Anda di halaman 1dari 6

HBEF1503 SAMPLE Q

1. Ciri budaya menurut Ferraro(2006)


 Budaya dikongsi
 Budaya dipelajari
 Budaya “tidak kelihatan”
 Budaya mempengaruhi proses-proses biologi
 Budaya saling berubah
 Kesejagatan budaya
 Budaya adaptif dan maladaptif
 Budaya bersifat intergratif
2. Kepentingan system kekerabatan
 Ia membataskan aktiviti seksual dan menentukan siapa boleh mengahwini siapa,
mengikut prinsip sumbang mahram atau incest taboo.
 Ia menentukan bagaimana lelaki dan wanita seharusnya bekerjasama dan membahagikan
tugas.
 Ia menyediakan landasan untuk membesarkan anak-anak dengan baik.
 Ia menyediakam mekanisme untuk berkongsi harta benda dan barang-barang.
 Ia meluaskan rangkaian sosial seseorang dan ini membolehkannya meminta bantuan
apabila dalam kesusahan.
3. Sebab mengapa perlunya pengkhususan jantina dalam pembahagian tugas.
 Lelaki mempunyai tubuh badan dan kekuatan fizikal yang membolehkan mereka
melakukan kerja-kerja berat seperti memburu ,berperang.
 Wanita melakukan kerja-kerja di dalam rumah kerana ia selari dengan tugas penjagaan
kanak-kanak.Contoh:tugas- tugas lelaki agak berat dan berbahaya jika dilakukan oleh
wanita dan membahayakan kanak-kanak di bawah jagaannya.
 Dari segi reproduktif, lelaki boleh dikorbankan berbanding dengan wanita.Wanita tidak
boleh diletakkan dalam bahaya kerana jika mereka pupus,siakapakah yang melahirkan
anak? Lelaki yang terkorban tidak menjejaskan fungsi reproduktif.
4. Fungsi agama dalam masyarakat.
 Mengeratkan kesepaduan sosial dalam masyarakat.
 Menjadi alat kawalan sosial
 Menjadi alat untuk pendidikan
 Menjadi sumber kosmologi sesutau masyarakat
 Menghuraikan ketidakpastian
5. Bentuk kawalan sosial tidak formal
 Sosialisasi
 Pendapat umum
 Keturunan korporat
 Sistem kepercayaan ghaib
 Organisasi umur

BAHAGIAN B
1.Kaedah mendapat ,memproses dan mengedar makanan
a) Sistem pengeluaran Pastoraslisme
 Penternakan haiwan sebagai sumber makanan. Untuk memastikan haiwan ternakan
mereka dapat merumput dengan secukupnya,kehidupan mereka berpindah-randah.
Mencari kawasan ragut yang baru untuk haiwan ternakan mereka mengikut musim.
 Mendapat makanan melalui tanam-tanaman dan berdagang dengan kumpulan-
kumpulan lain.
b) Sistem pengeluaran Agrikultur
 Amat bergantung kepada tenanga haiwan dan teknologi.Contoh banyak menggunakan
teknologi seperti bajak yang ditarik oleh haiwan, baja ,sistem pengairan dan jentera
moden.
 Sistem pengeluaran makanan uang efisien. Dengan berkembangnya teknologi, lebih
banyak makanan boleh dihasilkan untuk menampung populasi yang kian bertambah.
 Pengkhususan peranan. Wujudnya kelas sosial yang bertugas mengeluarkan makann
secara khusus.
2a) Perbezaan antara ras dan etnik
Ras : Satu kelompok manusia yang mempunyai ciri-ciri warisan biologi dan fizikal yang berbeza
dengan kelompok lain
 Terdapat 3 kategori iaitu kaukosiod yang ramai terdapat di negara-negar Eropah dan
Amerika. Berkulit putih ,bermabut perang dan berbadan tinggi
 Negroid kebanyakan penduduk benua Afrika,berambut ikal ,berkulit hitam dan berhidung
kemek.
 Mongoloid kebanyakannya menduduki kawasan benua Asia Timur.
Etnik :Satu kelompok manusia yang mempunyai tradisi budaya yang sama dna satu perasaan
identiti yang sepunya.
 Ahli-ahli kelompok etnik mempunyai perbezaan ciri-ciri budaya berbanding dengan
kelompok lain , misaalnya dari segi bahasa, agama dan adat resam.
Ras merupakan kelompok manusia yang dibezakan kerana ciri-ciri biologi dan fizikal
Etnik dibezakan kerana persepsi dan elemen budaya masing-masing.
Contohnya orang Melayu dan orang Cina boleh digolongkan ke dalam ras yang sama
iaitu Mongoloid tetapi mereka berbeza dari segi etnik keranan kedua-duanya mempunyai
budaya yang berlainan.

2b) Pola-pola hubungan ras dan etnik


 Asimilasi
Melibatkan budaya di mana kelompok minoriti menerima sebahagian besae daripada
budaya kelompok majoriti.
 Pluralisme
Sesetengah golongan minoriti enggan menghilangkan identiti etnik kerana
mempunyai kesedaran yang tinggi dan berbangga dengan warisan budaya ibunda
mereka.Kelompok domain sanggup membernarkan dan menggalakkan kewujudan
pelbagai budaya dalam masyarakat.
 Perlindungan undang-undang terhadap minoriti
Kumpulan minoriti dilindungi oleh undang-undang. England->menjamin kepentingan
sosial dan budaya golongan minoriti etnik.
 Pemindahan penduduk
Berlaku konfilk yang hebat->memindahkan kelompok ras dan etnik tertentu ke
kawasan lain.
 Penaklukan berterusan
Kelompok domian mempunyai hasrat untuk mengekalkan keistimewaannya ke atas
kelompok minoriti->menggunakan kuasa tekanan untuk memisahkan
dangmengasingkan secara fizikal kelompok ras dan etnik yang berbeza-beza.
 Penghapusan
Kaedah penghapusan penduduk termasul pembunuhan dengan menggunaka senjata
api dan dengan sengaja menyebarkan penyakait berjangkit seperti cacar di kalangan
penduduk yang menjadi sasaran.

3a) Sejarah hidup dan latar belakang ibn Khaldun sebagai seorang tokoh ilmuan Islam
 lahir pada 27 Mei 1332 di Tunisia dan meninggal 17 Mac 1406 di Kaherah, Mesir.
 merupakan pemikir Islam terulung dalam bidang sejarah, sosiologi, politik dan agama.
 Ibn Khaldun turut mengembangkan falsafah tidak berasaskan keagamaan paling awal,
terkandung dalam karyanya Muqaddimah.
 Menghimpun dan merumuskan segala ilmu pengetahuan yang wujud dalam bahasa Arab
pada waktu itu ke dalam sebuah falsafah sejrah pertama di dunia.
b) Sumbangan Ibn Khaldun terhadap pembangunan tamadun Islam
1. Penglibatan dalam aktiviti Sosial dan Politik Beliau pernah menyandang beberapa jawatan
dan pernah berkhidmat dengan beberapa orang pemerintah di Utara Afrika dan di Andalus.
Banyak menyandang jawatan penting seperti Setiausaha Negara di istana Sultan Abu Ishaq bin
Abi Yahya dan Sultan Abu Annan; Anggota Majlis Ilmiah; Anggota Jabatan Setiausaha Sulit
Sultan Abu Salim bin Abi Al-Hasan di Fez, Maghribi; Duta Granada; Perdana Menteri (Hajib)
Bougie dan Ketua Hakim (Qadhi Al-Dudhah). Jawatan tersebut memberi peluang untuk
berkhidmat kepada negara dengan lebih berkesan.
2. Bidang ilmu dan pemikiran Islam Berjaya menganalisis sejarah dari aspek
kemasyarakatan, ekonomi, politik, dan pendidikan. Memberi panduan yang terbaik kepada
manusia tentang asas pembinaan sesebuah tamadun. Berpendapat bahawa sesebuah tamadun
tertegak hasil dari keunggulan rohani dengan jasmani. Merupakan pelopor kepada pemikiran-
pemikiran moden khususnya dalam bidang sejarah, politik, ekonomi, sosiologi dan pendidikan.
Para sarjana mengiktiraf karya beliau sebagai bahan kajian dan rujukan. Pemikiran beliau sering
dijadikan wacana, tema-tema seminar, bengkel, persidangan ilmiah, judul-judul buku dan tesis di
peringkat pengajian tinggi. Sebuah anugerah ilmiah yang berprestij dinamakan sempena nama
beliau iaitu Ibnu Khaldun Chair of Islamic Studies di Universiti Amerika. Namanya diabdikan di
dalam sebuah universiti di Jakarta, Indonesia iaitu Universiti Ibnu Khaldun.
3. Karya Agung Ibnu Khaldun Al-Muqaddimah merupakan karya agung Ibnu Khaldun
dalam bidang pensejarahan. Mengikut B. Lewis, buku ini merupakan ensiklopedia sintesis
mengenai metadologi sains kebudayaan yang penting dan buku ini dapat membantu ahli sejarah
dalam penghasilan kajian yang benar dan ilmiah. Buku ini membahaskan secara terperinci
tentang sejarah dan persejarahan. Buku ini setebal lebih kurang 700 helai muka surat. Buku
Muqaddimah ini dibahagikan kepada enam bab. Kandungannya ialah: Bab satu - risalah umum
tentang masyarakat dan pertumbuhan umat manusia Bab dua - kehidupan desa masyarakat badwi
atau primitif Bab tiga - mengenai negara, pemerintahan raja dan institusi khalifah Bab empat -
tentang perkembangan kota-kota dan negeri-negeri serta cara membezakan antara satu kota dgn
kota Bab lima - ekonomi penduduk sesuatu tempat Bab enam - cara mempelajari ilmu
pengetahuan dan pendidikan Isi kandungan buku ini juga terbahagi kepada bahagian asasi dan
tidak asasi: Bahagian asasi - disiplin falsafah, falsafah sejarah dan falsafah sains sosial Bahagian
tidak asasi - geografi, kebudayaan, politik, agama, peradaban dan ilmu pengetahuan
Muqaddimah ialah sumbangan yang agung dalam bidang pensejarahan yang merupakan
percubaan awal ahli sejarah untuk memahami perubahan yang berlaku pada organisasi politik
dan sosial manusia. Buku ini merupakan percubaan awal ahli sejarah untuk memahami pola
perubahan yang berlaku kepada organisasi politik dan sosial manusia. Buku ini juga menjadi
suatu bahan kajian yang menarik kerana pendekatan yang rasional, kaedah serta perbahasan yang
analitikal dan terperinci.
4. Pengasas falsafah sejarah Ibnu Khaldun mendefinisikan sejarah sebagai catatan atau
maklumat tentang masyarakat manusia, iaitu perubahan-perubahan yang berlaku pada sifat-
sifat manusia seperti kemarahan, kebiadaban, revolusi, perasaan setia kawan dan pemberontakan
sehingga mengakibatkan terbentuknya kerajaan, negara dan rakyat, wujudnya pelbagai kegiatan
dan pekerjaan mansuia, pelbagai aspek ilmu pengetahaun dan pertukangan, dan secara umumnya
berkenaan semua perubahan yang dialami oleh manusia. Secara ringkas daripada definisi di atas,
sejarah dan masyarakat adalah satu kesatuan yang mempunyai kesamaan realiti yang berhubung
kait antara satu sama lain. Konsep ini berbeza dengan pendapat Herodotus, seorang ahli sejarah
Yunani yang mengatakan bahawa Tuhan telah campur tangan secara langsung dalam
menentukan sejarah manusia dan bukan manusia itu sendiri yang menentukan sejarahnya. Ibnu
Khaldun telah menetapkan beberapa prinsip untuk sejarah. Contohnya, apabila mengkaji sesuatu
peristiwa kebangkitan dan kejatuhan sesebuah kerajaan, seseorang individu perlu memastikan
penglibatan sebab dan akibat kejadian itu berlaku.Keadaan ini menunjukkan hubungan secara
langsung antara sebab dan akibat. Menurut beliau, manusia sendiri yang menentukan sejarahnya
kecuali mereka yang melanggar hukum Allah sama ada hukum tersurat dalam wahyu atau
tersirat dalam hukum alam akan ditentukan Allah. Berjaya memurnikan ilmu sejarah dengan
menjadikan rasional sebagai kayu ukur fakta sejarah tanpa fanatik kepada sesuatu laporan yang
tidak terbukti kebenarannya. Menggariskan empat perkara yang perlu dilakukan sejarawan dalam
penelitian dan analisis laporan sejarah: Membandingkan antara peristiwa-peristiwa dengan
berdasarkan kaedah sebab dan musabab. Mengkaji peristiwa-peristiwa lalu untuk dijadikan
iktibar kepada peristiwa-peristiwa yang sedang berlaku. Mengambil kira pengaruh iklim dan
alam sekitar terhadap apa yang berlaku. Mengambil kira kedudukan ekonomi dan budaya
terhadap peristiwa yang berlaku.
5. Sebagai Budayawan Merupakan penggiat budaya dan kesusasteraan Arab. Pengajian
kesusasteraannya dengan Syeikh Muhammad Bahr di Tunisia dimanfaatkan untuk menajamkan
kemahirannya dalam bersyair. Banyak menghasilkan syair semenjak kanak-kanak lagi.
Kemahiran Ibnu Khaldun dalam bidang syair jelas kelihatan dalam karyanya al-Muqaddimah
apabila beliau membahaskan tentang syair Arab.
6. Bapa Ekonomi Islam Ibnu Khaldun dikenali juga sebagai “Bapa Ekonomi Islam”
kerana pemikirannya tentang teori ekonomi yang logik dan realistik. Teori yang
dikemukakannya jauh lebih terdahulu daripada teori-teori ekonomi yang dikemukakan oleh
pakar ekonomi Barat spt Adam Smith (1723-1790) dan David Ricardo (1772-1823). Ibnu
Khaldun telah mengutarakan beberapa prinsip dan falsafah ekonomi spt keadilan, hardworking,
kerjasama, kesederhanan dan fairness. Beliau menegaskan bahawa keadilan merupakan tulang
belakang dan asas kekuatan sesebuah ekonomi. Ibnu Khaldun melihat manusia sebagai
memerlukan pengetahuan ekonomi utk memenuhi misinya di ats muka bumi. Manusia perlu
menjauhi perbuatan jahat sebaliknya perlu mengikut ajaran Islam dan mesti memberikan
keutamaan kpd kehidupan akhirat. Beliau juga mengemukakan teori bahawa perekonomian
sentiasa berada dlm keseimbangan antara penawaran dan permintaan. Menurut beliau faktor
pengeluaran spt tanah telah tersedia, faktor buruh masih dianggap faktor terpenting dlm proses
pengeluaran. Ibnu Khaldun juga berpendapat bahawa kenaikan paras harga barangan yang tetap
amat perlu utk mengawal tahap produktiviti.
BAHAGIAN C
1.Punca-punca raisme dan etnosentrisme yang mendorong kepada konflik dalam masyarakat.
 akibat kesan drpd persaingan sesama kelompok2 ras & etnik ke atas sumber2 yg terbatas.
 mestilah wujud 3 keadaan:
a. mesti terdapat dua @ lebih kelompok social yg dpt dikenalpasti melalui perbezaan ciri2 fizikal
& budaya.
b. mesti terdpt persaingan ant kelompok2 ke atas sumber2 yg bernilai ( kuasa, tanah/pekerjaan).
c. mesti wujud kuasa yg tidak seimbang ant kelompok2 ( satu kelompok yg dominan yg mpyi
kuasa yg
lebih kuat utk menafikan kelompok2 lain hak ke atas sumber2 yg bernilai itu.)
- cth: org berkulit putih memandang rendah terhdp org kulit hitam.

Anda mungkin juga menyukai