Anda di halaman 1dari 3

PUSAT KOKURIKULUM

UNIVERSITI UTARA MALAYSIA


SUB UNIT: SISWANIAGA
SEMESTER PERTAMA SESI 2019/2020
KUMPULAN A

KERTAS KERJA
“PROGRAM KEUSAHAWANAN PELAJAR DENGAN KERJASAMA SDSI”

______________________________________________________________

DI SEDIAKAN OLEH:
NAMA NO.MATRIK
MUHAMMAD FAQIH BIN ABDUL RAZAK 268026
MOHAMAD ZULHIMI BIN HARIS FADILAH 268013
TAN SHI LIANG 262710
NOR AQILAH BINTI ABDUL HAMID 267931
LIYANA KHALIDAH BINTI RAMLAN 267959
NUR FARRA AMIERA BINTI ABDULLAH 264760
1. PENDAHULUAN

Program keusahawanan ini melibatkan kerjasama penduduk kampung di bawah program Satu
Daerah Satu Industri (SDSI). Program SDSI mula diperkenalkan di Malaysia pada tahun 1992
sebagai Satu Kampung Satu Produk (SKSP) mengambil pengalaman Program One Village One
Product (OVOP) dari Jepun yang telah bermula sejak 1979. Pada tahun 2002, program ini
dikembangkan menjadi Satu Kampung Satu Industri (SKSI) dan kemudian diberi nama baru
kepada Satu Daerah Satu Industri (SDSI) pada tahun 2003.

Program ini dilaksanakan secara berkala-kala, dimana pelajar perlu bersama-sama


penduduk kampung untuk membuat dan menyiapkan barangan atau makanan yang menjadi
industri di daerah berkenaan. Seterusnya, pelajar yang terlibat perlu mengambil inisiatif untuk
memastikan semua barangan atau makanan tersebut dijual. Program ini dilihat mampu memberi
manfaat bukan sahaja kepada pelajar tetapi pada masyarakat setempat.

2. NAMA PROGRAM
“Program Keusahawanan Pelajar dengan kerjasama SDSI”

3. TEMA
“Bantu pelajar, bantu masyarakat”

4. OBJEKTIF
Program ini dijangka dapat memenuhi objektif-objektif berikut:

a) Memupuk semangat keusahawanan dalam diri mahasiswa.


b) Melahirkan mahasiswa yang mencipta kerja bukannya pemburu kerja dengan memperkasakan
keusahawanan.
c) Membantu meningkatkan pendapatan masyarakat setempat.
d) Mengeratkan hubungan antara mahasiswa dengan masyarakat setempat
5. JUSTIFIKASI PROGRAM
Hasil program ini dijangka akan memberikan beberapa impak kepada mahasiswa khusus kepada
mahasiwa sub-unit kokurikulum siswaniaga seperti berikut:

a) Membuka ruang dalam pendedahan aspek keusahawanan di kalangan mahasiswa.


b) Meningkatkan kemahiran insaniah mahasiswa dari aspek kemahiran berkomunikasi,
kemahiran kerja berpasukan dan sebagainya.
c) Membina potensi dan kematangan mahasiswa Universiti Utara Malaysia dalam mengadakan
program keusahawanan.
d) Mencapai hasrat kerajaan untuk memperkasakan keusahawanan dan peniagaan dalam
kelangan mahasiswa.

6. SASARAN PENYERTAAN
Pelajar kokurikulum sub-unit siswaniaga dan masyarakat yang terlibat dengan program Satu
Daerah Satu Industri (SDSI)

7. SYOR PENUTUP
Semoga program ini akan dapat berjalann dengan jayanya serta mencapai matlamat dan objektif
yang telah digariskan.

Anda mungkin juga menyukai