupakan kursus wajib bagi pelajar yang mengikuti
program diploma di politeknik dengan keputusan ‘E’ dalam matapelajaran Bahasa Melayu
semasa SPM. Keperluan ini adalah bagi memenuhi pelaksanaan Kursus Mata Pelajaran
Umum (MPU) rujukan JPT.(A)1000/016/018/57 Jld (39) BGP MPU Edisi kedua (2017).
Kursus ini akan dilaksanakan bermula sesi Jun 2019 dengan menggunakan khidmat
pensyarah luar yang mempunyai kompetensi dalam pendidikan Bahasa Melayu.

3. Pelaksanaan Kursus Pengajian Malaysia adalah terbuka kepada pensyarah daripada


semua bidang akademik. Oleh itu, pensyarah berlatar belakang akademik Pendidikan Islam
boleh melaksanakan PdP bagi kursus Pengajian Malaysia tanpa menyalahi mana-mana
keperluan akreditasi.

19
Isu-Isu yang dibangkitkan oleh NUTP
semasa Sesi Engagement JPPKK-NUTP Bil 2/2019
di Everly Hotel, Putrajaya pada 4 Mac 2019

ISU 21

1. Jabatan mengambil maklum keperluan untuk menempatkan pegawai-pegawai dalam


jawatan strategik dalam tempoh yang tidak terlalu pendek bagi memastikan perancangan
yang dibuat di peringkat institusi dapat dilaksanakan dengan baik. Namun, atas faktor-faktor
tertentu seperti kepentingan jabatan dan perkhidmatan, kenaikan pangkat dan kesihatan,
pegawai boleh ditukarkan ke tempat lain walaupun dalam tempoh yang singkat daripada
penempatan asal. Oleh itu agak sukar untuk menetapkan tempoh spesifik bagi seseorang
pegawai memegang jawatan strategik baik di institusi mahupun Jabatan.

2. Jabatan mengambil maklum dan sentiasa perihatin terhadap PPPT berasal daripada
semenanjung dan ditempatkan di Borneo. Namun atas sebab kekangan kewangan dan calon
yang rela untuk ditempatkan di Borneo, Jabatan tidak dapat menetapkan satu tempoh spesifik
penempatan pegawai untuk berkhidmat di Borneo. Jabatan sentiasa berusaha meluluskan
permohonan pertukaran pegawai yang telah berkhidmat di Borneo melebihi 5 tahun untuk
berkhidmat di wilayah asal.

20
Isu-Isu yang dibangkitkan oleh NUTP
semasa Sesi Engagement JPPKK-NUTP Bil 2/2019
di Everly Hotel, Putrajaya pada 4 Mac 2019

TEMA 7: PERJAWATAN

KOD
PERKARA ISU CADANGAN NUTP
ISU
ISU12 Pembaziran Pegawai lantikan waran Penambahbaikan
Sumber kebanyakkan gred DH41 1. Jawatan lantikan hakiki
Manusia dan DH44 di mana bilangan seperti:
Pegawai gred ini semakin a. Pegawai kualiti- DH48
menguncup. Gred sedia b. Pegawai Perhubungan &
ada sudah tidak relevan lagi Latihan Industri - DH48
memandangkan bilangan c. Pegawai Pendidikan &
Pegawai gred DH48, DH52 Latihan Lanjutan - DH48
dan DH54 sudah d. Ketua Program - DH48
meningkat. e. Ketua Unit - DH48
f. Ketua Jabatan - DH48
Perlu disemak.
ISU14 Struktur 1. Terdapat gred Pengarah Penambahbaikan
Organisasi di Politeknik Malaysia 1. Gred pengarah perlu
Perjawatan di a. Politeknik Premier ditentukan berdasarkan
Politeknik Jusa C kepada:
(Rujukan waran b. Politeknik a. Bilangan kakitangan
perjawatan Konvensional DH54 b. Bilangan pelajar
politeknik) c. Politeknik METrO c. Jumlah aset yang
DH52 dikendalikan
d. Jumlah kewangan yang
2. Terdapat politeknik yang diurus
hanya mempunyai e. Jumlah program yang
perjawatan seorang ditawarkan
Timbalan Pengarah
sahaja. 2. Semua politeknik perlu
Contoh: mempunyai 2 Timbalan
Politeknik Kuala Pengarah
Terengganu, Politeknik
Nilai dan Politeknik 3. Mewujudkan perjawatan yang
Banting tiada perjawatan mencukupi untuk
Timbalan Pengarah mengurangkan beban kerja
Sokongan Akademik kakitangan akademik

3. Tiada keselarasan
perjawatan sokongan
dari sudut pengisian di
Politeknik seperti
Jawatan Pegawai
Teknologi Maklumat,
Pegawai Sukan,
Pegawai Psikologi,
Penyelia Stor, Pegawai
Aset, Penyelia Asrama,
Warden
ISU15 Struktur 1. Terdapat pelbagai gred Penambahbaikan
organisasi Pengarah di Kolej 1. Gred pengarah perlu
Perjawatan di Komuniti Malaysia ditentukan berdasarkan
Kolej Komuniti a. Kolej Komuniti kepada:
DH54 (KK a. Bilangan kakitangan
Selayang, KK Darul b. Bilangan pelajar
Aman) c. Jumlah aset yang
21
Isu-Isu yang dibangkitkan oleh NUTP
semasa Sesi Engagement JPPKK-NUTP Bil 2/2019
di Everly Hotel, Putrajaya pada 4 Mac 2019

b. Kolej Komuniti dikendalikan


DH52 (KK Kuantan, d. Jumlah kewangan yang
KK Kuala Langat) diurus
c. Kolej Komuniti e. Jumlah program yang
DH48 (KK ditawarkan
Temerloh)
d. Kolej Komuniti 2. Dicadangkan gred minimum
DH44 (KK Jeli, KK Pengarah adalah gred DH48
Lipis)
Rujukan waran perjawatan 3. Semua Kolej Komuniti perlu
Kolej Komuniti mempunyai 2 Timbalan
Pengarah
2. Terdapat Kolej Komuniti
yang hanya mempunyai 4. Dicadangkan agar gelaran
perjawatan seorang Timbalan Pengarah
Timbalan Pengarah Pengurusan ditukar kepada
sahaja. Timbalan Pengarah
Contoh: (Sokongan Akademik) sama
KK Besut dan KK seperti perjawatan di
Bandar Tenggara politeknik.
dimana Pengarah
adalah DH44, dan KK
Kuala Pilah bagi DH48
tiada jawatan Timbalan
Pengarah Pengurusan.
ISU 29 Beban tugas 1. Arahan yang dikeluarkan
yang tidak oleh ibu pejabat dan
seimbang urusan kerja selalunya
antara Kolej- dibuat secara pukul rata.
Kolej dan Semua kena buat.
Politeknik Induk Kebanyakan staf di
(staf ramai) dan institusi yang kecil
Kolej-kolej dan memegang beberapa
politeknik jawatan yang beban
rintis/tunas (staf tugasnya agak berat
sedikit) berbanding institusi yang
besar di mana tumpuan
yang dibuat adalah lebih
berfokus. Namun
arahan yang dikeluarkan
kepada kami adalah
sama. Jadi
kebanyakkan institusi
kecil tidak mampu
memenuhi arahan
tersebut.
Contoh:
i. Pegawai
peperiksaan di institusi
kecil terpaksa membuat
semua kerja sendiri dan
ada pula yang perlu
mengajar kerana
kekurangan pensyarah
ii. Jawatan Ketua
Program / Ketua Unit di

22
Isu-Isu yang dibangkitkan oleh NUTP
semasa Sesi Engagement JPPKK-NUTP Bil 2/2019
di Everly Hotel, Putrajaya pada 4 Mac 2019

KK tiada dalam waran


perjawatan tetapi perlu
membuat pelbagai tugas
termasuk pengurusan
kewangan dan aset di
samping tugasan P&P.
ISU 30 Wujudkan 2. Sehingga kini program-
Pembantu program sijil kemahiran
Pensyarah bagi khas yang dijalankan
Program Sijil bagi OKU di KK tidak
yang dijalankan mempunyai pembantu
untuk Orang pensyarah dan
Kelainan Upaya Pembantu Makmal.
(OKU) seperti di Pensyarah terpaksa
sekolah mengawal pelajar OKU
secara bersendirian di
samping menyediakan
peralatan amali.

MAKLUMBALAS JPPKK

ISU 12,14,15,29 dan 30

1. Jabatan mengambil maklum atas segala isu berkaitan perjawatan yang dibangkitkan.
Isu-isu ini sememangnya telah pun menjadi agenda Jabatan yang memerlukan komitmen
untuk diselesaikan dalam kadar segera. Jabatan amat bersetuju dengan sebahagian besar
cadangan yang diutarakan. Namun, pada masa kini Jabatan khasnya dan semua agensi
kerajaan amnya masih tertakhluk kepada dasar jawatan kejat untuk kakitangan awam
seperti yang termaktub dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 11 Tahun 2011. Antara
lain dasar ini menuntut penyesuaian saiz dan penggunaan sumber manusia yang optimum
bagi mewujudkan perkhidmatan awam yang berprestasi tinggi. Ia bertujuan
menggemblengkan tenaga kerja sedia ada melalui penjajaran semula fungsi agensi yang
bertindih, pengawalan pengisian jawatan-jawatan kosong dan pewujudan jawatan baharu
serta pengagihan semula perjawatan ke agensi yang lebih memerlukan. Implikasi daripada
dasar ini ialah tiada pertambahan jawatan bagi kakitangan awam, tetapi sekiranya
berkeperluan hanya kaedah secara trade-off dan pindah butiran sahaja yang dibenarkan.

2. Secara umumnya, semakan semula perjawatan hanya dibenarkan sekali dalam tempoh 5
tahun kecuali dalam keadaan yang benar-benar mendesak. Kali terakhir semakan semula
perjawatan bagi politeknik dan kolej komuniti dibuat pada tahun 2014. Mengambil kira
perubahan dasar dan halatuju TVET negara, Jabatan pada tahun ini telah merancang untuk
mengkaji semula norma perjawatan di semua institusi di bawahnya.

Bahagian terlibat:
BKPK*-Perjawatan
BGK-Tadbir Urus Institusi, Kecemerlangan Institusi
BKTVET - Dasar dan Strategi
BK- Keperluan Program Sijil Khas (Untuk OKU)
BKP- Perkhidmatan

23
Isu-Isu yang dibangkitkan oleh NUTP
semasa Sesi Engagement JPPKK-NUTP Bil 2/2019
di Everly Hotel, Putrajaya pada 4 Mac 2019

TEMA 8: AMBILAN PELAJAR

KOD
PERKARA ISU CADANGAN NUTP
ISU
ISU13 Enrolmen 1. Fasiliti yang disediakan Penambahbaikan
pelajar yang tidak mencukupi untuk
tidak mengikut menampung pelajar 1. Mengikut norma pendidikan
norma yang 2. Tidak mengikut norma 1 TVET (mohon penjelasan
ditetapkan pensyarah : 16 orang standard TVET yang baharu)
pelajar
ISU 28 Sesi ambilan 1. Ambilan pelajar pada Penambahbaikan
politeknik dan sesi Disember tidak
kolej komuniti relevan kerana 1. Pengambilan pelajar boleh
dilaksanakan pada dilaksanakan seperti berikut:
hujung tahun tidak  Januari dan Jun; atau
sesuai kerana:  Mac dan September
i. Implikasi kewangan
untuk program-
program yang 2. Sekurang-kurangnya
menggunakan bahan pensyarah dan staf lebih
mentah yang cepat bersedia.
rosak seperti
makanan. Pembelian
awal tidak boleh
dilakukan kerana
penutupan akaun
ditutup pada hujung
bulan November.

ii. Pembayaran gaji


pensyarah sambilan /
pensyarah gantian
yang dibuat pada
bulan Disember dan
Januari akan
dikenakan AP58
pada PTJ yang
terlibat bagi kontrak
baru dan
sebagainya.

iii. Ambilan pelajar yang


dibuat tidak
mencapai norma
ambilan.
Kebanyakannya tidak
mencapai 50%
norma. Satu kerugian
pada sumber
manusia.

24
Isu-Isu yang dibangkitkan oleh NUTP
semasa Sesi Engagement JPPKK-NUTP Bil 2/2019
di Everly Hotel, Putrajaya pada 4 Mac 2019

MAKLUMBALAS JPPKK

ISU 13 dan 28

1. Penetapan norma ambilan pelajar bagi setiap sesi adalah merujuk kepada norma
tahunan institusi. Penetapan norma ini adalah hasil perbincangan dan persetujuan bersama
antara Bahagian Ambilan dan Pembangunan Pelajar (BAPP) dan pihak pengurusan institusi.
Penetapan ini juga telah mengambil kira kapasiti rekabentuk institusi, peralatan PdP sedia
ada dan bilangan pensyarah untuk melaksanakan sesuatu program. Perlu difahami bahawa
nisbah 1 pensyarah untuk setiap 16 pelajar hanyalah perkiraan kasar dalam penetapan
waran pensyarah di sesuatu institusi. Nisbah sebenar pensyarah:pelajar yang diperlukan
adalah merujuk kepada Garis Panduan Beban Staf Akademik yang dikeluarkan oleh MQA.
Bagi peringkat Sijil dan Diploma, nisbah 1 pensyarah adalah di antara 20 hingga 30 pelajar
mengikut klasifikasi bidang program pengajian.

2. Adalah menjadi amalan biasa penawaran yang dibuat melebihi kapasiti sebenar sesuatu
institusi. Ini adalah bagi memastikan institusi mempunyai bilangan pelajar yang mencapai
sasaran sekiranya terdapat calon yang menolak tawaran. Dalam kes-kes tertentu diakui
terdapat kemasukan pelajar yang melebihi kemampuan sebenar institusi sekiranya calon
yang menerima tawaran melebihi jangkaan. Namun kes sebegini tidak kerap berlaku.

3. Bagi sesi kemasukan Bulan Disember setiap tahun, sesi ini diwujudkan bagi memberi
peluang kedua kepada pelajar-pelajar lepasan SPM yang masih tidak mendapat tempat
untuk menyambung pengajian pada sesi Jun. Di samping itu, pengambilan pelajar bagi sesi
Disember ini juga dapat mengoptimum pelaburan kerajaan dalam menyediakan akses
kepada pendidikan tahap ketiga. Tidak dinafikan enrolmen pelajar semasa sesi Disember
setiap tahun adalah lebih rendah berbanding sesi Jun. Namun usaha ini perlu diteruskan
bagi memastikan kerelevanan skim PPPT di samping memenuhi permintaan yang
sememangnya wujud bagi sistem pendidikan politeknik dan kolej komuniti pada ketika ini.

4. Sesi Jun (Sesi 1) merupakan sesi standard bagi pengambilan pelajar peringkat Diploma
dan Sijil yang telah ditetapkan pihak KPM untuk semua IPT di Malaysia. Jabatan
dibenarkan untuk membuat penetapan bagi pengambilan Sesi 2 (Disember).
Walaubagaimanapun, Sesi 2 perlu dilaksanakan pada bulan Disember setiap tahun untuk
memenuhi kitaran tempoh pengajian, peperiksaan dan pengumuman keputusan pelajar.
Sekiranya Sesi 2 ini dilaksanakan pada bulan Januari, tempoh kitaran tersebut akan
bertembung dengan Sesi 1 tahun berikutnya.

Bahagian terlibat:
BAPP*- Ambilan Pelajar
BGK-Tadbir Urus Institusi
BKTVET - Dasar dan Strategi
BKP- Perjawatan

25
Isu-Isu yang dibangkitkan oleh NUTP
semasa Sesi Engagement JPPKK-NUTP Bil 2/2019
di Everly Hotel, Putrajaya pada 4 Mac 2019

TEMA 9: DASAR JABATAN DAN KAWALAN DALAMAN


KOD
PERKARA ISU CADANGAN NUTP
ISU
ISU16 Kursus/Bengkel/ 1. Pihak JPPKK telah Penambahbaikan
seminar pada mengeluarkan satu
hujung minggu memo mengarahkan 1. Pihak JPPKK boleh melihat
dan cuti umum agar bengkel/kursus/ contoh: Garis Panduan
seminar yang dianjurkan Ikhtisas yang dikeluarkan
secara berpakej oleh Ketua Pengarah
dilaksanakan pada: Pelajaran Malaysia melalui
i. Khamis, Jumaat, Surat Pekeliling Ikhtisas
Sabtu Bil.8 Tahun 2005 yang
ii. Jumaat, Sabtu, mana menyatakan dengan
Ahad jelas bahawa hanya sabtu
iii. Sabtu, Ahad, Isnin pada minggu ke 2 dan
minggu ke 4 sahaja yang
2. Pelaksanaan arahan ini boleh digunakan bagi tujuan
menyebabkan waktu aktiviti sekolah mohon
bersama keluarga dipanjangkan kepada
terganggu kerana JPPKK.
terpaksa menghadiri 2. JPPKK harus mempunyai
kursus/bengkel/seminar Garis Panduan jelas bagi
pelaksanaan bekerja 5 hari
3. Ada juga kursus/ seminggu yang telah
bengkel/ seminar yang dikeluarkan oleh JPA
dilaksanakan pada cuti berdasarkan Pekeliling
umum Perkhidmatan Bil. 13 Tahun
2005.
4. Peserta kursus/ bengkel/
seminar tidak layak
untuk memohon cuti
gantian berdasarkan
kepada Perintah Am 40
Bab C 1974

ISU19 Corporate 1. Pelaksanaan CSR yang Penambahbaikan


Social terlalu kerap di
Responsibility kebanyakan 1. Bilangan CSR dihadkan
(CSR) Politeknik/Kolej Komuniti 2. Pensyarah terlibat perlu
2. Mengganggu face time mengambil insuran
bersama pelajar dan berkelompok khas
mengganggu
pelaksanaan P&P.
3. Memerlukan peruntukan
kewangan yang besar
4. Pelaksaan kerja-kerja
pakar dibuat oleh
pensyarah
ISU 27 Kod Etika Ibu 1. Pensyarah di Politeknik Penambahbaikan
Bapa dan dan KK terdedah kepada
Penjaga pelbagai tindakan dan Kod Etika Ibu Bapa dan
kerenah ibu Penjaga dipanjangkan ke
bapa/penjaga semasa Politeknik dan KK.
berurusan secara
langsung dengan
mereka
26
Isu-Isu yang dibangkitkan oleh NUTP
semasa Sesi Engagement JPPKK-NUTP Bil 2/2019
di Everly Hotel, Putrajaya pada 4 Mac 2019

MAKLUMBALAS JPPKK

ISU 16

1. Pelaksanaan bengkel/kursus yang bersambung dengan hujung minggu adalah amalan


yang biasa dilaksanakan oleh kebanyakan agensi kerajaan bagi mengelakkan gangguan
terhadap waktu bekerja.

2. Arahan pelaksanaan bengkel/kursus yang bersambung dengan hujung minggu yang


dikeluarkan oleh Jabatan adalah bertujuan untuk memastikan aktiviti PdP di Institusi tidak
terganggu. Ini berikutan aduan yang diterima oleh Jabatan daripada pensyarah bahawa
mereka dipanggil berbengkel/berkursus pada hari bekerja dan tidak sempat membuat kelas
gantian yang ditinggalkan.

3. Namun, Jabatan juga telah menyusun perancangan untuk mengurangkan kekerapan dan
menambahbaik format pelaksanaan bengkel/kursus agar pensyarah-pensyarah di institusi
tidak terlalu kerap dilibatkan kecuali dalam perkara-perkara yang betul-betul mendesak.

ISU 19

1. Jabatan telah meneliti impak pelaksanaan program-program CSR yang telah


dilaksanakan pada tahun-tahun sebelum ini melibatkan politeknik dan kolej komuniti.

2. Setelah mengambilkira semua aspek termasuk keadaan kewangan institusi pada masa
ini, Jabatan bersetuju untuk menggurangkan bilangan CSR di peringkat institusi. CSR yang
digalakkan adalah CSR yang benar-benar berimpak tinggi dan mampu meningkatkan
pembangunan pelajar dan kompetensi pensyarah.

3. Jabatan juga menyambut baik saranan supaya pensyarah yang terlibat dalam sebarang
bentuk aktiviti luar untuk mengambil takaful/insuran berkelompok.

ISU 27

1. Jabatan bersetuju untuk mengadaptasi Kod Etika Ibu Bapa dan Penjaga yang
dicadangkan sekiranya bersesuaian dengan persekitaran politeknik dan kolej komuniti

27
Isu-Isu yang dibangkitkan oleh NUTP
semasa Sesi Engagement JPPKK-NUTP Bil 2/2019
di Everly Hotel, Putrajaya pada 4 Mac 2019

TEMA 10: PENJAJARAN PROGRAM PENGAJIAN

KOD
PERKARA ISU CADANGAN NUTP
ISU
ISU18 Pembukaan / 1. Berlaku penutupan/ Penambahbaikan
tambahan penjumudan kursus sedia
institusi baru ada di politeknik dan kolej 1. Pembukaan institusi terutama
(politeknik/kolej komuniti dipindahkan ke kolej komuniti perlu merujuk
komuniti) politeknik/kolej komuniti kepada analisa keperluan
dibuka tanpa waran program (PNA)
perjawatan menyebabkan 2. Memerlukan Standard of
kakitangan akademik dan Accommodation (SOA)
sokongan dipindahkan.
2. Bebanan tugas
terpaksa ditanggung
kepada pensyarah yang
kekal di institusi

MAKLUMBALAS JPPKK

1. Berdasarkan Prosedur Operasi Standard Penawaran Program Pengajian Baharu


Politeknik Edisi 2 2016, punca kuasa utama perancangan penawaran program dan
penjumudan bidang pengajian di Polteknik & Kolej Komuniti adalah bedasarkan kertas
penentuan bidang pengajian & kajian analisa keperluan program. Kertas ini adalah bagi
mengenalpasti program pengajian yang spesifik dan bersesuaian mengikut permintaan
negara.

2. Penutupan/penjumudan program sedia ada di kolej komuniti yang dibuka tanpa waran
perjawatan adalah berkonsepkan Kolej Komuniti Cawangan. KK Cawangan beroperasi
menggunakan kemudahan sedia ada di Kolej Komuniti Induk termasuk perjawatan.

3. PNA (Programme Need Analysis) adalah kajian yang dilakukan sebagai input untuk
menentukan jenis program yang akan ditawarkan di sesebuah institusi. SOA (Schedule of
Accommodation) pula merupakan dokumen yang menerangkan secara terperinci keperluan
ruang dan keluasan lantai yang diperlukan bagi sesuatu institusi melaksanakan sesuatu
program pengajian. Adalah menjadi amalan Jabatan sejak sekian lama kedua-dua dokumen
ini disediakan untuk tujuan perancangan sebelum pengoperasian sesebuah institusi.

Bahagian terlibat:
BPPI*-Penjajaran program
BKPK- Perjawatan

28
Isu-Isu yang dibangkitkan oleh NUTP
semasa Sesi Engagement JPPKK-NUTP Bil 2/2019
di Everly Hotel, Putrajaya pada 4 Mac 2019

Lampiran 1:
Surat Daripada JPA Berkaitan Permohonan Pemanjangan Pemberian BIPK Kepada
PPPT JPPKK Yang Memegang Kelayakan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan
(Kejuruteraan Elektrikal/Mekanikal/Awam), Universiti Terbuka Malaysia (OUM)

29

Anda mungkin juga menyukai