Anda di halaman 1dari 8

SEBAB PERTAMA: DI DALAMNYA ADA UNSUR HARAM.

Di dalam lagu-lagu kpop, tak kisahla band lelaki atau perempuan, di dalamnya ada unsur haram.
Maka, hukumnya haram.

1) Haram pada penampilan mereka!

Band perempuan, pakai seksi gila bapak, pastu menari macam apa bajet cute, terlompat-lompat
bagai. Sampai masuk surat khabar, seorang penari kpop perempuan perut sneak sebab time buat
show menari-nari, tergelincir, jatuh, pastu sakit, senak perut, masuk hospital. Apa ke gerun.
DAN, band lelaki pula, dengan rambut di “colour”kan, ada yang pakai rambut palsu dan
sebagainya. Saya malas nak ulas, rasa semua dah tahu, 90% artis korea telah membuat
pembedahan plastik.

Soalan saya:

“Adakah mengubah wajah itu Allah redha? Adakah pakai rambut palsu itu Allah redha? Adakah
colourkan rambut itu Allah redha? Adakah pakai seksi-seksi tu Allah redha? Adakah menari
berjoget bagai tu Allah redha? Adakah itu semua bukan maksiat??!”

Jangan bagai alasan:

“Alah, mereka kafir, apa salahnya??”

Kalau macam tu, tak salah la kalau orang kafir berzina, membunuh, merompak, rogol orang,
minum arak bagai? Sebab mereka kafir? Mana ada! Orang kafir ke orang islam ke, jika dia buat
benda yang Allah murka, kita kena tegur! Hatta, ulama’ menyebut:

“Barangsiapa yang redha dengan kekafiran, maka dia juga menjadi kafir!”.

Hati-hati beb.

Kesannya? Bila ramai tengok kpop drama korea bagai, maka:

1. a) Ramai wanita islam yang rasa MALU dengan wajah mereka, mereka rasa diri mereka
tak cantik kerana mereka bandingkan diri mereka dengan wanita-wanita korea. Lantas, di
sebabkan itu, mereka make up muka mereka, pakai seksi-seksi, semata-mata untuk
kelihatan cantik. Yang muka tak cantik dan buruk, mereka sedih, rasa down, tiada
keyakinan diri, da nada yang bunuh diri. Padahal Allah tak pandang pun wajah. Dan
actually, manusia pun tak pandang sangat wajah ni.

Berapa banyak lelaki tak hensem dapat kahwin dengan perempuan cantik. Berapa ramai
perempuan tak cantik dapat kahwin dengan laki hensem. Berapa banyak kes laki hensem kahwin
dengan perempuan cantik gila, tapi cerai. Kes cerai pun setahun 27,000. Means, setiap 1 jam, 3
orang bercerai.
1. b) Ramai lelaki yang terikut-ikut fashion rambut, fashion baju pakai ketat-ketat,
warnakan rambut, pakai rambut palsu semata-mata nak Nampak macho, padahal tak
macho pun. Banyak lagi kesannya.

2) Haram pada liriknya.

90% Lirik dalam lagu-lagu kpop adalah berunsur cinta, mempromosi seks seperti “kiss”, “hug”
dan sebagainya, mempromosi pergaulan bebas, mempromosi couple dan sebagainya. Walaupun
korang dengar tu korang tak faham, tapi, tak faham tu lah yang BAHAYA bila dengar. Sekali dia
kutuk Allah atau kutuk nabi macamana?

Kenapa tak boleh dengar lirik-lirik yang ada unsur haram ni?

Kerana, apa yang kita dengar, benda tu yang akan masuk dalam FIKIRAN. Bila kita dah selalu
fikir benda tu, ia akan meresap dalam HATI. Bila dah meresap dalam hati, maka ia akan
membuahkan AMAL.

Contoh, kalau hari-hari kita dengar pasal cinta, cinta, cinta, cinta, maka, kita akan mula rasa nak
bercinta dan tak rasa bahawa bercinta tu salah. Dan akhirnya, kita pun startlah cari couple, dan
rasa malu kalau tak couple.

Kalau hari-hari dengar pasal seks, seks, seks, cium, cium, cium, maka, kita akan terasa nak buat
benda tu. Sebab tu, cuba korang interview budak-budak yang terlanjur. Cuba tanya dia, minat
kpop tak? Minat drama korea tak? Nescaya diorang akan kata, diorang minat. DAN, itulah
PUNCA mereka rasa teringin nak berzina.

Sebab tu lah, Ustaz Nouman Ali Khan ada sebut bahawa:

“Lagu-lagu yang ada unsur haram adalah pornografi bagi telinga…”

Maka, kesan bila kita banyak dengar lagu yang liriknya macam ni, sampai satu tahap, kita akan
rasa NORMAL bila buat benda-benda dosa. Kita tak rasa couple tu salah. Kita tak rasa bercinta
sebelum nikah tu salah. Kita tak rasa apa-apa bila tengok orang buat maksiat couple depan amta
kita. Kita anggap benda tu semua NORMAL dan takde apa hal.

Ketahuilah, merasa NORMAL dengan dosa adalah tanda hati rosak, hancur lebur, dan berkecai.

3) Haram pada official videonya.

Mustahil kalau korang kata korang dengar kpop, tapi tak pernah tengok official video dia. Kalau
korang tengok official video dia, dalam tu kan banyak pergaulan bebas? Laki pegang perempuan,
aurat gila bapak, cium pipi, menari sini sana. Tak ke haram?

So, ini semua adalah sebab pertama, iaitu, kpop haram kerana di dalamnya ada unsur haram.
Jom, pergi ke point kedua.
***

SEBAB KEDUA: TAK CEGAH MUNGKAR.

Sebelum saya nak hurai sebab kedua ni, saya nak korang semua bukak mata dan baca hadith ni
27 kali sampai faham. Baca, baca!

‫ فإن لم يستطع‬، ‫ من رأى منكم منكرا فليغيره بيده‬: ‫ سمعت رسول هللا صلى هللا عليه وسلم يقول‬: ‫عن أبي سعيد الخدري قال‬
‫ وذلك أضعف اإليمان‬، ‫ فإن لم يستطع فبقلبه‬، ‫فبلسانه‬

( ‫) رواه مسلم‬

Dari Abu Said Alkhudri meriwayatkan bahawa, nabi saw bersabda: “Barangsiapa yang melihat
kemungkaran, hendaklah dia ubah dengan TANGAN. Jika tak mampu, maka ubahlah
dengan LISAN. Jika tidak mampu, maka ubahlah dengan HATI, dan itu (ubah dengan hati)
adalah selemah-lemah iman…”

(Hadith riwayat Muslim)

Apa yang korang faham dari hadith kat atas?

Biar saya hurai satu persatu hadith ni bagi korang faham.

1) Bila kita Nampak maksiat depan mata, bila kita Nampak benda haram yang orang buat, tak
kisahla orang tu kafir ke islam ke, maka, kita WAJIB TEGUR. Wajib! Sekurang-kurangnya
kalau tak mampu, kita kena tegur dengan HATI.

2) Apakah yang di maksudkan dengan “ubahlah dengan hati”?

Ubah dengan hati itu ada 3:

1. a) Benci maksiat tersebut.


2. b) Jauhi maksiat tersebut.
3. c) Berazam untuk ubah maksiat tersebut jika kita mampu.

3) Bermakna, jika kita Nampak satu maksiat, kita tak rasa apa-apa, tak rasa benci, kita tak jauhi,
means, kita takde iman! Kerana, mencegah dengan hati adalah selemah-lemah iman!

So, back to the point dengan topic kita. Bila kita tengok kpop, kita tengok benda-benda haram
yang mereka buat, pakaian mereka, lirik mereka, pergi konsert mereka, tengok drama, tengok
mereka pegang-pegang tangan dan cium, siap nangis, siap ketagih, lepas satu drama, next drama
sampai berpuluh drama tengok, berates episode khatam, ADAKAH KITA ADA IMAN??!!

Takkan tak rasa apa-apa bila tengok maksiat yang mereka buat? Siap kita jadikan hiburan lagi
tu? Apakah ini semua?!
Sepatutnya, kalau kita ada iman, bila kita “ter”tengok kpop or drama bagai, kita kena rasa benci,
kemudian kita jauhi, dan kita berazam untuk nak ubah mereka jika kita mampu. Contohnya,
tengok Lee Min Ho berlakon. Kita kena rasa benci dengan maksiat tu, kita kena jauhi benda tu,
dan kita kena berazam untuk tegur Lee Min Ho dan dakwah dia bila kita mampu nanti.

Jika tidak, kita di kira tiada iman, kerana selamah-lemah iman adalah mencegah dengan hati!

Clear? Jelas? Faham? Terbaik…

****

SEBAB KETIGA: TAK TUNDUK PANDANGAN

Okay. Sebab ketiga ni, saya nak bagi ayat quran sikit. Sebab ada orang kalau kita tak bagi ayat
quran, dia tak nak terima teguran kita. So, saya bagi ayat quran, fahami. Kalau boleh hafal, hafal!

‫ضضْنَ ِّم ْن‬ ِّ ‫صنَعُونَ َوقُل ِّل ْل ُمؤْ ِّمنَا‬


ُ ‫ت يَ ْغ‬ َّ َّ‫َار ِّه ْم َويَحْ فَ ُظوا فُ ُرو َج ُه ْم ذَ ِّلكَ أَ ْزكَى َل ُه ْم إِّن‬
ٌ ِّ‫َّللاَ َخب‬
ْ َ‫ير بِّ َما ي‬ ِّ ‫قُل ِّل ْل ُمؤْ ِّمنِّينَ يَغُضُّوا ِّم ْن أ َ ْبص‬
‫َار ِّهنَّ َويَحْ فَ ْظنَ فُ ُرو َج ُهنَّ َو ََل يُ ْب ِّدينَ ِّزي َنت َ ُهنَّ ِّإ ََّل َما َظه ََر ِّم ْنهَا‬ِّ ‫أَ ْبص‬

30-31 :‫النور‬

“Katakanlah kepada LELAKI beriman, TUNDUKKANLAH PANDANGAN mereka, dan


peliharalah kemaluan mereka. Itu lebih menyucikan mereka. Sesungguhnya Allah maha
mengetahui apa yang mereka lakukan. Dan katakanlah kepada WANITA beriman,
TUNDUKKANLAH PANDANGAN mereka, dan peliharalah kemaluan mereka, dan
janganlah memperlihatkan perhiasan mereka kecuali kepada yang biasa (yang bukan
aurat)…”

(Annur: 30-31)

Wahai kawan, bila kita tengok ayat ni, Allah bukan suruh lelaki je tunduk pandangan. Tapi,
perempuan pun kena tunduk pandangan beb! Perempuan pun kena tunduk pandangan!

Tapi, hari ni, bila lelaki usha perempuan, bila lelaki tengok video lucah, bila lelaki tengok
official video Katy Perry bagai, bila lelaki letak profile picture perempuan kat FB dia, komfem
lelaki tu akan di pandang MIANG, tak malu, nafsu tinggi dan sebagainya.

Tapi, bila perempuan tengok artis korea, tengok justib bieber tak pakai baju, siap like dan share,
tengok One Direction, pastu share-share gambar tu, siap ada yang letak gambar artis lelaki
kesayangan mereka kat wallpaper henset dan sebagainya, tak siapa anggap benda tu salah! Tapi,
kalau kita relatekan balik dengan lekaki tadi, seperti mana lelaki tu akan di anggap miang kerana
tak tunduk pandangan, macam tu juga perempuan di anggap miang, nafsu tingga tak malu bila
mereka usha lelaki!

Ingat video lucah je ke haram? Ingat nak tunggu naik syahwat baru haram? Sejak bila syarat
haram ialah kena naik syahwat?
Kalau macam tu, bila kita tegur kawan kita yang selalu usha, bila kita tegur, nanti dia jawab:

“Weh, apa salahnya? Aku tak naik syahwat beb!!”

Apa kita nak jawab?

Sebab tu, islam ni cantik. Dia cegah dari awal. Kalau tak, timbullah golongan-golongan yang
menggunakan alasan “tak naik syahwat” untuk memuaskan nafsu syahawat mereka.

****

SEBAB KEEMPAT: SUPPORT MAKSIAT

Bila kita tengok video kpop or drama korea dan yang seangkatan dengannya, maka, secara tak
langsung, dan secara tak sedar, kita dah SUPPORT maksiat yang mereka lakukan. Sekali tekan
kat youtube, views video tu akan meningkat, bila views meningkat, mereka akan popular dan
dapat duit. Tu belum kita kalau LIKE mereka kat

Facebook

, follow mereka di twitter dan instagram.

Lagi pelik, siap beli album artist u, beli DVD drama tu, beli kat itunes. Kemudian, duit untung
album semua tu, artis-artis tu akan meneruskan maksiat mereka denganrasa bangga di sebabkan
ada orang support. Lagi lagi pelik tahap kritikal, pergi konsert mereka, bayar berates-ratus
ringgit!

Apakah semua ini?!

Allah ada sebut banyak dalam quran, betapa Allah MURKA bila kita support dan REDHA
dengan maksiat yang mereka lakukan. Bacalah, baca!

َّ ‫َوَل ت َ ْر َكنُوا ِّإلَى الَّ ِّذينَ َظلَ ُموا فَتَ َم‬


ُ ‫س ُك ُم ال َّن‬
‫ار‬

113:‫هود‬

“Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang zalim (yang melakukan maksiat)
yang akan menyebabkan kamu masuk neraka!”

(Hud ayat 113)

َ‫علَ َّي َفلَ ْن أَكُونَ َظ ِّهيراً ِّل ْل ُمجْ ِّر ِّمين‬


َ َ‫ب بِّ َما أ َ ْنعَ ْمت‬
ِّ ‫قَا َل َر‬

[17:‫]القصص‬
“Musa berkata: ‘Ya tuhanku, demi nikmat yang telah Engkau anugerahkan kepadaku, aku
sekali-kali tidak akan menjadi PENOLONG bagi orang-orang yang melakukan dosa!!”

(Alqasas ayat 17)

Banyak lagi ayat. Nak kata, bila kita support, bila kita dengar, tengok, pergi beli album, pergi
konsert, sebenarnya ia menandakan kita redha dengan maksiat yang dia lakukan, sekaligus kita
telah MENOLONG mereka untuk meneruskan dosa!

Ingat ini dosa kecil? Ingat ini dosa kecil ke wahai kawan?

Ingatlah kata-kata ini:

“Apabila kita REDHA dengan maksiat yang di lakukan oleh orang lain, itu juga merupakan
satu maksiat…”

***

SEBAB KELIMA: KITA BERSAMA DENGAN ORANG YANG KITA CINTAI

Seperti biasa, sebelum saya nak ulas dengan lebih lanjut, hayatilah hadis nabi. Korang kan kata
korang cinta nabi, so, hayatilah hadis nabi dan amalkan. Kalau cinta nabi la…

‫أنت مع من أحببت‬

“Engkau bersama orang yang engkau cintai (di akhirat kelak)”.

(Hadis riwayat Muslim)

Jika kita cinta nabi, kita akan bersama nabi. Jika kita cinta Lee Min Ho, atau artis EXO, SNSD
bagai, kita akan bersama diorang kat akhirat nanti. Kalau diorang masuk neraka, kita akan
bersama mereka. Tapi jika cinta nabi, cinta ulama’, cinta orang soleh, kita akan bersama mereka
di akhirat kelak.

Ingat, cinta ni kena ada bukti. Orang yang cinta rasul, takkan cinta artis kpop bagai.

***

SEBAB KEENAM: LALAI DARI AGAMA

Bab ni best. Ramai yang tengok drama korea jepun bagi, or dengar lagu-lagu yang ada usnur
haram semua tu, bila kena tegur, depa akan jawab:

“Apa salahnya? Aku tak lebih-lebih. Aku tak lalai! Aku masih solat dan baca quran…”
“Ala. Aku bukan lebih-lebih pun. Walaupun aku tengok runningman setiap hari, aku still komit
ikut usrah, katibah daurah semua aku pergi. Aku tak lalai!”

Jawapan saya kepada orang yang macam ni ialah:

“Korang penipu! Penipu besar! Korang sebenarnya lalai! Bohong!”

Kenapa saya kata korang penipu?

Korang kata koang tak lalai dari agama? Apa korang ingat agama ni solat sahaja ke? Soalan
saya:

1) Berapa juzuk quran kau dah hafal? Kau baca quran 1 juz sehari ke tak? Bagi can sikit, berapa
kali kau dah khatam quran? Bagi can lagi, kau baca quran lancar ke tak? Ke baca masih
tersekat? Kenapa korang tak guna masa berjam-jam korang tengok korea bagai tu untuk kuasai
quran??

2) Solat korang amacam? Full 5 waktu berjemaah kat surau (bagi laki) dan awal waktu (bagi
wanita)? Jangan cakap kau solat tak full. Agak-agakla. Rukun islam kot. Belum masuk bab solat
sunat. Qiamullail, tahajud solat taubat semua korang buat hari-hari tak? Ke dah bertahun tak
solat tahajud? Pergh…Kalau korang guna masa berjam-jam tu untuk solat, kan bagus?

3) Kitab apa yang korang dah habis baca? Buku sirah apa yang korang dah habis baca? Kitab
sirah raheeq makhtum dah baca? Kitab fiqh sirah Albuti dah habis baca? Kitab sirah duru wa ibar
dah habis baca? Kat cinta nabi, kenapa sirah pun tak baca? Belum masuk kitab dakwah. Dah
baca almuntolaq, dah baca fiqh dakwah, dah baca majmuat rasail blab la bla?? Kalau korang
guna masa berjam-jam tengok korea bagai tu untuk baca buku, komfem korang dah alim dah.

4) Exam korang skor tak? SPM berapa A dapat? STAM mumtaz ke tak? Kat universti, dapat 3
pointer ke atas tak? Lepas tu tak puas hati dengan PTPTN bagai padahal korang bukan belajar
betul-betul pun. Kalau korang guna masa berjam-jam tengok korea tu untuk belajar, komfem
korang jadi genius.

5) Dakwah dan tarbiah buat tak? Dah berapa ramai orang berubah di sebabkan kau? Ke sorang
pun takde? Kalau korang guna masa berjam-jam tengok movie semua tu untuk dakwah tarbiah,
mesti kau dapat hidupkan hati ramai orang!

Tapi, persoalannya, adakah kita buat semua benda tu? Kita tak buat! Kenapa kita tak buat? Sebab
kita LALAI! So, jangan nak menipu diri sendiri!

***

PENUTUP

Beginilah..
Kepada semua pencinta, peminat dan penyokong KPOP, drama Korea Jepun, Melayu, Indonesia,
Cina, Tamil, Siberia, Eskimo, Arab Bersekutu, hatta drama Alien workshop sekalipun kalau ada.

Kami nak tanya korang.

Apa rujukan hidup korang?

Kalau rujukan korang al Quran dan as Sunnah, ok kita sama.

Disebabkan rujukan hidup kita sama, saya nak tanya korang sekali lagi.

Bagi kami 5 hujah kalau comel berserta dalil kenapa KPOP, drama-drama semua sekali, dan
semua yang berkaitan dengannya, korang PERTAHANKAN? Sebab kami assume, kalau korang
pertahankan, maksudnya korang nak kata bahawa ia adalah HARUS, boleh tengok dan mungkin
boleh bagi manfaat pada umat Islam.

Korang boleh bagi 5 hujah kukuh dan dalil, kami akan DELETE semua post kami tentang kpop,
dan tarik balik statement2 kami.

Kita berprinsip atas nama kebenaran. Kalau kami salah, kami akan tarik balik walaupun orang
kata kami jilat ludah sendiri. Peduli apa, dah kami salah. Akui je la, buat apa kami nak
pertahankan kesalahan kami.

Dan kami minta dalil bukan sebab kami pandai or bajet bagus, tapi inilah PRINSIP seorang
MUSLIM.

Saya dah berikan 6 dalil untuk menguatkan HUJAH saya mengatakan KPOP, drama, movie
bagai yang ada unsur haram tak kisahla bangsa apa sekali pun, sebagai HARAM. Saya dah
berikan hujah.

Saya yakin. Dakwah ini, apabila kita berterus-terang, maka akan ada 3 kelompok:

1) Orang yang terima dan berubah

2) Orang yang tak terima dan menentang

3) Orang yang tak rasa apa-apa.

Kerana itu, saya harap, moga kalian semua berada di dalam golongan yang pertama. Dan, kepada
yang menentang, sila berikan dalil dari ayat quran dan hadis untuk mempertahankan apa yang
korang buat.

Anda mungkin juga menyukai