Anda di halaman 1dari 19

1.

0 Pengenalan

Pada asasnya, penerangan dan juga penjelasan yang telah dikemukakan oleh Dahlan Matusin Bin
Mosidi (2018) telah menunjukkan bahawa Sekolah Bestari merupakan satu konsep pengajaran
dan pembelajaran (PdP) yang baru di mana penting untuk membangunkan dan melahirkan
generasi muda yang menyeluruh di masa hadapan. Penerangan ini juga mendapatkan sokongan
daripada Hazani bin Che Heh (2017) dan beliau juga mengatakan bahawa sekolah bestari
amatlah mementingkan penggunaan bahan pengajaran yang sesuai dan interaktif dalam proses
pengajaran dan pembelajaran (PdP) di dalam bilik darjah. Contohnya, guru akan menggunakan
perisian pendidikan yang sesuai untuk mengajar sesuatu mata pelajaran di bawah konsep sekolah
Bestari dan semua perisian pendidikan ini sebenarnya akan disediakan oleh Pusat
Pemkembangan Kurikulum bersama dengan Bahagian Teknolohi Pendidikan, Kementerian
Pendidikan Malaysia. Latihan yang menyeluruh juga akan disediakan untuk guru-guru sekolah
supaya mereka berupaya untuk menguasai kemahiran pengajaran yang unik di bawah konsep
sekolah bestari yang dilakukan ini.

Untuk perbincangan yang akan dilakukan dalam kertas kajian ini, tumpuan dan fokus akan
diberikan kepada usaha untuk pembestarian sekolah yang berlaku dalam sistem pendidikan untuk
negara Malaysia. Antara aspek yang akan dikajikan termasuklah konsep sekolah bestari
termasuklah kurikulum dan pedagogi serta bagaimana ia adalah relevan dengan pedagogi pada
abad ke 21 ini. Sesungguhnya, satu set Rancangan pengajaran harian (RPH) untuk Bahasa
Melayu yang mengaplikasikan pedagogi abad ke 21 ini juga akan dikemukakan dan diterangkan
dengan jelas dalam kertas kajian ini. Penerangan yang dilakukan dalam kertas kajian ini akan
disokongkan dengan menggunakan pelbagai contoh sesuai dan juga berkesan. Bahan ilmiah yang
relevan juga akan digunakan untuk menyokongkan perbincangan yang dilakukan dalam kertas
kajian ini.
2.0 Konsep Sekolah Bestari

Pada asasnya, pandangan yang telah disumbangkan oleh Abdul Rashid Johar & Siti Rahayah
Ariffin (2017) telah menunjukkan bahawa seluruh proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) di
bawah konsep sekolah bestari adalah tidak sama dengan corak pengajaran dan pembelajaran
(PdP) yang dijalankan secara tradisional. Ini adalah kerana pedagogi pembelajaran yang
diaplikasikan di bawah konsep sekolah bestari adalah lebih unik untuk melahirkan generasi muda
yang lebih menyeluruh di masa hadapan. Sejajar dengan itu, perbincangan yang akan dilakukan
di bahagian kertas kajian ini akan memberikan fokus terhadap konsep sekolah bestari di mana
seluruh proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang mengaplikasikan konsep ini akan
diterangkan dengan jelas dan terperinci dalam bahagian kertas kajian ini.

2.1 Kurikulum

Seperti yang telah diterangkan oleh Eng Hua Lee & Liew Kim Tho (2015), istilah kurikulum
boleh dimaksudkan sebagai suatu perancangan yang dilakukan terhadap isi kandungan
pembelajaran yang sewajarnya dilaksanakan oleh guru –guru di dalam sekolah. Sememangnya
tidak boleh dinafikan bahawa pengenalan sekolah bestari telah memberikan pelbagai perubahan
terhadap kurikulum yangs edia ada dan ia adalah seperti yang diterangkan berikut:

(A) Mementingkan Perkembangan Murid

Pada asasnya, Baharuddin Che Mohammad (2018) berpendapat bahawa kurikulum di bawah
sekolah bestari ini adalah sangat mementingkakn perkembangan kendiri untuk seseorang murid
serta berusaha untuk melahirkan generasi muda yang menyeluruh dan bukan hanya terhadap
dalam pencapaian akademik sahaja. Beliau juga mengatakan bahawa isi kandungan
pembelajaran di bawah sekolah bestari ini akan mendedahkan murid-murid kepada pelbagai
bidang dan kemahiran yang berlainan seperti kemahiran berbahasa dan berkomunikasi.
(B) Melibatkan Pelbagai Displin Ilmu

Selain itu, pembelajaran di bawah konsep sekolah bestari juga akan melibatkan pelbagai dimensi
ilmu yang berlainan serta bertema dan juga berupaya untuk merentasi pelbagai bidang yang
berlainan. Semua ini bertujuan untuk memberikan rangsangan terhadap pemikiran, dan
memupuk akhlak dan juga nilai murni merentasi kurikulum yang diajarkan di dalam bilik darjah.
Contohnya, kurikulum di bawah sekolah bestari ini mengkehendaki guru untuk menerapkan nila
murni seperti bekerjasama dalam pembelajaran sesuatu mata pelajaran.

(C) Menyediakan Murid untuik Menghadapi Cabaran masa Hadapan

Pada masa yang sama, kurikulum yang dirancangkan di bawah sekolah bestari ini adalah
bertujuan untuk menyediakan murid-murid supaya mereka berupaya dan bersedia untuk
menghadapi pelbagai cabaran yang berlaku pada masa hadapan. Keterangan ini telah dipersetujui
oleh Hazani bin Che Heh (2017) di mana beliau juga mengatakan bahawa kurikulum
pembelajaran yang digunakan dalam sekolah bestari adalah bersifat futuristik di mana ilmu
pengetahuan dan kemahiran yang diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP)
adalah relevan dengan teknologi maklumat. Sebagai contoh, murid akan didedahkan kepada
cara-cara menggunakan teknologi maklumat dalam pembelajaran Bahasa Melayu.

(D) Menyatakan Hasil Pembelajaran Berasaskan Tahap Keupayaan Murid

Akhirnya, proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang akan dilaksanakan di bawah konsep
sekolah bestari ini juga akan menyatakan smeua hasil pembelajaran dengan jelas berdasarkan
tahap keupayaan murid yang berlainan. Dalam perkataan yang lain, murid yang berlainan
keupayaan akan dinilaikan dengan cara yang berlainan serta diberikan latihan yang berlainan
(seperti latihan pengukuhan dan latihan pemulihan). Oleh yang demikian, proses pengajaran dan
pembelajaran (PdP) di bawah konsep sekolah bestari ini adalah lebih fleksibel dan menyeluruh.
2.2 Pedagogi

Menurut penerangan dan definisi yang diberikan oleh Abdul Rashid Johar & Siti Rahayah
Ariffin (2017), pedagogi merupakan suatu penyelidikan yang lazimnya dilakukan terhadap
teknik pengajaran seseorang guru di dalam bilik darjah. Ciri-ciri pedagogi di bawah sekolah
bestari adalah seperti yang diterangkan berikut:

(A) Teknik Pengajaran yang Berpusatkan Murid

Secara lazimnya, guru adalah dikehendaki untuk menggunakan teknik pengajaran yang
berasaskan dan memusatkan murid di mana guru sendiri hanya akan memainkan peranan
sebagai fasilitator di sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang dijalankan di
dalam bilik darjah. Oleh yang demikian, murid akan melibatkan diri secara aktif dalam seluruh
proses pengajaran dan pembelajaran (PdP).

(B) Bersifat Kolaboratif

Di samping itu, pandangan yang telah diberikan oleh Dr.Nor Hayati Binti Abd.Rashid & Chan
Fong Mae (2016) juga menunjukkan bahawa konsep pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang
akan dilaksanakan di bawah sekolah bestari adalah bersifat kolaboratif di mana semua informasi
yang relevan dengan pembelajaran dan pengajaran akan dikongsi bersama-sama di bawah suatu
pangkalan data atapun sistem maklumat. Dalam perkataan yang lain, guru akan berkongsi
sumber pengajaran termasuklah informasi bersama-sama untu kebaikan kesemua pihak di
sekolah.
(C) Pembelajaran yang Holistik

Sementara itu, semua pembelajaran yang dilakukan di bawah konsep sekolah bestari ini juga
bersifat holistik iaitu ia akan meliputi banyak dimensi dalam pembelajaran dan bukanlah setakat
dari segi bidang akademik sahaja. Mereka juga akan berfokus kepada pembangunan elemen-
elemen yang lain seperti jasmani, rohani, emosi dan juga intelektual dalam proses pengajaran
dan pembelajaran (PdP).

(D) Kepelbagaian dalalm Gaya Pengajaran

Pada masa yang sama, teknik pengajaran yang akan digunakan oleh guru sekolah akan
melibatkan pelbagai jenis teknik yang berlainan dan penggunaan teknik dan kaedah pengajaran
ini adalah bergantung kepada kesesuaian di dalam bilik darjah terutamanya dalam aspek
penerimaan murid dalam bilik darjah tersebut. Keterangan ini telah mendapatkan persetujuan
daripada Dahlan Matusin Bin Mosidi (2018) dan beliau telah mengatakan bahawa gaya
pengajaran yang boleh digunakan oleh guru termasuklah gaya pembelajaran Bloom, model
Murnford dan Honey dan gaya pembelajaran visual, auditori dan Kinestetik (VAK).

(E) Penggunaan Elemen ICT

Akhirnya, penggunaan elemen ICT juga merupakan suatu elemen yang penting di bawah proses
pengajaran dan pembelajaran (PdP) sekolah bestari di mana guru adalah digalakkan untuk
mengaplikasikan pelbagai jenis aplikasi dan peralatan teknologi maklumat yang sesuai dalam
proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) di dalam bilik darjah. Contohnya, guru boleh
menggunakan perisian pendidikan untuk mendidik murid-murid konsep yang relevan dengan
pantun di dalam bilik darjah.
2.3 Hubungkait Sekolah Bestari dengan Pedagogi Abad- 21

Sememangnya tidak boleh dinafikan bahawa sekolah bestari ini mempunyai hubungan yag rapat
dengan pedagogi abad ke-21. Semua hubungan ini akan diterangkan dengan jelas dalam seksyen
kertas kajian ini dan ia akan disokongkan dengan menggunkan contoh yang sesuai serta relevan.

(A) Mementingkan Perlibatan Murid dalam PdP

Seperti yang telah diterangkan dalam seksyen sebelum, pedagogi di bawah sekolah bestari
adalah mementingkan perlibatan murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) di
mana guru hanya akan memainkan peranan sebagai fasilitator sahaja. Ia adalah sejajar dengan
peruntukan yang ditekankan di bawah pedagogi abad-21 iaitu mengalakkan murid-murid belajar
secara aktif di dalam bilik darjah.

(B) Penggunaan Sumber Pengajaran yang Sesuai

Sesungguhnya, guru juga digalakkan untuk menggunakan sumber pengajaran yang sesuai
terutamanya berasaskan aplikasi teknologi maklumat di bawah pedagogi sekolah bestari dan ia
juga selaras dengan pedagogi abad ke -21 di mana guru juga diberikan nasihat untuk
menggunakan bahan berbantukan komputer untuk pengajaran dan pembelajaran (PdP) di dalam
bilik darjah. Ia telah membuktikan keselarasan di antara pedagogi di bawah konsep sekolah
bestari dan juga abad ke -21.
(C) Mementingkan Konsep Kooperatif dalam Pembelajaran

Di samping itu, dapatan kajian juga menunjukkan bahawa kedua-dua pedagogi iaitu di bawah
konsep sekolah bestari dan juga abad ke-21 mempunyai kesamaan dari segi mementingkan
konsep kooperatif di kalangan murid-murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP).
Contohnya, murid-murid akan diarahkan untuk melakukan perbincangan kumpulan untuk
menyelesaikan masalah-masalah yang diberikan dalam pembelajaran.

(D) Tidak Memberikan Penekanan dalam Penghafalan

Seperti yang disedia maklum, proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang aka dilakukan di
bawah pedagogi sekolah bestari, penghafalan adalah tidak digalakkan sama sekali dan ia adalah
selaras dengan peruntukan dalam pedagogi abad ke 21 di mana lebih memnberikan tumpuan
terhadap keupayaan seseorang murid untuk memahami konsep pembelajaran yang telah
diketengahkan oleh guru-guru di dalam bilik darjah. Sesungguhnya, semua ini telah
membuktikan bahawa pedagogi sekolah bestari adalah selaras dengan pedagogi untuk abad ke -
21.
3.0 Rancangan Pengajaran Harian (RPH) untuk Bahasa Melayu yang Mengaplikasikan
Pedagogi Abad Ke – 21

Untuk perbincangan yang akan dilakukan dalam bahagian laporan penyelidikan ini, fokus akan
diberikan terhadap suatu set Rancangan Pengajaran Harian (RPH) Untuk mata pelajaran Bahasa
Melayu dalam mengaplikasikan Pedagogi Abad Ke-21. Ia adalah seperti yang dipaparkan berikut:

Mata pelajaran : Bahasa Melayu

Genre : Puisi Tradisional

Tingkatan : 4 Atom

Tajuk : Pantun Kiasan

Masa : 60 minit

Bilangan pelajar : 45 orang

Fokus Utama :

10.3 Menyatakan bentuk dan nada puisi

Aras 1 : iii. Menganalisiskan karya prosa dan puisi untuk mengenal pasti aspek – aspek yang
menarik (nada puisi)

Fokus Sampingan :

10.5 Melakukan huraian yang relevan dengan maksud, gaya bahasa dan unsur bunyi dalam puisi

Aras 1: i. Menyatakan makna kata dan juga ungkapan berdasarkan konteks untuk meningkatkan
apresiasi.

12.5 Membina baris puisi dengan kemas dan indah.


Aras 3: ii. Menghasilkan puisi yang memperlihatkan kreativiti yang tinggi dari segi idea dan juga
gaya penulisan

Objektif pembelajaran : Di akhir pengajaran dan pembelajaran (P&P), murid dapat:

1. Melafazkan pantun dengan nada serta intonasi yang Merari dan sesuai.
2. Menerangkan maksud / isi pantun secara tersurat
3. Membina ayat puitis dalam menciptakan pantun.

Sistem bahasa :

i. Tatabahasa : kata nama, kata kerja, kata adjektif

ii. Kosa kata : Alas nikah, perencah, melukut di tepi gantang, gelam, kenanga, terap, cicak
mengkarung dan belat.

Kemahiran nilai ditambah :

Kemahiran berfikir : Menyusun maklumat, meramal maksud, melakar, merumus

Kecerdasan pelbagai : Interpersonal, verbal lingustik, visual dan spatial

Strategi Pembelajaran : Mengalami menghayati, penyepaduan seni

Pengisian kurikulum:

Ilmu : Sosiobudaya dan alam sekitar

Nilai : Rasional, hormat, beriman, bersopan, mengenang budi dan berani

Bahan Bantuan Pengajaran:

Kompang, kertas sebak, marker pen, kad arahan, transperansi dan pen, youtube, perisian
pendidikan
Langkah – langkah:

Fasa Isi Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Catatan


Kandungan (P&P)

Aktiviti guru Aktiviti Murid

Set induksi Menerangkan Kelas akan Murid akan Nilai: Mematuhi


isi kandungan dimulakan dengan menjawap soalan arahan
(2 minit)
pembelajaran guru menyoal yang ditujukan oleh
di dalam kelas guru sama ada guru.
mereka
mengetahui
maksud dan Tumpuan akan
bentuk pantun diberikan oleh
ataupun tidak. murid terhadap
penerangan yang
telah dilakukan oleh
Selepas guru di dalam kelas.
mendapatkan
respon dan
jawapan daripada
murid, guru akan
memberitahu
semua murid isi
kandungan
pembelajaran pada
hari ini.
Aplikasi Penerangan Pemilihan murid- Murid yang terpilih BBM: Kad arahan
idea aktiviti murid dalam akan mengambil
aktiviti kad arahan kad arahan daripada
(5 miniti)
dan kad kiu akan guru.
dilakukan oleh
guru dalam
Langkah 1
bahagian aktiviti
kelas ini.

Aplikasi Penerangan Selepas itu, guru Murid akan Nilai: Bekerjasama


idea peranan akan mengarahkan memberikan
Patuh kepada
dua orang murid perhatian terhadap
(10 minit) arahan
untuk berperanan penerangan yang
sebagai datuk dan akan diberikan oleh
nenek yang mana guru di dalam kelas.
Langkah 2
dikehendaki
memberikan
nasihat kepada
cucu – cucu yang
nakal tersebut.

Perkara yang akan


dipesankan adalah
seperti
mengamalkan
bangun pagi,
sentiasa ingatkan
Tuhan, bersopan
dalam tingkah
laku, rajin belajar,
bijak memilih
kawan serta patuh
dan hormat
kepada guru.

Aplikasi Nyanyian Dalam aktiviti Murid akan Nyanyian


idea lagu ” Burung kelas ini, guru memberikan
BBM: Youtube
Kenek – akan melakukan tumpuan kepada
(10 minit)
Kenek” rumusan tentang penerangan guru
pesanan yang dan bernyanyikan
Nilai:
wujud dalam lirik lagu ”burung kenek
Langkah 3
lagu yang – kenek” bersama – Bekerjasama
dinyanyikan ini. sama.
Patuh kepada
arahan

Selepas itu, guru


akan
menggunakan
youtube to
memaparkan
lagu ”burung
kenek-kenek”
untuk dilihat oleh
murid-murid di
dalam bilik darjah.

Guru akan
membimbing
semua murid
untuk bersama –
sama
menyanyikan lagu
rakyat ”Burung
Kenek –Kenek”

Seterusnya, guru
juga akan
melakukan
bimbingan untuk
membolehkan
murid melakukan
penilaian dan
pemikiran hasil
pengalaman main
peranan, aktiviti
menyanyikan lagu
seterusnya
dikaitkan dengan
tajuk pelajaran
hari ini.

Aplikasi Melekatkan Di bawah aktiviti Murid akan Nilai:


idea planet yang ini, guru akan membaca petikan
Bekerjasama
diwarnakan melakukan edaran yang diberikan oleh
(10 minit)
dan suatu petikan yang guru secara senyap.
dipotongkan di bertajuk ” Pantun
Kreatif
dalam kotak. Kiasan” kepada
Langkah 4
murid. Guru akan Membaca kuat
mengarahkan rangkap demi
semua murid rangkap secara
membacakan berbalas pantun di
petikan ini secara antara lelaki dan
senyap. perempuan di dalam
kelas

Selepas beberapa
minit, guru akan
mengarahkan
semua murid
untuk
membacakan
petikan tersebut
dengan kuat dan
diikuti dengan
membaca kuat
rangkap demi
rangkap secara
berbalas pantun di
antara lelaki dan
perempuan di
dalam kelas

Aplikasi Aktiviti Untuk aktiviti Murid akan Kerja kumpulan


idea kumpulan kumpulan ini, memasuk dan
guru akan duduk bersama –
(10 minit)
menyuruh murid- sama ahli kumpulan
murid untuk untuk mencari
BBM: Laman Web
membentukkan contoh pantuan
Langkah 5
kumpulan masing melaluai laman web
– masing. Setiap serta melakukan
kumpulan akan perbincangan
terdiri daripada mengenai
empat orang kandungan pantun –
murid. pantun berkenaan
dan
Guru akan
menterjemahkan
mengarahkan
kefahaman mereka
setiap kumpulan
dalam bentuk
supaya mencari
lukisan ataupun
contoh pantuan
lakaran berdasarkan
yang ada melalui
setiap rangkap
laman web dan
pantun di atas kertas
melakukan
sebak ataupun
perbincangan
transperansi.
tentang isi
kandungan utama
petikan pantun
Murid- murid akan
yang telah
mempersembahhkan
diberikan kepada
dapatan
mereka dan
perbincangan
lukiskan dalam
kumpulan mereka di
bentuk lukisan.
hadapan kelas.
Lakaran boleh
dilakukan dalam
kertas lukisan
yang disediakan
kepada mereka.

Kemudiannya,
guru akan
mengarahkan
murid- murid
untuk
membentangkan
semua hasil
perbincangan
kumpulan di
hadapan kelas.

Aplikasi Aktiviti Di dalam langkah Semua murid akan


idea kumpulan ini, guru akan berbincang dengan
mengarahkan ahli kumpulan
(10 minit)
semua kumpulan masing – masing
supaya untuk menghasilkan
menghasilkan pantun empat kerat.
Langkah 5
serangkap pantun
empat kerat
supaya dapat Kemudiannya,
menjawab salah mereka akan
satu daripada melafazkan di
pantun yang hadapan kelas.
diberikan.

Selepas itu,
mereka
dikehendaki
melafazkan soal –
jawap pantun
berkenaan.

Refleksi / Rumusan Di akhir Semua murid di Kreativiti murid.


penutup pembelajaran, dalam kelas akan
guru akan memberikan
(3 minit) mengulangi isi perhatian dan
kandungan tumpuan terhadap
pembelajaran pada penerangan guru.
hari ini.
4.0 Kesimpulan

Secara kesimplannya, Sekolah Bestari merupakan satu konsep pengajaran dan pembelajaran
(PdP) yang baru di mana penting untuk membangunkan dan melahirkan generasi muda yang
menyeluruh di masa hadapan. Di bawah konsep sekolah Bestari, semua perisian pendidikan ini
sebenarnya akan disediakan oleh Pusat Pemkembangan Kurikulum bersama dengan Bahagian
Teknolohi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia. Dapatan penyelidikan yang telah
dibincangkan dalam kertas kajian ini juga menunjukkan bahawa sekolah bestari ini tidak akan
membawa sebarang makna kepada sekolah untuk pelajar bestari ataupun dikatakan pintar tetapi
lebih kepada cara yang bestari untuk menjaminkan setiap pelajar yang cerdik mahupun lemah,
kaya ataupun miskin berupaya untuk mencapai potensi kendiri dengan sepenuhnya berdasarkan
kadar dan juga gaya pembelajaran yang paling sesuai dengan beliau di dalam bilik darjah. Antara
prinsip yang ditekankan dalam pembesterian sekolah termasuklah pembinaan keupayaan murid
dalam aspek ICT, pembinaan keupayaan guru-guru dalam ICT, pembinaan keupayaan kelas
dalam ICT, pembinaan keupayaan guru-guru mata pelajaran dalam ICT, pembinaan keupayaan
kordinator ICT dan juga pembinaan tahap keupayaan pengurusan ICT. Sesungguhnya, di bawah
konsep sekolah bestari, semua pembelajaran adalah bercorakkan terarah kendiri berasaskan
kadar individu, berkesinambungan dan juga reflektif. Akhirnya, sistem penilaian sekolah yang
digunakan adalah berasaskan unsur dan juga rujukan kriteria tertentu untuk memberikan
gambaran holistik serta tepat tentang pencapaian akademik dan bukan akademik seseorang murid
di sekolah
5.0 Rujukan

Abdul Rashid Johar & Siti Rahayah Ariffin (2017). Isu Pengukuran dan Penilaian Pendidikan.
Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia.

Baharuddin Che Mohammad (2018). Modul Pembelajaran : BBM3206 Semantik, Pusat


Pendidikan Luar UPM : Pro-office shoppe Sdn. Bhd.

Dr.Nor Hayati Binti Abd.Rashid & Chan Fong Mae (2016).Applications Of the Smart School
Conceptual Model in Preschool Education. Journal BTP Siri 5.Dis 2003.m/s 1-10.

Dahlan Matusin Bin Mosidi (2018). Mengenali Konsep Pembestarian Bahasa Melayu, Kulim :
Penerbitan Sarlis, Percetakan Paarai.

Eng Hua Lee & Liew Kim Tho (2015) Linguistik : Pengantar Bahasa dan Komunikasi:
Percetakan Ti, Kuala Lumpur

Hazani bin Che Heh (2017) Guru Bestari Sekolah Bestari. Pengurusan Kemahiran Belajar Ke
Arah Pembentukan Guru Dan Sekolah Bestari.Bestari Koleksi Guru Johor.m/s1-6. Johor :
UMIDA Industries Sdn Bhd.

Anda mungkin juga menyukai